You are on page 1of 7

Page 1

Page 2

Malayan Law Journal Unreported/2011/Volume /PENDAKWA RAYA v MOHAMAD SHAKIB BIN ABDUL
WAHIB - [2011] MLJU 448 - 8 March 2011
[2011] MLJU 448

PENDAKWA RAYA v MOHAMAD SHAKIB BIN ABDUL WAHIB


HIGH COURT (JOHOR BAHRU)
KAMARDIN HASHIM J
PERBICARAAN JENAYAH NO 45A-43 TAHUN 2010
8 March 2011
Bustamam Menon (RK Menon & Co) bagi pihak tertuduh.
Rahimah Abdul Majid (Timbalan Pendakwa Raya, Pejabat Penasihat Undang-Undang) bagi pihak
pendakwaan.
KAMARDIN HASHIM J
PENGHAKIMAN
[1] Tertuduh, Mohamad Shakib bin Abdul Wahib telah dihadapkan dengan satu pertuduhan bagi kesalahan
mengedar dadah berbahaya di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB). Pertuduhan terhadap Tertuduh di
baca seperti berikut:Bahawa kamu pada pada 9 Mei 2009, jam lebih kurang 2.30 petang, di alamat No. 18, Jalan Mustika, Kampong
Melayu Majidee, dalam Daerah Johor Bahru, dalam Negeri Johor Darul Ta'zim telah didapati mengedar dadah
berbahaya iaitu 17,725 gram Cannabis dan dengan itu kamu telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a)
Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.

[2] Tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan yang dibacakan dan minta di bicarakan.
[3] Diakhir perbicaraan, Tertuduh telah dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil untuk membela diri atas
pertuduhan yang dihadapkan. Alasan pembebasan Tertuduh adalah SQperti berikut.
Kes pendakwaan
[4] Seramai 12 orang saksi telah dipanggil untuk memberi keterangan bagi membentangkan kes pihak
pendakwaan. Secara ringkasnya, kes pendakwaan adalah seperti berikut.
[5] Pada 9/5/2009 jam lebih kurang 2.30 petang, C/lnsp Sivakumar a/I Supramaniam (SP5) bersama 13
anggota telah pergi membuat serbuan ke sebuah rumah di alamat No. 18, Jalan Mustika, Kampong Melayu
Majidee, Johor Bahru. Semasa sampai di alamat tersebut, SP5 telah melihat seorang lelaki Melayu yang
kemudiannya dicamkan sebagai Tertuduh sedang berada ditepi sebuah kereta di hadapan rumah. SP5 telah
memperkenalkan diri sebagai pegawai polis dan menjalankan pemeriksaan keatas badan Tertuduh tetapi
tidak menjumpai sebarang barang salah.
[6] SP5 kemudiannya telah membacakan kata-kata amaran di bawah seksyen 37A(1) ADB. SP5 dan
pasukannya kemudian telah membawa Tertuduh masuk kedalam rumah dan terus menghala kesebuah bilik
yang terletak dibahagian belakang rumah.
[7] Menurut keterangah SP5, keadaan pintu bilik tersebut berkunci dengan selak dan bermangga. Tertuduh
dikatakan telah mengambil anak kunci yang tersangkut pada palang pintu di bahagian atas disebalik langsir
dan menyerahkannya kepada saksi SP5. SP5 telah membuka mangga pada selak pintu dan membuka pintu
bilik kecil tersebut. SP5 dan beberapa anggota pasukan serbuan telah masuk kedalam bilik tersebut.

Page 3

[8] Di dalam bilik tersebut, SP5 menyatakan bahawa beliau telah menjumpai dan merampas barang-barang
kes seperti berikut:-

1i)
1ii)
1iii)
1iv)
1v)
1vi)

1 ketulan mampat daun kering disyakki ganja (P28);


1 pisau lipat (P39);
1 kad K-Force (P33) atas nama Tertuduh;
1 buku lesen senjatapi (P34) atas nama Tertuduh;
1 helai baju t-shirt lengan panjang (P35); dan
1 helai baju t-shirt lengan pendek (P38).

