You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN BAHARU,

34200 PARIT BUNTAR,


PERAK DARUL RIDZUAN
Tel: 05-7169629
Fax: 05-7174314

MINIT MESYUARAT GURU BILANGAN 01 TAHUN 2015


TARIKH
HARI
MASA
TEMPAT

: 29 Disember 2014
: Isnin
: 8.00 pagi
: Bilik Gerakan SK Jalan Baharu

KEHADIRAN :
1. Tn. Haji Abdul Rahim bin Ramli
2. Pn. Norazimah bt Abdullah
3. Pn. Norhayati bt Bahsin
4. En. Mohamad Nazri bin Musa
5. En. Osman bin Mohamed
6. Pn. Nor Azura bt Mohamed Shapri
7. Pn. Rabunah bt Basir
8. Pn. Nor Hayati bt Mohd Jaya
9. Pn. Sarimah bt Mahat
10. Pn. Hayati bt Yusop
11. Pn. Rohaiza bt Ramli
12. Cik Siti Hajar bt Sanusi
13. Pn. Wan Faridah bt Wan Jusoh
14. Pn. Nooraisya bt Shafie
15. En. Mohd Kamal Hafizi bin Osman
16. Pn. Nur Atiqah bt Mohd Nasir
17. En. Zul bin Abdul Aziz
18. Pn. Hasnah bt Abd Rahman
19. Pn. Madehah bt Abu Bakar
20. Pn. Noor Hamisah bt Ardi
21. En. Mohd Yusof bin Hj Sebran
22. Pn. Asiah bt Ngah Ali
23. Pn. Zalinah bt Dahali
24. En. Ahmad Nazir bin Omar
25. En. Othman bin Mohd Termizi

26. Pn. Rafidah bt Ahmad


27. Pn. Rafidah bt Ridzwan
28. Pn. Hayati bt Ramli
29. Pn. Jamilah bt Hassan
30. Pn. Azizan bt Yop
31. En. Mohammad Sabran bin harun
32. En. Tun Harmadinizwan bin Tun Harun
33. En. Osman bin Mohd Omar
34. Cik Musfirah bt Al Mubarak
35. En. Azrul Akhyar bin Mustafa
36. En. Mohd Sakri bin Ismail
37. Pn. Lily Suryani bt Mohd Yusof

1.0

UCAPAN PENGERUSI
1.1

Pengerusi Majlis mengalu-alukan kedatangan semua


mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir.

guru

dan

1.2

Mesyuarat dimulai dengan bacaan surah Al-Fatihah dan disedekahkan


kepada mangsa-mangsa yang ditimpa musibah banjir. Pengerusi
bersyukur sekolah Jalan Baharu tidak terlibat dengan bencana banjir.

1.3

Pengerusi memberikan sedikit kata-kata semangat kepada guru-guru


untuk terus mendidik dengan cemerlang bagi tahun 2015. Jihad seorang
guru ialah jihad mendidik anak didik.

1.4

Pengerusi memaklumkan Pn. Hjh Norhayati binti Shaari akan berpencen


pada 1 Januari 2015. Pengerusi juga memberitahu setakat 29.12.2014
tiada guru baru yang akan diterima. Takwim akan diubah dari masa ke
semasa tertakluk kepada sebarang perubahan.

1.5

Pengerusi memaklumkan 3 orang guru tidak hadir kerana menghadiri


beberapa urusan dan seorang guru telah berpindah ke sekolah lain iatu
Pn. Aeisyah.

1.6

Pengerusi memaklumkan semua guru boleh mengambil buku ringkasan


pengajaran, buku kedatangan dan jadual waktu. Pengerusi juga
mengingatkan visi, misi dan moto harus dilekatkan di dalam setiap kelas.

1.7

Pengerusi juga mengalu-ngalukan kehadiran guru baru iaitu Pn. Saliza


binti Samad.

