You are on page 1of 8

KAE3013 EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

1.0 Pendahuluan
Kepentingan seni visual, muzik dan pergerakan Sistem pendidikan di Malaysia sentiasa
mengalami perubahan selari dengan peredaran zaman dan tuntutan keperluan negara masa
kini. Sifat pendidikan tidak statik malah menarik perhatian dan menuntut perubahan dalam
proses penyampaian ilmu. Cabaran negara pada masa kini ialah membangunkan sistem
pendidikan bertaraf dunia. Menurut Ayob Jantan (2005) cabaran utama yangdihadapi oleh
sistem pendidikan kebangsaan adalah melahirkan warganegara yang berdaya
tahan,dinamik, progresif, berilmu pengetahuan, kreatif, inovatif dan berdaya saing pada
peringkat nasionaldan antarabangsa.Dalam hal ini, pendidikan yang berkualiti bakal
menyumbang inovasi dan produktiviti yang tinggi bagi menangani cabaran negara dalam
arus globalisasi. Selari dengan ini, usaha-usaha memantapkan sistem penyampaian,
menyediakan tenaga pengajar yang berkelayakan dan memastikan kurikulum adalah relevan
dengan keperluan semasa dan masa hadapan negara.Dalam konteks pendidikan yang luas
dan menyeluruh, Seni Dalam Pendidikan (SDP) merupakan satu lagi cabang ilmu ke arah
melahirkan generasi pelajar yang berilmu pengetahuan dan berdaya saing. Terdapat tiga
bidang utama dalam mata pelajaran ini, iaitu Seni Visual, Muzik dan Pergerakan.Ketiga-tiga
bidang ini merupakan alat dan saluran yang penting di dalam usaha meningkatkan persepsi,
estetika dan kreativiti pelajar dalam pembelajaran mereka. Dengan lain perkataan, usaha
untuk melahirkan insan yang seimbang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK)berbunyi:Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyelruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan
jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha iniadalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlakmulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.Justeru, penggabungan
ketiga-tiga mata pelajaran ini dalam SDP adalah selaras dengan usaha untukmelahirkan
warga pelajar yang seimbang dan berkualiti. Selain itu, usaha untuk mejadikan proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah lebih bermakna serta mencapai tujuannya.
1
2.0 Kepentingan Mata Pelajaran Muzik
Kepentingan Muzik mempunyai kelebihan dan unsur yang positif dalam proses pengajaran
dan pembelajaran di sekolah. Pada mata pelajaran ini merupakan subjek yang diajar di
sekolah dan merentasi kurikulum dalam mata pelajaran lain. Pada pandangan saya, mata
pelajaran ini lebih menjurus kepada rasional untuk melahirkan pelajar yang serba boleh
dalam pembelajaran mereka serta kegiatan harian yang berkaitan.Tambahan pula, mata
pelajaran ini sangat baik dan wajar dipelajari semua golongan tidak mengira usia dan latar
belakang. Mata pelajaran ini dapat memupuk bakat dan minat dalam jangka masa panjang
supaya memiliki ciri insan yang berbudaya, mempunyai citarasa seni yang tinggi dan kreatif.
Dalam konteks sebagai guru yang mengajar di sekolah, pengajaran dan pembelajaran yang
melibatkan kemahiran yang pelbagai serta mengintegrasikan unsur-unsur lain supaya
menjadi lebih berkesan dan kreatif. Peranan sebagai seorang guru seni yang kreatif dan
inovatif amat penting dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran terus
berkesan dan relevan.

Bagi bidang Muzik ianya akan memberi kefahaman berkenaan dengan kemahirankemahiran muzikdan memberi respon kepada ekspresi diri. Pada pandangan saya, bidang
muzik dalam pendidikan dapat memperkembangkan sifat-sifat yang merangkumi emosi,
kreativiti, nilai estetika dan etika dalam kehidupan. Matlamat akhir pendidikan yang
berasaskan muzik mampu mencungkil bakat dan perkembangan diri dari segi kualiti diri dan
sahsiah. Melalui muzik kita dapat meluahkan perasaan dan berkarya seperti nyanyian,
pergerakan dan memainkan alat muzik sesuai dengan tahap kemampuan dan minat kita.
Oleh itu, sebagai guru muzik harus berperanan menjadi pemangkin kepada para pelajar
dengan membina daya pemikiran yang analitikal, kritis dan keatif bagimenghadapi
perubahan-perubahan semasa. Unggapan dibawah menggambarkan betapa pentingnya
peranan saya sebagai guru sebagai penyalur ilmu dan kemahiran kepada para pelajar.As
teachers we must believe in change, we must know it is possible, or we wouldnt be teaching
because education is a constant prosess of change. Every single time you teach
something tosomeone, it is ingested, something is done with it, and new human being
emerges (Leo Buscaglia dalam Boon Pong Ying, 2005)
2