[9] Dalam bilik yang sama, SP5 turut menemui 1 kotak besar bertulisan Castrol (P31) ditepi sebuah meja.
Setelah dibuka, kotak P31 didapati mengandungi 15 ketulan mampat daun-daun kering disyakki ganja (P32
A hingga P32 O). SP5 juga menjumpai sebuah lagi kotak (P29) yang di dalamnya mengandungi 5 lagi
ketulan mampat daun-daun kering disyakki ganja (P30 A -E) berada dalam bilik yang sama.
[10] Tertuduh telah ditangkap dan di bawa balik ke balai untuk tindakan lanjut. Barang-barang kes disyakki
ganja telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisa. Ahli Kimia Pn. Norashidah Bte Omar (SP7)
mengesahkan barang-barang kes yang dirampas berupa ketulan mampat daun-daun kering adalah
Cannabis seberat 17,725 gram.
Beban pembuktian diakhir kes pendakwaan
[11] Tugas hakim bicara pada peringkat ini adalah untuk membuat penilaian yang maksima keterangan
saksi-saksi pendakwaan bagi menentukan samada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes
prima facie terhadap Tertuduh atas pertuduhan yang di hadapkan seperti dikehendakki di bawah seksyen
180 Kanun Acara Jenayah (KAJ). YA Gopal Sri Ram HMR (ketika itu) dalam kes Looi Kow Chai & Anor v. PP
(2003) 1 CLJ 734 telah menjelaskan tugas hakim bicara pada peringkat penutupan kes pihak pendakwaan
adalah seperti berikut:It therefore follows that there is only one exercise that a judge sitting alone under s. 180 of the Code has to undertake
at the close of the prosecution case. He must subject the prosecution evidence to a maximum evaluation and ask
himself the question: If I decide to call upon the accused to enter his defence and he elects to remain silent, am I
prepared to convict him on the totality of the evidence contained in the prosecution case? If the answer is in the
negative then no prima facie case has been made out and the accused would be entitled to an acquittal.

[12] Dua elemen utama perlu dibuktikan untuk mendapatkan sabitan dibawah seksyen 39B(1)(a) ADB dalam
kes ini iaitu bahawa pertamanya Tertuduh dibuktikan mempunyai milikan (possession) bersama
pengetahuan keatas dadah-dadah yang dirampas dan keduanya bahawa Tertuduh didapati mengedar
dadah-dadah yang menjadi hal perkara dalam pertuduhan. Elemen ketiga adalah bahawa dadah-dadah
tersebut adalah dadah berbahaya di bawah ADB. Pihak pendakwaan boleh menggunapakai anggapan
statutori yang terdapat di bawah ADB bagi membuktikan salah satu elemen tersebut iaitu samada di bawah
seksyen 37(d) ADB untuk elemen milikan ataupun di bawah seksyen 37(da) ADB bagi membuktikan elemen
pengedaran (lihat kes PP v. Mohd Radzi bin Abu Bakar (supra) dan Muhammed Hassan v. PP (1998) 2 MLJ
273; (1998) 2 CLJ 170).
[13] Kes prima facie juga tidak boleh dikatakan sebagai telah dibuktikan sekiranya terdapat dua keadaan
berikut iaitu apabila terdapat lompang (gap) dalam kes pihak pendakwaan ataupun juga terdapat keadaan
dimana keterangan saksi-saksi pihak pendakwaan membenarkan lebih daripada satu inferen selain daripada
inferen yang menjurus kepada kebersalahan Tertuduh (lihat kes Arulpragasan a/l Sandaraju v. PP (1997) 1
AMR 329;Looi Kow Chai & Anor v. PP (2003) 2 AMR 89; Abdullah Zawawi v PP (1985) 2 MLJ 16 dan PP v.
Kasmin bin Soeb (1974) 1 MLJ 230).
[14] Apa yang dimaksudkan dengan kes prima facie telah terbukti, telah diputuskan dalam kes Dalip
Baghwan Singh v. PP (1998) 1 MLJ 1 seperti berikut:.... the meaning of the test of prima facie case at the end of the prosecution's case is, 'on the assumption that the
prosecution evidence was accurate, couid the accused be lawfully convicted?. The word 'accurate' could mean or

Page 4

should mean 'true' and the words 'prosecution evidence' could be said to refer to the evidence of 'primary facts' which
could logically refer to the evidence or evidences sufficient enough to prove each ingredient of an offence. Once there
is sufficiency of such evidence, so long as it is not inherently incredible, a prima facie case is made out.