2.0

3.0

VISI DAN MISI SEKOLAH


2.1

Visi sekolah pada tahun ini dikekalkan iaitu Pendidikan Berkualiti Insan
Terdidik Negara Sejahtera. Tuan Hj. Abd Rahim bin Ramli membuat soal
selidik kepada semua guru tentang erti pendidikan berkualiti. Pendidikan
yang berkualiti ialah pendidikan secara holistik iaitu menyeluruh dan
seimbang dari segi JERIS yang mempunyai input dan output berdasarkan
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).

2.2

Misi sekolah juga dikekalkan iaitu Melestarikan Sistem Pendidikan untuk


Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

2.3

Slogan sekolah Sepakat Mencipta Kecemerlangan telah diubah kepada


Sepakat Meneruskan Kecemerlangan.

2.4

Moto sekolah dikekalkan iaitu Guru Bersungguh Murid Jaguh.

2.5

Tn. Hj. Abdul Rahim meminta semua guru bersama-sama memahami dan
menjayakan visi, misi dan moto sekolah dengan jayanya.

MESYUARAT GURU
3.1

3.2

3.3
3.4

3.5
3.6
3.7

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan kakitangan


yang bertungkus lumus menceriakan kawasan sekolah sepanjang cuti
sekolah.
Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada pembantu pengurusan
murid yang berusaha mencantikkan bilik gerakan Sekolah Jalan Baharu
dengan menghias meja dan menukar langsir baru.
Pengerusi juga menekan konsep 5 s iaitu senyum, sapa, salam,sopan
dan santun.
Pihak Kementrian telah memberi peringatan untuk beberapa perkara asas
terutama kepada guru baru dari segi budaya sekolah dan waktu bertugas
iaitu waktu datang dan waktu pulang. Guru bertugas perlu datang ke
sekolah lebih awal.
Guru guru diminta untuk mengisi borang borang keluar sekolah
sekiranya mempunyai urusan diluar sekolah.
Guru juga diminta mengisi buku rekod kawalan kelas sewaktu
mengantikan kelas iaitu waktu masuk dan keluar semasa PdP.
Guru juga diminta untuk menghadiri semua aktiviti sekolah tepat pada
waktu terutamanya pada aktiviti 1 Murid 1 Sukan.

3.8

3.9

Penggunaan telefon bimbit semasa di dalam kelas secara sengaja tidak


dibenarkan kecuali kecemasan. Penggunaan telefon bimbit sebagai
bahan bantu mengajar digalakkan.
Penggunaan internet bestari secara haram tidak dibenarkan iaitu melayari
internet untuk bukan tujuan pembelajaran.

3.10

Penampilan diri dalam kawasan sekolah :


3.10.1. Semua guru harus memakai pakaian rasmi apabila menghadiri
mesyuarat guru.
3.10.2. Semua guru harus memakai tanda nama (name tag). Boleh rujuk
pekeliling.
3.10.3. Guru perempuan wajib memakai kasut hitam bertutup (kasut
sarung). Pemakaian sandal adalah tidak dibenarkan.
3.10.4. Gaya rambut bagi guru lelaki haruslah sentiasa pendek dan kemas
serta tidak bewarna.
3.10.5. Pemakaian baju batik adalah wajib pada setiap hari Khamis.
3.10.6. Pemakaian baju unit beruniform amat digalakkan pada hari rabu.
Baju korperat tidak dibenarkan pakai kecuali menghadiri aktiviti luar.

3.11

Tingkah laku dan kesalahan tatatertib


Pengerusi mengingatkan semua guru agar tidak terlibat dengan
kesalahan tatatertib seperti :
i.
Tidak hadir atau lewat ke setiap aktiviti sekolah tanpa sebab.
ii.
Terlibat dengan politik
iii.
Aktiviti berhutang
iv.
Tingkah laku, tutur kata, perbuatan yang boleh mencemarkan imej
sekolah, PPD dan KPM
v.
Seksual iaitu berdua-duaan, bemesra dengan guru lelaki atau
perempuan.
vi.
Tidak terlibat dengan judi, dadah dan nombor ekor.
vii.
Tidak terlibat dengan kesalahan lalu lintas seperti disaman.

