You are on page 1of 1
KATA ALU-ALUAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam ‘Malaysia. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih saya tujukan kepada pihak sekolah kerana memberikan tuang kesempatan kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam Majalah Sekolah bagi Tahun 2015 Sekalung ucapan tahniah saya rakamkan buat warga sekolah, khususnya Sidang Redaksi Majalah Sekolah yang telah berjaya menerbitkan Majalah Sekolah bagi Tahun 2015. Bagi pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, segala komitmen dan sumbangan warga sekolan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam Penerbitan majalah ini amatlah dihargai dan disanjung tinggi Pendidikan di Malaysia pada masa ini sedang mengalami satu perubahan yang amat drastik seiring dengan kemajuan pendidikan di peringkat global. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, merupakan pelan pembangunan pendidikan yang komprehensif dan holistik dalam membina modal insan yang mampan dan berdaya saing Dalam mencapai aspirasi murid yang unggul, proses membina ilmu periulah seiring dengan usaha menyempurnakan akhlak setiap modal insan. Amalan dengan memberi sapaan dan laluan juga menitikberat tentang kebersihan merupakan elemen yang perlu dipraktiskan oleh setiap anak didik sejak di bangku sekolah rendah lagi. Nilai-nilai murni yang sejagat ini perlu diberi fokus utama agar generasi yang dididik pada hari ini akan menjadi insan yang berimu, berkemahiran tinggi dan mempunyai sahsiah terpuji. Akhir kata, Saya mendoakan kesejahteraan buat semua warga sekolah dan murid-murid untuk. terus berusaha mencipta kejayaan. Bersama-samalah kita membulatkan tekad dan berusaha gigih untuk memastikan pendidikan di Malaysia berada di puncak kegemilangan. Sekian, terima kasih, Membina Tlmy Menyempurnakan Akhlak DATO’ SRI DR. KHAIR BIN MOHAMAD YUSOF

You might also like