You are on page 1of 10

Rujukan

http://masmerahdelimaku.blogspot.com/2013/08/contohteks-ceramah-pendidikan-kesihatan.html
http://lorong-cinta.blogspot.com/2012/10/ceramahkesihatan.html
(1)Contoh teks ceramah pendidikan kesihatan
Assalamualaikum dan salam sejahtera serta salam satu Malaysia tuan-tuan dan
puan-puan. Saya ..................... dari Kolej ................ ingin menyampaikan sebuah
ceramah bertajuk Perancang Keluarga. Turut hadir juga pada hari ini ialah pengajar
saya Puan ............
Puan-puan dan tuan-tuan hadirin hadirat sekalian, sebelum saya menyampaikan
ceramah saya yang mengambil masa selama 10 hingga 15 minit ini saya ingin bertanya
kepada puan-puan sekalian, tahu tak puan-puan apa itu perancang keluarga.
Hadirin sekalian,
Perancang keluarga adalah satu kaedah yang dilakukan oleh pasangan suami
isteri untuk menjarakkan kehamilan, ataupun pasangan yang baru berkahwin tetapi
masih belum bersedia untuk menimang cahaya mata.
Antara faedah perancang keluarga ialah dapat memberi ruang dan masa kepada
organ dalaman pada ibu untuk pulih seperti sedia kala selepas melahirkan anak dan
menggalakkan penyusuan susu ibu yang lebih lama. Manakala si kecil tentunya
mempunyai tempoh mencukupi untuk bermanja serta perkembangan dan pertumbuhan
anak-anak mendapat lebih perhatian daripada puan-puan dan tuan-tuan sekalian.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Tahukah anda terdapat berapa jenis kaedah dalam perancang keluarga? Boleh
sebutkan? Pada umumnya terdapat pelbagai kaedah dalam perancangan keluarga iaitu
kaedah hormon kontraseptif, kaedah halangan, kaedah alat dalam rahim(IUCD),
kaedah sterilisasi(vasectomy & tubal ligation), dan kaedah semula jadi. Namun apa yang
saya ingin kongsi pada hari ini adalah semua kaedah yang ada kecuali kaedah semula
jadi.
Pertama sekali adalah kaedah hormon kontraseptif. Terdapat 3 cara yang ada
iaitu pil perancang, implan dan suntikan. Terdapat pelbagai jenis pil perancang yang
ada. Keberkesanan bagi pil perancang adalah 99% sekiranya dimakan mengikut arahan.
Implan dan suntikan pula masing-masing adalah 100% berkesan. Puan-puan boleh
mendapatkan di klinik kesihatan ibu dan anak yang berdekatan, klinik desa, hospital
swasta, hospital tentera, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga
Negara(LPPKN) ataupun di farmasi-farmasi yang ada.
Hadirin hadirat sekalian,

