You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN RAMBAI TUJUH

33000 KUALA KANGSAR


PERAK DARUL RIDZUAN

MINIT MESYUARAT HARI SUKAN 2012


Tarikh

: 11 Jun 2012

Masa

: 12.35 Tengahari

Hari

: Isnin

Tempat

: Pusat Sumber Sekolah

Kehadiran

: 1. Zainal Bin Abd. Rahman


2. Ahmad Nazran B. Ahmad Zakaria
3. Hawa Bt Abdul Raman
4. Mior Khir Amir B. Mohd Rasid
5. Pn. Siti Zalina Bt Mat Nawi
6. Md. Syahriman Irwan B. Md. Yusoff
7. Farizan B. Ayob
8. Norhayatti Bt Mohad Johor
9. Zalina Bt Jamalludin
10. Nurul Syaznie Bt Md Salleh
11. Mohd Fakrumizi B. Ya
12. Norazlina Bt. Abdul Aziz
13. Ayu Bt Baharuddin
14. Hazrab Bt Hasseni
15. Muhammad Azmi B. Mohd Rahni
16. Kamsina Surai Bt Mohamed

Agenda
1. Ucapan aluan Pengerusi
1.1 Memulakan majlis dengan bacaan umul kitab.
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dalam
mesyuarat kali ini.
1.3 Pengerusi berharap perbincangan akhir sebelum hari sukan akan berjalan
dengan baik dan mendapat kerjasama dari rakan-rakan.
Tindakan : Semua orang
2. Ucapan penasihat
2.1 Guru Besar mengucapkan selamat kembali bertugas setelah bercuti selama 2
minggu.
2.2 Guru Besar memaklumkan sukan akan diadakan pada tarikh yang telah
dirancangkan pada tempoh hari dan berharap pada hari sukan tersebut guru
besar dari sekolah lain akan datang.
2.3 Guru Besar memaklumkan perjumpaan antara Guru Besar akan diadakan
untuk membincangkan berkaitan tentang post-morterm Peperiksaan
Pertengahan Tahun.
2.4 Guru Besar berharap pada tahun ini, ada seorang murid yang boleh
memperolehi 5A.
2.5 Guru Besar berharap perjalanan Sukan Tahunan Sekolah tahun ini akan
berjalan dengan lancar.
Tindakan : Semua orang
3. Sukan Tahunan
3.1 En. Mior meminta setiap bahagian member i laporan dan masalah yang
dihadapi.
3.1.1 Juruacara
- Pn. Ayu memaklumkan tiada masalah.
3.1.2 Pendaftaran - Cik Nurul Syaznie dan Pn. Kamsina Surai
- Ibubapa yang mendaftar akan diberi nombor
cabutan bertuah.
3.1.3 Keselamatan - Ustaz Fakrumizi dan En. Farizan
- Minta sediakan First-Aid.
3.1.4 Jamuan
- Pn. Hafizah Bt Safawi
- Peruntukan yang disediakan sebanyak RM200.00.
- Makanan yang disediakan pada hari tersebut bihun
goreng dan air teh o.
3.1.5 Peralatan
- En. Farizan dan En. Syahriman Irwan
- Minta membuat surat untuk meminjam tali dari SMK
Sayong.
- Anggaran pembelian alatan lain-lain sebanyak
RM320.00.
3.1.6 Pengurus peserta - Rumah biru : En Farizan
- Rumah Kuning : Pn. Shima
- Rumah Merah : Pn. Norhayatti
3.1.7 Juru gambar En. Aznil diminta menyediakan bateri yang secukupnya.
3.2 En. Mior memaklumkan akan meminta dari PIBG sebanyak RM500.00 untuk
pembelian alatan dan jamuan.
3.3 En.Mior meminta menyediakan bekas air yang besar untuk minuman murid

disebabkan cuaca panas yang melampau. Bekas boleh diperolehi dari


masjid.

4.

Hal-hal lain
4.1 En. Nazran memaklumkan bahawa 4 orang guru akan pergi berkursus
semasa sukan dan berharap AJK PIBG akan membantu semasa hari sukan
tersebut.
4.2 En. Nazran memaklumkan Pn. Hawa juga tiada pada hari tersebut kerana
menghadiri peperiksaan.
4.3 En. Nazran meminta pekerja sekolah membersihkan stor dan membuat
persiapan serta kekemasan padang.
4.4 En. Nazran berharap tiada urusniaga ditepi padang dan kawasan niaga
hanya dibenarkan di tempat parkir kereta lama.
4.5 En. Nazran berharap semua alatan sudah disediakan pada pagi esok dan
guru serta pekerja sekolah ada dari mula hingga akhir acara.
4.6 En. Nazran berharap selepas acara pastikan padang dikemas dan
dibersihkan agar tidak menyusahkan orang kampung.
4.7 En. Mior berharap semua guru dan pekerja sekolah dapat memberi
kerjasama agar sukan sekolah berjalan dengan lancar.

5. Penagguhan
5.1 En. Mior mengucap terima kasih kepada En. Nazran kerana banyak
membantu dan berharap semua guru dapat memberi kerjasama dalam
menjayakan Sukan Tahunan tersebut. Mesyuarat ditangguhkan pada 2.25
petang.

Disediakan oleh ;
............................................................
(PN. NORHAYATTI BT MOHD JOHOR)
Setiusaha Ko-Kurikulum,
SK Rambai Tujuh.

Disemak oleh ;
...........................................................
(EN.MIOR KHIR AMIR B. MOHD ASID)
Guru Penolong Kanan Ko-Kuriulum,
SK Rambai Tujuh.

You might also like