You are on page 1of 11

MAKSUD BUDAYA UNDERGROUND

Maksud underground secara umumnya berasal dari perkataan Inggeris yang bermaksud
bawah tanah. Jika dilihat penggunaan perkataan ini dalam bidang sosial dan budaya, ia boleh
didefinisikan sebagai satu gerakan atau budaya yang diaplikasi secara sembunyi-sembunyi,
eksklusif, memberontak dan melawan sistem . Budaya ini juga merupakan satu gerakan yang
bebas dan tidak terikat kepada satu sistem yang bersifat terikat. Selain itu, istilah ini juga
ditujukan kepada kumpulan, komuniti mahupun individu yang bersifat anti-mainstream, iaitu
orang-orang yang menentang budaya awam (mainstream).
Underground ini juga sering dikaitkan dengan istilah atau komuniti indie iaitu satu
komuniti yang berkarya dan menyebarkan karya mereka tanpa bantuan daripada, mana-mana
agensi atau branding mainstream. Apa yang membezakan antara underground dengan indie
adalah, underground semestinya indie, tetapi indie tidak semestinya underground.
SEJARAH UNDERGROUND
Ada pendapat mengatakan bahawa gerakan atau budaya underground ini dapat dilihat
jelas bermulanya pada abad ke-19 dimana istilah ini digunakan untuk melabel kaum, kumpulan
atau individu wujud dimana tindakannya menentang serta mengancam pihak-pihak berkuasa
pada masa itu. Perkataan underground ini mulanya diwujudkan oleh sekumpulan seniman di
Perancis pada tahun 1920an yang mana mereka ini mengadakan pertunjukan dan persembahan di
dalam subway dan basement yang terletak di bawah tanah. Hal ini adalah kerana masyarakat dan
seniman awam menganggap karya mereka ini pelik dan tidak sesuai dengan keadaan semasa. Hal
ini juga menyebabkan hasil karya mereka ini diperlekeh jika dilakukan di kawasan yang terbuka.
Oleh itu, mereka mengadakan persembahan mereka di bawah tanah agar hanya orang-orang
tertentu dan seideologi dengan mereka sahaja dapat menghadiri persembahan itu.
Di dalam sebuah artikel mengatakan bahawa muzik atau budaya underground ini muncul
pada tahun 1950-an dimana ia merupakan muzik yang paling popular dalam kalanga remaja di
Amerika Syarikat dan Eropah Barat. Pada tahun 1960-an, munculnya pelbagai versi rock seperti
classical rock, folk rock, country rock, jazz rock, pop rock, hard rock, acid rock, punk rock dan
alternative rock. Pada tahun 1960-an menjadi perintis kepada variasi muzik yang kini dilabel
sebagai muzik underground. Kemunculan kumpulan The Beatles telah membawa idea dan bunyi

(sound) baru rock n roll dan liriknya lebih ekspresif. Pada akhir-akhir tahun tersebut, muncul
pula rock yang dikenali sebagai punk scene dan metal scene yang menghasilkan lagu-lagu
tentang realiti kehidupan dan luahan perasaan yang tidak bersifat hipokrit.
Di Malaysia pula, scene underground ini bermula apabila terdapat segelintir pemuzik
yang menginginkan kebebasan dalam berkarya. Mereka ini cuba lari daripada kehendak
pasaran dan tampil dengan idea sendiri. Oleh itu muncul lah muzik rock yang bersifat berat
(heavy), dan liriknya tidak lagi hanya menceritakan tentang percintaan. Liriknya lebih bersifat
terbuka. Kelahiran muzik rock baru ini adalah pada tahun 1970-an dan 1980-an. Pada tahun
1988, boleh dikatakan kemuncak kepada perkembangan muzik underground ini. Hal ini kerana
pada ketika itu semakin ramai golongan remaja yang meminati muzik seperti punk dan thrash
metal dan muzik tersebut mula diklasifikasikan lebih khusus seperti deadth metal, industrial,
grindcore dan sebagainya. Suasana muzik underground ini muncul apabila banyak band
merakamkan demo-tape, membuat majalah (fanzine) dan mengadakan gig (konsert kecilkecilan).
Kemeriahan dunia muzik bawah tanah atau underground ini semakin jelas apabila gig
mula giat diadakan. Gig ini selalunya dianjurkan oleh penggiat muzik, band, editor majalah atau
pemilik label muzik. Berita atau eklan mengenai gig ini akan disebarkan melaui flyers yang
dihantar melalui surat kepada para editor fanzine atau rakan-rakan mereka. Gig yang dilakukan
ini dikatakan tidak mementingkan keuntungan, tetapi yang paling utama adalah suasana
happening (seronok) dan bersatu. Itulah prinsip yang diamalkan dalam dunia muzik
underground. Yang penting adalah amalan DIY (do it yourself), tanpa bergantung kepada sesiapa
untuk mendapatkan kewangan dan sebagainya.
Pengalaman saya sendiri berkaitan muzik underground ini adalah bermula pada tahun
2007-2008 iaitu ketika saya berada dalam tinggakan 3 seingat saya. Pada ketika itu band-band
underground atau indie ini tidak diangkat setaraf dengan muzik-muzik tanah air yang lain.
Sangat sukar untuk mendengar muzik underground ketika itu. Muzik ini hanya boleh didengari
di radio internet dan CD hanya boleh didapati di gig-gig yang diadakan oleh mereka sendiri.
Band-band yang popular dalam kalangan muzik underground atau indie adalah seperti Bunk
Face, Hujan, The Times, Bittersweet, Butterfinger, Meet Uncle Husain dan sebagainya. Pada

