You are on page 1of 1

Doa Selepas Solat Sunat Nikah

Ya Allah! Dikau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji-pujian bagi Allah,
seru sekalian alam. Ya Allah! Daku bersyukur kepada-Mu, setelah selesai pernikahan
kami ini, daku memohon pada-Mu Ya Allah; Dikau berkatilah pernikahanku ini, Dikau
jadikanlah daku dan isteriku orang-orang yang soleh.
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim! Kepada-Mulah kami memohon pertolongan. Dikau
anugerahkanlah kepadaku isteri yang solehah, Dikau berikanlah daku dan isteriku
petunjuk dan hidayah agar kami sentiasa di dalam keredhaan-Mu dan tunjukilah
kami ke jalan yang lurus sepanjang hidup kami. Dikau berikanlah kami kekuatan
untuk memimpin isteri dan mendidik bakal anak-anak kami ke jalan yang Dikau
redhai.
Ya Allah, Ya Wadud! Dikau mesrakanlah kami, bahagiakanlah kami sebagaimana
Nabi Muhammad SAW dan Siti Khadijah, Nabi Yusuf dengan Zulaikha, Nabi Adam
dan Hawa.
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim! Dikau anugerahkanlah padaku dan isteriku anakanak yang ramai yang soleh dan solehah. Dikau anugerahkanlah kami dan anak
cucu kami kesihatan dan kesejahteraan di sepanjang hayat kami dan sepanjang
hayat mereka. Dikau peliharalah kami daripada perkara-perkara yang boleh merosak
kemesraan dan kebahagian rumahtangga kami.
Ya Allah, Ya Razaq, Ya Rashid! Dikau anugerahkanlah kepada kami akan rezeki
yang bersih lagi baik, lindungilah kami dari mendapat rezeki yang keji dan haram.
Dikau jadikanlah daku dan isteriku serta bakal anak-anak kami orang yang rajin
mengerjakan solat dan bertaqwa. Dikau berikanlah petunjuk dan jalan sekiranya
daku dan isteriku serta anak-anak kami tergelincir atau menyimpang ke jalan yang
tidak Dikau redhai.
Ya Allah! Dikau anugerahkanlah padaku, isteriku dan keturunan kami kekuatan dan
keimanan untuk berbuat baik dan amal soleh sepanjang hayat kami. Dikau
peliharalah kami suami-isteri, anak-anak dan cucu-cucu kami dari sebarang mara
bahaya, fitnah dan malapetaka yang tidak diingini samaada yang zahir mahupun
yang batin.
Ya Allah! Dikau berkatilah umur kami suami-isteri, anak-anak kami dan cucu-cicit
kami sehinggalah akhir hayat kami dan mereka. Dikau peliharalah kami suami-isteri,
anak-anak kami dan cucu-cicit kami agar menjadi orang yang taat kepada-Mu Ya
Allah, kepada kedua ibubapanya dan taat mengerjakan perintah-Mu dan taat dalam
menjauhi larangan-Mu.
Bahagiakanlah rumah tangga kami Ya Allah! (3 kali),
Dikau berkatilah rumahtangga kami Ya Allah! (3 kali).

You might also like