3.0 Penghubungkaitan Pengajaran


Penghubungkaitan pelajaran merupakan satu tugas yang penting bagi seseorang guru.
Pengajaran bukan sahaja menyampaikan maklumat sahaja tetapi yang lebih penting ialah
membina dan mengembangkan idealisme hidup yang baik, berhemah dan mendorong
seseorang menjadi manusia yang berjaya dan berjasa.Dalam proses mencari idea-idea baru
dan idealisme pengajaran yang optimum, cabaran seseorang guru adalah amat getir supaya
pengajarannya sentiasa relevan dan tidak kaku dan beku (Abd. Rahim Abd. Rahsid, 2005).
Kaedah penghubungkaitan ibarat isi dan kuku ,lagu dan irama, tanpa irama pincanglah lagu
.Hubungan yang rapat dan saling berkaitan merupakan satu bentuk penyelesaian masalah
bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.Bagi menjalankan
strategi pengajaran dan pembelajaran secara penghubungkaitan terdapat beberapa kriteria
penting yang perlu dipatuhi, antaranya;
(1) Mempunyai semangat saling bergantungan di kalangan pelajar. Dalam hal ini mereka
mempunyai matlamat yang sama bagi mencapai kejayaan.
(2) Kemahiran sosial untuk berkomunikasi juga sebahagian daripada aspek yang sangat
penting.Proses interaksi sosial memerlukan mereka berhubung dan bekerjasama agar
pembelajaran menjadi lebih aktif dan bermakna.
(3) Kesedaran akuntabiliti pada setiap individu sangat penting. Keadaan ini akan memberi
ruang dan peluang untuk mereka mengenali tanggungjawab masing-masing dalam
kumpulan tersebut. Suasana ini akan mewujudkan pembelajaran kolaboratif dan koperatif di
dalam kumpulan.
(4) Penilaian secara kumpulan dijalankan bagi menentukan kelancaran aktiviti yang
dijalankan.Keadaan ini dapat mengukur dan mengetahui sejauh mana kejayaan dan
pencapaian aktiviti yang dijalankan secara bersama. Proses menyelesaikan masalah
(problem-sloving) dapat digabungdengan aktiviti ini bagi menentukan tahap pencapaian
mereka. Guru hanya berperanan sebagai fasilitator iaitu membimbing mereka ke arah
penyelesaian masalah.
3

