You are on page 1of 2

SK (LKTP) TENGGAROH 5,

JALAN ILMU,
FELDA TENGGAROH TIMUR 1,
86807 MERSING,
JOHOR DARUL TAZIM

Tel
Faks
E-mel
Web

: 07-7911717
: 07-7911717
: jba4025@gmail.com
:

Ruj. Tuan
:
Ruj. Kami
:
JBA4025/.................................
Tarikh
: 29 MAC 2015
Kepada:
GURU BESAR
Sekolah Agama Tenggaroh 5/ Tenggaroh Timur 1,
86810 Mersing, Johor.
Tuan,
MEMOHON KEBENARAN PELEPASAN KELAS BAGI MENGIKUTI LATIHAN KE
PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA SEMPENA KARNIVAL BAHASA MELAYU DAERAH
MERSING 2015
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Adalah dimaklumkan bahawa Pasukan Bicara Berirama SK LKTP Tenggaroh 5 yang akan menyertai
Pertandingan Sempena Karnival Bahasa Melayu Daerah Mersing bagi tahun 2015.
3. Oleh yang demikian, diharapkan pihak tuan dapat membenarkan dan memberikan pelepasan kepada
pelajar-pelajar yang terlibat dalam pertandingan untuk menjalani latihan intensif bagi persediaan
pertandingan tersebut.
4. Untuk makluman tuan, latihan pusat tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut:
TARIKH LATIHAN

: 14 APRIL 2015 - 27 APRIL 2015

MASA

: 4.30 6.00 PETANG

TARIKH KEJOHANAN

: 28 APRIL 2015

TEMPAT LATIHAN

: BILIK MUZIK SK LKTP TENGGAROH 5

5. Kerjasama daripada tuan amat diharapkan supaya tiada sebarang kesulitan yang timbul.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menjalankan tugas,

SK (LKTP) TENGGAROH 5
Mersing Hebat
Visi: Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk
Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Kepada :
GURU BESAR
Sekolah Agama Tenggaroh 5/ Tenggaroh Timur 1,
86810 Mersing, Johor.
Adalah saya ......................................................................................
Nombor Kad Pengenalan:
Ibu / Bapa / Penjaga kepada pelajar yang bernama ..
No. Sijil Lahir: .
1.
Dengan ini memberi pengakuan bahawa saya membenarkan / tidak membenarkan anak jagaan saya
seperti nama tersebut di atas untuk menyertai LATIHAN BICARA BERIRAMA KARNIVAL BAHASA
MELAYU DAERAH MERSING 2015 yang berlangsung pada 14 27 APRIL 2015. Saya sedar tentang
risiko yang akan dihadapi dan faham bahawa pihak sekolah akan mengambil segala langkah dan tindakan
sewajarnya bagi memastikan keselamatan murid semasa mengikuti program ini.
2.
Dengan ini saya memberi pengakuan bahawa tidak akan mengambil undang-undang atau mahkamah
terhadap pihak sekolah atau sesiapa yang ada kaitan dengan aktiviti ini atas apa-apa kemalangan, kematian,
kecatatan anggota dan sebarang kecederaan lain terhadap anak jagaan saya yang berlaku semasa perjalanan
pergi dan balik dan juga sepanjang masa ketika dia menjalani aktiviti ini.
Tandatangan

: .

Nama

: .

No. Kad Pengenalan

: .

Tarikh

No. Telefon

: .

______________________________________________________________________________
Untuk Kegunaan Pejabat :
Adalah dengan ini saya memberi pengakuan bahawa saya Membenarkan / Tidak Membenarkan
murid seperti nama tersebut di atas untuk menyertai LATIHAN BICARA BERIRAMA KARNIVAL
BAHASA MELAYU DAERAH MERSING 2015 yang berlangsung pada 14 27 APRIL 2015 yang
diadakan di Bilik Muzik SK LKTP Tenggaroh 5, Mersing.
Saya yang menurut perintah,

..

SK (LKTP) TENGGAROH 5
Mersing Hebat
Visi: Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk
Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

You might also like