Kaedah yang kedua adalah kaedah halangan. Hadirin tahu apa itu kaedah
halangan?
Kaedah halangan adalah perancang keluarga dengan menggunakan kaedah
halangan yang mengahalang sperma keluar memasuki rahim. Terdapat dua kaedah
halangan yang ada iaitu kaedah halangan mekanikal, dan kaedah halangan kimia.
Kaedah halangan mekanikal terdiri daripada kondom, diaphragm(cervical cap)
manakala kaedah kimia terdiri daripada krim, jeli, sponge, dan foam. Kaedah ini lebih
berkesan jika digunakan bersama. Peratus keberkesanannya adalah 70% - 75%. Kaedah
ini mudah diperolehi dan mudah digunakan.
Kaedah alat dalam rahim pula adalah sejenis alat kecil yang diperbuat dari bahan
plastic yang dimasukkan kedalam Rahim wanita. IUCD boleh dipasang pada bila-bila
masa tetapi lebih mudah jika dipasang pada kedatangan haid, 6 hingga 8 minggu
selepas bersalin atau selepas keguguran yang tidak septik. Keberkesanan penggunaan
kaedah ini adalah 97% hingga 98%.kaedah ini Selamat digunakan selama 2 hingga 5
tahun.
Kaedah sterilisasi pula adalah satu proses pembedahan pemandulan yang
dilakukan keatas wanita atau lelaki. Sterilisasi boleh dilakukan kepada kaum wanita dan
juga kaum lelaki. Kaedah ini adalah kekal. Saluran di rahim wanita diikat atau dipotong
bagi mengelakkan perjalanan telur ataupun sperma dan seterusnya menghindarkan
persenyawaan. Terdapat dua jenis sterilisasi iaitu tubal ligation(ikat rahin) dan
vasectomy. Tubal Ligation (ikat Rahim) adalah satu cara mencegah hamil yang kekal
dimana tiub fallopian kiri dan kanan diikat atau dipotong atau diklip. Dengan ini ia
menghalang perjalanan ovum bercantum dengan sperma manakala Vasectomy adalah
kaedah sterilisasi kekal untuk lelaki. Ia memerlukan pembedahan kecil di mana saluran
vas deferens dipotong sedikit dan diikat untuk menghalang perjalanan sperma ke penis.
Secara konklusinya, puan-puan dan tuan-tuan amatlah digalakkan untuk
merancang keluarga dengan memilih kaedah perancang keluarga yang bersesuaian
dengan pasangan demi mengekalkan kesihatan para isteri serta kehidupan anak yang
lebih sejahtera dan dapat menghasilkan generasi yang berkualiti.
Fatwa daripada Majlis Fatwa pada 1981 menetapkan bahawa kontrasepsi
untuk mengurangkan bilangan anak adalah haram kecuali atas sebab-sebab yang
mengharuskan dan perlulah dilakukan dengan cara tidak kekal atau tidak
memandulkan. Keadaan yang diharuskan adalah isteri terlalu lemah atau sakit,
pasangan ada penyakit keturunan, isteri mengandung terlalu kerap atau masih
menyusu bayi dan kandungan menyebabkan gangguan mental terhadap ibu.
Merancang keluarga adalah bersifat sementara, menjarakkan anak kerana
kesihatan, pelajaran dan kebahagiaan keluarga adalah harus
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,

Boleh kita berjumpa lagi.


Sekian terima kasih.

3 K : KEBERSIHAN, KECERIAAN DAN


KESELAMATAN
CONTOH:
KEBERSIHAN, KESELAMATAN DAN KESIHATAN (3K)
DASAR 3K
1. Menerapkan budaya kerja berpasukan yang dapat membawa kepada amalan keceriaan,
kebersihan, keselamatan dan kesihatan di SMKL.
2. Mengadakan perancangan yang dapat meningkatkan kualiti keceriaan, kebersihan,
keselamatan dan kesihatan di SMKL
3. Mewujudkan mekanisme yang dapat mempertinkatkan aspek-aspek keceriaan,
kebersihan, keselamatan dan kesihatan di SMKL.
4. Sentiasa menilai aspek keceriaan, kebersihan, keselamatan dan kesihatan untuk
memastikan tahap peningkatannya di SMKL.
5. Memupuk kerjasama diantara warga SMKL dengan pihak luar dalam membentuk sebuah
masyarakat yang dapat mengamalkan nilai keceriaan, kebersihan, keselamatan dan
kesihatan sepanjang masa.
6. Menjaga keceriaan, kebersihan, keselamatan dan kesihatan adlaah amalan warga sekolah
setiap hari.
7. Cekap, cepat menagani masalah yang berkaitan dengan keceriaan, kebersiahan,
keselamatan dan kesihatan.
MATLAMAT ASPEK KECERIAAN DI SMK LAKSAMANA
1. Menimbulkan kesedaran di kalangan murid-murid, warga sekolah, ibu bapa melalui
publisiti yang meluas tentang pentingnya mewujudkan persekitaran yang ceria disekolah.
2. Melatih murid-murid menyayangi dan menghargai alam sekitar.
3. Melatih murid-murid menjalankan kewajiban sebagai khalifah di muka bumi selaras
dengan amalan Rukun Negara iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan.
4. Menimbulkan sifat ingin tahu dikalangan murid-murid berkaitan nama pokok dalam
panggilan biasa dan saintifik serta niali perubatan yang terkandung.
5. Melahirkan murid-murid yang cinta akan sekolah.
6. Menceriakan kawasan sekolah dengan membina tapak semaian dan menjalankan kerjakerja keceriaan.
7. Melahirkan rasa cinta akan sekolah disamping menerapkan bertanggungjawab.
MATLAMAT ASPEK KEBERSIHAN DI SMK LAKSAMANA
Menyemai sifat cinta akan kebersihan sekolah dengan mengadakan gotong-royong membersihan
persekitaran sekolah dengan aktiviti rondaan kelas bertugas.
Mengubah cara pemikiran murid tentang kebersihan melalui pendidikan.

