You are on page 1of 2

29 September 2014

Kepada,
Pemain Golf MESCA JEMPUTAN
Seperti Lampiran 1
Tuan,
Jemputan Menyertai Pertandingan Golf Mesra MESCA, Kementerian Pendidikan
Malaysia 2014.
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Sukan dan Kebudayaan Kakitangan Kementerian
Pendidikan Malaysia (MESCA), Kementerian Pendidikan Malaysia akan mengadakan
Pertandingan Golf Mesra dalam kalangan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan. Antara tujuan
utama pertandingan ini ialah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan
pemain golf di KPM dan meraikan pemain golf MESCA yang akan bersara.
3.

Pertandingan Golf Mesra tersebut akan dijalankan seperti makluman berikut:


Tarikh
: 1 November 2014 (Sabtu)
Masa
: 7.00 pagi (pendaftaran dan sarapan pagi)
7.45 pagi Tee off
Tempat
: Port Dickson Golf & Country Club, Negeri Sembilan).
(Yuran pakej golf berjumlah RM180.00 akan dikenakan kepada setiap
pemain. Bayaran tersebut akan merangkumi Green Fees, Golf
Insurance, buggy, sarapan pagi, makan tengah hari. Pembayaran
secara tunai hendaklah dijelaskan pada hari pertandingan).

4.
Golf MESCA akan menjemput pemain golf dari PSKPP beberapa negeri dan MERSC
(Singapura) menyertai pertandingan tersebut. Kos menyertai pertandingan ini adalah atas
perbelanjaan sendiri. Pihak urusetia akan menyediakan penginapan dan pengangkutan
yang terhad. Sebarang pertanyan bagi melicinkan perjalanan kejohanan tuan/puan boleh
menghubungi Pengerusi Golf MESCA, Rusli bin Abdullah (Hp 012-2216476, Pejabat
0389250352 ambungan 2241) atau Setiausaha Golf MESCA, Dr. Mohamad Hussin bin
Mohamad Yusof (Hp 013681586).
5.
Kerjasama dan keperihatinan Tuan kerana menyertai pertandingan ini amat kami
hargai.
Sekian, terima kasih.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia


Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan (SPPK) merangkap
Kapten Golf MESCA, Kementerian Pendidikan Malaysia.

You might also like