Professional Documents
Culture Documents
Tarikh
: 28 Mac 2014.
Ruj. Kami : SMKAP 700Kepada :
Guru-guru Berkenaan,
Sek. Men. Keb. Ade Putra.
Melalui:
Tuan Hj Hamdan bin Hashim
Pengetua,
Sek Men Keb Ade Putra Berhad,
78300 Masjid Tanah,
Melaka.
Tuan,
PERMOHONAN PELEPASAN KELAS/ AKTIVITI KOKURIKULUM LATIHAN PUSAT BOLA
JARING.
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.
Sehubungan dengan itu, adalah Jawatankuasa Pengurusan Bola Jaring akan mengadakan sesi
latihan pusat bola jaring yang akan diadakan seperti ketetapan berikut.
Tarikh
Hari
Masa
Tempat
3.
Latihan Pusat ini diadakan bagi mempersiapkan pasukan sekolah yang akan bertanding dalam
Kejohanan Bola Jaring MSSM Kawasan Masjid Tanah pada 3 dan 4 April 2014 ini. Oleh yang demikian,
guru-guru berkenaan dapat memberikan pelepasan kepada murid berkenaan (rujuk lampiran) bagi
menghadiri sesi latihan ini. Keprihatinan pihak tuan amatlah kami hargai.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Yang menjalankan tugas,
.
CIK NOOR ZARINAWATY ABD KADIR
Guru Penasihat
Persatuan Bola Jaring
Sek. Men. Keb. Ade Putra.