You are on page 1of 6

CERITA OPAH

5 orang peserta

Seorang pembaca kisah


Seorang nenek
3 orang cucu (amin,ahmad, aisyah)

Cerita ini mengisahkan seorang nenek yang melihat pergaduhan antara cucunya.
Lantas ia mengingatkan nenek itu dengan kisah dizaman dahulu. Nenek memanggil
ketiga-tiga orang cucunya dan menceritakan kisah campur tangan JWWW Birch dan
pemberontakan Dato Maharaja Lela.
[BABAK 1]
- Amin sedang menonton televisyen di ruang tamu. Tiba-tiba, Ahmad datang dan
merampas remote control lalu menukar siaran lain. Amin menengking Ahmad tetapi
Ahmad membuat gaya macam tidak bersalah. Aisyah yang sedang bermain telefon
datang menyampuk. Aisyah membela Ahmad kerana ahmad merupakan anak
paling bongsu dalam keluarga.
Amin: wei, apa kau buat ni? Aku tengah syok tengok tv, kau yang datang kacau.
Bagi balik remote tu.
Ahmad:ikut suka aku la. Aku peduli apa. Kat remote ni bukan tulis nama kau kan?ke
ada (sambil menunjuk-nunjuk remote)
Amin : kau jangan nak kurang ajar dengan aku. Kenapa kau nak ambil remote dari
tangan aku?aku pegang dulu kan remote ni, jadi sekarang milik aku, faham?!!!
Ahmad : (buat muka tak bersalah sambil bersiul-siul)
Amin: eee. Geramnya aku. (sambil mengangkat tangan)
Ahmad: buatlah kalau berani. Aku repot kat ayah nanti. Ayah akan percaya kat aku,
bukan kat kau. Jangan haraplah kau dapat tengok tv nanti,ayah akan bagi kat aku je
tengok.
Amin: siap kau. Aku dah tak sabar ni, kau yang biadap datang ambik hak aku.
Aisyah : apa kamu berdua bising-bising petang ni?aku nak berehat sekejap pun tak
senang dibuatnya.
Amin: kak, tengoklah adik kesayangan intan payung kakak ni buat apa. Dah datang
buat kacau pulak.
Aisyah: isshh kau ni pun satu. Hal kecik macam ni pun nak gaduh ke?kau abang,
bertolak ansur la dengan adik kau tu.

Amin:tapi kak, kak tak tau dia biadap tadi dengan Amin. Dia rampas hak Amin.
Kakak tak tengok dari mula lagi dah menyebelahi dia.

[BABAK 2]
Nenek yang sedang memasak didapur mendengar riuh-riuh terus meluru ke ruang
tamu. Nenek terkejut melihat perbalahan antara 3 beradik itu. Nenek meminta
ketiga-tiganya saling memaafkan antara satu sama lain dan bersalam-salaman.
Nenek:apa nak jadi dengan kamu tiga beradik ni?asyik nak gaduh je. Dah tak ada
benda lain nak buat, hah kamu tu Aisyah, tolong kemas rumah ke, tolong nenek
masak ke, ada juga pekdahnya. Duk mengadap telefon tu siang malam 24 jam.
Aisyah:nenek ni, bukan Aisyah yang mula gaduh pun tapi aisyah yang kena marah.
Ni dua orang cucu laki nenek ni ha, memekak dari tadi, aisyah nk tolong leraikan je.
Nenek: begitu ka?maafkan nenek ya. Dah-dah, nenek tak nak tengok lagi kamu
semua bermasam muka antara satu sama lain, semua kena salam mintak maaf.
*semuanya bersalam *
[BABAK 3]
Nenek berkata kejadian gaduh tadi mengingatkan dia kepada kisah JWWW Birch
yang datang menggangu urusan negeri Perak. Nenek mula bercerita dari awal
kedatangan sehingga kematian beliau.
Nenek: baru bagus cucu-cucu nenek ni.tak baik gaduh lama-lama. Kalau kamu nak
tahu, bila nenek tengok Amin dan Ahmad bergaduh ni, nenek teringat kisah duludulu tentang JWWW Birch dan Dato Maharaja Lela.
Aisyah:tak pernah dengar pun. Siapa JWWW Birch tu nek?macam pelik je namanya
kan Amin?
Nenek:JWWW Birch ni residen british yang pertama di Perak. Dia dihantar oleh
kerajaan British untuk masuk campur dalam urusan pentadbiran negeri perak.
Ahmad:eh kenapa pulak jadi macam tu?kenapa sultan pada masa tu tak uruskan
sendiri negeri nya?
Nenek:haatulah masalahnya. Pada masa itu, Sultan Abdullah meminta sokongan
British untuk membolehkan dirinya merebut takhta menjadi sultan. Sebenarnya ni
helah british untuk menjajah Perak dan sebagai gantinya, Sultan Perak harus terima
Residen British untuk menasihati baginda.
Amin:ooo..jadi maknanya JWWW Birch ni datang-datang untuk rampas negeri Perak
la?eh..macam si Ahmad tadi la perangainya.

