You are on page 1of 25

Topik

9 X Tafsir Ayat-

ayat Ahkam

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:
1.

Menjelaskan maksud ayat 221 Surah al-Baqarah, ayat 228 Surah alBaqarah dan ayat 11-12 Surah al-Nisa;

2.

Menerangkan sebab-sebab kenapa ayat-ayat tertentu diturunkan; dan

3.

Membincangkan pengajaran daripada ayat-ayat yang dipelajari serta


kaitannya dengan isu semasa.

X PENGENALAN
Dalam topik ini kita akan mendalami pentafsiran beberapa ayat al-Quran. Ayat
yang pertama ialah ayat 221 surah al-Baqarah. Kemudian kita akan
membincangkan pula pentafsiran 228 surah al-Baqarah dan diikuti pula dengan
ayat 11-12 surah al-Nisa. Perbincangan juga akan difokuskan kepada huraian
ayat dan sebab penurunan ayat-ayat tersebut. Di samping itu, penekanan juga
akan diberikan terhadap pengajaran ayat dan isu-isu semasa yang berkaitan
dengan ayat-ayat yang dibincangkan.

9.1

AYAT 221 SURAH AL-BAQARAH

3 3Gt6yfr& s9u 7x. i yz o tV{u 4 4Lym Mx.9$# (#s3s? u


3 3t6yfr& s9u 78 i yz 7ys9u 4 (# 4Lym t.9$# (#s3? u

TOPIK 9 TAFSIR AYAT-AYAT AHKAM W

163

Gt#u it7u ( */ ty9$#u yf9$# n<) (#t !$#u ( $9$# n<) tt y7s9'&
t.xtGt =ys9 $=9
Maksudnya: Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan

kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam); dan


sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada
perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu dan
janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) dengan lelaki-lelaki
kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam) dan
Sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang
lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. (yang demikian ialah
kerana orang-orang kafir itu mengajak ke neraka sedang Allah mengajak ke
syurga dan memberi keampunan dengan izinNya. dan Allah menjelaskan ayatayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) kepada umat manusia, supaya
mereka dapat mengambil pengajaran (daripadanya).
(a)

Asbab Nuzul
Ibn Munzir, Ibn Abi Hatim dan al-Wahidi meriwayatkan daripada
Muqatil, bahawa dia berkata: Ayat ini turun pada Mirthad Ibn Abi
Mirthad al-Ghanawiy yang telah meminta izin daripada Nabi s.a.w
untuk berkahwin dengan seorang wanita Quraisy musyrik yang
mempunyai rupa paras yang cantik, sedangkan beliau seorang muslim,
lalu turunlah ayat ini.

Di dalam riwayat yang lain, diriwayatkan bahawa ayat ini diturunkan


berkaitan dengan Mirthad Ibn Abi Mirthad al-Ghanawiy yang
membawa tawanan perang dari Makkah ke Madinah. Pada zaman
Jahiliyah Mirthad telah jatuh hati dengan seorang wanita yang
bernama Anaq, kemudian perempuan itu datang kepadanya dan
berkata: Tidakkah engkau mahu bersama dengan saya? Mirthad
menjawab: Celakalah engkau, mengapa engkau berkata demikian,
sesungguhnya Islam telah memisahkan antara kita. Lalu wanita itu
berkata: Tidakkah engkau akan menikah dengan saya? Mirthad
menjawab: Ya, akan tetapi saya akan pergi berjumpa Rasulullah s.a.w
terlebih dahulu. Saya akan meminta pendapat baginda, maka apabila
ditanya pandangan Rasulullah berkenaan dengan hal ini, maka
turunlah ayat di atas.

164

X TOPIK 9 TAFSIR AYAT-AYAT AHKAM

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawasanya ayat di atas


diturunkan berkaitan dengan Abdullah ibn Rawahah yang memiliki
hamba berkulit hitam. Pada suatu hari, Abdullah bin Rawahah marah
kepada hamba tersebut dan menamparnya. Kemudian setelah itu, dia
merasa bersalah dan takut, lalu beliau pergi menemui Rasulullah s.a.w
dan menceritakan perihal yang berlaku. Nabi bertanya kepadanya:
Bagaimana keadaan dan keperibadian hambamu itu, ya Abdullah?.
Abdullah menjawab: Wahai Rasulullah dia seorang yang tekun
mengerjakan solat, berpuasa dan berwuduk dengan baik, serta bersaksi
bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawasanya engkau adalah
Rasulullah. Lalu, Nabi bersabda: Wahai Abdullah, dia seorang
muslimah yang beriman. Lantas Abdullah pun berkata: Demi zat
yang mengutusmu dengan kebenaran, aku akan memerdekakannya
dan aku akan menikahinya. Kemudian Abdullah melaksanakan apa
yang dia katakan iaitu berkahwin dengan hamba tersebut. Sebahagian
kaum muslimin mencela Abdullah dan berkata: Dia (Abdullah) telah
menikahi seorang hamba. Maka turunlah ayat ini yang menegaskan
bahawa Sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu

lebih baik daripada perempuan kafir musyrik.


(b)

Huraian Ayat
Ayat ini dengan jelaskan menyatakan kepada golongan beriman agar tidak
berkahwin atau haram berkahwin dengan golongan wanita yang musyrik
sehinggalah mereka itu beriman dengan Allah dan Hari Akhirat serta
membenarkan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Jelasnya, selagi wanita
itu berada dalam syirik, maka diharamkan kepada orang Islam untuk
berkahwin dengan mereka.
Al-Tabari, seorang mufassir tersohor melalui bukunya: Jmi` al-Bayn fi
Tawil al-Qur'an, menyebutkan ada tiga pendapat dalam mentafsirkan
wanita yang dianggap sebagai musyrik. Pertama, yang dimaksudkan
wanita musyrik ialah merangkumi wanita-wanita musyrik daripada bangsa
Arab dan bangsa lainnya. Kedua, yang dimaksudkan dengan wanita
musyrik dalam ayat ini adalah wanita musyrik daripada bangsa Arab yang
tidak memiliki kitab suci dan menyembah berhala. Ketiga, pendapat yang
menyatakan bahawa wanita musyrik dalam ayat ini mencakupi semua
wanita yang tidak beriman sama ada Yahudi, Kristian mahupun Majusi.
Daripada tiga pendapat yang telah dikemukakan, al-Tabari sendiri
berpendapat bahawa pendapat kedua lebih rjih.
Seterusnya, ayat al-Quran dari surah al-Baqarah ini menjelaskan bahawa
hamba wanita yang beriman kepada Allah dan rasulNya lebih baik dan
diutamakan daripada wanita merdeka dalam kalangan orang musyrikin
walau pun wanita musyrik itu seorang yang berasal daripada keturunan