(5) Penggabungan idea dapat disatukan menjadi perkara pokok kepada permasalahan
dalam prosespembelajaran.
(6) Mewujudkan suasana dinamik dan interaktif dalam proses pembelajaran mereka. Proses
interasisosial di kalangan pelajar disandarkan kepada persekitaran yang kondusif dan
memberangsangkan.
(7) Menyerapkan pengetahuan serta kemahiran dan aktiviti yang tidak dapat wujud sebagai
satu matapelajaran
Dalam penghubungkaitan, terdapat tiga jenis bidang pembelajaran iaitu penghubungkaitan
antara mata pelajaran; penghubungkaitan antara seni visual, muzik dan pergerakan; dan
menghubungkait pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran. Dalam konteks ini,
penghubungkaitan merupakan satucara untuk menyelesaikan masalah dan ia sentiasa
berkait rapat antara satu sama lain tanpa ada menimbulkan masalah yang baru.Guru
bertanggungjawab merancang pengajarannya dengan sistematik supaya dapat
mencapaimatlamat dan berkesan. Di samping itu, guru perlu bertindak sebagai fasilitator
iaitu memberi motivasi dan dorongan ke atas pelajar supaya sentiasa bersemangat dan
terus berusaha dalam pelajaran mereka. Selain itu, guru-guru juga berperanan sebagai
penyampai pengukuhan di mana mereka merancang dan memberi aktiviti-aktiviti yang
mencabar dan mengukuhkan pengetahuan serta kemahiran pelajar. Mereka juga
bertanggungjawab menyediakan bahan pembelajaran yang sesuaidan menarik supaya
pelajar terus berminat untuk belajar. Menurut Noraziah Abdul Hamid (1981) alatbantu
pembelajaran dianggap sebahagian proses pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan
menambah kelancaran perhubungan antara guru dan pelajar dan pelajar sesama pelajar
bagi mempercepatkan proses pemahaman mereka.Dalam konteks ini, peranan guru yang
merancang pelbagai pendekatan dan strategi pengajaran supaya tidak membosankan
pelajar. Guru-guru perlu kreatif dan inovatif dalam menggunakan media (cetak dan
elektronik) sebagai sokongan pengajaran mereka. Penggunaan media dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dapat menyediakan dasar yang kukuh untuk perkembangan
kefahaman dan corak pemikiran dan mengurangkan gerak balas lisan yang tidak diperlukan
daripada murid-murid (Kamarudin Hj. Husin, 1988).
4
Proses refleksi ke atas sesuatu pengajaran dan pembelajaran juga sangat penting. Para
guru wajar menguasai kemahiran ini supaya dapat mengesan kelemahan serta kekuatan
pengajaran mereka.Sesuatu pengajaran yang berkesan dan bermakna perlu memberikan
iktibar dan pengajaran yang berguna kepada pelajar. Abd. Rahim Abd Rashid (2005)
menjelaskan pembelajaran yang bersifa trefleksi membolehkan pelajar mendapat iktibar dan
pengajaran daripada sesuatu yang sudah berlaku.
4.0 Pengintegrasian Mata Pelajaran
Pengintegrasian merupakan satu aspek yang penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.Terdapat banyak jenis pengintegrasian yang boleh dijalankan dalam
pengajaran di sekolah. Antaranya pengintegrasian pelbagai kemahiran dan mata pelajaran
tertentu dalam konteks kurikulumdi sekolah rendah. Dalam tugasan ini, aktiviti
pengintegrasian mata pelajaran yang boleh dijalankan adalah yang berkaitan dengan
integrasi Seni Visual dalam pendidikan, muzik dan pergerakan dengan mata pelajaran Sains.
Secara nalurinya, kanak-kanak amat menggemari aktiviti melukis dan mewarna. Dengan
kemahiran ini para pelajar dapat mengaplikasi kemahiran melukis mereka dengan melukis
gambar dan objek dalam mata pelajaran Sains mereka. Antaranya ialah seperti melukis
gambar haiwan dan tumbuhan. Para pelajar dapat melahirkan karya seni mereka dalam
meningkatkan pemahaman mereka supaya kekal lama. Di samping itu, murid-murid boleh