[15] Di dalam kes Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan:Section 180(1) makes it clear (hat the standard of proof on the prosecution at the close of its case is to make a prima
facie case while s. 182A(1) enunciates that at the conclusion of the trial the court shall consider all the evidence
adduced and decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt The standard of proof on
the prosecution at the end of its case and at the end of the whole case has thus been statutorily spelt out in clear
terms...A prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn
means that the evidence adduced must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal.

[16] Mahkamah Persekutuan dalam kes yang sama telah menjelaskan lagi maksud prima facie, iaitu:The phrase "prima facie case" is defined in similar terms in Mozley and Whieteley's Law Dictionary, 11th edn as:
A litigating party is said to have a prima facie case when the evidence in his favour is sufficiently
strong for his opponent to be called on to answer it. A prima facie case, then, is one which is
established by sufficient evidence, and can be overthrown only by rebutting evidence adduced by the
other side. The result is that the force of the evidence adduced must be such that, if unrebutted, it is
sufficient to induce the court to believe in the existence of the facts stated in the charge or to consider
its existence so probable that a prudent man ought to act upon the supposition that those facts exist or
did happen. On the other hand if a prima facie case has not been made out it means that there is no
material evidence which can be believed in the sense as described earlier. In order to make a finding
either way the court must, at the close of the case for* the prosecution undertake a positive evaluation
of the credibility and reliability of all the evidence adduced so as to determine whether the elements of
the offence have been established....Since the court, in ruling that a prima facie case has been made
out, must be satisfied that the evidence adduced can be overthrown only by evidence in rebuttal it
follows that if it is not rebutted it must prevail. Thus if the accused elects to remain silent he must be
convicted. The test at the close of the prosecution would therefore be: Is the evidence sufficient to
convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the affirmative then a prima facie
case has been made out This must, as of necessity, require a consideration of the existence of any
reasonable doubt in the case for the prosecution. If there is any such doubt there can be no prima
facie case.

Dapatan dan keputusan mahkamah


[17] Puan TPR berhujah bahawa Tertuduh mempunyai millkan sebenar dadah-dadah yang dirampas dan
dengan yang demikian anggapan pengedaran di bawah seksyen 37(da) ADB terpakai. Puan TPR
bergantung kepada fakta bahawa Tertuduh mempunyai jagaan dan kawalan keatas bilik kecil dimana dadahdadah telah ditemui berdasarkan keterangan isteri Tertuduh sendiri, Pn. Farain Bte Abd Rahman (SP9) yang
menyatakan bahawa bilik itu didiami oleh Tertuduh seorang dan sentiasa berkunci. Tertuduh turut dikatakan
tidak membenarkan sesiapa memasuki bilik itu. Selain itu barang-barang pribadi Tertuduh turut ditemui
dalam bilik itu serta kesan DNA Tertuduh ditemui pada barang-barang di dalam bilik tersebut termasuk pada
salah satu ketulan mampat dadah ganja yang dirampas.
[18] Pihak pendakwaan bergantung sepenuhnya kepada keterangan SP9 untuk membuktikan Tertuduh
mempunyai milikan dan jagaan keatas bilik dimana dadah ditemui. Keterangan SP9 hendaklah diperhalusi
untuk memutuskan samada sebenarnya Tertuduh mempunyai jagaan dan kawalan secara eksklusif keatas
bilik dan barang kes dadah yang dirampas. Keterangan SP9 sebenarnya telah menimbulkan keraguan
mengenai fakta eksklusiviti Tertuduh keatas bilik dan dadah yang berada di dalam bilik tersebut apabila
keterangan SP9 menunjukkan fakta-fakta seperti berikut:-

1a)
1b)

walaupun Tertuduh melarang sesiapa memasukki bilik tersebut dan pintu bilik sentiasa dikunci,
namun anak kunci untuk mangga disangkut di palang pintu di sebalik langsir. Anak kunci itu
boleh diambil disitu dan pintu bilik boleh dibuka dengan menggunakan anak kunci tersebut;
ada masanya pintu bilik itu tidak berkunci;