Meningkatkan rasa tanggungjawab murid terdahap kebersihan berpandukan Buku Spesifikasi Tugas 3K.
Meningkatkan tahap kebersihan sekolah dengan mengadakan jadual tugas untuk murid, guru dan pekarja
swasta.
Memantau dan menilai keberkesanan program kebersihan pengadilan yang dibuat berpandukan Borang
Penilaian Kebersihan.
Melaksanakan tindakan susulan melalui program penambahbaikan.
PROSEDUR KESELAMATAN DISMK LAKSAMANA
Bertujuan mewujudkan budaya selamat di sekolah dan persekitaran secara berterusan dengan sokongan
warga sekolah dan komuniti setempat.
Mementingkan aspek keselamatan diri murid semasa perjalanan pergi dan balik sekolah.
Semasa bergerak ke kelas. pelajar digalakkan menggunakan susur gajah @ koridor kelas ini adalah untuk
mengelakkan daripada berlaku sesuatu yang boleh mendatangkan bahaya.
Murid-murid harus masuk ke sekolah melalui pintu masuk melalui gate B.
Murid-murid yang berbasikal @ bermotor perlu menolak basikal @ motor mereka melalui gate B dan
meletakkannya di tempat meletak basikal pelajar di tempat letak kenderaan.
Ibubapa/penjaga memberi kerjasama supaya memberhentikan atau menurunkan anak @jagaan mereka
di pintu masuk Gate A. Ini adalah untuk mengelakkan kemalangan dan kesesakan jalanraya.
Untuk murid-murid yang balik awal atas sebab-sebab tertentu, sokongan ibubapa/penjaga adalah penting
supaya mengikut tatacara keselamatan murid semasa membawa anak mereka keluar dari sekolah.
Murid perlu mengisikan borang kebenaran keluar kawasan.
Ibubapa mendaftar nama murid di buku Pendaftaran Murid Balik Awal.
Ibubapa mendapat tandatangan puhak pentadbir.
Membangunkan kesedaran terhadap aspek keselamatan untuk melahirkan iklim sekolah yang kondusif
untuk perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. Kesedaran ini akan dilakukan
dengan beberapa cara iaitu melalui penerangan semasa perhimpunan, ceramah keselamatan di sekolah
dan melalui papantanda.
MATLAMAT ASPEK KESIHATAN DI SMK LAKSAMANA
Memastikan murid peka terhadap isu-isu kesihatan dan menjaga kesihatan masing-masing dengan cara
yang betul.
Menyedarkan murid tentang bahaya penyakit seperti AIDS, Hepatitis B dan penyakit berbahaya yang
lain.
Merancang dan melaksanakan program kesihatan seperti lawatan, ceramah dan pameran.

Menjalankan aktiviti suntikan Anti-Tetanus kepada murid-murid Tingkatan Tiga.


