You are on page 1of 2

.

Ya Allah, Engkaulah yang mempunyai segala kepujian,


engkaulah yang berhak menerima segala kepujian,
engkaulah yang berhak menerima segala kesyukuran,
Engkalaulah yang memiliki segala pemerintahan, di tangan
Engkau segala kebajikan, kepada Engkaulah kembali segala
urusan.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Bersempena dengan perhimpunan majlis penutup
sambutan bulan kemerdekaan peringkat sekolah SKMR kali
ke 50 ini kami memohon inayah dan taufikMu. Kurniakanlah
kesejahteraan dan kebahagian kepada kami, anak watan
kami serta kesihatan jasmani dan rohani kami. Bukakanlah
hati-hati kami, lapangkanlah dada dada kami supaya kami
dapat mengisi ilmu dan pengetahuan yang berguna
kepada anak-anak kami dan mereka pula memanafatkan
ilmu pengetahuan yang diterima untuk agama bangsa dan
negara.
Ya Rahman, kami memohon kepadaMu kemerdekaan yang
kami kecapi ini berkekalan, perpaduan yang kami nikmati
ini berpanjangan, kemakmuran yang kami kecapi ini
mendapat keredhaan. Dan jadikanlah warga pendidik dan
generasi pelajar hari ini golongan yang berjaya mengisi erti
kemerdekaan berlandaskan kepada syariatMu ya Allah .
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kami memohon dengan kudratMu dan IradatMu. Berikanlah
kami kekuatan dan ketabahan dalam membentuk peribadi
ummah yang mulia yang merdeka dari segi pemikiran yang
menghayati kemerdekaan negara ini dengan makna yang
lebih sempurna lebih syumul iaitu kemerdekaan yang hakiki,
tidak tunduk kepada nafsu tetapi tunduk kepadaMu ya Allah
berpandukan ilmu yang telah Kau kurniakan kepada kami.

Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram,


Tambahkanlah kepada kami kecintaan kepada segala
kebaikan, Jadikanlah kami, pemimpin-pemimpin kami terus
beristiqamah berkhidmat menabur bakti membangunkan
umat dan masyarakat, untuk agama dan bangsa. kami juga
berlindung denganMu daripada duka nestapa, lemah dan
malas, bersifat pengecut serta sebarang bentuk
penindasan dan penjajahan. Kurniakanlah kami kekuatan,
dengannya dapat kami memelihara kemerdekaan negara
kami ini.

Ya Allah, jadikanlah perhimpunan sambutan kemerdekaan


ini, perhimpunan yang dirahmati dan jadikanlah amalan
kami selepas ini amalan yang terpelihara dan diberkati.
Kekalkanlah kemerdekaan negara, keamanan dan
kemakmuran sepanjang zaman.

You might also like