You are on page 1of 1

KES PEMBUANGAN BAYI

Kes pembuangan bayi di negara kita memang memalukan masyarakat.


Saban bulan ada sahaja kes ini dilaporkan dalam media massa negara ini.
Nilai bertanggungjawab harus dimiliki untuk mengelakkan kes tersebut.
Lantaran itu, ada banyak perkara yang boleh diambil untuk memastikan
perbuatan tidak keperikmanusiaan ini tidak menular terus.
Pertama sekali, ibu bapa harus mengamalkan nilai kasih sayang. Hal ini
akan mengelakkan mereka daripada sikap tidak mengendahkan bayi. Ini juga
dapat memupuk kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam terhadap
cahaya mata mereka.
Selain itu, usaha membuka Sekolah Harapan juga menjadi satu langkah
yang bijak untuk mengatasi masalah ini. Remaja yang terlanjur dalam
tindakan mereka itu boleh ditempatkan di sekolah ini untuk menerima
nasihat dan bantuan ketika menunggu kelahiran bayi tersebut. Dengan ini ,
nilai kasih sayang terhadap keluarga dapat dibentuk dalam kalangan remaja.
Jadi, sesi kaunseling dan bimbingan ini boleh menjadikan remaja ini matang
lalu berupaya untuk menjaga bayi mereka kelak.
Tambahan pula, pendidikan agama dan moral perlu diterapkan dengan lebih
mendalam dalam jiwa remaja terutama ketika di sekolah. Didikan ini
berupaya untuk membentuk satu dinding jati diri yang utuh lalu menghalang
masalah ini berlaku pula. Hal ini dapat memupuk nilai rasional.
Sesungguhnya, didikan agama dan moral menjadikan remaja boleh
membezakan antara yang baik dan yang buruk.
Kesimpulannya, masalah pembuangan bayi ini perlu ditangani dengan
segera. Kita harus sedar bahawa bayi itu tidak bersalah dan tidak berhak
menerima nasib dibuang begitu sahaja impala sampah. Semua pihak harus
berganding bahu untuk bersama-sama mengatasi masalah ini dengan sebaik
mungkin.

You might also like