You are on page 1of 3

LAPORAN BINA INSAN GURU (BIG) FASA 2/2014 UNIT 2 PISMP BAHASA ARAB

Pada 2 September yang lalu, unit 2 PISMP Bahasa Arab telah menganjurkan
forum yang bertajuk Guru Bukan Sekadar Mengajar di bawah program BIG anjuran
Unit Ko-Kurikulum IPG Kampus Sultan Mizan. Forum yang berlangsung dari pukul 2.155.15 petang itu telah bertempat di Bilik Santapan Diraja. Seramai 21 orang iaitu
daripada PISMP Ambilan Januari 2014 telah terlibat dalam forum tersebut.
Pelaksanaan BIG adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion
keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri
dan role model kepada masyarakat. Justeru guru harus mampu menyesuaikan diri
dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Pelajar dapat
mengenal diri (real-self) dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman
yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan.
Forum yang telah dijalankan ini berobjektif untuk memastikan pelajar dapat
menjelaskan domain pembangunan diri insan guru yang seimbang, berfikir secara
positif dan meningkatkan motivasi kerjaya guru, menjelaskan kepentingan semangat
berpasukan, kerjasama dan tanggungjawab terhadap profesion, masyarakat dan
negara, berkeupayaan bekerjasama dan tanggungjawab dalam melaksanakan sesuatu
tugas secara bersama dan berupaya berfikir secara refleksi dan kritis ke atas
pengalaman, kekuatan

dan

kelemahan

diri

serta

mengambil

tindakan

penambahbaikan secara berterusan.


Tiga orang panel jemputan terdiri daripada pensyarah Jabatan Pengajian Islam,
Ustaz Zamri Bin Rajab dan guru pelatih semester 8 Unit Pendidikan Islam, Aimi Sakinah
bt Iskandar dan Muhammad Farhan bin Suria manakala moderator pula Mohd Hafizudin
Bin Rosdi dari semester 2 Unit Bahasa Arab.
Pada pukul 5.15 petang, majlis forum telah tamat dan guru pelatih serta ahli
panel telah dijemput untuk mejamu selera di bilik jamuan.

Antara kelebihan yang telah diperolehi daripada forum ini ialah tajuk yang diberi
sangat menarik dan sangat bertepatan dengan isu semasa guru hari ini. Manakala isi
yang dikupas pula sangat padat, berilmiah dan santai. Semua AJK juga telah memberi
kerjasama

dan

menunjukkan

minat

sepanjang

forum

berlangsung.

Secara

keseluruhannya, forum ini telah berjalan lancar.


Selain dari kekuatan, terdapat juga sedikit kelemahan yang kami dapati dari
program BIG. Kelemahan semasa perlaksanaan forum ini adalah dari segi ketepatan
masa. Forum telah ditetapkan untuk bermula pada pukul 2.15 petang tetapi akhirnya
bermula pada pukul 2.30 petang atas kelewatan peserta untuk mengadirkan diri ke Bilik
Santapan Diraja. Sesungguhnya kelewatan tersebut sedikit sebanyak telah menggangu
perjalanan majlis.
Melalui forum ini, para guru pelatih berpeluang menimba ilmu dari individu yang
lebih berpengalaman selain sedikit sebanyak telah membuka minda para guru pelatih
untuk menjadi seorang bakal guru yang berjaya. Selain itu guru pelatih telah diberi
pemahaman tentang realiti kerjaya sebagai seorang bakal guru. Forum ini juga telah
melatih para guru pelatih untuk mengadikan majlis selain menimba ilmu dan melatih
pelajar berforum secara tidak langsung. Pemilihan tempat pula sangat baik dan selesa.
Antara kesulitan yang dihadapi semasa melaksanakan program ini ialah dari segi
kewangan. Program ini tidak mendapat sebarang peruntukan dari IPG maka guru
pelatih semester 2 Unit Bahasa Arab telah bersepakat untuk mengumpul duit untuk
dijadikan dana program ini. Selain itu sedikit kesulitan dihadapi apabila salah seorang
panel jemputan, guru pelatih Semester 8 Unit Pendidikan Islam, Nadiah Binti Khairi
terpaksa menarik diri dari menjadi ahli panel kerana sebab yang tidak dapat dielakkan.
Namun, pada saat akhir pihak jawatankuasa BIG telah berjaya mencari pengganti dan
digantikan dengan guru pelatih semester 8 Unit Pendidikan Islam, Aimi Sakinah bt
Iskandar.
Semoga program seperti ini dijalankan lagi di masa hadapan namun sedikit
penambahbaikan telah dicadangkan agar forum seperti ini melibatkan guru pelatih unit

lain agar ilmu yang bermanfaat yang dikongsikan dalam forum dapat disebarkan
kepada ramai orang.
Disediakan oleh,
......................................
(NUR MASIDAYU BINTI HASSAN)
Setiausaha,
BIG Fasa II,
2 PISMP Bahasa Arab

You might also like