ketika ini, saya melihat bahawa lirik pada ketika ini lebih kepada menceritakan tentang realiti
kehidupan dan muziknya bergenre pop rock dan rock yang tidak terlalu keras.
Jika dilihat dari segi makna underground itu sendiri, kita dapat melihat dan mengagak
golongan mana yang biasanya terlibat secara aktif dalam budaya ini. Sebagaimana yang telah
diterangkan bahawa budaya ini lebih bersifat memberontak, bebas dan bersifat melawan sistem.
Oleh itu, budaya ini sering dikaitkan penglibatannya dengan golongan remaja yang dikatakan
bahawa remaja merupakan golongan yang seka memberontak dan hidup bebas. Selain itu juga,
kita dapat melihat bahawa kewujudan budaya ini adalah sangat sepadan dengan keadaan dunia
sekarang, dimana banyak pemerintah memerintah secara tidak adil dan kotor. Hal ini
mengakibatkan banyak individu yang menyertai budaya ini.
MUZIK
Dalam bidang muzik, budaya ini pertama kalinya diperkenalkan pada tahun 1960an dan
kemudian disambung oleh band-band seperti The Grateful Dead, Velvet Undergrond, Acid Test,
dan Frank Zappa, malahan The Beatles pernah dianggap sebagai pembawa scene underground
terawal. Band yang dikategorikan sebagai band underground adalah band yang memegang
konsep DIY (do it yourself). Mereka membuat, merakam dan mengeluarkan album atau karya
mereka sendiri dengan kerja keras sendiri tanpa diikat oleh label-label besar. Istilah sekarang
yang biasanya diguna pakai untuk melabel golongan ini adalah dengan istilah indie. Mereka
mengadakan konsert di tempat-tempat yang tidak representative.
Dalam Counterpunch Magazine, dikatakan bahwa "Underground music is free media, because
by working independently, you can say anything in your music and be free of corporate
censorship".
Budaya underground dilihat lebih meminati genre muzik yang keras, crash, screamo dan
yang sewaktu dengannya. Contohnya seperti, punk rock, rock alternative, death metal, hard rock
dan banyak lagi. Liriknya juga adalah keras dan sukar diterima kerana melambangkan budaya
liar dan tidak sopan pada pandangan masyarakat tempatan terutamanya pada golongan orang tua.
Namun begitu, lirik lagu yang disampaikan adalah bertujuan untuk menyatakan rasa tidak puas
hati terhadap sesuatu perkara dan ada lirik yang menceritakan tentang realiti kehidupan.

