You are on page 1of 4

Gejala sosial dalam kalangan remaja :

Pada zaman moden ini, gejala sosial merupakan sesuatu gejala yang amat diminati
dalam kalangan remaja. Remaja yang terlibat dalam gejala social sering
menimbulkan masalah kepada masyarakat. Antara gejala sosial ialah seperti
merosakkan harta awam, menconteng dan sebagainya. Perbuatan tersebut amat
merugikan sesiapa sahaja terutamanya kerajaan. Untuk mengelakkan berlakunya
gejala sosial, terdapat pelbagai tindakan untuk mengatasinya.
Antaranya ialah nilai kasih saying haruslah diamalkan sejak kecil lagi. Bak kata
pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.Mereka akan mempunyai
kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada
hati yang ikhlas, lama-kelamaan mereka akan menghindari daripada gejala sosial.
Lantaran itu, mereka juga akan sentiasa mengingati dan mengamalkan nilai
tersebut kerana mereka mengamalkannya sejak kecil lagi.
Selain itu, para remaja yang terlibat dalam gejala sosial juga patut mengamalkan
nilai harga diri. Hal ini demikian kerana kegiatan gejala social ini akan menjatuhkan
nama dan maruah diri serta keluarga. Mereka seharusnya patut mempunyai
keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri
dalam kehidupan. Kebanyakan remaja yang terlibat dalam kegiatan gejala sosial ini
adalah kerana untuk melepaskan perasaan tidak puashati. Hal ini banyak berlaku
kerana mereka berpendapat mereka tidak perlu menanggung perbuatan mereka
yang tidak bertanggungjawab.
Sehubungan itu, mereka juga harus mengamalkan nilai bertanggungjawab. Para
pelajar perlu mempunyai kesanggupan diri untuk memikul dan melaksanakan tugas
tugas serta kewajipan dengan sempurna.Dengan mengamalkan nilai
bertanggungjawab, mereka akan sedar akan perbuatan tersebut sama ada betul
dilakukan atau tidak. Secara tidak langsung,mereka akan menjauhi kegiatan gejala
sosial dan tahu akan akibatnya.
Kesimpulannya, saya sedar bahawa kegiatan gejala sosial mempunyai banyak
keburukan dan saya berazam tidak akan sesekali terlibat dalam kegiatan gejala
sosial. Lantaran itu, semua pihak yang berkenaan haruslah berganding bahu
mengatasi masalah tersebut. Bak kata pepatah, pemuda harapan bangsa, pemudi
tiang negara. Remaja kini harus insaf supaya dapat menjadi seseorang yang
berbakat dan berguna terhadap negara pada masa yang akan datang.

Tanggungjawab seorang anak

Sekumpulan besar anak-anak zaman sekarang melupakan tanggungjawab dirinya


untuk menjaga dan mentaati ibu bapa mereka. Mereka sering memberi alasan
seperti sibuk dalam kerjaya atau kerjanya dan tidak mempunyai masa yang lebih
untuk menjaga ibu bapa mereka.Anak-anak sepatutnya memikul tanggungjawab
menjaga ibu bapa mereka dengan penuh amanah.
Anak-anak haruslah mengamalkan nilai tanggungjawab terhadap keluarga iaitu
kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga untuk
melahirkan keluarga bahagia. Anak-anak yang bekerja luar atau bersekolah di luar
patutlah sentiasa menelefon atau mengutus surat untuk mengetahui keadaan hidup
ibu bapa mereka. Sebaik-baiknya anak-anak haruslah tinggal bersama ibu bapa dan
menjaga mereka.Amalan menziarahi ibu bapa tidak seharusnya terbatas pada harihari perayaan sahaja. Sebagai seorang anak yang bertanggungjawab, kita haruslah
sentiasa menziarahi ibu bapa walaupun kita sibuk dalam kerja.
Seseorang anak harus mengamalkan nila kasih sayang terhadap keluarga iaitu
perasaan cinta,kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap
keluarga. Kita juga harus mengingati jasa ibu bapa yang bersusah-payah untuk
mendidik dan menjaga kita dengan baik.Selain itu, sebagai seorang anak, kita juga
perlu sentiasa menghormati ibubapa walaupun ibu bapa seseorang mendidiknya
dengan tegas. Hal ini kerana ibu bapa ingin membesarkan kita menjada seorang
yang berdisiplin dan berguna kepada negara.
Dengan ini, nilai hormat dan taat kepada anggota keluarga harus diamalkan oleh
anak-anak. Anak-anak perlu memuliakan setiap anggotakeluarga terutamanya ibu
bapa. Anak-anak patutlah menerima dan mendengar nasihat atau teguran yang
diberi oleh ibu bapa. Lantaran itu, anak-anak jugapatut menghormati pendapat dan
pandangan ibu bapa.
Kesimpulannya, saya berazam akan menjalankan tanggungjawab saya sebagai
seorang anak. Saya juga sedar bahawa tanggungjawab seorang anak amat
diperlukan untuk mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia.