TOPIK 9 TAFSIR AYAT-AYAT AHKAM W

165

yang baik serta mempunyai kecantikan dan kekayaan. Hal ini kerana faktor
keimanan merupakan aset yang penting ke arah kesempurnaan hidup di
dunia dan di akhirat. Manakala harta, kecantikan dan kemegahan hanya
berfungsi di atas dunia sahaja. Kehidupan di akhirat yang kekal abadi lebih
diutamakan daripada kehidupan dunia yang bersifat sementara.
Ayat al-Quran ini juga melarang orang Islam untuk mengahwinkan
wanita-wanita beriman dengan golongan lelaki yang musyrikin. Seorang
lelaki yang berstatus hamba tetapi merupakan seorang muslim adalah lebih
baik daripada lelaki musyrik yang merdeka. Walaupun lelaki musyrik
mempunyai kekayaan dan pangkat di atas dunia ini, namun ia tidak
membawa apa-apa erti sekiranya mereka tidak beriman kepada Allah dan
rasulNya.
Alasan kukuh yang mengharamkan perkahwinan seorang wanita
muslimah dengan lelaki kafir dan larangan perkahwinan lelaki muslim
dengan wanita kafir adalah kerana golongan musyrikin lelaki dan
perempuan akan mengajak ke arah kekufuran serta melakukan amalan
yang akan menjerumuskan ke dalam neraka. Hal ini kerana mereka tidak
memiliki agama dan pegangan yang benar dan sahih. Kekufuran
diumpamakan sebagai kegelapan manakala keimanan itu adalah cahaya.
Justeru, tidak sewajarnya golongan yang beriman yang sudah mendapat
cahaya menjerumuskan diri ke arah kekufuran dan kegelapan.
Kesimpulannya ialah pengharaman berkahwin dengan golongan
musyrikin adalah kerana perkahwinan dengan mereka akan membawa
kepada terjerumusnya seseorang muslim itu ke dalam neraka.
Allah telah memberikan panduan di dalam al-Quran agar manusia mencari
pengampunan Allah, dan seterusnya berusaha untuk memperoleh nikmat
syurga di akhirat kelak. Oleh itu, hendaklah dibezakan di antara kebenaran
dan kebatilan. Islam itu benar dan kufur itu adalah batil.
(c)

Pengajaran Ayat dan Kaitannya dengan Isu Semasa


Diharamkan bagi seorang mukmin menikahi wanita musyrik sama ada ia
seorang penyembah berhala, beragama Buddha, beragama Hindu atau
sebagainya.

Islam tidak membenarkan perkahwinan antara seorang muslim dengan


wanita kafir musyrik (penyembah berhala) kerana perbezaan akidah
antara pasangan ini terlalu jauh. Mereka berbeza tentang hari akhirat,
syurga, neraka, dosa dan pahala, kira-kira sukar untuk dicari jalan
damai antara mereka padahal perkahwinan itu suatu usaha bagi
mencari kedamaian.

166

X TOPIK 9 TAFSIR AYAT-AYAT AHKAM

Islam juga melarang wanitanya mengahwini lelaki bukan Islam, kerana


Islam tidak membuka jalan bagi orang kafir berkuasa terhadap orang
Islam. Jika jalan perkahwinan dibuka kepada bukan Islam dengan
membenarkan mereka mengahwini wanitanya bermakna tiada
halangan bagi bukan Islam berkuasa terhadap orang Islam.

Manakala bagi wanita-wanita Ahli Kitab (baik Yahudi ataupun


Nasrani), syarak mengharuskan lelaki muslim untuk berkahwin dengan
mereka sebagaimana dinyatakan dalam firman Allah Taala dalam
surah al-Maidah ayat 5:

/39 @m |=tG39$# (#?& t%!$# $ysu ( Mt6h9$# 3s9 m& tu9$#


t%!$# z Mo|sRQ$#u Mo9$# z Mo|sRQ$#u ( ; @m 3$ysu
ux tt u_& Fs?#u !#s) 3=6s% |=tG39$# (#?&
&#yt x6ym s)s uM}$$/ 3t tu 3 5#y{r& G u ts|
zs:$# z tzF$# uu
Maksudnya: Pada masa ini dihalalkan bagi kamu (memakan

makanan) yang lazat-lazat serta baik-baik dan makanan (sembelihan)


orang-orang yang diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu, dan
makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi mereka (tidak salah
kamu memberi makan kepada mereka). Dan (dihalalkan kamu
berkahwin)
dengan
perempuan-perempuan
yang
menjaga
kehormatannya di antara perempuan-perempuan yang beriman, dan
juga perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya dari
kalangan orang-orang yang diberikan Kitab dahulu daripada kamu
apabila kamu beri mereka maskahwinnya, sedang kamu (dengan cara
yang demikian), bernikah bukan berzina, dan bukan pula kamu
mengambil mereka menjadi perempuan-perempuan simpanan. Dan
sesiapa yang engkar (akan syariat Islam) sesudah ia beriman, maka
sesungguhnya gugurlah amalnya (yang baik) dan adalah ia pada hari
akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.

TOPIK 9 TAFSIR AYAT-AYAT AHKAM W

167

Beza di antara wanita musyrik dengan wanita ahli kitab adalah jelas
iaitu wanita musyrik tidak beriman langsung dengan Allah, manakala
wanita ahli kitab ada sedikit persamaan dengan orang Islam dari sudut
keimanan kepada Allah dan Hari Akhirat, keimanan kepada halal dan
haram, dan yakin kepada wajibnya melakukan kebaikan dan
menghindari kejahatan. (sila lihat al-Tafsir al-Munir, 1/293).