Dalam satu kajian ada menerangkan bahawa lirik dalam lagu underground ini lebih
bersifat terbuka. Terdapat lirik yang berunsurkan kritikan sosial, kemanusiaan, ketuhanan,
kesengasaraan, unsur mistik, alam sekitar dan sebagainya. Contohnya, lirik lagu oleh sebuah
kumpulan punk, Caburator Dung yang menceritakan tentang penentangan terhadap autoriti dan
sistem politik dalam masyarakat:
Well raise our voice no way
Well raise our fist no way
This is your face... democracy? Conformity?
Well critize no way
Well organize no way
Whats in your glove
Democracy? Black iron fist?
Wheres our right? No where
Wheres our tongues? No where
Wheres our voice democracy? Stability?
What should we see? Nothing
What should we think? Nothing
Wheres our sight, democracy?
You hide the key
You blinding me
Tajuk : Oppression
Kumpulan : Carburator Dung
Album : Dari Jemapoh ke Manchestee
Terdapat juga lirik lagu underground yang bersifat menentang golongan kapitalis. Lirik
yang dibuat adalah untuk memanifestasikan rasa tidak puas hati pemuzik terhadap sistem-sistem
yang menekan:
Youre working for the man
Slaving for the company
Selling your soul away

Punching meter everday


Twenty years hod gone astray
Suddenly realized
Did you dream meterialise?
Tajuk : Dont Wanna Be You
Kumpulan : Caburator Dung
Album : The Allure of Manure
Selain itu juga, lirik yang berunsurkan kesedaran turut dihasilkan oleh pemzik
underground dalam sesetengah karya mereka. Contohnya :
Paralyzed mind
We shout without voice
We cry without tears
Were proud without honour
Were name without meaning
Tajuk : Paralyzed Mind
Kumpulan : Koffin Kanser
Album : Soul: New Agenda
Terdapat juga lirik lagu underground yang mencerminkan semangat nasionalisma yang
tinggi atau semangan cintakan tanah air. Lirik seperti ini dapat dilihat seperti :
We had been raised to trust
The god and to the king
We gonna stand and ground
The strengh that come whithin
So if you think you know those feeling that is thru
And its all for the yellow, the red, and white and blue
And when you hear the call
We know that you be there

Its for the stripe the moon and star


Coz we all proud that we was made in Malaysia
Tajuk : Made In Malaysia
Kumpulan : Roots n Boots
Album : Yound, Loud and Proud
Oleh itu dapat dilihat bahawa, genre muzik dalam muzik underground ini adalah biasanya
bersifat keras (heavy) dan lirik lagunya pula adalah lirik yang tidak menggunakan bahasa yang
terlalu berkias dan tidak bersifat hipokrit.
PAKAIAN
Di Malaysia, pengamal budaya ini biasaya tidak ada kod pakaian yang khusus. Ia
bergantung kepada individu itu sendiri. Namun begitu, ciri pakaian yang biasanya dipakai oleh
golongan ini adalah agak melanggar norma masyarakat tempatan. Sebagai contoh, mereka ini
biasanya memakai pakaian yang lusuh dan terdapat kesan koyak pada seluar jean yang dipakai.
Identiti pemakaian budaya ini adalah kerana mereka merasakan bahawa, pakaian sebagaimana
orang awam yang biasa adalah skema dan tidak bertepatan dengan gaya mereka yang dikatakan
rockers. Namun begitu, masih terdapat golongan yang mengamalkan budaya ini secara
berlebihan dan golongan ini memakai pakaian yang sangat melanggar norma masyarakat seperti
mewarna rambut dan bertindik. Istilah yang boleh diberika kepada golonga ini adalah poseur
atau budak baru nak up. Golongan seperti inilah yang menjadikan tanggapan masyarakat
terhadap budaya underground semakin ditolak.
Sebenarnya, budaya underground atau indie ini bukan sahaja berkaitan dengan cara hidup
atau muzik sahaja, ia juga berkaitan dengan semua jenis kesenian. Budaya ini bukan sahaja
menekankan konsep mereka di dalam muzik sahaja tetapi terdapat juga pada film, puisi dan
karya satera lainnya.
MASALAH SOSIAL
Jika dilihat tentang konsep asal budaya underground ini, budaya ini membawa satu
ideologi yang dilihat dapat membuka minda serta membuatkan masyarakat setempat berfikir.
Namun begitu terdapat beberapa gejala yang menyebabkan golongan ini, terutamanya golonga