3.12

Hari pertama persekolahan ialah pada 5 Januari 2015 iaitu pada hari
Isnin. Pada hari tersebut akan ada pebarisan dan guru yang bertugas
akan menguruskan minggu pertama persekolahan.
Guru-guru diminta untuk memastikan semua persediaan seperti susunan
kelas, kerusi meja dan buku teks lengkap dan mencukupi. Semua guru
diminta untuk tidak menyusun dan mengangkat kerusi meja serta tiada
pemberian buku teks pada hari pertama. Pengajaran dan pembelajaran
berjalan seperti biasa. Pada hari pertama, dua orang pegawai dari JPN
akan memantau. Diharap semua kelas dalam keadaan bersih dan
bersedia untuk memulakan sesi pengajaran.

3.13

3.14

3.15
3.16
1.
2.

4.0

Kedai buku juga tidak beroperasi pada hari pertama. Bilik buku teks juga
tidak dibuka pada hari pertama. Diharap guru-guru dapat mengambil buku
teks lebih awal.
Sekolah SK Jalan Baharu berada di tahap Band 2 dan diharap guru-guru
bersama-sama meningkatkan prestasi sekolah.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Guru besar mencadangkan agar mesyuarat PIBG dibuat lebih awal.
En. Azrul Akhyar bin Mustafa mencadangkan mesyuarat dibuat dalam
bulan februari. Disokong oleh guru besar sekolah.
PIBG dibahagikan kepada 4 bahagian
i.
Sumbangan dikekalkan RM20.
ii.
Program peningkatan akedemik.
iii.
Kertas kerja bagi tahun 6 RM100, Tahap 1 RM20 dan tahap 2
RM30
iv.
Kecerian dan keselamatan

3.17

Pn. Norazimah memberitahu bahawa semasa cuti sekolah, kita telah


menerima seorang tetamu iaitu Pn. Yang Roziah binti Mohd Yaacob yang
memaklumkan akan membuat lawatan ke SK Jalan Baharu. Beliau
memesan untuk memulakan PnP seperti biasa pada hari pertama.
Pesanan dari PPD, tiada kutipan yuran bagi uniform prasekolah. Ibu bapa
diminta untuk berurusan terus dengan pihak pembekal.

3.18

Pn. Norazimah juga memaklumkan beberapa hari selepas itu, Pn. Yang
Roziah datang bersama En. Tahir bin Jalani, Pn. Anis Oweeda binti Ismail,
Hjh Mahani binti Mohamed Nordin dan En. Lokman bin Zakaria telah
membuat lawatan ke sekolah SK Jalan Baharu. Dalam lawatan itu, beliau
berpesan kepada guru untuk membuat peserdian sebelum dan selepas
buka sekolah. Guru harus mengisi senarai semak yang telah diedarkan.
Guru juga harus membuat transformasi bilik darjah bermula dari kelas
tahun satu hingga kelas tahun 6 terutamanya bagi kelas tahap satu
haruslah dalam keadaan kemas dan cantik. Pn. Yang Roziah juga
memaklumkan yang sekolah boleh menjemput beliau pada sesi LADAP
transformasi bilik darjah bagi menerangkan susun atur kerusi meja di
dalam kelas.

HAL-HAL LAIN
4.1
Ustaz Azrul Akhyar tidak bersetuju dengan pelan kecemasan di dalam
buku takwim. Susunan bangunan blok yang bertambah serta susunan
kelas yang dah berubah apabila kelas bertambah. Kelas murid tahun 6 A
tiada dalam pelan.
Respon :

1. Tn. Hj Abd. Rahim menyatakan terima kasih kerana peka. Pembetulan


akan di lakukan dan berubahan maklumat dari masa ke semasa akan
dimaklumkan.
2. En. Osman Mohamad juga membetulkan kedudukan kelas yang
terbaru.
Kelas tahun 6 K menjadi kelas tahun 6 A
Kelas tahun 5 K menjadi kelas tahun 6 M
Kelas tahun 6 M menjadi kelas tahun 6 C
Kelas tahun 6 C menjadi kelas tahun 6 K
Kelas tahun 5 M menjadi kelas tahun 5 K
Kelas tahun 5 C menjadi kelas tahun 5 C
Bilik J- Qaf menjadi kelas tahun 5 M
Bilik tayangan menjadi bilik J-Qaf
4.2

