You are on page 1of 31

BASIC MECHANICAL

ENGINEERING

OUTSIDE MICROMETER

MIKROMETER LUAR
(OUTSIDE MICROMETER)

Untuk mengambil ukuran yang terlalu


kecil dengan jitu memerlukan alat
yang khusus digunakan untuk tujuan
tersebut. Salah satu alat yang
dimaksudkan ialah mikrometer.

PENERANGAN

Mikrometer meruypakan alat


pengukur jitu, lazimnya digunakan
dalam bengkel mesin kerana ia dapat
mengukur ukuran-ukuran yang paling
kecil dengan tepat. Mikrometer boleh
didapatai dalam unit metrik dan inci.
Biasanya ukuran paling kecil yang
boleh dibaca oleh mikrometger ialah
1/100 milimeter (0.01 mm).

Terdapat juga mikro meter yang


dilengkapi dengan skala vernier dan
ia boleh memberikan bacaan yang
lebih kecil iaitu 1/1000 milimeter
(0.001 mm). Mikrometer inci pula
boleh membaca sehingga 1/1000 inci
(0.001 inci) dan 1/10 000 inci
(0.0001 inci).

BAHAGIAN-BAHAGIAN
MIKROMETER
BINGKAI (FRAME)
Bingkai berbentuk separuh bulatan,
mempunyai spindal di bahagian
hujung sebelah kanan dan andas
disebelah kiri.
ANDAS (ANVIL)
Andas dipasang tetap disebelah kiri
bingkai. Bagi setengah-setengah
andas, tip tungsten karbida dikimpal
loyangkan pada bahagian mukanya
supaya tidak cepat haus.

SPINDAL (SPINDLE)

Dibahgian hujung sebelah kanan terdapat


benang yang boleh berputar dengan
bantuan nat yang dilekatkan pada bidal.
Apabila bidal diputar spindal akan bergerak
maju dan mundur kepermukaan andas.
Bahagian hujung sebelah kiri spindal juga
dikimpal loyangkan dengan tip tungsten
karbida. Kedua-dua permukaan andas dan
spindal merupakan muka ukuran. Ia
mestilah rata, bersudut tepat dengan garis
pusat spindal dan swelari diantara satu
dengan lain.

LARAS (BARREL)

Pada bahgian laras terdapat senggatansenggatan yang dibuat di sebelah


menyebelah garisan selari, yang menjadi
datum kepada mikrometer. Bahagian atas
disenggaatkan kepada 25 bahgian yang
sama, tiap-tiap senggatan bersamaan 1
mm. Biasanya dinomborkanb setiap lima
senggatan. Di bahagian bawah pula,
senggatan dibuat membahagia dua
senggatan bahagian atas, ini bermakna
tipa-tiap satu garisan bersamaan 0.5 mm.

BIDAL (THIMBLE)

Muka lilitan bidal disenggatkan


kepada 25 bahagian yang sama.
Tiap-tiap satu bahagian bersamaan
0.01 mm.

PENGANJAK HALUS (RATCHET)

Terletak dibahagian hujung bidal.


Kegunaannya ialah untuk memastikan
ketepatan ukuran yang dibuat kerana
ia boleh mengawal dan mengelakkan
bidal diputar berlebihan. Untuk
mendapatkan bacaan yang tepat,
tekanan mengukur mestilah kekal
dan berdasarkan rasa sentuhan.

G/RAJAH MIKROMETER LUAR

PRINSIP MEMBACA
MIKROMETER.

Mikrometer bekerja berasaskan


pergerakan ulir skru. Perhatikan
Rajah 10 yang menunjukkan keratan
rentas satu mikrometer.

Spindalnya mempunyai skru dengan pic ulir


0.5 milimeter yang dicanai dengan
tepatnya. Ia boleh berputar dengan
bantuan nat yang dilekatkan pada bidal.
Apabila bidal diputar, spindal akan bergerak
maju atau mundur ke permukaan andas.
Oleh sebab pic ulir mikrometer ialah 0.5
mm, maka tiap tiap satu putaran penuh
bidal, spindal bergerak 0.5 mm.