melukis peta minda bagi mengingati sesuatu topik yang berkaitan dengan pembelajaran
Sains mereka di sekolah. Pelajar sangat mudah mengingati isi pelajaran dengan
menggunakan peta minda yang mereka reka sendiri. Menurut Som Hj. Nor dan Mohd
Dahalan Mohd Ramli (1998) peta minda membolehkan pelajar mengingat sesuatu dengan
mudah. Disamping itu, kemahiran menggabungkan dan menseimbangkan kegunaan otak
kanan dan otak kirisemasa belajar adalah amat sesuai bagi seseorang pelajar.Bagi muzik
ianya boleh diintegrasikan dengan aktiviti nyanyian yang melibatkan topik-topik sains yang
berkaitan. Guru berperanan mencipta lirik lagu yang sesuai dengan tema atau topic
pembelajaran semasa di dalam kelas. Aktiviti ini wajar disusuli dengan unsur-unsur
pergerakan yang sesuai supaya pelajar lebih meminati pengajaran guru dan mengingati isi
pelajaran mereka dengan lebih lama lagi. Sebagai contoh, guru boleh menyuruh pelajar
menyanyikan lagu Bangau Oh Bangau sambil melakukan pergerakan apabila mengajar topik
yang berkenaan dengan Haiwan adalah benda hidup.
5
5.0 Manfaat Aktiviti Pengintegrasian
Pengintegrasian ini banyak memberi manfaat kepada pelajar terutama dalam menguasai
kemahiran belajar. Banyak peluang dan ruang untuk mereka melibatkan diri dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pelajar-pelajar didedahkan dengan pelbagai
kemahiran dan pengetahuan yang berguna dalam usaha melatih mereka menjadi pelajar
yang aktif dan progresif. Penggunaan strategi ini membolehkan pelajar berpeluang
menguasai beberapa kemahiran yang berkaitan dengancara bersepadu.Di samping itu,
pembelajaran para pelajar tidak terhad kepada sesuatu bidang sahaja dalam satutempoh
masa, sebaliknya mereka akan didedahkan dengan bidang lain yang mempunyai
kaitansupaya pembelajaran mereka lebih bermakna lagi. Para pelajar akan menjadi lebih
kreatif dan kritisdalam pemikiran mereka, terutama dalam mengadaptasi konsep kemahiran
belajar mereka.Selain itu, para pelajar akan lebih brminat dalam pelajaran mereka.
Penggabungan pelbagai kemahiran dan bidang ilmu memberi gambaran yang luas kepada
pengetahan mereka sekaligus mendidik mereka menjadi lebih rasional dan berdaya saing di
dalam pembelajaran mereka. Sebagairumusan, aktiviti pengintegrasian ini banyak memberi
faedah kepada para pelajar dan membantumereka dalam proses pembelajaran mereka di
sekolah.
Bahan Bantu Dalam Aktiviti Meneroka .Penerokaan bermaksud menyelidik sesuatu untuk
mendapatkan pengetahuan dengan cara menjelajah. Dalam hal ini, bahan bantu atau alat
amat diperlukan bagi membantu aktiviti meneroka di kalangan pelajar. Para pelajar
digalakkan meneroka dengan menggunakan alat dan bahan yang sesuai supaya mereka
lebih kreatif dan imaginatif. Guru bertindak sebagai fasilitator bagi memudah aktiviti pelajar.
Bagi menguasai aktiviti-aktiviti untuk meneroka, peralatan-peralatan yang boleh digunakan
pada peringkat awal adalah seperti meja, kerusi panjang, kerusi, gelong rotan, tali,bongkah
dan rotan. Bahan-bahan ini mudah diperolehi di sekolah. Pelajar digalakkan meneroka
secara bersendirian bagi membiasakan diri mereka dengan alat dan aktiviti sebelum
meneroka dengan peralatan yang sebenar.Bagi membolehkan pelajar meneroka,
sewajarnya mereka diberi ruang dan peluang untuk bergerak,melompat, berjalan-jalan
supaya lebih yakin dalam situasi sebenar.
Apabila mereka sudah menguasai kemahiran dan biasa dengan alat sebenar, barulah
mereka menggunakan peralatan yang sebenar.Peralatan sebenar yang boleh digunakan
adalah seperti palang imbangan, palang selari,peti pelanadan gelang. Pada peringkat ini
pelajar sudah yakin dan boleh memperagakan aksi dan kemahiran mereka pada tahap yang
maksimum.

