You are on page 1of 7

Bulatkan jawapan yang tepat.

(25 markah)
1.

Pada zaman dahulu, banyak _________ datang ke Melaka untuk urusan perniagaan.
A pengurus
C penjual
B penjaja
D pedagang

2.

__________ yang dibonceng oleh abang tersadai di tepi jalan kerana kerosakan enjin.
A Bas
C Basikal
B Kereta
D Motosikal

3.

Kakak mencuba __________ yang baru dibeli oleh ibu pada jari manisnya.
A subang
C kerongsang
B gelang
D cincin

4."Ibu, duit _______ hilang," kata Umair kepada ibunya.


A kita
B kami
C saya
D mereka
5. Darus dan Intan bersahabat karib. _______ tinggal sekampung.
A Dia
B Kita
C Kami
D Mereka
6. "Jika _______ ada masalah sila jumpa saya," kata Cikgu Sarah kepada saya.
A mereka
B kamu
C kami
D dia
7. Salmi murid tahun enam. _______ berazam untuk mencapai 5A dalam UPSR.
A Dia
B Kami
C Awak
D Saya
8. Bangunan baru itu telah dirasmikan oleh _______.
A dia
B kami

C kamu
D beliau
9. "Sebagai murid, _______ hendaklah belajar bersungguh-sungguh," kata cikgu.
A dia
B kita
C kamu
D mereka
10. "Ampun _______ tuanku," sembah Hang Tuah kepada raja.
A beta
B patik
C hamba
D baginda
11. "Jika ________ ada masa lapang, jemputlah ke rumah saya," kata Ani kepada kawan-kawannya.
A dia
B awak
C beliau
D kalian
12. Buah-buahan tempatan sungguh ______________ dan berpatutan pula
harganya.
A kelat
B enak
C manis
D masam
13. Abdul Halim sedang mengasah sabit kelapa sawit itu kerana sudah
__________.
A tajam
B kasar
C kesat
D tumpul
14. Air sungai itu __________ kerana sampah sarap dibuang ke dalamnya.
A jernih
B hitam
C kotor
D bersih
15.Pengawas lelaki itu sering membawa buku __________ di dalam poket
bajunya.
A kecil
B tebal

C besar
D panjang
16. Udara di Calet Air Panas, Pengkalan Hulu itu sungguh __________.
A baik
B cergas
C nyaman
D indah
17 Kakak tidak suka akan daging kambing baunya yang ___________
A hapak
B tengik
C hamis
D haring
18. Pak Mus bekerja di ladang kelapa sawitnya dari pagi hingga _______ petang.
A di
B ke
C pada
D kepada
19. Hanya kain batik tulis lebih mahal ______ harga kain batik cap.
A oleh
B dengan
C dari
D daripada
20. Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak menyampaikan hadiah ______ para pelajar.
A untuk
B pada
C kepada
D ke
21. Maria membeli sehelai selendang ______ ibunya sebagai hadiah hari jadi.
A daripada B untuk
C demi
D bagi
22. Cikgu Maya menasihatkan kami supaya mempunyai rasa belas kasihan _______ haiwan.
A terhadap
B hingga
C dalam
D oleh
23. Anak-anak harimau yang ditangkap itu berusia antara tiga _______ empat tahun.
A di
B dengan
C kepada
D hingga
24.

Oleh sebab rasa cinta _______ kebudayaan Melayu, Puan Hawa sanggup menjelajah seluruh
negara untuk membuat kajian.
A dalam
B untuk
C akan
D terhadap

25. Pak Uteh menjaga potret yang dilukis _______ anaknya itu dengan baik.
A sejak
B oleh
C tentang
D dalam

Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.(10 markah)

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, Yang berusaha Tuan Guru Besar, para Penolong
Kanan, guru-guru, serta rakan-rakan yang saya hormati. Saya merakamkan ucapan terima kasih
kerana diberi peluang untuk menyampaikan sebuah syarahan pada pagi ini.
Hadirin yang dihormati,
Pada pagi yang indah lagi permai ini, izinkan saya menyampaikan sebuah syarahan yang
bertajuk "Pentingnya Bersenam". Slogan ini bermaksud bersenam merupakan satu daripada
penaja utama kesihatan jasmani seseorang.
Memang tidak dapat untuk mengelakkan diri daripada ancaman penyakit, kita mestilah
mengamalkan penjagaan kesihatan yang sempurna. Satu daripada kaedah untuk menjamin
kesihatan yang baik ialah melalui aktiviti bersenam. Senaman secara teratur boleh membantu
menyuburkan jasmani dan rohani seseorang.
Hadirin yang budiman,
Bersenam atau latihan jasmani memberi banyak faedah kepada kita terutamanya muridmurid sekolah. Setelah penat belajar sepanjang hari, bersenam boleh menolong murid-murid
menghilangkan ketegangan dan membebaskan diri daripada perasaan bimbang. Murid-murid
yang jarang bersenam akan mudah mendapat selesema, batuk, dan lenguh-lenguh badan.
Ketika belajar, murid-murid banyak menghabiskan masa duduk di atas kerusi. Ini
membuatkan perjalanan darah menjadi kurang lancar. Akibatnya, badan mereka menjadi letih di
samping tidak berupaya untuk berfikir dan mengingati apa yang dipelajari.

Hadirin yang disenangi, kita harus menanamkan satu kesedaran di dalam diri
tentang kepentingan bersenam. Murid-murid yang selalu bersenam didapati lebih cergas
dan kebiasaannya dapat menyelesaikan masalah dengan baik. Mereka dapat
menyesuaikan diri di kalangan rakan-rakan. Oleh itu, saya ingin mengambil
kesempatan ini untuk mengajak rakan-rakan supaya mengamalkan senaman setiap hari.
Marilah kita jayakan slogan yang berbunyi "Pentingnya Bersenam" dalam diari kehidupan
kita seharian. Tiada insan yang menafikan dan menolak pentingnya kesihatan. Kita juga perlu
berusaha dan bertanggungjawab untuk merealisasikan hidup sihat dalam diri kita, keluarga kita,
dan negara kita.

Informasi yang saya nyatakan di sini, diharap dapat dijadikan sebagai panduan.
Sebelum saya mengundur diri, saya memohon kemaafan seandainya terselit jua
keterlanjuran kata dan kesilapan bicara.
Sekian, terima kasih.

1. Apakah matlamat bersenam?


_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
2. Mengapakah kita digalakkkan bersenam secara teratur?
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________

3. Apakah faedah bersenam kepada murid-murid sekolah?


_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
4. Apakah tajuk syarahan ini?
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
5. Badan yang letih boleh menyebabkan apa?
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________

Senaraikan kata kerja transitif dan kata kerja tidak transitif. (10 markah)

Kata kerja transitif

Kata kerja tidak transitif

Tuliskan kata dasar bagi perkataan-perkataan berikut. (5 markah)


1. mengayuh
2. memakai
3.menoreh
4. menyaksi
5. mengupas

6. menyoal
7. berenang
8. meneliti
9. melompat
10. menyemak

You might also like