You are on page 1of 6

Langkah2 ;)

Antara langkah langkahnya ialah menguatkan


pertahanan dari segi bilangan tentera udara,tentera
darat dan tentera laut kerana semakin ramai bilangan
tentera semakin kuat pertahanan
kita.kemudian,meningkatkan kelengkapan perang
seperti kapal selam,kapal terbang pejuang,kereta kebal
dengan ini,kita akan lebih bersedia untuk menentang
tentera british ketika diserang.seterusnya,menguatkan
jati diri seperti semngat kebangsaan yang tinggi supaya
ada rasa cinta akan negara kita.selain itu,mengawal
perairan dari diceroboh 24 jam bagi memastikan tiada
pencerobohan yang berlaku dgn adanya pengawalan
yang ketat. Mencari rakan negara yang kuat sebagai
sokongan.ianya dapat melindungi antara satu sama
lain.di samping itu,rakyat harus menguatkan perpaduan
bagi menghalang negara daripada dijajah.Rakyat
haruslah bersatu bagi menguatkan perpaduan dan
dapat berjuang bersama-sama demi negara
tercinta.bukan itu sahaja,mengukuhkan ekonomi sangat
penting kerana dapat memperoleh pendapatan yang
banyak untuk membeli senjata dan mencipta senjata
sendiri sebagai persiapan jika negara diserang. Akhir
sekali, kestabilan politik harus dikekalkan supaya
negara kita tidak dapat dijajah oleh British dan negara
kita boleh merdeka dari dijajah.

Cabaran!(sejarah )

Antara cabaran untuk mengekalkan kestabilan dan


keamanan daripada ancaman luar ialah dengan
bekerjasama dengan rakan serantau meliputi tiga aspek
besar iaitu kerjasama dari sudut sosiobudaya, politik
dan diplomasi serta perdagangan dan ekonomi.
Selain daripada itu untuk menjaga hubungan dan
semangat setiakawan adalah sewajarnya kita menggunakan
kaedah atau pendekatan rundingan, bertolak-ansur, cara
diplomasi untuk merapatkan hubungan antara satu dengan
yang lain. Oleh itu, penekanan diberikan kepada soal-soal
menubuhkan pakatan kerjasama serantau, mengadakan satu
jaminan keselamatan yang membolehkan tenaga ditumpukan
ke
arah
penglibatan
isu-isu
politik
dunia mengikut
kemampuan dan kepentingan nasional dari semasa ke semasa.
Dasar luar adalah bertujuan untuk menjaga dan
mengekalkan
keselamatan,
keharmonian,
kesejahteraan
ekonomi dan lain-lain kepentingan negara. Pada hakikatnya,
walaupun terdapat pelbagai persepsi dan pengertian mengenai
dasar luar negara, setiap dasar luar negara yang dibentuk perlu
mengambil kira persekitaran luar yang dinamik. Pengertian di
atas juga merujuk kepada dasar luar negara Malaysia.
Walau bagaimanapun , dasar luar Malaysia telah melalui
perubahan selepas Tun Dr. Mahathir Mohamad dilantik sebagai
Perdana Menteri yang keempat pada tahun 1981. Di bawah
kepimpinan beliau dasar luar Malaysia lebih berorientasikan
kepada aspek-aspek ekonomi. Pada masa yang sama, dasar
luar Malaysia dilihat lebih menekankan kepada hak,
kepentingan dan aspirasi negara-negara membangun dan
sokongan kerjasama selatan-selatan.
Di samping itu juga, Malaysia menjalankan dasar berkecuali
dalam hubungan luarnya. Dasar berkecuali bermaksud
sesebuah negara itu tidak memihak kepada mana-mana blok
kuasa besar dunia. Dasar luar sesebuah negara itu
bergantung kepada pemerintah dan ianya menjadi panduan

dalam menentukan bentuk hubungan dengan negara


lain. Hal ini juga berlaku kepada Malaysia yang sentiasa
dinamik selaras denganperedaran persekitaran. Ini jelas
dapat dilihat dalam tahun 1957 hingga 1963 dasar luar
Malaysia berorientasikan pro-Barat dan anti-komunis. Hal ini
penting kerana Tunku Abdul Rahman merasakan bahawa
Malaysia tidak mempunyai keupayaan ketenteraan yang
canggih serta diancam oleh anasir komunis. Oleh yang
demikian dasar pro-barat ini dapat dilihat apabila Malaysia
menyokong penglibatan pihak Amerika dalam Perang
Vietnam serta tidak membuat sebarang hubungan diplomatik
dengan negara-negara komunis

(sejarah )

Cabaran

Antara cabaran bagi mengekalkan kestabilan dan


keamanan daripada ancaman luar ialah ancaman anasiranasir luar yang cemburu dengan keharmonian negara
kita yang cuba mencerobohi negara
kita.seterusnya,cabaran dalam mengekalkan perpaduan
kaum di negara kita.kita haruslah mempunyai semangat
perpaduan kaum supaya kita bersatu dan menjadi lebih
kuat untuk menentang ancaman
luar.Selanjutnya,cabaran bagi memupuk nilai-nilai patriotisme dalam diri
generasi muda agar kedaulatan negara terjamin.dengan ini,generasi muda lebih
bertanggungjawab dalam menjaga negara kita dari ancaman luar. Selain itu , cabaran untuk
memastikan ekonomi negara yang kukuh bagi memperoleh pendapatan yang lumayan.
seterusnya dapat menjadikan negara Malaysia sebagai negara yang kuat dari segi tentera yang
ramai dan persiapan awal bagi menentang ancaman luar. akhir sekali cabaran mengekalkan
persefahaman antara kaum di Malaysia amat penting kerana dengan persefahaman kita dapat
bekerjasama dan bersatu.

