You are on page 1of 8

Bisaya adalah kaum pribumi yang berasal dari barat laut dan sepanjang

pantai Borneo, Malaysia dan tertumpu di sekitar daerah Beaufort,Sungai


Padas, Sungai Klias, Pulau Gaya di Sabah, Wilayah
Persekutuan Labuan dan Sungai Limbang di timur Sarawak. Bangsa Bisaya
dikenali sebagai Melayu atau Islam oleh suku kaum Dusun, Murut danRungus.
Bisaya dikatakan di antara yang pertama menerima Islam pada awal kurun ke13. Ketua Bisaya yang pertama adalah Awang Alak Betatar ataupun Sultan
Mohammad Shah. Peringkat awal kemasukan kaum Bisaya ke dalam Islam
adalah melalui hubungan dagang dengan pedagang dari tanah Arab. Jika dilihat
daripada segi kehidupan sosial, sedikit sebanyak pengaruh Arab memainkan
peranan dalam urusan mereka sehari-harian. Bangsa Bisaya memiliki minat
dalam bidang pertanian dan ia juga merupakan sumber utama pendapatan
mereka. Suku kaum ini walaupun dikatakan berkait dengan
suku Visaya di Filipina namun suku kaum Bisaya ini hanya terdapat
di Borneo iaituSabahdan Sarawak,Malaysia sahaja. Visaya yang terdapat
di Filipina dikatakan berasal dari Borneo dan penghijrahan beramai-ramai mereka
ke sana adalah disebabkan oleh faktor politik yang tidak menentu.
Pemerintahan di pulau Borneo atau Pulau Peraca ini telah wujud seawal tahun
977 Masihi dan ini memungkinkan berlakunya penindasan yang melampau lalu
mendorong kepada penghijrahan bangsa Bisaya ke tempat lain secara kekal.
Jika diteliti bahasa Bisaya, mereka menunjukkan persamaan lebih dekat dengan
bahasa Melayu berbanding bahasa suku Visaya di Filipina.
SEJARAH BANGSA BISAYA
Mengikut legenda, nenek moyang Bisaya berasal dari satu keluarga berhijrah
dan menetap di utara Pulau Borneo. Keluarga ini mempunyai 7 orang anak di
mana 6 darinya lelaki iaitu Peti Berambai atau Pati Berabai, Si Garamba, Peti
Garamba, Peti Runa atau Pati Bagunak, Semaun atau Si Maun dan Alak Betatar
atau Urak Betatar atau Lok Batata atau Awang Alah Bertabar; dan seorang
perempuan (Siti Duyah atau Duri atau Bunga Sunting).
Satu pertandingan lumba perahu diadakan untuk menentukan siapakah yang
layak menjadi Raja Barunai. Perlumbaan ini dimenangi oleh Alak Betatar yang
paling bongsu. Dia kemudiannya dilantik menjadi Raja Brunei yang pertama, dan
kemudiannya memeluk agama islam dengan menggunakan nama Sultan

Mohammad Shah, Sultan Brunei yang pertama.

Catatan Sejarah dari China


Menurut catatan Pemerintah misi dari China, Chang Ching Tze telah diutus ke
Barunai (Po-ni) pada 1370 (Tahun Ke-3, Bulan 9 menurut kalendar Hung-wa).
Beliau telah mendapati Ibu Kota Barunai dalam keadaan terbakar seolah-olah
telah berlaku peperangan yang besar. Maharaja pada masa itu Sultan
Mohammad Shah (Ma-ho-mo-sha [Maha Mokhsa]) dikelilingi oleh pengikutnya
seramai lebih kurang 1000 orang. Baginda berkirim salam kepada maharaja
China pada masa itu sebagai seorang Muslim.
Catatan Sejarah Tempatan
Peti Berambai iaitu yang sulung menjadi Raja Pulau Jawa. Si Garampa pula
menetap di kawasan Limbang dan menjadi nenek moyang kepada masyarakat
Bisaya. Peti Geramba menetap di kawasan Tutong (Brunei), Peti Runa pula di
kawasan Sungai Kinabatangan (Sabah) dan Semaun di Sungai Birau ( Selatan
Tutong). Siti Duyah pula berkahwin dengan seorang berketurunan cina yang
bernama Ong Sum Ping (Awang Sunting) dan menetap di kawasan Gunung
Kinabalu, Sabah.[1]
Asal usul perkataan Bisaya
Dalam artikel ini akan saya cuba kupaskan beberapa fakta dan maklumat yang
saya temui dari mana munculnya perkataan bisaya ini. Terlalu banyak fakta dan
maklumat yang dijumpai yang menerangkan asal-usul perkataan bisaya
itu,namun saya sendiri sukar menentukan yang manakah sebenarnya adalah
fakta sebenar. Ada 4 fakta sejarah yang saya temui 1 daripadanya adalah
melalui cerita yang di sampaikan oleh kaum ini sendiri mengikut kepercayaan
yang di rawikan dari generasi yang lalu dan 3 daripadanya adalah daripada
tokoh pengkaji sejarah. Marilah kita sama-sama menilai fakta asal-usul bisaya
ini :
Fakta pertama :
Menurut kepercayaan tempatan, perkataan bisaya berasal daripada sebutan
mabisa iya yang bermakna seseorang lelaki atau wanita nampak tampan dan
gagah serta cantik molek. Sebutan kemudian bertukar kepada bisaya sehingga
pada hari ini. Perkataan ini muncul dari kaum ini sendiri.

