You are on page 1of 4

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam satu Malaysia...

UCAPAN PENGUMUMAN
Buah pauh si bunga rampai
Kilauan bintang sungguh mengasyikkan
Orang jauh sudahlah sampai
Selamat datang kami ucapkan
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat illahi kerana dengan limpah dan
kurnianya dapat kita bersama-sama dalam Forum Perdana Ekslusif yang
bertajuk Taaruf Cinta Illahi pada malam ini. Pihak penganjur mengalu-alukan
kehadiran tuan-tuan serta hadirin sekalian ke forum ini.
UCAPAN PEMBUKAAN
Sebelum

meneruskan majlis, marilah kita bersama-sama membaca surah

ummul kitab. Al Fatihah...untuk memberkati lagi majlis kita pada malam ini,
marilah kita bersama-sama merafakkan tangan, mengkuduskan hati, memohon
pada ilahi agar majlis kita lebih diberkati dan diredhai. Oleh itu saya menjemput
saudara Muhammad Aizuddin bin Mingu untuk mengetuai bacaan doa,
dipersilakan.
Semoga dengan bacaan doa sebentar tadi majlis ini mendapat keberkatan
rahmat daripada Allah swt...

UCAPAN PROTOKOL
Yang Berusaha En Kamaruddin bin Hasyim
Pengarah IPG Kampus Sultan Mizan
Yang Berusaha Tn. Hj Aminulddin bin Abd Hamid
Timbalan Pengarah IPG Kampus Sultan Mizan,
En Latif Bin Hamzah
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar,
Ust Muhammad Zawawi bin Muhammad Ali
Ketua Jabatan Pendidikan Agama Islam dan Moral
Ahli-ahli panel,
Ustaz Dr. Abdul Basit bin Abdul Rahman,
Ustaz Ubaidillah bin Alias
Moderator,
Ustaz Muhammad Kamil bin Jaafar
Para pensyarah, guru-guru sekolah, hadirin dan hadirat sekalian

UCAPAN ALU-ALUAN
Hadirat hadirat sekalian,
Dinihari pergi lautan
Untuk menjala si ikan bilis
Assalamualaikum tuan dan puan
Mohon saya meneruskan majlis

Ucapan alu-aluan
Saya bagi pihak majlis sekali lagi mengalu-alukan kehadiran En Kamaruddin bin
Hasyim, Pengarah IPG Kampus Sultan Mizan. Tn. Hj Aminulddin bin Abd Hamid,
Timbalan Pengarah IPG Kampus Sultan Mizan, En Latif Bin Hamzah, Ketua
Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Ust Muhammad Zawawi bin Muhammad Ali, Ketua
Jabatan Pendidikan Agama Islam dan Moral, Ahli-ahli panel, Ustaz Dr. Abdul
Basit bin Abdul Rahman dan Ustaz Ubaidillah bin Alias, Moderator, Ustaz
Muhammad Kamil bin Jaafar, para pensyarah, guru-guru sekolah, hadirin dan
hadirat sekalian
Sebagaimana yang kita maklum, forum perdana ekslusif yang akan dijalankan
pada malam ini bertajuk Taaruf Cinta Illahi.
Untuk tidak melengahkan masa, seterusnya majlis menjemput yang berusaha En
Kamaruddin bin Hasyim, Pengarah IPG Kampus Sultan Mizan

untuk

menyampaikan

majlis

ucapan

alu-aluan.

Dengan

segala

hormatnya

mempersilakan.
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada En Kamaruddin bin Hasyim di
atas ucapan itu tadi.

Forum Perdana
Seterusnya saya menyerahkan majlis ini kepada moderator, Ustaz Kamil Bin
Jaafar untuk meneruskan forum pada malam ini.
PENUTUPAN
Hadirin, hadirat sekalian :
Ucapan salam pengakhir kata
Segala yang ada dikongsi bersama
Apa yang kurang maaf dipinta
Sudilah berkunjung di lain masa

Tuan puteri pergi ke Rasah


Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi

Dengan kata-kata ini maka selesailah sudah Forum Perdana Ekslusif pada
malam ini. Saya bagi pihak majlis mengucapkan terimakasih di atas kehadiran
semua ke forum perdana malam ini. Semoga forum ini

memberi manafaat

kepada tuan-tuan dan puan-puan dalam memantapkan akidah dan rasa cinta
kita pada pemilik cinta.
Selepas ini para VVIP dan ahli panel dijemput ke Bilik Temenggung untuk sedikit
jamuan.
Akhir kata, saya memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan sepanjang
mengendalikan majlis ini. Yang baik itu datangnya dari Allah, yang buruk itu
datangnya dari diri saya sendiri.
Saya sudahi majlis dengan w.b.t
wabaratuh. Dengan ini majlis bersurai.

wassalamualaikum warahmatullah hi

You might also like