Page 5

1c)
1d)
1e)
1f)

1g)

beberapa orang tinggal di rumah tersebut selain beliau, anak-anak dan Tertuduh. Isteri kedua
Tertuduh turut pernah tinggal dalam bilik tersebut;
SP9 tidak tahu siapa yang telah meletakkan dadah-dadah dalam bilik tersebut dan tidak tahu
bila dadah-dadah tersebut telah diletakkan dalam bilik itu;
beberapa bulan (lebih kurang 3 bulan) sebelum Tertuduh ditangkap, Tertuduh hanya tidur
diruang tamu dan tidak tidur di dalam bilik tersebut;
kawan-kawan Tertuduh sering datang dan masuk ke bilik tersebut terutamanya seorang yang
bernama Rahim bin Tahir (SP8) yang turut ditangkap pada hah yang sama Tertuduh ditangkap.
Ada masanya kawan Tertuduh dating pada waktu tengah malam semasa semua orang lain
sedang tidur; dan
walaupun terdapat pakaian (seluar) tergantung dalam bilik tersebut, SP9 menyatakan Tertuduh
tidak perlu masuk bilik itu untuk menukar pakaian oleh kerana terdapat bilik persalinan (bilik
ketiga) dimana semua pakaian Tertuduh berada.

[19] Pihak pendakwaan turut bergantung kepada keterangan Dr Seah Lay Hong (SP11) untuk mengaitkan
Tertuduh dengan dadah-dadah yang dirampas. Pakar forensik tersebut mengesahkan bahawa daripada 21
swab pada ketulan mampat dadah ganja yang diambil oleh C/lnspektor Than Na Sak (SP2), satu swab
(swab A.4.1) yang positif untuk DNA Tertuduh. Pada swab yang sama turut terdapat beberapa penyumbang
yang lain. Swab A. 1.1 dan A.5.1 pula disahkan mempunyai beberapa penyumbang yang tidak dikenali. Lainlain swab ada di kesan DNA daripada beberapa orang yang tidak dikenali yang sukar dipadankan. Daripada
keterangan SP11 menunjukkan bahawa beberapa orang yang tidak dikenali telah memegang atau
menyentuh 21 ketulan mampat ganja tersebut dan Tertuduh serta beberapa orang lain ada menyentuh satu
dahpada 21 ketulan mampat tersebut. Oleh itu ada keraguan samada Tertuduh seorang mempunyai kawalan
dan jagaan keatas dadah-dadah tersebut dan adakah beliau mempunyai power of disposal yang menjadi
salah satu elemen bagi milikan.
[20] Pihak pembelaan telah membuat beberapa syor dan cadangan semasa saksi-saksi pendakwaan di
soal-balas. Saksi SP5 bersetuju bahawa sebaik Tertuduh ditangkap dan disoal-siasat Tertuduh telah
memberitahu dadah-dadah tersebut kepunyaan Rahim bin Tahir (SP8) dan disimpan oleh saksi tersebut di
situ untuk dijual. SP8 telah ditangkap pada hah yang sama dan kemudiannya dibebaskan. SP8 telah
menafikan segala syor oleh peguambela terpelajar dan menafikan sama sekali penglibatan beliau dengan
dadah-dadah yang dirampas walaupun tidak mempertikaikan beliau berkawan dengan Tertuduh dan ada
pernah pergi ke bilik Tertuduh. Disyorkan bahawa pada satu malam dalam bulan Februari 2009, SP8
membawa dadah untuk disimpan dibilik Tertuduh, SP8 telah menyerahkan satu ketulan mampat dadah
tersebut ke tangan Tertuduh dan minta Tertuduh tolong menjual. Tertuduh telah menolak permintaan SP8
walaupun Tertuduh membenarkan SP8 menyimpan dadah tersebut di dalam bilik beliau. Sejak malam
tersebut sehingga Tertuduh ditangkap, beliau tidak tidur dalam bilik itu dan tidur diruang tamu seperti
disahkan oleh isteri beliau, SP9. Ada wujud kemungkinan bahawa sebenarnya dadah-dadah tersebut telah
disimpan oleh SP8 dalam bilik dirumah Tertuduh.
[21] Puan TPR berhujah bahawa Tertuduh telah menunjukan arah bilik dan dadah-dadah di dalam bilik
tersebut dan ini terjumlah kepada kelakuan yang boleh diterima di bawah seksyen 8 Akta Keterangan 1950.
Mahkamah ini tidak dapat menerima hujahan tersebut. Pertamanya, fakta samada Tertuduh telah menunjuk
arah bilik dan dadah-dadah telah dicabar dengan serius oleh pihak pembelaan. Keduanya, tunjuk arah atau
pandu arah tidak terjumlah sebagai kelakuan di bawah seksyen 8 Akta Keterangan 1950 memandangkan
perbuatan itu terjumlah kepada satu kenyataan yang hanya boleh diterima masuk di bawah seksyen 27 Akta
Keterangan ataupun melalui seksyen 37A ADB. Ini tidak dilakukan oleh pihak pendakwaan disini. Kelakuan
atau perbuatan yang dimaksudkan di bawah seksyen 8 Akta Keterangan adalah perbuatan atau kelakuan
seperti terkejut, terkencing, takut, pengsan, menggigil dan seumpamanya. Ketiganya, serbuan dilakukan
atas maklumat bahawa ada pengedaran dadah dalam rumah tersebut dan Tertuduh telah dilihat berjalan
keluar dari rumah menuju kesebuah kereta Proton Wira yang berada diluar rumah. SP5 sudah mempunyai
pengetahuan awal tentang bilik dan rumah tersebut. Mengenai dadah-dadah yang dirampas, SP5 dan
anggotanya yang telah menjumpai dadah-dadah itu dengan mudah. Satu ketulan d item ui atas meja dan
selebihnya dalam dua buah kotak ditepi meja. Tidak perlu ditunjuk oleh Tertuduh untuk menjumpai dadahdadah tersebut. Lagi pun menurut SP9 Tertuduh langsung tidak dibawa masuk kedalam bilik tersebut
semasa SP5 dan anggotanya menjalankan pemeriksaan di dalam bilik tersebut. Bilik itu kecil sahaja dan