remaja, terpinggir dan disisihkan oleh masyarakat akibat daripada masalah sosial yang dilakukan
oleh golongan ini. Gejala ini hanya dilakukan oleh segelintir remaj yang mengamalkan budaya
ini secara ikut-ikutan.
Apa yang dapat dilihat berkaitan masalah sosial yang akan berlaku sekiranya budaya ini
tidak dibendung adalah pertamanya berlaku masalah budaya melepak dalam kalangan remaja.
Setiap sub-budaya yang wujud, semestinya akan mewujudkan tempat dimana golongan yang
mengamalkan sub-budaya tersebut berkumpul atau melepak. Budaya melepak ini sememangnya
merupakan satu risiko kepada berlakunya masalah sosial yang lain seperti pergaulan bebas,
buang masa dan mengganggu ketenteraman serta keselesaan orang awam dan banyak lagi.
Namun, tidak semua yang mengamalkan budaya ini mendatangkan masalah, hanya segelintir
sahaja. Hal inilah menyebabkan pandangan masyarakat menjadi serong terhadap kesemua
pengamal budaya ini. Oleh itu, dilihat budaya ini perlu dibendung daripada berlaku lebih serius.
USAHA-USAHA MEMULIHKAN MASALAH SOSIAL REMAJA DARI SUDUT SUBBUDAYA UNDERGROUND
Berdasarkan penelitian dan kajian yang telah dibuat dalam sub-budaya underground.,
jelasblah bahawa terdapat beberapa masalah yang sering dikaitkan dengan gejala sosial yang
berlaku dikalangan remaja yang terlibat secara lansung ataupun tidak lansung dalam sub budaya
underground ini. Antara masalah sosial yang kerapkali berlaku di kalangan remaja adalah
masalah penyalahgunaan dadah, pergaulan bebas, seks bebas, merokok, bertatu, bertindik,
pakaian menjolok mata, keganasan dan sebagainya. Namun, apa yang lebih ketara dapat kita
lihat dalam sub budaya underground itu sendiri adalah masalah penyalah gunaan dadah dan
masalah memberontak. Oleh sebab pendapat dan pandangan daripada golongan ini tidak diambil
kisah oleh masyarakat, akhirnya golongan ini bertindak untuk memberontak dan menjauhkan diri
daripada pemulihan-pemulihan sosial kerana mereka sedar bahawa tidak ada masyarakat yang
mahu mendengar pendapat dan pandangan mereka dan dari erti kata lain berlaku penyisihan
sosial subjektif. Tambahan pula, golongan ini dilihat cenderung untuk hilang kepercayaan
terhadap institusi-institusi sosial yang utama dalam masyarakat. Kesannya, remaja yang tersisih
dan tidak dibantu daripada kehidupan majoriti akan terlepas peluang sosial untuk memajukan diri
dan seterusnya mampu membiakkan lagi pelbagai aktiviti antisosial dan jenayah dalam sesebuah
masyarakat serta mampu mengancam perkembangan negara. Hal ini akan menyukarkan lagi

usaha-usaha untuk memulihkan remaja-remaja yang bermasalah. Di eropah, komuniti tersisih


dirujuk sebagai
certain groups on the margins of society who were cut off from
regular resources of employment and the income safety nets of
the welfare state as well as powerful institution, such as trade
unions, that might have given them a voice.
Oleh itu, terdapat tiga jenis intervensi sosial yang boleh dianggap sebagai usaha-usaha
yang sewajarnya diambil bagi menangani masalah sosial dalam kalangan remaja sub-budaya
underground. Tiga intervensi sosial tersebut melibatkan remedi sosial, pemulihan sosial dan
pembangunan komuniti. Remedi merangkumi usaha-usaha bagi memenuhi keperluan fizikal dan
fisiologi. Sebagai contoh, dalam berurusan dengan penagih dadah, perkara yang paling utama
adalah berusaha merawat masalah ketagihan atau pergantungannya kepada dadah sebelum
membantunya memperbaiki diri atau melengkapkannya dengan kemahiran untuk pasaran
pekerjaan. Cara utama yang mungkin boleh diambil adalah dengan memberi nasihat ataupun
mendedahkan penagih itu dengan kesan-kesan bahaya apabila menggunakan dadah. Selain itu,
cara yang boleh diambil adalah dengan memberi ubat peneutral ketagihan seperti methadone.
Kini, ubat-ubat untuk meneutralkan ketagihan ada dijual di sesetengah klinik-klinik swasta.
Namun begitu, biasanya untuk mendapatkan ubat-ubat tersebut, penagih akan diperiksa terlebih
dahulu oleh doktor, seterusnya doktor akan memberi nasihat dan menerangkan cara untuk
mengurangkan ketagihan yang dihadapi dan memberi ubat yang bersesuaian. Tambahan pula,
maklumat diri penagih yang merawat diri di klinik-klinik ini akan dirahsiakan untuk mengelak
daripada penagih rasa enggan memulihkan dirinya kerana bimbang masyarakat akan tahu dan
memandang serong kepadanya kelak walaupun sudah pulih. Sekiranya gagal, cara yang boleh
diambil adalah dengan memujuk golongan penagih ini untuk ke pusat-pusat serenti tetapi pada
hakikatnya kebanyakan penagih tidak mahu untuk ke pusat serenti secara rela kerana mereka
tahu nasib mereka walaupun mereka telah pulih, masyarakat tetap akan melabel mereka sebagai
penagih dan meletakkan mereka sebagai pesalah sekiranya berlaku sesuatu jenayah.
Di samping itu, pihak kerajaan juga dikatakan telah mekukan pelbagai usaha bagi
mengatasi masalah penggunaan dadah ini. Akta dadah 1952 memperuntukkan hukuman penjara
tidak kurang daripada 5 tahun ataupun penjara seumur hidup dengan 10 kali sebatan. Di samping