Namun, sebahagian ulama menyatakan bahawa wanita musyrik itu


merangkumi kesemua mereka yang engkar kepada Allah, sama ada
penyembah berhala, Yahudi, Kristian, Majusi dan sebagainya. Ibn Umar
berkata: Tidak aku ketahui syirik yang lebih besar daripada seorang
wanita yang berkata tuhannya adalah Isa.

Walaupun perkahwinan lelaki muslim dengan wanita ahli kitab itu


dibolehkan, namun yang lebih utama hendaklah seorang mukmin tidak
berkahwin dengan mereka (wanita ahli kitab). Hal ini kerana
dibimbangi apabila berkahwin dengan mereka, para suami muslim
yang tidak mempunyai kekuatan diri akan mengabaikan
tanggungjawab akidah terhadap anak-anak mereka.

Ulama daripada mazhab Maliki dan Hanafi memfatwakan, kalaupun


sah tetapi terlalu makruh berkahwin dengan wanita Yahudi dan
Kristian.

Dalam kalangan ulama ada juga yang melihat perkahwinan ini dari
aspek al-Qawamah (penguasaan suami dalam rumah). Islam hanya
mengharuskan lelaki beristerikan ahli kitab jika mereka mempunyai
kekuatan menentukan pendidikan anak-anak dalam keluarga dan
berhak membuat pilihan untuk mereka. Jika suami gagal dalam
menguasai rumah tangga dan membuat keputusan, maka demi
menjaga keselamatan agama anak-anak dan zuriat akan datang,
perkahwinan dengan mereka wajar dilarang.

Terdapat juga pandangan menyatakan jika bilangan umat Islam sedikit


dalam sesebuah negara, iaitu mereka merupakan kumpulan minoriti,
lelaki Islam diharamkan berkahwin dengan wanita ahli kitab. Ini kerana
jika hukum keharusan itu diteruskan ia akan menimbulkan masalah
kepada wanita Islam seperti sukar mendapatkan pasangan dan
sebagainya.
Diharamkan bagi seorang wanita muslimah untuk berkahwin dengan
golongan kafir secara mutlak tanpa terkecuali sama ada daripada Ahli
Kitab atau daripada selainnya, dalam firman Allah yang lain

168

X TOPIK 9 TAFSIR AYAT-AYAT AHKAM

ditegaskan: . Mereka tiada halal bagi orang-orang kafir itu dan


orang-orang kafir itu tiada halal bagi mereka. ( Al-Mumtahanah: 10)

Hikmah mengapa Islam membenarkan lelaki Islam berkahwin wanita


Yahudi atau Nasrani tetapi tidak membenarkan sebaliknya, kerana
seorang lelaki muslim beriman kepada semua rasul dan mempercayai
prinsip-prinsip asas yang dibawa mereka. Akidah isterinya yang belum
Islam itu tidak dibimbangi. Sebaliknya lelaki ahli kitab tidak
mengiktiraf agama dan nabi yang dianuti isterinya yang beragama
Islam.

Ayat ini juga menunjukkan bahawa perlu adanya seorang wali bagi
seorang wanita ketika hendak berkahwin, sebagaimana firmanNya
yang bermaksud: Dan janganlah kamu menikahkan orang-orang
musyrik (dengan wanita-wanita mukmin) hingga mereka beriman,
ayat tersebut ditujukan untuk para wali bagi wanita mukminah, dengan
demikian tidak sah hukumnya menikah tanpa wali. Rasulullah s.a.w
juga menjelaskan dalam sabda baginda yang bermaksud:, Tidak ada
nikah kecuali dengan adanya wali, dalam hadis sahih riwayat Abu
Daud baginda bersabda maksudnya, Wanita yang berkahwin tanpa

izin walinya maka nikahnya batal, batal, batal (nabi mengulanginya


sebanyak tiga kali).

Wajibnya berkasih sayang, setia dan sebagainya dengan orang-orang


mukmin kerana mereka mengajak ke syurga, dan memusuhi kekufuran
dan kesesatan kerana mereka mengajak ke neraka.

Ayat tersebut juga menunjukkan bahawa orang mukmin adalah lebih


baik daripada orang musyrik, walaupun musyrik tersebut memiliki
sifat-sifat yang menakjubkan.

TOPIK 9 TAFSIR AYAT-AYAT AHKAM W

169

Rajah 9.1: Pengajaran daripada ayat 221 surah al-Baqarah

AKTIVITI 9.1
Dengan merujuk kepada laporan-laporan yang dibuat oleh pihak media,
kemukakan dengan terperinci satu kes berkaitan ayat dan berikan
ulasan anda mengenainya berdasarkan pandangan ulama seperti yang
anda pelajari.

9.2

AYAT 228 SURAH AL-BAQARAH

!$# t,n=y{ $t zF3t r& m; ts u 4 &% ssWn=rO r'/ /utIt Ms)=s9$#u


) y79s jt/ ,ymr& Js9/u 4 zF$# u9$#u !$$/ . ) %tnr&
!$#u 3 y_uy n=t $y_h=9u 4 pRQ$$/ n=t %!$# W m;u 4 $[sn=) (##ur&
3ym t

170

X TOPIK 9 TAFSIR AYAT-AYAT AHKAM

Maksudnya: Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan

menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid). dan
tidaklah halal bagi mereka menyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anak
yang dijadikan oleh Allah dalam kandungan rahim mereka, jika betul mereka
beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami-suami mereka berhak
mengambil kembali (rujuk akan) isteri-isteri itu dalam masa edah mereka jika
suami-suami bertujuan hendak berdamai. dan isteri-isteri itu mempunyai hak
yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami)
dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); Dalam pada itu
orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas
orang-orang perempuan (isterinya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi
Maha Bijaksana.
(a)

Asbab Nuzul
Abu Daud dan Ibnu Abi Hatim meriwayatkan daripada Asma Binti
Yazid Bin al-Sakan al-Ansariyyah, bahawa dia berkata: telah berlaku
talak dan perceraian pada zaman Nabi s.a.w, akan tetapi pada ketika itu
tidak ada edah bagi wanita yang diceraikan, Lalu Allah menurunkan
ayat ini bagi menyatakan perihal edah bagi wanita yang diceraikan.