Mewujudkan sistem maklumat kesihatan yang lengkap dan terkini.
3 K KEBERSIHAN, KESIHATAN DAN KESELAMATAN
Tandas sentiasa dijaga bersih, kering dan dalam keadaan baik. Terdapat khidmat Sanitari di tandas
perempuan dengan membuang tuala wanita yang dibungkus ke dalam bakul sampah yang bersarung.
beg plastik. Sinki dalam tandas sentiasa dijaga bersih dan tidak tersumbat.
3K-PROGRAM SEKOLAH SELAMAT
Sekolah Selamat didefinasikan sebagai:
Persekitaran sekolah yang selamat di mana warga sekolah berasa selamat tanpa gangguan daripada
mana-mana pihak sama ada dari dalam mahupun dari luar sekolah.
Keselamatan Lalulintas Murid
Wadem trafik sedang mengawal lalu lintas pada awal pagi dan waktu lepas sekolah.
Keselamatan Di Pintu Masuk Utama Sekolah
Pintu utama sentiasa ditutup dan dijaga oleh seorang pengawal.
Kawalan Pergerakan Murid ketika Berada di Dalam Sekolah
Murid-murid perlu memakai tanda nama pada setiap masa semasa berada di dalam kawasan
sekolah.Manakala bagi murid-murid yang ingin keluar kelas mereka perlu memakai pas keluar dan
masuk
Peralatan Kecemasan dan Alat Pemadam Api
Peralatan kecemasan sentiasa dalam keadaan yang sempurna dan diletakkan di bilik kecemasan. Alat
Pemadam Api dihantar ke Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak untuk diperiksa/ diuji setiap
tahun. Semua alat pemadam api di sekolah telah diperiksa pada 2/02/2009 dan tempoh sahlaku adalah
sehingga 1/10/2009.

Thursday, 4 October 2012

(2)Ceramah Kesihatan
Contoh Ceramah
kerdit : Atikah PPISMP 3.02

Ceramah Kesihatan
Tajuk : Amalan yang Menjamin Gaya Hidup Sihat
Penceramah : Atikah bt Ismail
Jawatan : Pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Assalamualaikum w.b.t. Yang dihormati tuan pengerusi majlis, Yang berusaha Tuan Haji
Osman bin Hussain, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam Selangor,
Tuan Haji Anwar bin Ahmad, Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan
Islam Selangor, Pn. Nur Aishah bt Abdullah , Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan,
barisan para pensyarah, seterusnya para pelajar yang saya kasihi sekalian. Alhamdulillah, saya
bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dapat bertemu dengan para hadirin sekalian dalam majlis pada
pagi ini. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak institut ini kerana sudi
menjemput saya untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk Amalan yang Menjamin Gaya
Hidup Sihat.
Tuan-tuan dan Puan-puan,
Seperti yang kita ketahui, badan manusia merupakan satu mekanisme yang kompleks
dan mengagumkan. Kesihatan badan khusus kesihatan fizikal melibatkan fungsi fisiologi dan
anatomi badan. Kesihatan badan turut merangkumi kesihatan mental, emosi, rohani dan sosial.
Justeru itu, mengamalkan gaya hidup sihat membantu kita mencapai tahap kesihatan optimum
seterusnya menjamin kesejahteraan hidup. Oleh itu, sebelum melangkah dengan lebih jauh,
kita harus mengenal pasti erti sebenar apakah yang dikatakan dengan gaya hidup yang sihat.
Hadirin yang saya hormati,
Dalam kerangka gaya hidup sihat, komponen utama yang harus dititikberatkan ialah
pemakanan yang seimbang. Secara amnya, makanan berfungsi sebagai pembekal tenaga dan
berperanan dalam perkembangan mental dan fizikal seseorang. Diet yang seimbang
mengandungi kesemua tujuh kelas makanan dalam kadar yang betul sejajar dengan keperluan
tubuh manusia. Namun, implikasi pengambilan makanan yang berkolestrol dan berparas
glukosa tinggi secara berlebihan pula ialah penyakit-penyakit popular pada masa kini.
Contohnya, kencing manis dan tekanan darah tinggi. Ekoran daripada itu, kita perlu peka dan
mengamalkan sikap berwasatah dalam pemilihan barangan makanan. Aspek-aspek mikro

