You are on page 1of 8

Ayat songsang

Susunan biasa ayat dalam bahasa Melayu ialah subjek + predikat. Ayat songsang pula terbentuk daripada proses
transformasi ayat biasa. (subjek + predikat) . Penyongsangan dapat dilakukan melalui proses pendepanan bertujuan
memberikan penegasan kepada predikat.
Pendepanan seluruh predikat.
Cikgu Hanif / berfikiran kreatif. (susunan biasa)
Berfikiran kreatif / Cikgu Hanif. (susunan songsang)
Proses pendepanan berlaku juga pada ayat yang mengandungi kata penegas. (-lah, -tah, dan kah)
Ibu saya / dia. (susunan biasa ibu saya sebagai subjek)
Dialah / ibu saya. (susunan songsang)
Dia / ibu saya. (X = dari segi susunan ayat songsang. Ayat ini gramatis dalam ayat susunan biasa tetapi subjeknya
Dia)
Pendepanan sebahagian daripada predikat.
(a)

Pendepanan Frasa Kerja

i.

Pendepanan kata kerja:

Ramli bekerja setiap hari. (susunan biasa)


Bekerja setiap hari Ramli. (susunan songsang)
ii. Pendepanan frasa kerja dengan objek.
Zaleha membaca buku. (susunan biasa)
Membaca buku Zaleha. (susunan songsang)
iii

Pendepanan kata kerja dengan kata bantu.

Murid-murid itu masih makan. (susunan biasa)


Masih makan murid-murid itu. (susunan songsang)
b)

Pendepanan Frasa Adjektif


i.

Pendepanan kata adjektif sahaja.


Ramli rajin. (susunan biasa)
Rajin Ramli. (susunan songsang)

ii.

Pendepanan kata adjektif dengan kata bantu.

Rumah Kak Zue masih teguh. (susunan biasa)


Masih teguh rumah Kak Zue. (susunan songsang)

iii.

Pendepanan kata adjektif dengan kata penguat.


Encik Zaidi sangat segak. (susunan biasa)
Sangat segak Encik Zaidi. (susunan songsang)

iv.

Pendepanan kata adjektif, kata bantu dengan kata penguat


Haji Nasser masih segak amat. (susunan biasa)
Masih segak amat haji Nasser. (susunan songsang)

c)

Pendepanan Frasa Sendi Nama


i.

Frasa sendi nama sebagai predikat.


Rantai emas itu untuk ibu. (susunan biasa)
Untuk ibu rantai emas itu. (susunan songsang)

ii.

Frasa sendi nama sebagai keterangan dalam predikat.


Penonton-penonton merempuh masuk ke dalam dewan. (susunan biasa)
Ke dalam dewan penonton-penonton merempuh masuk. (susunan songsang)

FORMULA AYAT SONGSANG.


Ayat biasa:
Dia / membeli buku di kedai itu.
Cara Songsangan Ayat:
Nomborkan penggalan ayat.
1

Dia

membeli

buku

di kedai itu.

KGND - Ketiga

Frasa Kerja Transitif

Objek

Frasa Keterangan

Subjek

Predikat

FORMULA:
Ayat Biasa : 1+2+3
Ayat songsang:
i.

2+3+1

ii.

2+1+3

iii.

3+1+2

iv.

3+2+1

Ayat Biasa:
1

Dia

membeli buku

di kedai itu.

Membeli buku

di kedai itu

dia

Membeli buku

Dia

di kedai itu

Di kedai itu

Dia

membeli buku

Di kedai itu

membeli buku

dia

Contoh ayat songsang (i)

Contoh ayat songsang (ii)

Contoh ayat songsang (iii)

Contoh ayat songsang (iv)

Latihan 1
Tukarkan ayat bersusunan biasa di bawah kepada ayat bersusunan songsang.
(i) Peserta pertandingan pidato itu sungguh petah berbicara.
(ii)Keropok lekor sangat populor di Terengganu kerana rasanya yang enak.
(iii)Negeri-negeri di Pantai Timur dilanda banjir disebabkan hujan lebat yang berterusan.