Rasuah merupakan musuh utama negara dan harus dibendung dengan segera.
Terdapat segelintir pegawai yang sanggup terbabit dalam rasuah semasa
menjalankan tugas mereka masing-masing. Oleh itu, beberapa nilai haruslah perlu
ada pada segelintir pegawai tersebut.
Nilai pertama yang perlu diamalkan oleh para pegawai ialah nilai amanah. Pegawai
haruslah bersikap bertanggungjawab semasa menjalankan tugasnya supaya
dipercayai orang lain.Sebagai contoh, pegawai telah melaksanakan tugas yang
diberikan tanpa melengahkan tugastersebut dan juga melakukan tugas tersebut
dengan penuh teliti.
Selain itu, nilai amanah yangdiamalkan oleh pegawai boleh menimbulkan
kepercayaan dan keyakinan orang lain denganmelaksanakan tugas dengan cekap,
bersih dan berkesan. Sebagai contoh, pegawai tersebut yangtelah melaksanakan
tugas yang diberi akan dipandang tinggi oleh orang ramai sekeliling danakan diberi
kepercayaan terhadap pegawai tersebut serta dapat membanteras rasuah.
Nilai kedua yang perlu ditanam dalam hati pegawai adalah nilai rasional. Para
pegawai haruslah boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata supaya
dapat membezakan baik buruk sesuatu perkara yang ingin dilakukan. Sebagai
contoh, seseorang pegawai akan berfikir dengan teliti sebelum bertindak agar tidak
mencemarkan masa depannya. Selain itu, pegawai yang mengamalkan nilai
rasional dapat mengambil tindakan berdasarkan pertimbangan yang wajar supaya
pegawai tersebut dapat berfikir tentang kesan sesuatutindakan yang akan diambil.
Sebagai contoh, pegawai akan memikirkan kesan-kesan tindakannya terhadap
kepentingan diri dan orang lain pada sekelilingnya.
Nilai yang ketiga yang perlu dilahirkan dalam semua minda pegawai adalah nilai
bertanggungjawab. Pegawai-pegawai haruslah sanggup memikul tugas sebagai
pegawai yangsebenar dengan mengikuti arahan serta peraturan yang telah
ditetapkan. Sebagai contoh, pegawaiakan melaksanakan tugasnya dengan
mengikuti arahan yang telah diberi oleh pegawai atasannya dan tidak
mengingkarinya. Di samping itu, para pegawai haruslah mempunyai kesanggupan
untuk melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna supaya dapat
menjamin masa depan yang cerah dan berpeluang. Sebagai contoh, seseorang
pegawai perlulah bijak melanksanakan tugas-tugas atau jawatan yang diberi

dengan penuh semangat supaya dia dapatmenentangi musuh negaranya iaitu


rasuah.

You might also like