You are on page 1of 2

Isu-isu Dalam Ejaan Baharu Bahasa Melayu

http://depsaafzan.blogspot.com/2011/08/isu-isu-dalam-ejaan-baharu-bahasa.html

Proses penyerapan istilah asing ke dalam bahasa Melayu telah menimbulkan banyak isu kerana ejaannya istilahnya
yang bercirikan pelbagai hukum.
1. Perkataan melanggar hukum keselarasan vokal.
Keselarasan vokal ditakrifkan sebagai kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar,
iaitu pasangan antara huruf vokal pada suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup.
Terdapat beberapa pola keselarasan vokal dalam sistem ejaan bahasa Melayu baharu yang menimbulkan
kekeliruan. Contohnya dalam perkataan yang mengandungi a e taling berubah menjadi a i seperti pada
perkataan kaseh yang berubah menjadi kasih dalam ejaan baharu. Namun demikian terdapat pula kekecualian
pada perkataan yang berasal daripada bahasa Nusantara seperti perkataan aneh yang masih mengekalkan pola a
e taling. Perkataan kabaret juga masih mengekalkan pola a e taling kerana ia berasal daripada perkataan
bahasa Inggeris.
2. Penggunaan simbol diakritik tidak menyeluruh.
Tanda yang dipakai dalam ejaan baharu untuk membezakan bunyi-bunyi yang berlainan bagi sesuatu huruf tidak
menyeluruh. Ejaan baharu tidak memperlihatkan tanda bagi e pepet [ ] . Ejaan e taling sahaja diberikan dengan
simbol [ ]. Justeru pengguna akan keliru untuk membunyikan perkataan semak yang mempunyai makna
homograf iaitu lalang dan meneliti.
3. Keterangan etimologi yang tiada atau yang tidak lengkap.
Keterangan etimologi yang tiada atau yang tidak lengkap dalam ejaan baharu menyebabkan sifat-sifat keasingan
kemeresapan perkataan menjadi kabur maknanya dalam bahasa Melayu. Contohnya perkataan idulfitri dan idilfitri
telah diubah menjadi aidilfitri dalam ejaan bahasa Melayu baharu. Hal ini tidak menjamin makna dalam bahasa asal

yang diterjemah dapat difahami penutur kerana sebutan bunyinya yang telah berbeza daripada bahasa Arab yang
asal. Begitu juga halnya dengan perkataan dharurat dan dhaif ditukarkan konsonan dh kepada d sahaja iaitu
darurat dan daif menyukarkan makna asal semantik perkataan itu sukar difahami penutur.
4. Ketidakseragaman pergantian vokal.
Ejaan baharu bahasa Melayu menunjukkan ketidakseragaman pergantian vokal. Contohnya dalam perkataan yang
mempunyai huruf e dalam ejaan lama telah ditukarkan kepada pelbagai variasi vokal seperti a, ai, i, dan u.
Contohnya perkataan pabean menjadi pabean, perkataan heran menjadi hairan, perkataan endah menjadi
indah,dan perkataan pesaka menjadi pusaka. Hal sedemikian akan menyukarkan pemahaman pengguna dalam
bahasa Melayu.
5. Ketidakseragaman pergantian konsonan.
Ejaan baharu bahasa Melayu menunjukkan ketidakseragaman pergantian konsonan. Contohnya dalam perkataan
yang mempunyai huruf kh dalam ejaan lama telah ditukarkan kepada variasi konsonan seperti h dan k.
Contohnya perkataan khaid menjadi haid, dan perkataan khanduri menjadi kenduri Hal sedemikian akan
menyukarkan pengejaan perkataan yang mempunyai konsonan tersebut dalam bahasa Melayu.

You might also like