Ahmad:apa ni,tadi kan dah minta maaf.


Nenek:memang pun. Nenek belum habis cerita lagi, Birch ni memang semua orang
tak suka.Mukanya bengis, berlagak sombong dan tidak berusaha nak belajar adat
resam orang melayu dan raja-raja melayu. Dia mula besar kepala dan berlagak
bagaikan dirinya raja yang memerintah Perak. Pelbagai peraturan baru yang dia
perkenalkan seperti hanya pegawai yang dilantiknya sahaja yang boleh mengutip
cukai manakala cukai kerajaan perak akan diurus oleh pegawai British. Hukuman
akan dikenakan kepada mereka yang mengutip cukai tanpa mengikut peraturan
british.
Aisyah: jahatnya dia nek. Habis tu, Sultan Abdullah tak boleh buat apa-apa ke?
Nenek: tak boleh, Birch pernah mengarahkan sultan supaya diam dan mematuhi
segala arahannaya selaku residen apabila Sultan Abdullah menegurnya kerana
membuat pelbagai tindakn tanpa merujuk kepada baginda. Nak tau, biadap tak
biadapnya dia ni sampai dia paksa sultan Abdullah ni tandatangan surat beri hak
kepada British untuk memerintah Perak. Sultan Abdullah tak boleh nak buat apaapa kerana diugut akan dilucutkan takhta jika baginda enggan tandatangan surat
berkenaan.
Amin: Ahmad, apa kata aku berlakon jadi Birch , kau jadi sultan.
Ahmad:ok, kau dulu.
Amin:hei sultan, aku mahu kau sain surat ini. depan aku sekarang(dengan slang bi)
Ahmad:ini surat apa?beta tidak mahu sain. Apa kau akan buat kalau aku ingkar
dengan arahan kau?
Amin: cis, berani kau menolak.jangan banyak soal, kalau kau ingkar, aku akan minta
kerajaan Britsh lucutkan kau dari takhta.
Aisyah: (gelak2) Amin, mana ada orang putih cakap melayu la.. kan nenek kan?
Nenek: kalau kamu semua nak tahu, dahulu bahasa melayu ni menjadi bahasa
lingua franca, iaitu bahasa perantaraan yang menghubungkan antara penduduk
tanah melayu dengan orang asing. Sebab tu la, Birch ni boleh cakap bahasa
melayu tapi dia tidak fasih sangat.
Aisyah: oooo.. macam tu ke nek..ingat orang melayu zaman dulu kena cakap orang
putih jugak.hehe..kemudian apa jadi nek?
Nenek: Sultan Adullah mengadakan mesyuarat secara sulit sebanyak 7 kali untuk
membunuh Birch.
Sultan Abdullah mengarahkan Dato Maharaja Lela
melaksanakan tugas ini.

