You are on page 1of 8

TAYAMMUM

Tayammum ialah pengganti wuduk dengan menggunakan debu kerana tiada air.
CARA-CARA BERTAYAMMUM

1234-

Sediakan debu yang suci


Membaca: Menghadap kiblat
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Menyebut lafaz niat tayammum seperti:

Maksudnya:Sahaja aku bertayammum untuk mengharuskan solat kerana


Allah Taala.
5- Menepuk debu dengan dua tapak tangan secara perlahan dan jari terbuka
sambil berniat ``sahaja aku bertayammum untuk mengharuskan solat fardu
kerana Allah Taala dan mengekalkan niat sehingga menyapu muka.
6- Menipiskan/mengurangkan debu dengan meniup atau menengkuh kedua-dua
tangan di luar tempat debu.
7- Menyapu debu ke muka
8- Membuangkan debu yang telah digunakan /Mustakmal yang masih melekat di
tapak tangan.
9- Menepuk debu dengan kedua tapak tangan secara perlahan dan jari terbuka
untuk kali kedua di ttempat yang lain kemudian menipiskannya dengan meniup
atau menengkuh kedua-dua tangan.
10-Menyapu tangan kanan dengan cara:
10.1 Meletakkan jari tangan kiri di bawah jari tangan kanan kecuali ibu jari
10.2 Lurutkan jari tangan kiri hingga ke pergelangan tangan kanan
10.3 Genggamkan sedikit jari kemudian melurutkannya hingga ke siku.
10.4 Pusingkan tapak tangan ke bahagian dalam siku.
10.5 Lurutkan tapak tangan hingga ke pergelangan tangan
10.6 Lurutkan ibu jari kiri di belakang ibu jari kanan.
11-Menyapu tangan kiri dengan cara :
11.1 Meletakkan jari tangan kanan di bawah jari tangan kiri kecuali ibu jari.
11.2 Lurutkan jari tangan kanan hingga ke pergelangan tangan kiri

11.3 Genggamkan sedikit jari kemudian melurutkannya hingga ke siku.


11.4 Pusingkan tapak tangan ke bahagian dalam siku.
11.5 Lurutkan tapak tangan hingga ke pergelangan tangan dengan kedudukan
ibu jari terangkat
11.6 Lurutkan ibu jari kanan di belakang ibu jari kiri.
12-Menyelati jari kanan dan kiri.

SYARAT-SYARAT TAYAMMUM
1234-

Tidak ada air setelah usaha di jalankan.


Mendatangkan bahaya jika menggunakan air.
Telah masuk waktu solat.
Menggunakan debu yang bersih dan suci.

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN TAYAMMUM


1- Segala perkara yang membatalkan wuduk
2- Melihat air sebelum solat ,kecuali bagi orang yang bertayammum kerana sakit.
3- Murtad.

Bahan Untuk Bertayammum

Debu tanah yang bersih ialah:


Tanah dalam pelbagai warna seperti merah atau hitam.
Sekiranya bercampur pasir mesti mengandungi kandungan debu.
Tidak dikategorikan sebagai abu.
Suci dan tidak bernajis.
Tidak mustamal.
Tidak bercampur tepung atau kapur atau pasir yang tidak berdebu.
Tidak boleh bertayammum dengan menepuk meja atau dinding
kerana tidak mengandungi debu tanah.
Pasir halus dan pecahan batu halus dibenarkan

Bahan yang tidak dibenarkan untuk bertayammum

Tanah yang tidak mengandungi kandungan debu


Menggunakan abu sama ada abu mayat mahupun abu dari pembakaran kayu

api.
Debu yang digunakan mengandungi najis
Musta`mal(iaitu debu yang telah digunakan untuk bertayammum)

Tanah berlumpur,bernajis/berbingkah

SIFAT-SIFAT MAHMUDAH
Sifat membawa maksud kelakuan, tindakan, akhlak, aktiviti fizikal dan hati, manakala
Mahmudah pula membawa erti sesuatu yang dianggap dan dizahirkan sebagai yang
terpuji dan cantik pada pandangan mata dan hati manusia secara fitrah dan estetika.