(b)

Huraian Ayat
Dalam ayat ini, Allah menjelaskan bahawa wanita-wanita yang diceraikan
oleh suami mereka, tempoh menunggu (edah) yang dikenakan kepada
mereka sebelum mereka dapat berkahwin semula ialah tiga quru iaitu tiga
kali suci atau tiga kali haid. Tujuan edah bagi wanita adalah untuk
mempastikan bahawa rahim mereka bersih supaya tidak wujud
kecelaruan dalam menentukan nasab anak.
Justeru, haram bagi seseorang wanita menyembunyikan kandungan di
dalam rahimnya bagi membolehkannya berkahwin lain tanpa menunggu
habisnya edah bagi orang yang hamil. Allah s.w.t mengetahui apa jua
perlakuan manusia, maka hendaklah seseorang itu bersikap jujur dan
amanah sekiranya ia benar-benar beriman kepada Allah s.w.t dan beriman
kepada Hari Akhirat.
Dalam tempoh edah bagi talak rajie, suami berhak untuk rujuk kembali
dengan isteri yang telah diceraikan itu. Hal ini kerana syarak amat
menggalakkan agar ikatan perkahwinan itu dapat dikekalkan sedaya
mungkin. Sehubungan dengan itu, perkara halal yang paling dibenci oleh
Allah ialah talak. Akan tetapi apabila habisnya tempoh edah, maka rujuk
tidak dibenarkan lagi melainkan mereka berkahwin semula dengan akad
yang baharu.

TOPIK 9 TAFSIR AYAT-AYAT AHKAM W

171

Rujuk amat digalakkan sekiranya berniat baik untuk mengembalikan


keharmonian rumah tangga. Akan tetapi sekiranya rujuk itu berniat
dengan yang tidak baik, umpamanya hendak menganiayai isteri seperti
menggantungnya tidak bertali maka perbuatan itu adalah haram dan
berdosa di sisi Allah. Oleh itu, syarat rujuk mestilah dengan tujuan dan
kehendak yang baik.
Ayat di atas juga mengingatkan tentang tanggung jawab yang perlu
ditunaikan sama ada daripada pihak suami mahu pun daripada pihak
isteri. Namun, tanggungjawab memimpin keluarga dan rumah tangga
adalah merupakan amanah yang wajib dipikul oleh suami. Oleh itu, suami
juga wajib memberikan nafkah yang wajib kepada isteri berupa makanminum, pakaian dan tempat tinggal. Firman Allah:

!$y/u <t/ 4n?t t/ !$# s $y/ !$|i9$# n?t s% %y`h9$#


4. 9ur& (#)xr&
Maksudnya: Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang

bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah


melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas
orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah
membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian daripada harta mereka.
(al-Nisa: 34)
Manakala isteri pula bertanggungjawab untuk menjadi pembantu dan
teman setia kepada suami. Tugasnya lebih tertumpu kepada memelihara
kehormatan, menjaga rumah tangga dan mendidik anak-anak. Di samping
itu, isteri juga boleh membantu suami untuk keluar bekerja dengan
melakukan pekerjaan yang sesuai dengan fitrah wanita sekiranya keadaan
amat memerlukan. Namun begitu, adab-adab dan akhlak wajib dipelihara
ketika keluar dari rumah seperti menutup aurat, tidak bergaul bebas dan
tidak mewujudkan suasana yang boleh menimbulkan fitnah. Firman Allah:

$] Zs% z=%u tt 7=s% %!$# yyus s)9$$/ zrB s


Maksudnya: ..oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut
manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh
menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh

172

X TOPIK 9 TAFSIR AYAT-AYAT AHKAM

tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata


yang baik (sesuai dan sopan). (al-Ahzab: 32).
(c)

Pengajaran Ayat dan Kaitannya dengan Isu Semasa


Wajibnya edah bagi wanita yang bercerai adalah disebabkan perkaraperkara berikut:
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Untuk memastikan rahim wanita itu benar-benar bersih.


Memelihara kehormatan wanita.
Memelihara nikmat hidup berumah tangga.
Berfikir akibat selepas perceraian.
Memberikan peluang untuk kembali hidup sebagai suami isteri.
Berfikir tentang masa depan anak-anak.

Tempoh edah adalah seperti yang berikut:


(i) Bercerai sebelum sempat bersetubuh tiada edah.
(ii) Talak bagi wanita yang masih didatangi haid tiga kali suci/haid.
(iii) Wanita yang tidak mempunyai haid seperti kanak-kanak yang belum
baligh atau wanita yang sudah putus haid (menopause) 3 bulan.
(iv) Wanita hamil sehingga melahirkan anak.
(v) Edah bagi suami yang meninggal dunia 4 bulan 10 hari.
Maksud perkataan (quru) dalam ayat di atas:
(i)

Maksud quru dari segi bahasa ialah suci dan haid. Oleh itu para
fuqaha berbeza pendapat tentang edah wanita yang diceraikan.

(ii)

Pendapat ulama mazhab Maliki dan Syafei: quru bermaksud suci


daripada haid. Pandangan ini dipegang oleh Ibn Umar, Aisyah, Zaid
Bin Thabit dan salah satu pandangan dalam mazhab Hanbali.

(iii) Pendapat Abu Hanifah dan Imam Ahmad (salah satu pandangan):
quru bermaksud haid. Pendapat ini juga dipegang oleh Umar, Ibn
Masud, Abu Musa, Abu Darda dan selainnya.
Para mufassir berbeza pandangan mengenai ayat yang bermaksud: dalam

kandungan rahim mereka :


(i)

Maksudnya hamil: Ini merupakan pandangan Umar, Ibnu Abbas


dan Mujahid.

(ii)

Maksudnya haid: Pendapat Ikrimah, al-Nakhaei dan al-Zuhri.

(iii) Maksudnya hamil dan haid: Pendapat Ibnu Umar.

TOPIK 9 TAFSIR AYAT-AYAT AHKAM W

173

Bagaimanakah terhasilnya rujuk?