itu, seseorang akan dianggap melakukan kesalahan di bawah seksyen 6(B) Akta Dadah
Berbahaya 1952 sekiranya beliau didapati menanam ataupun mengusahakan tanaman pokok
ganja ataupun cannabis walaupun dengan hanya satu pokok sahaja. Individu tersebut juga boleh
dikenakan hukuman penjara seumur hidup atau dikenakan sebatan enam sebanyak enam kali.
Bagi pengedah dadah yang disabitkan kesalahan mengedar dadah pula akan diperuntukkan
hukuman mati mandatori sekiranya disabitkan di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya
1952. Bagi setiap kesalahan yang dibuktikan dan berkaitan dengan dadah, mahkamah dikatakan
tidak mempunyai kuasa budi bicara untuk mengurangkan hukuman terhadap pesalah.
Oleh itu, peranan masyarakat dalam menerima, memberi peluang dan membantu
golongan ini adalah sangat penting untuk memulihkan golongan penagih ini. Oleh itu, langkah
yang diambil adalah menghantar penagih-penagih ini ke pusat serenti walaupun secara paksa
kerana penggunaan dadah akan memberi kesan yang buruk kepada penagih itu sendiri dan orang
di sekitarnya. Contoh lain yang boleh diambil adalah masalah pergaulan bebas dan pemakaian
yang tidak sopan bagi wanita dalam budaya underground. Antara usaha remedi yang boleh
diambil adalah peranan ibu bapa di mana ibu bapa seharusnya bijak dalam mendidik dan
memberi nasihat kepada golongan remaja ini. Kawalan ibu bapa juga sangat penting seperti
memantau dengan siapa anak mereka berkawan. Selain itu, remaja ini harus diberikan
penghayatan agama dengan mendedahkan mereka dengan ilmu-ilmu agama supaya timbul rasa
insaf dan ingin berubah dengan sendirinya.
Seterusya, usaha-usaha membendung masalah sosial dikalangan remaja dari sudut subbudaya underground adalah melalui alternatif pemulihan sosial. Sebagai contoh, usaha melalui
aktiviti pemulihan sosial terhadap remaja-remaja yang ditahan di Sekolah Henry Gurney dan
tempat pemulihan akhlak, program pemulihan ketagihan dan pemulihan sosial bagi penagih
dadah di pusat serenti di seluruh negara. Berdasarkan beberapa kajian, terdapat tiga program
utama pemulihan sosial berasaskan komuniti yang dilihat berjaya mengubah, mencegah dan
mengawal perilaku remaja bermasalah ini iaitu melalui Program Kepolisan Masyarakat
(community policing), Program Bantuan Bersama (Mutual Help Schemes Program) dan Program
Jaya Diri (Self-Help Programs). Di samping itu, pemulihan sosial juga banyak diaplikasikan
dalam program-program pencegahan jenayah seperti Neighbourhood, Anti-Crime Patrols dan
Rukun tetangga. Program-program ini biasanya dijalankan melalui pemantauan dalam