Latihan 2
Tukarkan ayat bersusunan songsang di bawah supaya menjadi ayat bersusunan biasa.
(i) Dirobohkan oleh pekerja bangunan lama di pinggir bandar.
(ii)Keadaan banjir semakin surut pemberita melaporkan.
(iii)Pada hari raya pertama kami berkumpul di rumah nenek di kampung.

Subjek dan Predikat

Subjek dan Predikat


Subjek ialah bahagian yang diterangkan.
Predikat ialah bahagian yang menerangkan subjek.
Bil
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

Bi
l
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29

Subek

Subjek
Dia
Bangunan itu
Arif
Saya
Mereka
Pelajar itu
Rumah itu
Buah jambu ini
Surat ini
Pokok rambutan itu

Predikat
pengetua baru di sekolah itu.
bangunan Kementerian Pendidikan.
belum makan dari semalam.
belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Jelapang Jaya.
menari dengan gembiranya.
sedang bermain kejar-kejar dengan kawannya.
agak besar.
sangat manis.
daripada peguam ayah.
di belakang rumah.

Pola Ayat
FN + FN
FN + FN
FN + FK
FN + FK
FN + FK
FN + FK
FN + FA
FN + FA
FN + FSN
FN + FSN

Latihan Pengukuhan
Tandakan / untuk memisahkan di antara Subjek dan Predikat dalam ayat-ayat di bawah.
Kemudian tuliskan pola ayatnya.
/
Predikat

Laksamana Hang Tuah terkenal dengan kelicikannya bermain senjata.


Andak tunduk ke lantai sambil kakinya menguis-nguis hujung tikar.
Latihan tatabahasa kali ini agak mudah.
Nelayan-nelayan itu mengandar dua bakul ikan ke jeti untuk dijual kepada peraih.
Tuan Puteri Lela Manja dan dayang-dayangnya sedang memetik bunga di taman istana.
Si Bongkok menyarungkan cincin ke jari manis tuan puteri.
Kita perlu mengambil pelbagai jenis makanan untuk membesar.
Makanan ini masih elok untuk dimakan.
Pelbagai aktiviti telah diadakan sempena Minggu Kesihatan di sekolah.
Bekalan makanan ini untuk adik.
Anak dan isteri perokok berisiko tinggi untuk mendapat kanser tekak, kanser paru-paru dan sakit jantung.
Banyak remaja merokok kerana meniru perbuatan ibu bapa mereka.
Awang Haji Tengah ketua pengurus pejabat kami.
Kempen Berhenti Merokok kurang mendapat sambutan daripada para remaja.
Buku tebal itu buku kesayangan saya.
Penceramah itu mengatakan bahawa tanganlah yang menentukan kesihatan kita.
Air bertindak sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh tubuh badan.
Badan kita sukar mengeluarkan toksik apabila kekurangan air.
Perabot rumahnya dari Itali.
Murid sekolah itu, belajar dari pagi hingga ke petang.
Harimau yang garang itu telah membaham lembu Pak Uteh yang ditambat di tepi hutan itu.
Hujan lebat telah menyebabkan berlakunya banjir kilat.
Nilai mata wang berubah-ubah mengikut pasaran semasa.
Kata-kata mutiara yang ditampal pada dinding sekolah membangkitkan semangat murid untuk belajar.
Makanan yang mengandungi terlalu banyak gula boleh menjejaskan sistem imun badan.
Sesetengah bangunan bersejarah dijadikan muzium untuk dikunjungi oleh orang ramai.
Pokok periuk kera hidup di kawasan yang kurang subur di tanah tinggi.
Sesetengah tumbuhan tanah gambut memperoleh makanannya dengan cara memerangkap serangga.
Tumbuhan satu sel membentuk kumpulan besar yang dikenali sebagai alga.

Pola ayat

30

Bulu kucing kesayangan Dolly itu sungguh lebat dan panjang.