Amin:eh,sapa pulak Dato Maharaja Lela ni?tak silap Amin, awal-awal tadi nenek
dah sebut kan?
Nenek:haa..bagus Amin, peka betul. Nama sebenarnya ialah Pandak Lam. Semasa
pemerintahan Sultan Muzaffar Syah III, beliau dilantik menjadi Mufti serta
dianugerahkan gelaran Dato Maharaja Lela Tan Lela dengan kuasa boleh
memancung tanpa bertanya. Semasa pemerintahan Sultan Abdullah pula, beliau
menjadi pembesar di pasir salak.
Ahmad: habis tu nek, macam mana dia bunuh si Birch tu?tak sabarnya Ahmad nak
tahu.
Nenek: kejadian pembunuhan ni berlaku di Pasir Salak. Birch pergi ke sana untuk
meninjau kerja-kerja menampal poster pengisytiharan British mengambil alih ke
atas pungutan cukai. Ketika dia sedang mandi, Pandak Indut (pengikut Dato
Maharaja Lela) merejam lembing tepat mengenai dada Birch.kemudian dia jatuh
berguling di dalam Sungai Perak. Dalam keadaan masih bernyawa, beliau berenang
hendak naik sambil meminta tolong. Namun sebelum sempat beliau naik, si
Puntum, seorang lagi pengikut Dato Maharaja Lela menerpa dan menetak kepala
Birch dengan parang panjang. Mayatnya hanyut dan hanya ditemui keesokan
harinya.
Ahmad: haa, tadi kau berlakon jadi Birch kan?sekarang aku pulak nak berlakon jadi.
Kau main dua watak, satu watak Pandak Indut, satu lagi watak si Puntum. Kejap tau,
aku nak bersiap.
*ahmad mengambil tuala dan mengambil mainan pisau dan lembing dalam kotak
mainannya*
Amin:eh,kenapa kau bawak tuala pulak?
Ahmad: aku kan nak bawak watak Birch nak pegi mandi, mestilah kena ada
tuala.hehe..(sambil menyangkut tuala pada tiang). Sekarang aku tengah nak mandi
(sambil bernyanyi-nyanyi dan menggosok badannya)
Amin: Birch, siap kau.nah inilah hadiah untuk kau atas apa yang kau buat pada
kami.
Ahmad:urgh..urgh..(sambil buat gaya berenang dan membuat suara meminta
tolong) tolong-tolong, jangan bunuh aku..aku minta maaf,aku akan tebus salah
aku.
Amin: kau nak lari ke mana lagi?kau hanya layak untu mati sahaja. Kami tak
perlukan kau lagi di bumi perak ini. (lantas menetak kepala Birch).
Ahmad: (buat-buat mati)nenek,nenek, pandai tak kami berdua berlakon tadi?
macam real tak?

Nenek:cucu nenek, mestilah pandai..(sambil tersenyum)


Aisyah: pantang dipuji korang berdua ni, kembang kempis la tu nenek, apa jadi
lepas tu?
Nenek: pembunuhan British ni menggemparkan pihak British. Tentera British dari
Pulau Pinang menyerang Pasir Salak. Dato maharaja lela mengundurkan diri. British
buat tawaran hadiah kepada sesiapa yang menangkap orang yang dikehendaki iaitu
$6 ribu untuk Dato Maharaja Lela dan $3 ribu untuk Pandak Induk
Aisyah: lepas tu, ada yang jumpa mereka tak?
Nenek:tak ada. Tetapi selepas setahun, Dato Maharaja Lela sendiri datang untuk
menyerah diri dan semua yang terlibat dalam pembunuhan Birch ditangkap.
Kemudian satu perbicaraan diadakan. Dan keputusannnya. Haha, cuba semua
teka?
Ahmad: Ahmad rasa kan nek, mesti semua yang terlibat kena hukum bunuh..
Aisyah: Aisyah rasa kena penjara seumur hidup ja kot. Hukum bunuh macam kejam
sangat.
Amin: amin setuju dengan Ahmad la..hehe
Ahmad: mana aci tiru jawapan orang.huh!!
Nenek: nak tau jawapan dia apa?Dato Maharaja Lela, Pandak Induk dan Seputum
dihukum gantung sampai mati. Cik Gondoh, Ngah Jabbar, Panjang Ali dan Cik Ali
dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup manakala sultan Abdullah dibuang ke
pulau Seychelles di lautan hindi. Kiranya jawapan semua cucu nenek betul tapi tak
tepat kan.
Amin: bestnya cerita nenek ni.lain kali nenek cerita lagi ye.terima kasih
nenek.sayang nenek.
Nenek: sama-sama Amin. Nanti bila ada masa, nenek cerita kisah lain pulak yer.
Nenek nak teruskan memasak ni.

You might also like