Laras mempunyai satu skala melintang


dengan senggatan dibuat disebelah
memyebelah garisan ini. Skala sebelah atas
mempunyai 25 senggatan, tiap tiap satu
senggatan bersamaan 1 mm. Senggatan
disebelah bawah pula membahgai dua
senggatan disebelah atas, ini bermakna
tiap-tiap satu senggatan bersamaan 0.5
mm. Bidal pula disenggatkan kepada 50
bahagian yang sama.

Oleh sebab tipa-tiap satu pusingan


bidal pergerakan yang dibuat oleh
spindal sejauh 0.5 mm, maka tiaptiap satu senggatan bidal ialah 1/50 X
0.5 = 0.01 mm.

Permukaan andas dan spindal disebut


muka ukuran kerana bendakerja
diukur diantara dua permukaan ini.
Untuk memulakan bacaan satu-satu
ukuran, angka sifar pada bidal
hendaklah sejajar dengan angka sifar
pada laras.

1. Mikrometer 0 - 25 mm
Muka andas dan spindal tertutup
rapat apabila angka sifar pada laras
sejajar dengan angka sifar pada bidal
dan bacaannya ialah 0 mm.
2. Mikrometer 25 - 50 mm
Walaupun angka sifar sejajar antara
satu dengan lain tetapi jarak muka
ukuran ialah 25 mm dan bacaan
bermula daripada 25 mm.
3. Mikrometer 100 - 150 mm
Bacaan untuk mikrometer ini bermula
daripada 100 mm

MEMBACA MIKROMETER
METRIK.

1. Bacaan senggatan terakhir pada laras


atas yang dilalui oleh bidal didarab dengan
1 mm.
2. Bacaan senggatan pada laras bawah
yang terhampir dengan 1 mm didarabkan
dengan 0.50 mm.
3. Bacaan senggatan pada bidal yang
sejajar dengan garisan skala laras
didarabkan dengan 0.01 mm.
4. Campurkan ketiga-tiga bacaan diatas.
Jumlah nilai tersebut merupakan bacaan
bagi mikrometer itu.

CONTOH 1:

Bacan senggatan terakhir


Pada laras atas
= 11 X 1
=
Bacaan pada laras bawah yang
terhampir dengan 1 mm
= 0 X 0.50
=
Bacaan senggatan bidal yang sejajar dengan skala
melintang pada laras
= 36 X 0.01
=
Jumlah:
Oleh itu, bacaan sebenar ialah 11.36 mm.

11.00 mm
0.00 mm
0.36 mm
------------------11.36 mm
===========

CONTOH 2:

Bacan senggatan terakhir


Pada laras atas
= 13 X 1
=
Bacaan pada laras bawah yang
terhampir dengan 1 mm
= 1 X 0.50
=
Bacaan senggatan bidal yang sejajar dengan skala
melintang pada laras
= 25 X 0.01
=
Jumlah:
Oleh itu, bacaan sebenar ialah 13.75 mm.

13.00 mm
0.50 mm
0.25 mm
------------------13.75 mm
===========

CONTOH 3:

Bacan senggatan terakhir


Pada laras atas
= 8X1
=
Bacaan pada laras bawah yang
terhampir dengan 1 mm
= 1 X 0.50
=
Bacaan senggatan bidal yang sejajar dengan skala
melintang pada laras
= 38 X 0.01
=
Jumlah:
Oleh itu, bacaan sebenar ialah 8.88 mm.

8.00 mm
0.50 mm
0.38 mm
------------------8.88 mm

===========

CONTOH 4:

Bacan senggatan terakhir


Pada laras atas
= 21 X 1
=
Bacaan pada laras bawah yang
terhampir dengan 1 mm
= 1 X 0.50
=
Bacaan senggatan bidal yang sejajar dengan skala
melintang pada laras
= 43 X 0.01
=
Jumlah:
Oleh itu, bacaan sebenar ialah 21.93 mm.