(i)

Ulama aliran mazhab Syafei: terhasilnya rujuk semasa edah dengan


perkataan yang sarih seperti aku rujuk dengan kamu, atau kinayah
yang ada niat seperti aku nikah dengan kamu. Rujuk tidak terhasil
dengan perbuatan seperti bersetubuh.

(ii)

Jumhur ulama: terhasilnya rujuk semasa edah sama ada melalui


perkataan ataupun perbuatan.

Perkahwinan menuntut agar suami dan isteri melaksanakan tanggungjawab dan


amanah masing-masing agar keharmonian dan keamanan di dalam rumah
tangga dapat diperoleh. Kebahagian akan diperoleh sekiranya dapat
mewujudkan kehidupan dan muamalah yang baik dalam keluarga.

AKTIVITI 9.2
Bincangkan dengan rakan anda pengajaran-pengajaran yang boleh
dikutip dari ayat 228 surah al-Baqarah selain daripada yang tertera di
atas.

Rajah 9.2: Hikmah wajib edah

174

X TOPIK 9 TAFSIR AYAT-AYAT AHKAM

Rajah 9.3: Maksud Quru

9.3

AYAT 11-12 SURAH AL-NISA

tGtO$# ss [!$| . *s 4 usVW{$# eym V x.%#9 ( 2s9r& !$# 3


$y]i 7nu e39 ut/L{u 4 #i9$# $yn=s Zymu Mt%x. )u ( x8ts? $t $sV=O n=s
4 ]=W9$# iT|s #ut/r& rOuu $s!u &! 3t 9 *s 4 $s!u s9 t%x. ) x8ts? $ 9$#
.!$t/#u 3 Ay r& !$p5 7u t/ . 4 9$# iT|s uz) &s! t%x. *s
$=t t%x. !$# ) 3 !$# i Zs 4 $Yt /3s9 >t%r& r& ts? .!$o/r&u
*s 4 $s!u 9 3t 9 ) 6_ur& x8ts? $t # 6s9u *

$V3ym

r& !$y/ 7u t/ . 4 z2ts? $ /9$# 6n=s $s!u s9 t$2


$s!u 6s9 t$2 *s 4 s9u 39 6t 9 ) F.ts? $ /9$# s9u 4 &y
%x. )u 3 &y r& !$y/ ? 7u t/ .i 4 2ts? $ V9$# n=s
*s 4 9$# $yi 7nu e3=s Mz& r& r& &s!u r&t$# r& 's#n=2 ^u _u

TOPIK 9 TAFSIR AYAT-AYAT AHKAM W

175

Ay r& !$p5 4| 7u t/ . 4 ]=W9$# !%2u s y79s usY2r& (#%2


=ym =t !$#u 3 !$# zi Zu 4 9h!$ ux
Maksudnya: Ayat 11: Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta

pusaka untuk) anak-anak kamu, Iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai
bahagian dua orang anak perempuan tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih
daripada dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga daripada harta yang
ditinggalkan oleh si mati. Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka
bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu. dan bagi ibu bapa (si mati),
tiap-tiap seorang daripada keduanya: satu perenam daripada harta yang
ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak tetapi jika si mati
tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya,
maka bahagian ibunya ialah satu pertiga kalau pula si mati itu mempunyai
beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu
perenam. (pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah
diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya. Ibu bapa kamu
dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih
dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu (pembahagian harta pusaka dan
penentuan bahagian masing-masing seperti Yang diterangkan itu ialah)
ketetapan dari Allah; Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha
Bijaksana.
Ayat 12: Dan bagi kamu satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteriisteri kamu jika mereka tidak mempunyai anak tetapi jika mereka mempunyai
anak maka kamu beroleh satu perempat dari harta yang mereka tinggalkan,
sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan dan sesudah dibayarkan
hutangnya. Dan bagi mereka (isteri-isteri) pula satu perempat daripada harta
yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak tetapi kalau kamu
mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah satu perlapan
daripada harta yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang kamu
wasiatkan, dan sesudah dibayarkan hutang kamu. Dan jika si mati yang diwarisi
itu, lelaki atau perempuan, yang tidak meninggalkan anak atau bapa, dan ada
meninggalkan seorang saudara lelaki (seibu) atau saudara perempuan (seibu)
maka bagi tiap-tiap seorang dari keduanya ialah satu perenam kalau pula
mereka (saudara-saudara yang seibu itu) lebih daripada seorang, maka mereka
bersekutu pada satu pertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dengan
perempuan), sesudah ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati, dan
sesudah dibayarkan hutangnya; wasiat-wasiat yang tersebut hendaknya tidak
mendatangkan mudarat (kepada waris-waris). (Tiap-tiap satu hukum itu) ialah

176

X TOPIK 9 TAFSIR AYAT-AYAT AHKAM

ketetapan dari Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha
Penyabar.
(a)

Asbab Nuzul
Jabir bin Abdullah meriwayatkan bahawa dia sedang bersama
Rasulullah s.a.w. apabila seorang perempuan Ansar datang bersama
dua orang anak perempuannya. Perempuan itu berkata Ya Rasulullah,
ini adalah anak Thabit bin Qais yang telah mati syahid dalam perang
Uhud. Bapa saudara mereka telah mengambil semua harta pusaka
mereka dan tiada apa yang tinggal lagi untuk mereka. Maka turunlah
ayat yang menentukan bahagian-bahagian yang berhak diterima oleh
ahli waris daripada harta pusaka.

(b)

Jabir meriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah s.a.w dan


Saidina Abu Bakar datang menziarahi beliau yang sedang sakit
sehingga tidak sedar. Lalu Rasulullah meminta air dan berwuduk.
Setelah itu, baginda merenjiskan air kepada Jabir lalu dia pun sedar.
Lantas Jabir pun bertanya Rasulullah: Apa yang perlu aku buat pada
hartaku, wahai Rasulullah? Lalu turunlah ayat ini.