6
Pada tahap memperolehi pengalaman, mereka melibatkan diriaktiviti permainan yang
mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi dalam menyalurkan ketahanan diripelajar. Proses
membentuk daya tahan berlaku di samping menimbulkan tarikan serta keseronokan
dikalangan pelajar.Setelah memperolehi pengalaman dalam bentuk yang sebenar pelajar
menemui potensi ekspresif diri melalui perkataan, bunyi, pergerakan dan visual mereka.
Mereka akan menjadi matang dan mampu meluahkan pandangan secara objektif dalam
jangka masa yang panjang. Di samping itu, tahap kematangan mereka berada pada skala
yang tinggi dan difahami oleh orang lain.Kesan penggunaan alat kepada proses pengajaran
dan pembelajaran dapat membentuk konsep kendiri pelajar secara positif. Mereka akan
menjadi orang yang responsif dan dapat menyesuaikan diridengan persekitaran yang sihat.
Di samping itu, sahsiah pelajar akan terserlah dan personaliti mereka sangat baik.
Berkenaan dengan proses pengajaran dan pembelajaran, alat ini akan memberirangsangan
persekitaran, emosi, sosiologi, fisiologi dan psikologi ke atas setiap pelajar. Keadaan ini akan
membentuk sahsiah pelajar yang positif dan konsep kendiri yang stabil. Justeru, alat yang
digunakan akan memberi lebih ekspresi terhadap pelajar dalam proses melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
6.0 MUZIK PELBAGAI BUDAYA DAN PENDIDIKAN MUZIK DI MALAYSIA
Pendidikan muzik di negara kita telah dirancang dan disusun berdasarkan model program
muzik Eropah yang hanya fokuskan teori, harmoni dan sejarah muzik klasikal
Barat.Berdasarkan program tersebut pelajar-pelajar di negara kita bermain alat perkusi, alat
tiupandan alat talian barat serta menyertai kelab pancaragam, orkestra dan nyanyian koir
barat dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum di sekolah. Sejak sekolah rendah lagi diperkenalkan
dengan alat-alat muzik barat seperti rekorder, kibod dan alat-alat perkusi barat yang
lain.Selain itu pelajar-pelajar yang mempelajari muzik barat dianggap lebih elit dan
eksklusif dibandingkan dengan pelajar yang tidak belajar muzik barat.Keadaan ini telah
menyebabkan sistem muzik selain daripada muzik barat dipandang rendah dan dianggap
tidak penting olehgolongan pendidik, termasuk warisan muzik mereka sendiri. Zaharul
Lailidin Saidon(14:2009) menyatakan, amalan pendidikan muzik di Malaysia masih
berorientasikan dan berkisar secara eksklusif sekitar tradisi muzik klasikal barat. Ini dapat
diperhatikan di semua peringkat instutusi pembelajaran muzik formal, daripada rekabentuk
kurikulum sehinggalah ke pendekatan pengajaran yang digunakan di bilik darjah atau dewan
kuliah.
7
Oleh yang demikian, esei ini membincangkan muzik pelbagai budaya (multicultural music)
dan muzik dunia (world music) serta isu-isu tentang pendidikan muzik di Malaysia.
Terdapat kekosongan besar atau lohong dalam interaksi seni dan budaya dalamkalangan
masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Senario ini wujud sejak zaman penjajahan lagi.
Dimana, penjajah memang mengamalkan dasar pecah dan perintah (divideand rule) untuk
memudahkan mereka mengeksploitasi kekayaan ekonomi. Dasar inimenyebabkan tiada
interaksi yang sebenar berlaku dalam aspek seni dan muzik dalam kalangan masyarakat
Malaysia yang berbilang kaum. Interaksi seni dan muzik ini sepatutnyawujud selaras dengan
interaksi sosial dalam masyarakat Malaysia. Dimana, interaksi seni dan muzik pelbagai
budaya tidak berkembang hebat setanding interaksi sosial yang sedia ada dalam
masyarakat Malaysia.
Dalam konteks perpaduan dan interaksi pelbagai budaya ini, seni dan muzik merupakan satu
media tanpa perbualan yang senang diterima oleh semua masyarakat dandapat merentasi
sempadan tanpa mengira kaum, bahasa dan budaya.Pembelajaran muzik pelbagai budaya,
dapat menambahkan sikap toleransi yang tinggi dalam kalangan pelajar- pelajar dan juga

masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia. Sikap toleransi inilah yangmenjadi akarumbi
kepada perpaduan yang diidam-idamkan oleh pemimpin negara danmasyarakat. Untuk
mencapai tujuan tersebut, pemahaman dan penghayatan setiap elemen pelbagai budaya
dalam masyarakat Malaysia sangatlah penting. Tetapi matlamat tersebutmenjadi tandatanya
kerana, masih terdapat pelbagai halangan untuk mewujudkan satu masyarakat Malaysia
yang betul-betul tahu dan faham tentang budaya setiap etnik dan kaum di Negara kita.
Masih terdapat masyarakat Malaysia yang belum mengenal dan faham pun tentangseni dan
budaya etnik lain. Ketidaksefahaman inilah yang menjadi punca kepada pergolakan yang
sekali-sekala melanda di Negara kita. Menurut Dr.Suseela Pensyarah Kanan
FakultiPengurusan Pendidikan, Polisi Dan Perancangan, Universiti Malaya,Its because of
peoples poor understanding of other culture and lack of learningfrom each other that
misunderstanding occur( New Sunday Times, 1 Mar 2009)