21.00 mm
0.50 mm
0.43 mm
------------------21.93 mm
===========

CONTOH 5:

30
25

Bacan senggatan terakhir


Pada laras atas
= 5X1
=
Bacaan pada laras bawah yang
terhampir dengan 1 mm
= 1 X 0.50
=
Bacaan senggatan bidal yang sejajar dengan skala
melintang pada laras
= 28 X 0.01
=
Jumlah:
Oleh itu, bacaan sebenar ialah 5.78 mm.

5.00 mm
0.50 mm
0.28 mm
------------------5.78 mm

===========

MEMBACA MIKROMETER
VERNIER

Untuk membolehkan mikrometer dibaca sehingga


1/1000 mm atau 0.001 mm, iaitu bacaan terkecil,
maka ia ditambah dengan skala vernier. Skala vernier
terbahagi kepada 10 bahagian yang memenuhi skala
bidal sebanyak 11 bahagian. Jadi, perbezaannya 1/10
daripada 1/100 = 1/10 X 1/100 = 1/1000 = 0.001
mm, ini menjadikan setiap senggatan vernier
bersamaan dengan 0.001. Bagaimanapun, senggatan
1 mm dan 1/2 mm (0.5 mm) biasanya hanya dibuat
pada laras bawah, untuk membolehkan skala vernier
ditempatkan pada laras atas.

CONTOH

Bacan senggatan terakhir


Pada laras yang terhampir
dengan 0.5 mm
= 2.500 mm
Bacaan senggatan bidal
yang sejajar dengan skala
melintang pada laras
= 0.360 mm
Bacaan pada skala vernier
yang sejajar dengan skala
bidal
= 0.008 mm
Jumlah: 2.868 mm

Oleh itu, bacaan sebenar

MENGGUNAKAN MIKROMETER

Kebolehan mendapatkan ukuran yang tepat


bergantung pada kemahiran menggunakan
alat ini.
Kemahiran hanya boleh tercapai sekiranya
kerap menggunakannya dan dapat
mengawal tekanan mengukur dengan betul.
Untuk mendapatkan tekanan mengukur
yang betul elakkan memutar bidal
berlebihan. Sebaliknya dapatkan rasa
sentuhan yang betul.

MENGUKUR BENDA KERJA


YANG DIPEGANG

Mikrometer hendaklah dipegang pada tapak


tangan dan diapit dengan jari kelingking
atau jari manis (mengikut yang mana lebih
selesa). Biarkan ibu jari telunjuk bebas
memutarkan bidal untuk melaras spindal.
Benda kerja hendaklah diletakkan di antara
permukaan andas dengan spindal. Putar
bidal sehingga kedua-dua muka ukuran itu
menyentuh benda kerja. Untuk merasa
sentuhan, gerakkan spindal ke hadapan
atau kebelakang perlahan-lahan.

CARA PENGGUNAAN

MENGUKUR BENDA KERJA PADA


MESIN

Harus diingat bahawa untuk


mengukur benda kerja pada mesin,
mesin hendaklah diberhentikan
terlebih dahulu. Pegang bingkai
mikrometer dengan ibu jari dan jari
telunjuk tangan kiri dan tetapkan
dengan jari hantu dan jari manis
tangan kanan sambil ibu jari telunjuk
memutar bidal.

Mengukur benda kerja pada


mesin pelarik.

MENGUKUR KETEPATAN
MIKROMETER

Mikrometer perlu diuji ketepatannya


sebelum digunakan. Cara menguji
mikrometer 0 - 25 mm ialah dengan
merapatkan permukaan andas
dengan spindal. Pastikan kedudukan
angka sifar pada bidal sejajar atau
sekenaan dengan garisan datum
manakala angka sifar pada laras pula
sejajar dengan tepi bibir bidal yang
juga merupakan datum.

You might also like