Fakta kedua :
Sementara itu, beyer h.o pada tahun 1926, hester e.d pada tahun 1954 dan
harrison pada tahun 1956 menyatakan bahawa perkataan bisaya kemungkinan
berasal dari empayar srivijaya (sonza, 1972).
Fakta ketiga
pada tahun 1960, john carol menyatakan bahawa perkataan bisaya berasal dari
pahlawan bangsa yang bernama sri visaya. Saya tidak pasti siapa pahlawan
ini,kemungkinan juga beliau adalah pahlawan filipina dan dari namanya muncul
suku kaum visaya filipina dan fakta ini tertolak dari asal-usul bisaya borneo.
Fakta keempat
Derek headly (1950) menyatakan lagenda bisaya borneo apabila sultan brunei
semasa kunjungannya untuk meninjau kawasan penduduk bisaya dan baginda
memberitahu bisai-yah! Yang bermaksud betapa cantiknya.
Semua kenyataan diatas dalah teori dan andaian dan mungkin kita tidak pernah
tahu mengenai asal perkataan bisaya yang sebenarnya. Bangsa bisaya adalah
suku kaum asli yang telah tinggal dan menetap di borneo (sabah) sejak beribu
tahun yang lalu. Bangsa bisaya pada zaman dahulu merupakan suatu bangsa
yang digeruni, disegani, disayangi, disenangi, ditakuti, dan dihormati oleh suku
kaum asli yang lain di negeri ini.
Kemahiran suku kaum bisaya di atas muka bumi borneo (sabah) ini dalam bidang
pertanian seperti menanam padi, menanam halia, menanam pokok sagu,
menanam kunyit, menanam ubi, menanam pisang, menanam keladi, menanam
lada, menanam kelapa, menanam pokok buah-buahan dan sebagainya.
Mereka juga mahir memburu binatang liar di hutan untuk dimakan. Mereka juga
menternak ayam, itik, angsa, kambing, kerbau, lembu dan lain-lain binatang
sebagai makanan.di lautan, suku kaum bisaya mahir menangkap ikan untuk
dimakan.
Lebih kurang pada abad ke-13 (1300m), kaum bisaya mempuyai ketua yang
digelar sebagai sultan awang alak betatar bin bonian mas kayangan. Baginda

dikatakan telah memeluk agama islam dan menukarkan namanya dengan


gelaran sebagai sultan muhammad shah pada tahun 1363 masihi.
Pada tahun 1370 masihi, baginda sultan muhammad shah telah melantik anak
lelaki baginda yang bernama sultan awang koyoh bin sultan awang alak betatar
menjadi pemerintah negeri borneo (sabah) ketika itu manakala baginda sultan
muhammad shah telah berhijrah ke negeri brunei dan menjadi pemerintah
selaku sultan brunei beragama islam yang pertama memerintah negeri brunei
pada tahun 1370 masihi.
Pemerintahan sultan awang koyoh berpusat di sungai klias yang digelar sebagai
kota klias pada ketika itu dan nama tersebut kekal sehingga ke hari ini. Setelah
baginda mangkat iaitu lebih kurang pada tahun 1621 masihi, pemerintahan
baginda telah diwarisi oleh anak baginda yang bergelar sultan orang kaya kaya
setia pahlawan awang kassim pada ketika itu dan mangkat lebih kurang pada
tahun 1855 masihi. Tempat baginda telah diwarisi oleh anak lelaki baginda yang
bernama sultan tunku laxamana awang ishak ismail jalil. Baginda mangkat pada
tahun 1961 masihi.