Latihan 1
Kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi setiap ayat seperti yang berikut:
Subjek

Predikat

(i)

Keluarga memainkan peranan yang penting dalam kehidupan setiap remaja.

Subjek

Predikat

(ii)

Penggunaan telefon bimbit sudah menjadi suatu kemestian pada hari ini.

Subjek

Predikat

(iii)

Pada setiap hari Ahad ibu bapa saya ke pasar tani.

Subjek

Predikat

(iv)

Sudah menjadi isu global jenayah pemerdagangan manusia.

Subjek

Predikat

(v)

Akan menyebabkan masalah obesiti tabiat makan secara berlebihan.

Subjek

Predikat

(vi)
Subjek

Generasi muda perlu mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan.


:

Predikat

Latihan 2
Kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi setiap ayat seperti yang berikut:
Subjek

Predikat

(i)

Kejayaan itu dikecapinya selepas mengharungi pelbagai halangan dan jerih payah.

Subjek

Predikat

(ii)
Setiap pengguna berhak mendapatkan barangan atau perkhidmatan atas setiap sen yang dibelanjakan oleh
mereka.
Subjek

Predikat

(iii)

Beberapa ekor anjing liar menyelongkar tong sampah untuk mencari sisa-sisa makanan.

Subjek

Predikat

(iv)

Kerjaaan tidak mengizinkan kemasukan beberapa jenis ubat ke negara ini.

Subjek

Predikat

(v)

Kenaikan harga barangan di negara kita semakin sukar untuk dibendung.

Subjek

Predikat

(vi)
Orang tengah mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan berlipat ganda ke atas golongan nelayan
dan petani.
Subjek

Predikat

1.Ayat
a) Nyatakan jenis ayat berikut;
i) Cis, berani kau memperdaya aku!
ii) Rumah ini milik jutawan yang dermawan.
iii) Awak nampak di mana kunci saya?
iv) Dia ialah rakan serumah saya.
v) Saya tidak mengambil baju itu.
vi) Sila beratur sebelum masuk ke dalam kelas.

2.Subjek dan Predikat


a) Nyatakan bahagian subjek dan predikat
i) Angkasawan Negara telah selamat sampai ke bumi.
ii) Faktor ketiadaan pekerjaan menjadi punca warga muda terjurumus ke lembah jenayah.
iii) Bercahaya-cahaya dan memukau sungguh cincin bertahtakan permata yang dipakai oleh ibu apabila disinarai
cahaya lampu neon.
iv) Di hujung tanjung itu, mayat pemuda yang mati membunuh diri ditemui oleh pihak penyelamat.
v) Keputusan Peperiksaan SPM pada tahun 2007 ini dijangka dapat melahirkan pelajar yang pandai, berwibawa dan
berkarisma.
3.Frasa
a) Nyatakan frasa bahagian predikat
i) Ali berjaya mengalahkan saingannya di saat-saat akhir.
ii) Letupan yang mengorbankan 40 orang awam Iraq itu didalangi oleh tentera Amerika.
iii) Semangat bersatu padu di kalangan rakyat Palestin perlu dijana bagi menjamin kemenangan umat Islam.
iv) Semalam, pakaian yang dibeli oleh ayah di pasar malam dijadikan hadiah untuk datuk sempena hari lahirnya
yang ke-100.
v) Dalam bas mini yang penuh sesak itu, penyeluk saku menjalankan operasi mereka tanpa segan silu.
4.Kata
a) Senaraikan satu Kata kerja terbitan bagi setiap ayat.
i) Adik makan sambil bercakap-cakap.
ii) Emak tersepak cawan dan kakinya berdarah
iii) Adik baca buku sambil mendengar muzik irama "rock" yang melalaikan.
iv) Jalan itu diperbesar untuk memudahkan pelajar berbasikal ke sekolah.
v) Hujan turun tidak berhenti-henti sejak kedatangan musim tengkujuh.

You might also like