Akhlak boleh dibahagi kepada 2 pecahan,yakni Akhlaqul Kariimah ataupun sifat-sifat


mahmudah dan Akhlaqus Sayyiah ataupun sifat-sifat mazmumah
Merujuk kepada buku ASAS PENGETAHUAN AGAMA ISLAM karya Akhmal Haji
Muhammad Zain, Akhlak ialah tindak-tanduk manusia yang dilakukan dengan sedar
dan dengan dorongan batin.Dengan akhlak yang baik,sifat-sifat mahmudah akan
terhasil.Sifat mahmudah akan melahirkan individu yang mulia dan berakhlak mulia.
Sifat yang ingin diberi penekanan di sini ialah sifat mahmudah.Sifat mahmudah
didefinisikan sebagai sifat-sifat yang mulia. Antara sifat-sifat yang diterapkan ialah
sifat penyayang,sifat pemurah dan sifat pemaaf
Sifat-sifat yang ditekankan ini sangat penting kerana dari sifat-sifat ini mampu
melahirkan individu yang mulia dan berakhlak tinggi sebagai seorang umat islam.Sifatsifat ini juga amat penting kerana ia sedikit sebanyak mencontohi sifat-sifat Nabi
Muhammad SAW.

Sifat Penyayang.

Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi


saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.- Hadis riwayat al-lmam
al-Bukhari dan Muslim.

Berdasarkan hadis di atas,sifat kasih sayang itu amat penting dalam agama
islam dan penting terhadap diri sendiri.Sifat ini juga melengkapkan iman seseorang
individu.Sifat kasih sayang sesama umat islam amat penting.Kita perlulah mengasihani
orang lain seperti mana kita menyayangi diri kita sendiri.Dengan sifat penyayang yang
terbina sesama kita,ia akan dapat mengelakkan daripada berlakunya sifat-sifat
mazmumah berlaku dalam masyarakat kita.
Sifat-sifat penyayang yang dipupuk didalam diri setiap umat islam dapat
mengeratkan hubungan sesama kita.Ia sekaligus dapat membuat musuh agama islam
berasa gerun terhadap umat islam.Sifat penyayang yang terjalin antara kita dapat
memperkukuhkan ummah.
Pada pandangan saya,agama islam merupakan agama yang suci dan mulia
kerana didalam Al-Quran iaitu kitab suci agama islam,terdapat banyak cerita yang
menceritakan tentang sifat kasih sayang sesama umat islam.Rasullulah mempunyai
sifat penyayang yang perlu kita contohi,seperti mana yang berlaku pada zaman
Rasullulah.Rasulullah

amat

menyayangi

sahabat-sahabatnya

dan

saudara-

saudaranya,beliau juga menyayangi seluruh umat islam.


Suatu ketika,At-Tufail bin Amru Ad-Dausi dari kabilah Daus telah datang
menemui Rasulullah SAW dan berkata kepadanya: Sesungguhnya kaum Daus telah
bertengkar dan enggan untuk menerima Islam maka berdoalah kepada Allah untuk
membinasakan mereka. Rasulullah SAW pun menghadap kiblat dan mengangkat
kedua tangannya.Melihat keadaan sedemikian,orang ramai berkata bahawa kaum Daus
pasti akan binasa.Sebaliknya Rasulullah SAW telah berdoa seperti berikut: Wahai
Allah!Berilah hidayah kepada Daus dan datangkanlah mereka kepadaku (sebanyak tiga
kali).

Sifat pemurah.