Huraian Ayat
Dalam ayat ini, Allah s.w.t telah menjelaskan dengan terperinci tentang
bahagian-bahagian yang akan diperoleh oleh waris terhadap harta
peninggalan si mati. Asas hukum faraid adalah keadilan kerana turunnya
ayat Mawarith adalah untuk mengelak ketidakadilan yang berlaku dalam
masyarakat. Dengan sebab itu, dalam pembahagian harta pusaka Islam,
faraid adalah jalan terakhir yang akan diambil setelah tiada persepakatan
diperoleh di kalangan waris.
Ajaran Islam telah menjelaskan secara terperinci melalui ayat al-Quran ini
tentang bahagian tiap-tiap ahli waris dengan tujuan mewujudkan keadilan
di dalam masyarakat.
Menurut seorang mufassir terkenal, Imam Ibn Kathir, terdapat tiga ayat
utama di dalam al-Quran yang menerangkan tentang pembahagian harta
pusaka, iaitu di dalam surah an-Nisa ayat 11 dan 12 sebagaimana yang kita
bincangkan ini, dan juga surah al-Nisa ayat 176, iaitu firman Allah:

&s!u $s!u s9 }s9 y7n=y (#$# ) 4 's#n=s39$# 6F !$# % y7tFtGo


tFuO$# $tFt%x. *s 4 $s!u $o; 3t 9 ) !$yOt uu 4 x8ts? $t # $yn=s Mz&

TOPIK 9 TAFSIR AYAT-AYAT AHKAM W

177

eym W x.%#=s [!$|u Z%y`h Zuz) (#%x. )u 4 x8ts? $ $sV=V9$# $yn=s


7=t >x e3/ !$#u 3 (#=s? r& 6s9 !$# it6 3 us[W{$#
Maksudnya: Mereka (orang-orang Islam umatmu) meminta fatwa

kepadamu (Wahai Muhammad mengenai masalah Kalaalah). Katakanlah:


"Allah memberi fatwa kepada kamu di dalam perkara Kalaalah itu, Iaitu
jika seseorang mati yang tidak mempunyai anak dan ia mempunyai
seorang saudara perempuan, maka bagi saudara perempuan itu satu
perdua daripada harta yang ditinggalkan oleh si mati; dan ia pula (saudara
lelaki itu) mewarisi (semua harta) saudara perempuannya, jika saudara
perempuannya tidak mempunyai anak. Kalau pula saudara perempuannya
itu dua orang, maka keduanya mendapat dua pertiga daripada harta yang
ditinggalkan oleh si mati dan sekiranya mereka (saudara-saudaranya itu)
ramai, lelaki dan perempuan, maka bahagian seorang lelaki menyamai
bahagian dua orang perempuan". Allah menerangkan (hukum ini) kepada
kamu supaya kamu tidak sesat. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui
akan tiap-tiap sesuatu.
Secara ringkas daripada kefahaman dan penerangan ayat surah al-Nisa'
(ayat 11, 12 dan 176) dan hadis Nabi Muhammad s.a.w, maka dapatlah
dibuat rumusan dan kesimpulan iaitu ada beberapa perkara yang perlu
dilunas, diselesai, ditunai dan dibayar atau disempurnakan terlebih dahulu
sebelum pembahagian harta secara faraid dapat dibuat. Perkara-perkara itu
ialah:
(i)

Hak yang berkaitan dengan zat harta itu sendiri iaitu zakat, gadaian
dan nazar.

(ii)

Perbelanjaan bagi mengurus jenazah si mati seperti kain kapan,


keranda, upah mengusung, upah memandi, upah menggali kubur
dan perkara berhubung dengan pengurusan jenazah.

(iii) Hutang piutang yang bersangkutan dengan tanggungan si mati


seperti upah haji jika si mati semasa hayatnya berkemampuan untuk
mengerjakan haji tetapi tidak menunaikannya.
(iv) Wasiat yang tidak lebih daripada satu pertiga daripada keseluruhan
hartanya tetapi bukan kepada ahli waris.
(v)

Setelah disempurnakan segala perkara di atas, baki kepada harta itu


bolehlah dijadikan faraid dan dibahagikan kepada semua ahli waris
yang berhak.

178

X TOPIK 9 TAFSIR AYAT-AYAT AHKAM

(c)

Pengajaran Ayat dan Kaitannya dengan Isu Semasa


Hukum faraid atau hukum pusaka Islam yang dibawa oleh Nabi
Muhammad s.a.w telah merombak sistem pemilikan harta benda
masyarakat Arab Jahiliyyah. Islam telah menjelaskan secara terperinci
melalui al-Quran tentang bahagian tiap-tiap ahli waris dengan tujuan
mewujudkan keadilan di dalam masyarakat. Malangnya, meskipun
demikian, sampai sekarang persoalan pembahagian harta pusaka menjadi
penyebab timbulnya keretakan hubungan keluarga.
Ternyata, di samping cinta kepada harta menjadi sebab keretakan
hubungan keluarga, ia juga disebabkan oleh sikap kurang peduli umat
Islam terhadap pengetahuan ilmu faraid untuk diamalkan dengannya.
Sikap kurang peduli sesetengah umat Islam terhadap ilmu faraid ini, amatamat dikesali, lebih-lebih lagi apabila sebelum sempat mereka mengenali
sistem pusaka menurut Islam ini, mereka telah terpedaya pula dengan
dakyah Barat yang menegaskan bahawa Islam tidak berlaku adil terhadap
kaum wanita dalam hal pembahagian harta menurut hukum faraid.
Dakyah ini sangat mengelirukan kerana semenjak kedatangan Islam, Islam
telah memastikan hak kaum wanita dalam pusaka. Ini sangat-sangat
berbeza dengan keadaaan Arab Jahiliyyah yang tidak membenarkan wanita
mendapat apa-apa bahagian dalam harta pusaka. Malah kaum wanita itu
sendiri menjadi harta pusaka pula bagi saudara lelaki suami wanita yang
sudah meninggal dunia itu.
Manakala kaum wanita Islam pula, Allah s.w.t telah menetapkan hak
mereka melalui firmanNya di dalam surah an-Nisaa, ayat 7:

x8ts? $i =t !$|i=9u t/t%F{$#u #t$!u9$# x8ts? $i =t %y`h=j9


$Z $Y7t 4 uYx. r& s% $ /t%F{$#u #t$!u9$#
Maksudnya: Bagi laki-laki ada hak bahagian daripada harta peninggalan
ibu bapa dan kerabatnya dan bagi wanita ada hak bahagian pula daripada
harta peninggalan ibu bapa dan kerabatnya, baik sedikit atau banyak
menurut bahagian yang telah ditetapkan.
Jelasnya, dakyah Barat hanya merupakan dakwaan yang kosong. Jika dikaji
dakyah ini, kita akan sedar bahawa merekalah sebenarnya yang ingin
memperdayakan serta menzalimi kaum wanita. Mereka sangat bakhil
dalam memberi nafkah kepada kaum wanita sehingga budaya mereka
mengharuskan kaum wanita bekerja walaupun di tempat-tempat hiburan,

