You are on page 1of 2

DEFINISI DISIPLIN

Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan Tahun 1979


mentakrifkan disiplin sebagai: ...kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi
undang-undang sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri. Disiplin
juga bermakna kesanggupan seseorang itu bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup tertib,
kesanggupan menghormati hak individu lain, kesanggupan mengamalkan tingkah laku yang
baik dan tidak mengganggu kepentingan orang lain, kesanggupan hormat menghormati antara
satu dengan lain dan mempunyai semangat tolong menolong, dan kesanggupan membaiki
keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat kepada
masyarakat.
MATLAMAT DISIPLIN
Disiplin akan menjadikan seorang murid itu sebagai manusia yang dapat memimpin diri sendiri
dalam hidupnya pada masa hadapan. Disiplin diri bagi setiap individu adalah mustahak dalam
usaha mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang bertatasusila, bersatu padu, demokratik,
adil, dan progresif. Disiplin diri juga akan melahirkan individu-individu yang kreatif serta
mempunyai kesedaran harga diri dalam masyarakat yang bergerak ke arah kemajuan.
PRINSIP-PRINSIP ASAS DISIPLIN
Disiplin di sekolah hendaklah berasaskan kepada prinsip-prinsip atau dasar yang berikut:
keadilan dan layanan sama rata
pertimbangan minat dan keperluan murid
kebebasan yang tertakluk kepada undang-undang
amalan menghormati seseorang individu
perhubungan sihat sesama manusia untuk kehidupan berharmonis
perpaduan masyarakat dan negara
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI DISIPLIN MURID
Antara faktor yang mempengaruhi disiplin murid ialah:
asuhan dan didikan di rumah dan di sekolah
tingkah laku rakan-rakan sebaya
suasana dan alam sekitar
latar belakang ibu bapa dan keluarga
organisasi sekolah
cita-cita
CIRI-CIRI DISIPLIN YANG BAlK
Seorang murid yang berdisiplin sentiasa mematuhi dan taat kepada ajaran agama,
mengamalkan nilai-nilai kebudayaan Malaysia, memahami dan menghayati Rukun Negara,serta
mematuhi peraturan sekolah dan undang-undang negara. Antara ciri penting seorang murid
yang berdisiplin adalah seperti berikut:
taat akan suruhan agama
memahami dan mematuhi peraturan-peraturan
menepati waktu

rajin dan berdaya usaha


jujur dan ikhlas
sentiasa bersedia berkhidmat dan bekerjasama
berbudi bahasa, bersopan-santun dan berdiplomasi
bersih, cekap, amanah
menghormati orang lain
kasih dan sayang kepada ibu bapa
mencintai sekolah
berfikiran luas dan berpandangan jauh

You might also like