kesan drpd penaklukan british ke tanah melayu


Melalui penaklukan British terhadap Kepulauan Melayu terutamanya Tanah Melayu telah
menyebabkan berlakunya perubahan yang drastik dalam ekonomi dan cara hidup masyarakat
melayu. Kedatangan British telah menodai masyarakat tradisional dengan memperkenalkan
ekonomi, susunan sosial dan kependudukan serta pendidikan sekular.
Dari segi ekonomi, British telah banyak melakukan perubahan dalam ekonomi di Tanah Melayu iaitu
dengan memperkenalkan ekonomi kapitalis di samping pelajaran dan perkhidmatan kesihatan.
Namun, sesetengah langkah yang dilakukan oleh British ini adalah boleh dianggap sebagai 'melepas

batuk di tangga' kerana walaupun banyak perubahan telah dibuat oleh British namun ianya langsung
tidak mendatangkan kebaikan kepada orang-orang di Tanah Malayu terutamanya orang melayu.

Manakala dari segi susunan sosial pula, sesungguhnya rancangan British ini telah berjaya dalam
mengekalkan orang Melayu dalam masyarakat tradisionalnya di mana menumpukan taat setianya
kepada Sultan serta tidak engkar atas segala kata putus yang dibuat oleh Sultan.

Dari segi kebudayaan pula, kedatangan British di Tanah Melayu telah menyebabkan wujudnya
masyarakat majmuk di tanah melayu dimana ianya dapat dilihat daripada beberapa tindakan
pemerintah Inggeris terhadap kedatangan orang-orang asing ke Tanah Melayu. Dalam hal ini ianya
dapat menentukan persoalan bagaimana Inggeris membantu mewujudkan masyarakat yang majmuk
ditanah melayu. Keadaan ini bukan sahaja memberi kesan terhadap kemajumukan ras, tetapi
merangkumi pelbagai aspek dalam politik dan sosial.
Manakala dari segi pendidikan pula, ianya lebih kepada pendidikan yang berteraskan negara ibunda,
Inggeris menggalakkan lagi perbezaan kaum dan ia juga melebarkan lagi jurang perpaduan di
Malaysia. Hal ini dapat dilihat melalui tindakan Inggeris yang tidak menyeragamkan sukatan
pendidikan dan pendidikan guru. Sebagai kesan daripada keadaan ini wujud sukatan pendidikan
yang berbeza serta keperluan guru berasaskan tindakan komuniti setiap kaum yang ada di Tanah
Melayu.

SEBAB-SEBAB CAMPUR TANGAN INGGERIS


SECARA RASMI DI TANAH MELAYU

Dasar campur tangan Inggeris telah bermula di Perak pada tahun 1874 dengan
termenterinya Perjanjian Pangkor, diikuti oleh Selangor, Sungai Ujong dan Pahang.
Dengan ini bermulalah perluasan pengaruh lnggeris di Tanah Melayu sekaligus telah
menganggu gugat kepentingan tradisi masyarakat tempatan dan segi politik,
ekonomi, dan sosial.

Faktor Ekonomi

Menurut Profesor Khoo Kay Kim, walaupun terdapat pelbagai alasan yang digunakan
oleh pihak Inggeris untuk campur tangan di Negeri-negeri Melayu namum tujuan ingin
menguasai sumber ekonomi telah menjadi faktor utama Inggeris memulakan dasar
campur tangan secara rasminya.

Perkembangan Revolusi Perindustrian di Britain pada pertengahan abad ke-19 telah


mendorong Inggenis untuk mencari tanah jajahan baru yang dapat membekalkan
bahan mentah yang diperlukan oleh kilang-kilangnya dan mencari pasaran terhadap
barangan siap yang dihasilkan oleh kilang-kilang di Britain.

pemerintah tempatan serta mengelakkan terjadinya peperangan yang akan menelan


belanja yang besar.

Peranan Sir Andrew Clarke

Sebagai Gabenor baru Negeri-negeri Selat, Sir Andrew Clarke telah ditugaskan untuk
menyiasat masalah sebenar yang berlaku di Negeri-negeri Melayu pada November
1873.Beliau juga dikehendaki menyediakan satu laporan lengkap tentang situasi
Negeri-negeri Melayu dan mencadangkan langkah-langkah yang seharusnya diambil
oleh Kerajaan Inggeris bagi memulihkan keamanan serta memelihara kepentingan
Inggeris di Negeri-negeri tersebut.

Faktor Kemanusiaan

Frank Swettenham menggunakan alasan tanggungjawab kemanusiaan untuk


campur tangan di Negeri-negeri Melayu bagi menamatkan kekacauan sebagai jaminan
keselamatan nyawa dan harta benda. Kerajaan Inggeris harus bertanggungjawab
terhadap masalah di Negeri-negeri Melayu selaras dengan dasar Pax Britannica iaitu
mewujudkan keamanan dalam Empayar Inggeris mulai tahun 1860-an.
Kebimbangan Campur Tangan Kuasa Asing

Masalah Anarki di Negeri-Negeri Melayu

Menjelang tahun 1860-an dan 1870-an, negeri-negeri seperti Perak, Selangor, dan
Negeri Sembilan berada dalam keadaan tidak stabil kerana berlakunya masalah anarki
atau huru hara seperti perebutan takhta kerajaan, pergaduhan Kongsi Gelap Cina,
masalah perlanunan dan perang saudara yang tidak terkawal.

Perubahan Kepimpinan di England

Sebelum tahun 1871, Parti Liberal menguasai pemerintahan di England dan bersikap
anti imperialisme. Dasar ini penting bagi memelihara hubungan baik dengan

You might also like