You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT KALI PERTAMA JAWATANKUASA KEBERSIHAN

SJK(C) CHUNG HUA KLANG


BIL 1/2013

Tarikh

: 7 Januari 2013

Masa

: 11.00 pagi

Tempat

: Bilik Guru 1

Pengerusi

: Tan Kooi Yin

Kehadiran

: Semua ahli mesyuarat hadir

1.0 KATA-KATA ALUAN PENGERUSI


1.1 Pengerusi memberikan ucapan aluan.
1.2 Pengerusi memperkenalkan barisan ahli jawatankuasa induk.

Tindakan : Pengerusi

2.0 PERANCANGAN STRATEGIK DAN PELAN TINDAKAN


2.1 Pengerusi membentangkan pelan tindakan jangka pendek
bagi tahun 2013 untuk makluman semua ahli. Melalui pelan
tindakan tersebut, beberapa aktiviti dirancangkan untuk
dijalankan sepanjang tahun 2013.

Tindakan : Semua ahli

2.2 Terdapat beberapa program yang dijalankan sepanjang tahun


berdasarkan pelan tindakan tersebut.
2.3 Pelan tindakan yang dirancang diharap dapat mewujudkan
budaya dan suasana yang bersih di sekolah.

3.0 PERANCANGAN AKTIVITI


3.1 Pertandingan Kebersihan Kelas akan diadakan sepanjang
tahun. Hadiah akan diberikan kepada kelas yang mendapat
markah paling tinggi.
3.2 Program Basmi Denggi juga akan diadakan sepanjang tahun
bagi mencegah pembiakan nyamuk di kawasan sekolah.
Ceramah dan pameran akan diadakan bagi memberi
pendedahan kepada murid-murid tentang bahaya denggi.
3.3 Gotong-royong akan diadakan dua kali setahun iaitu pada
bulan Februari dan bulan November sebelum bermulanya
cuti sekolah. Gotong royong ini diharapkan dapat
mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang

Tindakan : Semua ahli

ceria dan bersih.


3.4 Satu ceramah tentang kebersihan dan kesihatan daripada
Unit Promosi Klinik Kesihatan Klang akan diadakan kepada
murid-murid dan guru pada bulan April untuk
mempertingkatkan pengetahuan di kalangan warga sekolah.
3.5 Program penjagaan gigi dan mulut diadakan untuk memberi
pengetahuan kepada murid-murid tahun 1 tentang penjagaan
gigi dan mulut yang betul. Program ini akan dijalankan pada
bulan Julai.
3.6 Program melukis dan mewarna berkaitan kebersihan diri dan
persekitaran akan diadakan pada bulan Oktober.

4.0 CADANGAN
4.1 Pengerusi mencadangkan supaya ditubuhkan satu skuad
yang terdiri daripada murid untuk mengesan tempat-tempat
yang menjadi punca pembiakan nyamuk Aedes. Tempat
tersebut perlu dimaklumkan kepada pekerja kebersihan
untuk dibersihkan.

Tindakan : Siew Lee Ping dan


pekerja kebersihan

4.2 Bagi keceriaan tandas, poster kempen kebersihan tandas dan


pokok bunga perlu ditambahkan untuk setiap tandas.
Peralatan tandas seperti sabun dan tisu perlu sentiasa
dibekalkan.

Tindakan : Pekerja kebersihan

5.0 HAL-HAL LAIN


5.1 Unit Promosi Kesihatan, Klinik Kesihatan Klang perlu
dihubungi dengan segera untuk mengadakan pameran dan
ceramah berkaitan kebersihan.
6.0 PENUTUP
6.1 Pengerusi berharap supaya ahli jawatankuasa dapat
bekerjasama menjalankan tanggungjawab untuk memastikan
kebersihan dan keceriaan kawasan sekolah terpelihara.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.15 tengah hari.

Tindakan : Razliza Hazleen

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

(RAZLIZA HAZLEEN BT RAZAK)

(TAN KOOI YIN)

SJK(C) CHUNG HUA KLANG

SURAT PANGGILAN MESYUARAT JAWATANKUASA KEBERSIHAN

Perkara :

Mesyuarat Kali Pertama Jawatankuasa Kebersihan

Tarikh :

7 Januari 2013

Masa

11.00 pagi

Tempat :

Bilik Guru 1

Agenda:
1)
2)
3)
4)
5)

Ucapan Pengerusi
Perancangan Strategik dan Pelan Tindakan
Perancangan Aktiviti Tahunan
Cadangan
Hal-hal Lain

..
(RAZLIZA HAZLEEN RAZAK)
Setiausaha,
Jawatankuasa Kebersihan.

KEHADIRAN MESYUARAT KALI PERTAMA 2013


JAWATANKUASA KEBERSIHAN
SJK(C) CHUNG HUA KLANG

NAMA
TAN KOOI YIN
LIOW FONG MEI
RAZLIZA HAZLEEN BT RAZAK
SIEW LEE PING
AMY
WAKIL PENGUSAHA KANTIN
WAKIL PEKERJA KEBERSIHAN

TANDATANGAN

You might also like