4.3
4.4

En. Zul bertanya mengenai pembelian diari adakah perlu bagi semua guru
untuk membeli pada setiap tahun. Pendapat En. Zul itu merupakan satu
pembaziran besar kerana sekolah memperuntukkan RM700 hingga
RM800 dari kelab kebajikan guru untuk membayar diari yang dipaksa beli.
En. Zul berpendapat duit itu boleh digunakan untuk perkara yang lebih
penting.
Respon :
Tn. Hj. Abd. Rahim menyatakan En. Radhi dari JPN yang menguruskan
diari. Semua guru harus membeli atas arahan pihak atasan.
Walaubagaimanapun, Tn. Hj. Abd. Rahim akan mengetengahkan masalah
ini.
Sukan sekolah akan dijalankan pada bulan 6 dan tidak akan dijalankan
awal.
Tindakan : Semua guru
Pn. Asiah memaklumkan pendaftaran tahun satu akan dibuat pada hari
Rabu, 31.12.2015 dan senarai AJK telah disediakan. Guru-guru yang tidak
dapat hadir boleh memaklumkan lebih awal agar dapat mencari
pengganti. Pada hari tersebut, ibu bapa akan berada di dewan dan
manakala murid akan berada di dalam kelas untuk membuat ujian. Pn.
Asiah juga telah menyediakan senarai nama murid untuk dilekatkan di
pintu kelas bagi memudahkan ibu bapa mencari nama anak. Kutipan
bayaran boleh dilakukan pada hari tersebut.
Tindakan : Semua guru

4.5

Pn. Rabunah memaklumkan murid tahun 5 masih ada yang tidak


mengambil buku teks dan meminta guru-guru untuk mewar-warkan
kepada ibu bapa untuk segera mengambil buku sebelum sesi
persekolahan bermula.
Tindakan : Semua guru

4.6

Tn. Hj. Abd. Rahim menegaskan guru-guru untuk mengamalkan 5 S serta


menyatakan guru mengajar dan murid belajar. Tn. Hj. Abd. Rahim juga

mengucapkan tahniah kepada pembantu pengurusan murid kerana


menghias kelas prasekolah semasa cuti dan mencabut semua gambargambar lama.
Tindakan : Semua guru
4.7

4.8

4.9
4.10

4.0

Tn. Hj. Abd. Rahim memaklumkan pada hari Jumaat akan diadakan
gotong-royong membersih dan menceriakan kawasan sekolah. Diharap
semua guru dapat bersama-sama menceriakan kawasan sekolah.
Tindakan : Semua guru
Tn. Hj. Abd. Rahim juga mengucapkan tahniah kepada semua guru di
atas pencapaian UPSR yang begitu membanggakan. Beliau juga
mengucapkan terima kasih kepada semua pekerja yang membersikan
kawasan sekolah semasa di dalam cuti.
Pn. Norazimah memaklumkan yang pekerja swasta akan diselia tiap-tiap
bulan.
Pn. Norazimah meminta semua guru untuk mengisi senarai semak akhir
tahun yang diberikan dan harap dapat dihantar segera untuk dimasukkan
di dalam fail bagi mengelakkan keciciran.

PENANGGUHAN MESYUARAT
Pengerusi mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua guru dan
memohon semua guru dapat melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin bagi
tahun 2015.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.00 pagi.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

_____________________

_____________________

(NUR ATIQAH BINTI MOHD NASIR)

(PN. NORAZIMAH BINTI ABDULLAH )

Setiausaha

Penolong Kanan

Mesyuarat Guru SK Jalan Baharu

SK Jalan Baharu

Tarikh : 30.12.2015

You might also like