seperti pengambilan makanan secara teratur serta mengelakkan makanan ringan tidak harus
dipandang enteng.
Saudara dan saudari sekalian,
Sementara itu, kebersihan diri dan persekitaran juga perlu dititikberatkan. Keluarga
memainkan peranan penting dalam memupuk tabiat menjaga kebersihan khusus dalam diri
individu dan masyarakat umumnya. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Boleh diaplikasikan
dalam hal ini. Persekitaran fizikal di dalam dan di luar rumah seharusnya bersih dan
menunjukkan taraf kesihatan yang membanggakan. Pelbagai jenis penyakit dapat dielakkan jika
amalan ini telah dibudayakan. Semua hal ini membuktikan kepentingan menjaga kebersihan diri
dan alam sekitar demi menyejahterakan hidup.
Para hadirin yang mulia,
Seperkara lagi ialah kita perlu selalu menerima rawatan doktor. Melalui rawatan seperti
ini, segala penyakit kronik dapat dikesan lebih awal. Sesungguhnya, mencegah adalah lebih
baik daripada mengubat. Justeru, kita harus membuat rawatan untuk mengenal pasti lebih awal
akan penyakit yang kita hidapi. Kemudian, barulah kita dapat mengawal penyakit tersebut.
Para hadirin yang dihormati,
Pokoknya, kesedaran diri setiap individu perlu disertai dengan pegangan agama yang
mapan merupakan akar umbi dalam mencapai kesihatan dan kehidupan yang sempurna.
Penyakit-penyakit berbahaya dapat dielakkan. Kadar hayat yang lebih berkualiti dapat dinikmati.
Oleh itu, usaha-usaha yang dilancarkan oleh pihak kerajaan dalam meningkatkan taraf
kesihatan negara adalah sia-sia tanpa penglibatan tuntas oleh masyarakat. Tuntasnya, saya
ingin mengingatkan kepada hadirin sekalian agar mengamalkan gaya hidup yang sihat demi
kesejahteraan hidup yang lebih baik. Sebelum saya mengundur diri, saya ingin mengambil
kesempatan untuk menyusun sepuluh jari , memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat
sebarang kesilapan yang tidak disengajakan. Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh : Atikah bt Ismail


Kuliah : PPISMP 3.02

CERAMAH KESIHATAN PROGRAM PEMBINAAN


INSAN INTEGRASI
(3)

CERAMAH KESIHATAN
PROGRAM PEMBINAAN INSAN INTEGRASI
TARIKH : 25 FEB 2013 (ISNIN)
SIRIH BERLIPAT SIRIH PINANG
SIRIH DARI PULAU MUTIARA,
PEMANIS KATA SELAMAT DATANG,
AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA.
YANG BERUSAHA
PUAN HASHIMAH BINTI HASHIM
PENGETUA SMK CHERAS JAYA
YANG DIHORMATI
ENCIK MOHD NAZARUDDIN BIN MD RAAEE
PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29
PEJABAT KESIHATAN DAERAH HULU LANGAT
YANG DIHORMATI
CIK NOORUL AZRIN BT KHALID
PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29
PEJABAT KESIHATAN DAERAH HULU LANGAT
YANG DI HORMATI
PUAN SOFIA NOR BINTI MOLHIT
PENOLONG KANAN SMK CHERAS JAYA
YANG DIHORMATI
ENCIK OTHMAN BIN OMAR
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
YANG DIHORMATI
PUAN ANITA MAZLINA BINTI AZMAN ARASH
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