Fakta Bisaya
Bangsa Bisaya adalah suku kaum asli yang telah tinggal dan menetap di
Borneo Sabah sejak beribu tahun yang lalu. Bangsa Bisaya pada zaman dahulu
merupakan suatu bangsa yang digeruni, disegani, disayangi, disenangi, ditakuti,
dan dihormati oleh suku kaum asli yang lain di negeri ini.
Kemahiran suku kaum Bisaya di atas muka bumi Borneo Sabah ini dalam bidang
pertanian seperti menanam padi, menanam halia, menanam pokok rumbia,
menanam kunyit, menanam ubi, menanam pisang, menanam keladi, menanam
lada, menanam kelapa, menanam pokok buah-buahan dan sebagainya. Mereka
juga mahir memburu binatang liar di hutan untuk dimakan. Mereka juga
menternak ayam, itik, angsa, kambing, kerbau, lembu dan lain-lain binatang
sebagai makanan.
Kaum Bisaya juga mahir dalam seni kraftangan dan sebahagian besar peralatan
kraftangan digunakan dalam kehidupan seharian mereka. Kemahiran di sungai
suku kaum Bisaya ialah mereka mahir menangkap ikan dengan menggunakan

selambau dan di laut pula dengan menggunakan pukat dan bagang. Pada suatu
ketika pelayar Bisaya bernama Awang Semaun bersama rombongannya telah
mengelilingi kepulauan Borneo ini bermula dari Sungai Klias dan mereka
memasangkan kain putih peraca di hadapan sampan mereka sewaktu dalam
pelayaran. Apabila rombongan Awang Semaun kembali di Sungai Klias, mereka
medapati peraca berkenaan telah koyak-rabak. Mereka menggelar pulau ini
sebagai Pulau Peraca dalam bahasa Bisaya dan dalam bahasa Melayu bermakna
Pulau Saputangan. Kerajaan yang paling tua wujud ialah kerajaan Bisaya dan
setelah kewujudan kerajaan Barunah, maka pemerintahan kerajaan Bisaya
berpindah keBarunah dan kemudian berubah menjadi Barunai semasa
pemerintahan Sultan Ahmad Shah.
Sultan Awang Koyoh
Sejarah menceritakan apabila Sultan Mohammad Shah berpindah ke negara
Barunah, maka Sultan Awang Koyoh dilantik sebagai pemerintah
kerajaan Barunah atau Borneo yang berpusat di Kota Klias pada tahun 1370.
Sepanjang pemerintahan baginda, Borneo berkeadaan aman dan makmur serta
subur. Kelebihan Sultan Awang Koyoh ialah dengan izin Allah Subhanahu wa
ta'ala tanah-tanih yang di usahakan baginda akan menjadi tinggi dan subur. Hasil
tanaman utamanya ialah halia seperti apa yang telah diusahakan oleh ayahanda
baginda dahulu Sultan Mohammad Shah. Selain itu pohon rumbia juga turut
ditanam bagi membekalkan makanan kepada rakyat baginda disamping
pengeluaran padi yang berterusan atau meranau.
Baginda Sultan Awang Koyoh tidak memiliki ramai anak dan setiap anak baginda
dilatih dengan ilmu perang dan mahir menggunakan pelbagai jenis senjata.
Anak-anak baginda yang amat terkenal ialah Panglima OKK Setia Pahlawan
Awang Kassim dan Panglima Awang Alapu atau Lapu-Lapu. Kisah penculikan
Sultan Awang Koyoh melalui tipu muslihat Sultan Sulu telah mengakibatkan isteri
baginda dibawa lari ke Sulu manakala baginda sempat menyelamatkan diri
dengan terjun ke dalam laut tetapi telah mendapat kecederaan.
Kemarahan anak-anak baginda amat meluap-luap, dengan izin kekandanya
Sultan Panglima OKK Setia Pahlawan Awang Kassim, maka Panglima Awang
Alapu mengepalai rombongan perang menuju ke Sulu bagi menjatuhkan
kerajaan Sulu. Setelah sampai ke perairan Sulu, tanpa berlengah Panglima
Awang Alapu memerintahkan bala tenteranya menyerang kerajaan Sulu tanpa
belas-kasihan dan menghancurkannya sehancur-hancurnya kerana selama ini