masyarakat yang dilihat mampu membendung masalah sosial daripada berlaku secara berleluasa
dan berlaku secara terang-terangan. Sebagai contoh, masalah penagih dadah, dengan adanya
rukun tetangga yang memantau di sesuatu kawasan petempatan, penagih ini tidak akan berani
untuk menjadikan kawasan petempatan tersebut sebagai port untuk melepaskan ketagihan
dadah.
Seterusnya adalah intervensi melalui pembangunan komuniti bagi membendung masalah
sosial dalam kalangan remaja dari sudut sub-budaya underground. Usaha-usaha pembangunan
komuniti mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan program pemasukan sosial komuniti
tersisih ke dalam usaha pemerkasaan modal insan seperti program pendidikan, program latihan
kemahiran, program-program pembinaan pengetahuan kreativiti, personaliti, daya usaha dan
program keyakinan diri. Program yang dibuat ini secara tidak lansung akan mengurangkan
masalah sosial dalam kalangan remaja underground. Sebagai contoh, penagih-penagih dadah
yang dimasukkan ke pusat serenti akan didedahkan dengan program keyakinan diri dan program
latihan kemahiran. Justeru itu, setelah individu tersebut keluar dari pusat serenti kelak. Mereka
akan mempunyai kemahiran dan mempunyai daya kebolehpasaran walaupun berlatar belakang
bekas seorang penagih. Segala usaha-usaha ini akan menjadi sia-sia sekiranya tidak mendapat
perhatian. Oleh itu, ibu bapa, keluarga, masyarakat dan kerajaan harus memainkan peranan
penting bagi membantu memulihkan golongan remaja yang bermasalah ini kerana golongan
muda inilah bakal menjadi peneraju negara pada masa akan datang.
Selain daripada usaha-usaha yang telah disebutkan, terdapat seperkara penting yang perlu
dititikberatkan dalam usaha membendung gejala ini. Peranan golongan yang terlibat dalam
budaya underground ini sendiri juga dapat membendung masalah dalam budaya ini.
Sebagaimana yang telah dibincangkan, bukan semua yang terlibat dalam budaya ini merupakan
pembawa masalah, namun ada antara mereka yang banyak membuka minda dan pandangan
masyarakat umum tentang beberapa perkara. Golongan inilah yang perlu membantu dalam
mngurangkan masalah dalam budaya ini. Jika dilihat golongan yang mempunyai masalah sosial
ini sememangnya golongan yang tidak begitu rapat dengan keluarga dan sekolah. Jadi, siapa lagi
yang dapat mendekati dan menasihati golongan ini selain daripada ahli budaya ini sendiri.
KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, budaya underground ini merupakan satu sub-budaya yang


berkaitan dengan menyatakan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu perkara melalui karya atau
kesenian. Tidak dinafikan bahawa budaya ini banyaknya mendatangkan masalah sosial dalam
kalangan remaja, namun masih ada diantara mereka yang dapat memberi kebaikan kepada
remaja dan masyarakat. Oleh itu, usaha-usaha yang perlu diambil tetap perlu dilaksanankan agar
dapat mengurangkan masalah sosial berlaku dan menjadikan negara kita sebuah negara yang
aman.
RUJUKAN
Husin Junoh, thesis : faktor keruntuhan akhlak remaja islam luar bandar di
daerah kota tinggi, johor, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya :
Kuala Lumpur.
Siti Hajar Abu Bakar, Noralina Omar, Abd Hadi Zakaria & Haris Abd Wahab,
Journal Hadhari : INTERVENSI SOSIAL UNTUK KOMUNITI TERSISIH; KE ARAH
PEMBANGUNAN UMMAH, UM&UNIZA : Malaysia.
Mohd Fauzi Hamat, Mohd Khairul Naim Che Nordin, ARTIKEL TINJAUAN KEPENTINGAN
PEMBANGUNAN MODAL INSAN DI MALAYSIA.
Akmal Muhamad Budiman, Seni Budaya Undergound, dipetik daripada
https://www.academia.edu/3807115/SENI_DAN_BUDAYA_UNDERGROUND, pada
25/5/2015.
Into The Tunnel, Definisi Underground, dipetik daripada, http://intothetunnel.blogspot.com/2011/12/definisi-underground.html, pada 25/5/2015.
ekstrim media muzik metal Malaysia, malayaneum : sejarah underground Malaysia, dipetik
daripada, http://ekstrim-info.blogspot.com/2014/04/sejarahundergroundmalaysia.html, pada
25/5/2015.
Khir Khalid (2015), Scene Underground Di Malaysia, dipetik daripada
http://www.khirkhalid.com/2015/04/scene-underground-di-malaysia.html, pada 25/5/2015.

You might also like