8
Kekangan dalam pemahaman pelbagai budaya (multicultural) ini hanya dapat diatasi melalui
pemahaman dan penghayatan seni dan muzik setiap kaum di negara kita.
Jadi, pengetahuan dan pengalaman tentang muzik pelbagai budaya harus diperkembangkan
lagi untuk memahami dan mempelajari budaya etnik lain di Malaysia.Tetapi, terdapat
kekosongan besar atau dalam erti kata lain tiada bahan-bahan pengajaran dan
pembelajaran ensembel muzik tradisional lain di Malaysia, khasnya ensemble muzik Cina
dan India. Kekosongan ini tidak seharusnya berlaku dalam pendidikan muzik tradisional lain
di Malaysia. Malah muzik tradisional lain, khususnya muzik Cina dan India menerima nasib
yang sama seperti muzik tradisional Melayu yang hanya menjadi bahan.
kajian, penyelidikan dan persembahan untuk tujuan akademik sahaja. Seperti kata
JohanOthman,While ethnic music, especially of the Malays (Makyong for example) is
mostlyconfined within the academia (for study, research and practical performance] and
function within the tourism industry as a showcase product, Chinese and Indian sacred and
secular music are performed at various rituals and temple rite. (Johan Othman, 2002:
Wacana Seni,Cultural Decentralization Within A Post-Colonial Territory: Movements In
Malaysian Musical Culture, Jilid 1,84) Muzik pelbagai budaya ini hanya dapat dilihat dalam
aktiviti-aktiviti persembahan Kementerian Pelancongan sekadar memperagakan dan
menunjukkan kepelbagaian dan kekayaan seni dan budaya negara kita kepada pelancong
asing sahaja. Tambahan pula,warisan seni dan muzik setiap etnik di negara kita hanya
dipelajari, diamalkan dan berkisar dalam komuniti masing-masing sahaja. Dalam erti kata
yang sebenar, tiada pengadunan berlaku dalam konteks muzik pelbagai budaya di negara
kita. Hanya beberapa individu yanghebat seperti Ramli Ibrahim, yang dapat mempelajari dan
membawa seni tarian India Barat hanaatiyam, ke suatu tahap yang tertinggi di dalam
konteks seni dan muzik pelbagai budaya ke persada dunia!

9
Walaubagaimanapun, pada masa kini kesedaran tentang kepentingan warisan
muzik tempatan yang kaya dengan pelbagai budaya (multicultural) telah wujud dalam
kalangan pendidik. Menurut Prof. Tan Sooi Beng,Increasing numbers of educators realize
that there is a need to introduce their owntraditional music ( including the music of minorities)

as well as the music of South East Asiaand other part of the world to the young through the
music curriculum. (Dr.Tan Sooi Beng,2008 : A Paradigm Shift in teaching Music In Schools,
Traditional Music andMulticulturalism in Malaysian Education. Education In The Asia Pasific
Region: Issues,Concerns And Prospects, volume 11, Chapter 18, 249)
Usaha ini patut disanjungi dan dipuji oleh pendidik-pendidik muzik di Negara kitakerana
usaha tersebut telah meningkatkan muzik etnik berbilang kaum di tanahair kita di persada
dunia.
Pelbagai kajian dan projek telah dijalankan mengenai muzik etnik di tanahair kitaoleh
pengkaji-pengkaji seperti Patricia Matusky, Tan Sooi Beng dan Ghouse Nasaruddin .Mereka
telah menghasilkan literatur yang terbanyak dalam muzik tempatan.
Untuk memartabatkan dan merealisasikan warisan muzikal tradisional dan pelbagai budaya
dinegara kita. Menyedari kekosongan dan kekurangan ini , Kementerian Pelajaran Malaysia
telah mengambil langkah yang bijak dengan memberi kepentingan kepada Muzik
Tradisionaldan Muzik Pelbagai Budaya Tempatan dalam kurikulum sekolah menengah.
Dalam objektif sukatan pelajaran sekolah menengah, Kementerian Pelajaran Malaysia telah
menetapkan target pencapaian pelajar seperti berikut:
setelah mengikuti pelajaran Pendidikan Muzik di peringkat menengah, pelajar
berkebolehan bermain muzik instrumental secara solo dan dalam ensemble muzik
konvensional dantradisional dengan mengamalkan teknik yang betul( Sukatan Pelajaran
Pendidikan Muzik Sekolah Menengah, 2003)