TOPIK 9 TAFSIR AYAT-AYAT AHKAM W

179

kelab malam dan bar walaupun ia bermakna wanita itu akan menjadi
sebagai pemuas nafsu mereka.
Allah berfirman di dalam surah al-Anaam, ayat 119:

ttG9$$/ n=r& u /u ) 3 A= t/ !#ur'/ t=9 #ZWx. )u


Maksudnya: Dan sesungguhnya kebanyakan daripada manusia benar-

benar hendak menyesatkan orang lain dengan hawa nafsu mereka tanpa
pengetahuan. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui
orang yang melampaui batas.
Sekiranya diperhatikan setiap urusan yang mempunyai hubung kait
dengan wanita di dalam Islam, maka akan didapati bahawa kaum wanita
itu tidak dipertanggungjawabkan untuk mencari nafkah walaupun untuk
dirinya sendiri, sama ada sebelum atau sesudah berkahwin. Sekiranya
seseorang wanita itu belum berkahwin, maka ayahnyalah yang
bertanggungjawab atas nafkahnya dan sekiranya dia sudah berkahwin,
maka suaminyalah yang bertanggungjawab atas nafkahnya, walaupun dia
sendiri merupakan seorang yang kaya dan suaminya seorang yang miskin.
Malah sekiranya suaminya itu tidak memiliki wang untuk memberi nafkah
kepada isteri, maka dia hendaklah meminjam daripada orang lain dan
tidak dibenarkan untuk mengambil wang isterinya yang kaya itu kecuali
sekiranya diizinkan.
Oleh sebab itulah, kaum wanita sebenarnya bercukupan sama ada sebelum
atau sesudah berkahwin kerana wanita itu sentiasa dilindungi di dalam
Islam sama ada oleh ayah atau suami atau anak-anak lelaki atau pakcikpakcik dan saudara-saudara lelakinya.
(d)

Senarai Ahli Waris yang Layak Menerima Pusaka


Terdapat 15 ahli waris daripada pihak lelaki dan 10 ahli waris daripada
pihak perempuan yang utama dan layak menerima harta pusaka.
Waris daripada pihak lelaki seperti berikut:

Anak lelaki

Cucu lelaki dari anak lelaki

Bapa

Datuk

Saudara lelaki seibu sebapa

180

X TOPIK 9 TAFSIR AYAT-AYAT AHKAM

Saudara lelaki sebapa

Saudara lelaki seibu

Anak saudara lelaki dari seibu sebapa

Anak saudara lelaki dari seibu atau sebapa

Bapa saudara seibu sebapa

Bapa saudara sebapa

Sepupu dari bapa saudara seibu sebapa

Sepupu dari bapa saudara sebapa

Suami

Hamba sahaya

Jika kesemua waris lelaki di atas wujud, maka hanya tiga orang sahaja yang
layak iaitu:

Bapa

Anak lelaki

Suami

Ahli-ahli waris perempuan yang layak menerima harta pusaka iaitu:

Anak perempuan

Cucu perempuan dari anak lelaki

Ibu

Nenek sebelah ibu

Nenek sebelah bapa

Saudara perempuan seibu sebapa

Saudara perempuan seibu

Saudara perempuan sebapa

Isteri

Petuan perempuan bagi hamba sahaya

Jika kesemua ahli waris di atas wujud, hanya lima orang yang layak:

Anak perempuan

Cucu perempuan dari anak lelaki

Ibu

Saudara perempuan seibu sebapa

Isteri

TOPIK 9 TAFSIR AYAT-AYAT AHKAM W

181

Jika kesemua 25 waris lelaki dan perempuan masih hidup, maka


keutamaan akan diberikan kepada hanya lima ahli waris berikut:

Bapa

Ibu

Anak Lelaki

Anak Perempuan

Suami/Isteri

Berikut adalah bahagian yang diperolehi oleh ahli waris mengikut syarak.
Bahagian Diperolehi

Suami kepada Si Mati

1/2

Tidak mempunyai anak ATAU


Tidak mempunyai cucu dari anak lelaki

1/4

Mempunyai anak ATAU


Mempunyai cucu dari anak lelaki

Bahagian Diperolehi

Isteri kepada Si Mati

1/4

Tiada anak ATAU


Tiada cucu dari anak lelaki

1/8

Mempunyai anak ATAU


Mempunyai cucu dari anak lelaki

Bahagian Diperolehi

Anak Perempuan Si Mati

1/2

Hanya seorang sahaja DAN tidak ada anak lelaki

2/3

2 orang anak perempuan atau lebih DAN tiada anak


lelaki

ASABAH BI-GHAIRIH

Mempunyai anak lelaki mendapat separuh daripada


bahagian anak lelaki

182

X TOPIK 9 TAFSIR AYAT-AYAT AHKAM

Bahagian Diperolehi

Cucu Perempuan Anak Lelaki Si Mati

1/2

Mempunyai seorang sahaja DAN tiada anak

2/3

Mempunyai 2 orang atau lebih DAN tiada anak

1/6

Mempunyai seorang atau lebih jika bersama-sama


dengan seorang anak perempuan

ASABAH BI-GHAIRIH

Mempunyai cucu lelaki - mendapat separuh daripada


bahagian
cucu
lelaki
dari
anak
lelaki.
Terhalang disebabkan mempunyai anak lelaki ATAU 2
anak perempuan atau lebih