Maksud sifat pemurah ialah sifat suka menderma,suka menolong orang tidak kira
dari segi harta dan tenaga.Sifat ini seharusnya diamalkan oleh setiap umat islam,tidak
kira sama ada mereka berharta ataupun tidak berharta.Senyum juga diklasifikasikan
sebagai sifat pemurah kerana senyum juga merupakan satu bentuk sedekah.Terdapat
banyak lagi perbuatan yang boleh dikelaskan sebagai sifat pemurah.
sesungguhnya ALLAH SWT yang Maha Pemurah menyukai orang-orang(hambahambanya) yang pemurah.
ALLAH SWT amat menyukai dan menyayangi umatnya yang mempunyai sifat
pemurah dalam dirinya.Antara ciri-ciri orang yang bersifat pemurah ialah sanggup
mengorbankan harta dan tenaga terhadap orang yang lain tanpa memikirkan diri dan
mementingkan diri.Orang yang bersifat pemurah juga mempunyai sifat yang mulia
kerana mereka tidak mengharapkan pujian apabila mereka melakukan sesuatu
kebaikan.Mereka juga tidak mengungkit sebarang bantuan atau sumbangan yang telah
mereka berikan kepada pihak tertentu.

Oleh itu,sifat pemurah adalah salah satu sifat mahmudah dan wajar diamalkan
kerana sifat ini mampu menyempurnakan iman seseorang muslimin. Ini kerana ALLAH
SWT telah menjelaskan sifat ini pada awal setiap surah yakni dengan bacaan bismillah.

Sifat pemaaf
Maka maafkanlah(mereka) dengan cara yang baik-(Al-Hajr):85)

Ayat suci di atas telah menggambarkan bahawa ajaran Islam adalah ajaran yang
saling memaafi antara satu sama lain tidak kira hubungan antara ALLAH dengan
hambaNya dan insan dengan insan. Disini terserlahlah satu lagi nilai-nilai yang murni
terdapat dalam agama Islam.

Allah Ta'ala berfirman: Wahai anak Adam! Selagi mana engkau meminta,
berdoa dan mengharapkan Aku, Aku akan ampunkan apa-apa dosa yang ada
pada dirimu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam! Seandainya dosa-dosamu
banyak sampai mencecah awan langit kemudian engkau memohon ampun
kepadaKu, nescaya Aku akan ampunkan bagimu. Wahai anak Adam!
Sesungguhnya engkau, andainya engkau datang mengadapKu dengan dosadosa sepenuh isi bumi, kemudian engkau datang
menghadapKu tanpa engkau mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku
akan mengurniakan untukmu keampunan sepenuh isi bumi.
Kesimpulannya,kita wajar mengamalkan sifat-sifat mahmudah dalam diri
kita kerana sifat-sifat ini amat disukai Allah dan ianya membantu kita sebagai
umat Islam untuk menjadi seorang muslim dan mukmin yang berakhlak mulia.

Bibliography
APA ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM? KARYA FATHI YAKAN.
ASAS PENGETAHUAN AGAMA ISLAM. KARYA AKHMAL HAJI MOHD ZAIN.

Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah & Ahmad Naim Jaafar. (2005). Anda Ingin Menjadi
Seorang Gentleman? Kuala Lumpur: PTS MILLENIA SDN. BHD.
godam64. (2008, Januari 30). Pengertian Tayamum, Cara, Syarat, Rukun, Sebab &
Sunat Tayammum Wudhu Dengan Debu / Tanah. Dirujuk daripada Organisasi.org:
http://organisasi.org/pengertian-tayamum-cara-syarat-rukun-sebab-sunat-tayammumwudhu-dengan-debu-tanah
hina, H. A. (2009, Jun 19). Musafir Seorang Hamba. Dirujuk daripada Blogger:
http://musafirseoranghamba.blogspot.com/2009/06/taharah-tayammum.html
Malaysia, J. K. (2005 (cetakan ketiga)). PANDUAN TAYAMMUM, WUDU DAN SOLAT
BAGI PESAKIT. Dirujuk daripada islam.gov.my:
http://www.islam.gov.my/tayammum/tayammum.pdf
Md. Dzul Fahmi. (1995). Bimbingan Kecantikan Akhlak & Keluhuran Budi. Kuala
Lumpur: Al-Hidayah Publishers.
Panduan Tayammum. (2009, Februari 10). Dirujuk daripada Wikipedia:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Tayammum#Panduan_Bertayam

mum

You might also like