11
Objektif Kurikulum Pendidikan Muzik yang tersebut telah memberi peluang kepada anakanak kita mengenali dan bergiat aktif dalam permainan alat-alat muzik tradisional
dantradisional lain selain daripada muzik konvensional iaitu muzik Barat. Usaha ini
telahmemberi pengiktirafan kepada muzik tradisional tempatan amnya, dan muzik tradisional
lainkhususnya muzik taradisional etnik-ernik lain di Malaysia seperti ensemble muzik Cina
dan ensemble muzik India. Dengan erti kata lain KPM telah memberi peluang kepada anakanakkita mengenali dan mempelajari muzik tradisional tempatan yang teridiri daripada
pelbagai budaya (multicultural) dan pelbagai etnik.
Ini telah diterapkan dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik Sekolah Menengah. Iaitu,di
bawah aspek 2.3 Pengalaman Ensembel Muzik Tradisional, 2.3.1 Penyertaan
DalamEnsembel Muzik Tradisional dinyatakan bahawa, Pihak sekolah boleh memilih
EnsembelCaklempong, Ensembel Gong Sabah/Sarawak, Orkestra Cina, Ensembel Muzik
India danensembel muzik tempatan yang tiada kaitan dengan pemujaan untuk mengajar
pendidikanmuzik tempatan. Terdapat banyak buku dan video untuk mengajar muzik-muzik
tempatan.Banyak bahan rujukan ensembel tradisional kompang, gamelan dan caklempong
telahdibangunkan dalam bentuk buku panduan, audio dan video. Namun bahan-bahan
yangdihasilkan dalam ensembel muzik tradisional Melayu tidak mencukupi. Selain
daripadaensembel muzik tradisional tempatan, tiada buku panduan, audio ataupun video
bagaimanacara untuk belajar dan mengajar ensembel muzik tradisional lain, khususnya
ensembel muzik tradisional India dan Cina. Dimana, kaum India dan Cina merupakan
komponen kaum utama dalam masyarakat Malaysia yang kaya dalam nilai seni, muzik dan
budaya.
Terdapat kekosongan besar atau dalam erti kata lain tiada bahan-bahan pengajaran
dan pembelajaran ensembel muzik tradisional lain di Malaysia, khasnya ensembel muzik

Cinadan India. Kekosongan ini tidak seharusnya berlaku dalam pendidikan muzik tradisional
laindi Malaysia. Penonjolan tradisi muzik pelbagai kaum ini harus dimantapkan lagi
dalam pendidikan
muzik
di
Malaysia.
Zaharul
Lailidin
Saidon
(2009:18)
menyatakan,penonjolan tradisi muzik pelbagai kaum merupakan sesuatu yang digalakkan
sebagaimanifestasi prinsip bersatu dalam kepelbagaian (unity in diversity) yang didokong
olehkerajaan. Oleh itu, kurikulum pendidikan muzik di institusi pendidikan formal perlu
turutmenjelmakan dan mempraktikkan perinsip yang sama.
12
Kekangan dalam pemahaman setiap budaya ini hanya dapat diatasi melalui pemahaman
dan penghayatan seni dan muzik setiap kaum di negara kita. Seruan 1Malaysia hanya akan
menjadi kenyataan apabila wujud persefahaman dan perpaduan diantara berbilang kaum
dan pelbagai budaya (multicultural) di negara kita. Persefahaman dan perpaduan pelbagai
budaya seharusnya ditanam dan dipupuk pada generasi muda dari peringkat persekolahan
lagi. Seruan 1 Malaysiaini hanya akan menjadi kenyataan apabila wujud persefahaman dan
perpaduan di antara berbilang kaum dan pelbagai budaya (multicultural) di negara kita.
Persefahaman perpaduan inilah yang menjadiimpian setiap rakyat Malaysia yang inginkan
kebahagian dan keharmonian tanahair tercinta.
Oleh yang demikian, langkah-langkah yang sepatutnya perlu diambil untuk dapat memenuhi
manifestasi kerajaan dengan membantu dan mengisi kekosongan dalam bahan-bahan
pengajaran dan pembelajaran alat-alat ensembel muzik pelbagai budayauntuk
memartabatkan warisan muzik pelbagai budaya di tanahair kita.
7.0 Kesimpulan
Sebagai kesimpulan dapatlah dikatakan mata pelajaran Muzik memainkan peranan penting
dalam mencorakkan keterampilan pelajar dalam banyak aspek. Aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang bersifat kondusif mampu melahirkan dayakreativiti, persepsi, estetika,
inovatif dan semangat jati diri pelajar yang tinggi. Bidang-bidang kemahiran Seni Dalam
Pendidikan (SDP) yang mencakupi aspek penghubungkaitan, pendekatan bertema dan
pengintegrasian mata pelajaran jelas memperlihatkan kepentingan pengajian ini dipelajari
dan sekaligus memperkayakan khazanah ilmu dalam konteks global. Justeru, SDP adalah
wadah yang tidak kurang pentingnya dalam mencanangkan warisan bangsa serta
menyumbang kearah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

You might also like