Bahagian Diperolehi

Bapa Si Mati

1/6

Mempunyai anak lelaki ATAU cucu lelaki dari anak


lelaki

1/6 dan Asabah

Mempunyai anak perempuan ATAU cucu perempuan


dari anak lelaki

ASABAH

Tiada anak ATAU cucu dari anak lelaki

Bahagian Diperolehi

Ibu kepada Si Mati

1/6

Mempunyai anak ATAU cucu dari anak lelaki ATAU


mempunyai dua saudara kandung ATAU saudara sebapa

1/3

Tidak mempunyai anak ATAU cucu dari anak lelaki


ATAU tiada dua saudara kandung ATAU saudara
sebapa

1/3 dari baki

Bahagian Diperolehi
Sama seperti bapa

Mempunyai bapa serta suami ATAU isteri

Datuk kepada Si mati


Hanya mendapat bahagian sekiranya tiada bapa

TOPIK 9 TAFSIR AYAT-AYAT AHKAM W

Bahagian Diperolehi

183

Saudara Perempuan Seibu Sebapa kepada Si Mati

1/2

Tiada anak, cucu, bapa


menjadikannya Asabah

2/3

Dua orang atau lebih, tiada anak, cucu, bapa DAN ahli
yang menjadikannya Asabah

ASABAH

DAN

tiada

waris

yang

Mempunyai saudara lelaki kandung ATAU datuk

Terhalang oleh

disebabkan adanya bapa, ATAU anak lelaki ATAU cucu


lelaki dari anak lelaki

Bahagian Diperolehi

Saudara Perempuan Sebapa

1/2

Hanya seorang, tiada anak, cucu,saudara kandung, bapa


DAN tiada ahli yang menjadikannya Asabah

2/3

Dua orang atau lebih dengan syarat tiada cucu lelaki,


saudara kandung, bapa DAN tiada ahli yang
menjadikannya Asabah

1/6

Seorang atau lebih mempunyai saudara perempuan seibu


sebapa

Asabah

Terhalang oleh

Disebabkan oleh saudara lelaki sebapa ATAU datuk


1.
2.
3.
4.

Bapa
Dua orang atau lebih saudara perempuan kandung
Seorang saudara perempuan kandung dan
mempunyai anak perempuan dan cucu perempuan
Saudara lelaki kandung

Bahagian Diperolehi

Saudara Seibu (Lelaki/Perempuan)

1/6

Hanya seorang, tiada bapa, datuk DAN tiada anak ATAU


cucu dari anak lelaki

1/3

Dua atau lebih, tiada bapa, datuk DAN tiada anak ATAU
cucu dari anak lelaki

Terhalang oleh

Disebabkan adanya bapa, datuk, anak dan cucu dari anak


lelaki

Sumber: http://maths.usm.my/faraid/msl/default.html

184

X TOPIK 9 TAFSIR AYAT-AYAT AHKAM

Sila layari laman web: http://maths.usm.my/faraid/msl/default.html


untuk pengiraan faraid

SEMAK KENDIRI 9.1


1.

Apakah beza di antara lelaki dan wanita dalam penerimaan harta


pusaka?

2.

Apakah asas utama turunnya ayat tentang faraid?

TOPIK 9 TAFSIR AYAT-AYAT AHKAM W

185

SEMAK KENDIRI 9.2


1.

Nyatakan maksud quru.

2.

Jelaskan hukum berkahwin dengan wanita ahli kitab.

3.

Terangkan cara rujuk di dalam edah.

4.

Berikan tempoh edah bagi wanita hamil.

5.

Huraikan kewajipan yang perlu dilakukan sebelum pembahagian


harta pusaka dilaksanakan.

Ayat 221 surah al-Baqarah menjelaskan bahawa golongan beriman tidak


boleh berkahwin atau haram berkahwin dengan golongan wanita yang
musyrik sehinggalah mereka itu beriman dengan Allah dan Hari Akhirat
serta membenarkan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Begitu juga wanita
muslimah tidak dibenarkan sama sekali berkahwin dengan lelaki musyrik.

Dalam ayat 228 surah al-Baqarah, Allah menjelaskan bahawa wanita-wanita


yang diceraikan oleh suami mereka, tempoh menunggu (edah) yang
dikenakan kepada mereka sebelum mereka dapat berkahwin semula ialah
tiga quru iaitu tiga kali suci atau tiga kali haid. Tujuan edah bagi wanita
adalah untuk memastikan bahawa rahim mereka bersih supaya tidak wujud
kecelaruan dalam menentukan nasab anak.

Manakala dalam surah al-Nisa ayat 11-12, Allah s.w.t telah menjelaskan
dengan terperinci tentang bahagian-bahagian yang akan diperoleh oleh waris
terhadap harta peninggalan si mati. Asas hukum faraid adalah keadilan
kerana turunnya ayat Mawarith adalah untuk mengelak ketidakadilan yang
berlaku dalam masyarakat.

Ayat ahkam
Waris
Pusaka

186

X TOPIK 9 TAFSIR AYAT-AYAT AHKAM

Al-Naisaburi, Abu al-Hasan Ali Bin Ahmad al-Wahidi. (1990). Asbab al-Nuzul,
Matbaah al-Halaby, Mesir.
Ibnu Kathir. (1990). Tafsir al-Quran al-Azim, Dar al-Khayr, Beirut.
Manna Qattan. (1992). Mabahith fi Ulum al-Quran, Maktabah al-Maarif Li alNasyr wa al-Tauzi, Riyadh.
Al-Sabuni, Muhammad Ali. (1985). al-Tibyan fi Ulum al-Quran, Alam alKutub, Beirut.
Al-Sabuni, Muhammad Ali. (t.th). Rawai al-Bayan fi Tafsir Ayat al-Ahkam, t.tp.
Al-Tabari, Ibnu Jarir. (1992). Jami al-Bayan fi Tawil al-Quran, Dar al-Kutub alIlmiyyah, Beirut.
Al-Zuhayli, Wahbah. (1991). al-Tafsir al-Munir, Dar al-Fikr, Beirut.
http://maths.usm.my/faraid/msl/default.html

You might also like