YANG DIHORMATI
ENCIK AZAHARI BIN MOHD YUSOP
PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS
BARISAN GURU KANAN MATA PELAJARAN, GURU-GURU CEMERLANG, PARA GURU, PEGAWAIPEGAWAI KESIHATAN DAN PELAJAR-PELAJAR YANG DIKASIHI SEKALIAN.
ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA.
PUJI DAN SYUKUR KE HADRAT ILAHI KERANA DENGAN LIMPAH KURNIANYA KITA DAPAT
BERKUMPUL DI DATARAN INTEGRASI INI UNTUK MENDENGAR CERAMAH KESIHATAN DARI DUA
ORANG PENCERAMAH DARI PEJABAT KESIHATAN DAERAH HULU LANGAT.
TAHNIAH DAN SYABAS DIUCAPKAN KEPADA PARA PELAJAR KERANA HADIR PADA HARI INI DAN
BERPELUANG UNTUK MENDENGAR CERAMAH YANG AKAN DISAMPAIKAN NANTI.
TANPA MEMBUANG MASA, DENGAN INI MAJLIS MENJEMPUT CIK NOORUL AZRIN BT KHALID,
PENOONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29, PEJABAT KESIHATAN DAERAH HULU
LANGAT UNTUK MENYAMPAIKAN CERAMAH BERKENAAN DENGAN PENYAKIT TB ATAU BATU
KERING.
DIPERSILAKAN.
CERAMAH 1
PIHAK MAJLIS MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA CIK NOORUL AZRIN ATAS KESUDIAN
MENYAMPAIKAN CERAMAH SEBENTAR TADI.
MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI.
SETERUSNYA KITA DENGARKAN PULA CERAMAH BERKENAAN DENGAN PENYAKIT HIV YANG
AKAN DISAMPAIKAN OLEH ENCIK MOHD NAZARUDDIN BIN MD RAAEE, PENOLONG PEGAWAI
KESIHATAN U29.
DIPERSILAKAN.
CERAMAH 2
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA ENCIK MOHD NAZARUDDIN BIN MD RAAEE. SEMOGA
DEGAN APA YANG DISAMPAIKAN TADI KITA JADIKAN IKTIBAR DAN PEDOMAN DALAM
MENJALANI KEHIDUPAN INI.
SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN, PIHK MAJLIS MENJEMPUT PN. HASHIMAH BT HASHIM,
PENGETUA SMK CHERAS JAYA DIIRINGI EN. OTHMAN BIN OMAR, PENOLONG KANAN HAL
EHWAL MURID UNTUK MENYAMPAIKAN SIJIL DAN CENDERAHATI.
DIPERSILAKAN CIK NOORUL AZRIN BT KHALID UNTUK TAMPIL MENERIMA SIJIL DAN
CENDERAHATI. SETERUSNYA, DIPERSILAKAN ENCIK MOHD NAZARUDDIN BIN MOHD RAAEE.

PIHAK MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA PENGETUA SMK CHERAS JAYA
ATAS KESUDIAN MENYAMPAIKAN SIJIL DAN CENDERHATI SEBENTAR TADI.
MADAH DIUNGKAP SANTUN BICARA
PANTUN DILANTUN MENGUSIK HATI
SALAH DAN SILAP TUTUR BICARA
POHON DIAMPUN SEIKHLAS HATI
UNTUK MAKLUMAN SEMUA, PAMERAN KESIHATAN AKAN DIADAKAN DI RUANG LEGAR
SEKOLAH. PARA PELAJAR BOLEH MELAWAT PAMERAN TERSEBUT PADA MASA REHAT ATAU
MASA PENDIDIKAN JASMANI.
DENGAN ITU, MAKA BERAKHIRLAH PROGRAM PEMBINAAN INSAN INTEGRASI PADA PAGI INI.
PIHAK MAJLIS MENJEMPUT PENCERAMAH DAN PEGAWAI-PEGAWAI KESIHATAN DIIRINGI
BARISAN PENTADBIR UNUTK MENIKMATI SEDIKIT JAMUAN.
SEKIAN TERIMA KASIH.

You might also like