You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN BRUMAS, TAWAU

PETI SURAT 60966, 91019 TAWAU, SABAH.


e-mail :xca3010@gmail.com
Tel : 013-8863840

RUJUKAN : XCA 3010/600-5/03/07( )


TARIKH : 30
Januari 2012
MINIT MESYUARAT PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
BIL.1/2012
Tarikh
: 31 Januari 2012
Hari
: Selasa
Masa
: 12.30 2.00 petang
Tempat : Pusat Akses Sk.Brumas,Tawau
Agenda:

1. Ucapan Pengerusi
2.
Fungsi dan Tugas Jawatankuasa PBS sekolah
3.
Aktiviti Tahunan 2012 (Pengoperasian PBS 2012)
4.
Hal-hal lain

Kehadiran : 12 orang
1. En.Rahmat Ariffin Guru Besar
2. Tn.Hj Burhanuddin Hassan-PK 1
3. En.Ahmad Makmon PK Hem
4. En.Muhd Jufri Abd Karim Pk Kokum
5. En.Roslan Hj Suni
6. En.Ramlan Mahmud
7. Pn.Megawati Baharuddin
8. Pn.Aishah Yaacob
9. Pn.Josie Dawila
10.Pn.Mardiana Abdul @Ab Aziz
11.Pn.Aflizah Mokhtar
12.En.Mohammad Nazri Nahar
Tidak Hadir : 1. UCAPAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada Unit Kurikulum kerana dapat
menjalankan
mesyuarat PBS kali yang pertama.
1.2 Diharapkan mesyuarat pada hari ini dapat meleraikan masalah yang wujud
berkaitan PBS.
1.3 Semua guru perlu tahu dasar-dasar kerajaan yang baru dan jangan memberi
alasan bahawa pihak pentadbir tidak menjelaskan dasar-dasar tersebut
sekiranya ada pemantau datang ke sekolah.
1.4 Beliau akan sentiasa memantau pengoperasian PBS. Fail-fail yang berkaitan
perlu dilengkapkan. Semua guru yang terlibat perlu memastikan standard
atau band yang perlu dikuasai oleh murid. Evidens yang disimpan perlulah
yang terkini.
(Makluman)

2. FUNGSI DAN PENGOPERASIAN PBS TAHUN 2012


2.1 PK 1 membentangkan Fungsi dan pengoperasian PBS 2012.
2.2 KSSR hanya melibatkan murid Tahun 1 dan Tahun 2 pada tahun ini, tetapi
semua guru perlu mengambil tahu walaupun tidak mengajar KSSR.
2.3 Pembentangan AJK PBS peringkat sekolah:
Pengerusi :

En.Rahmat Ariffin (Guru Besar)

Naib Pengerusi

:
Semua Guru Penolong Kanan
Tn.Hj Burhanuddin Hassan (PK 1)
En.Ahmad Makmon (PK Hem)
En.Muhd Jufri Abd Karim (PK Kokum)
En.Mohammad Nazri Nahar /Setiausaha Peperiksaan (PP/PS)
Pn.Aishah Yaacob KPMT (Latihan)
Pn.Megawati Baharudin KPBM (Penyelarasan
Pn.Aflizah Mokhtar KPSN (Pementoran)
Pn.Josie Dawila KPBI
En.Roslan Hj.Suni KPPI (Pemantauan)
Pn.Mardiana Ab Aziz GURU KAUNSELING (Pentaksiran

Setiausaha :
AJK
:

Psikometrik)
En.Ramlan Mahmud KPPJK
(Pentaksiran Aktiviti Jasmani,Sukan dan Kokurikulum)
(Tindakan : Semua AJK PBS)
3.

AKTIVITI TAHUNAN (PENGOPERASIAN PBS)

3.1 Takwim Pengoperasian PBS:

3.2 Pengoperasian PBS:


3.2.1 Pementoran: Pementoran merupakan satu proses membantu,
memudah cara dan membimbing guru untuk melaksanakan PBS
mengikut prinsip dan prosedur yang ditetapkan.
3.2.2 Penyelarasan: Penyelarasan merupakan satu proses memastikan
pentaksiran yang dilaksanakan oleh guru mempunyai kesahan,
kebolehpercayaan supaya keputusan pentaksiran adalah adil dan
maklumbalas boleh digunakan untuk penambahbaikan.
3.2.3 Pemantauan: Pemantauan merupakan satu proses memastikan
kaedah pelaksanaan PBS mengikut prosedur atau garis panduan yang
ditetapkan. mempunyai kesahihan dan amanah bagi mengelakkan
penyelewengan dan ketidakakuran.

3.2.4 Pengesanan: Pengesanan merupakan satu proses untuk memastikan


kekuatan dan keberkesanan PBS dari segi pencapaian objektif, kekuatan
dan
kelemahan
instrumen
serta
impaknya
untuk
tujuan
penambahbaikan.
3.3 Evidens perlu disimpan dan dilupuskan selepas suatu tempoh masa yang
ditentukan.Guru
boleh
membuat
evidens
berdasarkan
pemerhatian,lisan,perbincangan,temubual,penulisan
dan
sebagainya
mengikut kreativiti guru masing-masing.
3.4 Ujian PKSR ataupun Ujian Penggal boleh dilakukan untuk murid KSSR tetapi
items yang dibuat perlu mengikut kesesuaian Band.
3.5 Headcount KSSR boleh dibuat tetapi menggunakan Band.
(Tindakan: Semua guru KSSR)
4. HAL-HAL LAIN
4.1 Pn.Aflizah bertanya mengenai pemilihan murid yang cemerlang dalam MAPC
bagi murid yang terlibat dalam KSSR.
4.2

Respon Pengerusi: Beliau meminta semua guru untuk memikirkan bersama


dan memutuskan cara untuk pemilihan murid-murid tersebut. Sebarang
maklumat akan dimaklumkan kemudian.

4.3 En.Roslan bertanya mengenai cara penyediaan evidens.


4.4

Pn.Aishah mencadangkan supaya guru-guru merujuk buku-buku latihan


ataupun buku aktiviti untuk penyedian evidens.

4.5 En.Ahmad bertanya mengenai format penyedian soalan ujian.


4.6

Pn.Aishah memberikan contoh penyedian soalan dalam subjek


Matematik.Beliau menggunakan soalan bagi band yang bertulis sahaja untuk
ujian PKSR.

PENUTUP
Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua guru dan berharap
agar semua guru bergerak secara proaktif dalam melaksanakan pengoperasian
PBS peringkat sekolah.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.00 petang.
Minit mesyuarat.disahkan tanpa
pindaan pada jam:
Pencadang:..
Disediakan oleh:
Disemak oleh:
Penyokong:.

(MOHAMMAD NAZRI NAHAR)


SUP SEKOLAH

Sk: -Pegawai Pelajaran Daerah Tawau


-Fail
-Pentadbir dan guru

(RAHMAT ARIFFIN)
GURU BESAR

You might also like