Page 6

dadah-dadah tidak disembunyikan. Oleh itu diragui keterangan saksi pendakwaan apabila mengatakan
Tertuduh tunjuk bilik dan Tertuduh tunjuk dadah-dadah yang dirampas. Biasa bagi saksi-saksi polis suka
menokok tambah cerita hanya untuk menguatkan keterangan mereka padahal Tertuduh sebenarnya
langsung tidak dibawa masuk kedalam bilik tersebut seperti dikatakan oleh SP9 dan syor pihak pembelaan.
Kredibiliti saksi-saksi pihak pendakwaan diragui terutama SP5 yang berdolak dalik mengenai kereta Proton
Wira cara bilik dibuka, penemuan barang kes dadah dan penangkapan SP8 seperti keterangannya yang
direkodkan oleh mahkamah ini.
[22] Saya telah membuat penilaian yang maksima keterangan saksi-saksi pihak pendakwaan dan saya
mendapati bahawa kes pihak pendakwaan gagal mencapai tahap pembuktian kes prima facie. Terdapat
keraguan dan jurang dalam kes pihak pendakwaan mengenai elemen milikan serta beberapa andaian boleh
dibuat selain daripada andaian yang menjurus kepada kebersalahan tertuduh. Secara ringkasnya, saya
mendapati pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan milikan dadah-dadah yang dirampas keatas
Tertuduh secara eksklusif. Apabila milikan gagal dibuktikan, maka anggapan pengedaran di bawah seksyen
37(da) ADB dan/atau elemen pengedaran di bawah seksyen 2 tidak berkaitan dan tidak terpakai. Dalam
keadaan kes ini, adaiah tidak selamat untuk Tertuduh dipanggil bagi membela diri.
Konklusi
[23] Atas alas an-alasan yang dinyatakan diatas, saya mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan
satu kes prima facie terhadap Tertuduh atas pertuduhan yang dihadapkan. Oleh itu Tertuduh di lepas dan di
bebaskan tanpa dipanggil untuk membela diri.

You might also like