serangan bersifat lanun oleh pihak Sulu telah ditepis dengan hanya menghalau
lanun-lanun tersebut. Kesabaran Panglima Awang Alapu tidak terbendung lagi
kerana ini melibatkan maruah kaum Bisaya kerana cubaan Sulu menculik
ayahandanya dan beliau berazam untuk menghancurkan angkatan lanun yang
berpusat di Sulu. Maka sebuah pulau telah dijadikan pangkalan tentera beliau
dan sehingga kini pulau tersebut dikenali sebagai pulau Bisaya sempena
pahlawan-pahlawan Bisaya yang sanggup mati disana bagi menghalang
kemasukan lanun ke perairan Borneo. Setelah penjajah barat menguasai Sulu
maka perkataan Bisaya bertukar menjadi Visaya. Kejadian tersebut dirakamkan
sekitar 1500 masihi dan sehingga kini, kenangan pahlawan Bisaya yang diketuai
Panglima Awang Alapu kekal dalam ingatan sanubari keturunan Sultan Awang
Koyoh bin Sultan Awang Alak Betatar. Berita terakhir yang diterima ialah apabila
kejayaan Panglima Awang Alapu menumpaskan angkatan tenteraSepanyol yang
diketuai oleh Ferdinand Magellan pada 1521 masihi.
Lagu untuk mendodoi anak:

"Awang koyoh memang


bijak,
ilmu baginda memang
tinggi,
dimana saja baginda
memijak,
nescaya tanah menjadi
tinggi
Ketua Kaum Bisaya
Lebih kurang pada abad ke-13, kaum Bisaya mempunyai ketua yang digelar
sebagai Sultan Awang Alak Betatar bin Bonian Mas Kayangan. Baginda dikatakan
telah memeluk agama Islam dan menukarkan namanya dengan gelaran
sebagai Sultan Mohammad Shahpada tahun 1363 Masihi.
Pada tahun 1370 Masihi, baginda Sultan Mohammad Shah telah melantik anak
lelaki baginda yang bernama Sultan Awang Koyoh bin Sultan Awang Alak Betatar
menjadi pemerintah negeri Borneo ketika itu manakala baginda Sultan
Mohammad Shah telah berhijrah ke negeri Brunei dan menjadi pemerintah

selaku Sultan Brunei beragama Islam yang pertama memerintah


negeri Brunei pada tahun 1370 Masihi.
Pemerintahan Sultan Awang Koyoh berpusat di Sungai Klias yang digelar sebagai
Kota Klias pada ketika itu dan nama tersebut kekal sehingga ke hari ini. Setelah
baginda mangkat iaitu lebih kurang pada tahun 1621 Masihi, pemerintahan
baginda telah diwarisi oleh anak baginda yang bergelar Sultan Panglima Orang
Kaya Kaya Setia Pahlawan Awang Kassim pada ketika itu dan mangkat lebih
kurang pada tahun 1855 Masihi. Tempat baginda telah diwarisi oleh anak lelaki
baginda yang bernama Sultan Tunku Laxamana Awang Ishak Ismail Jalil. Baginda
mangkat pada tahun 1961 Masihi.
Peninggalan Senjata Lama
Sejarah perjalanan Awang Alak Betatar sebenarnya telah menempuh pelbagai
onak dan duri yang bertali arus. Secebis kisah yang tidak diuar-uarkan ialah
perjalanan pertama baginda ke gunung Kinabalu yang mana telah membawa
penemuan besi tahi bintang atau Karusani. Setelah berjaya
menumbangkan tembadau bertanduk emas yang selama ini merosakkan
tanaman halianya, tanpa disedari pemburuan tersebut membawa baginda ke
gunung Kinabalu. Besi tahi bintang yang diperolehi baginda telah ditempa
menjadi dua bilah pedang yang panjang dan berwarna hitam. Menurut maklumat
yang diperolehi, semasa Awang Alak Betatar menguasai kerajaan Barunah,
bersama-sama baginda tersisip sebilah pedang dipinggang baginda sebagai
senjata dalam perjuangan menegakkan kalimah Allah Azza wa jalla. Sebilah
pedang lagi baginda titipkan kepada anakanda baginda Sultan Awang Koyoh.
Oleh itu, senjata yang menjadi tanda keturunan baginda telah hilang dan
menjadi misteri sehingga kini.

Keris sebenar mempunyai 15 luk


Menurut cerita, seorang nelayan berbangsa Bisaya dari Labuan telah menemui
sebilah keris dalam perut seekor ikan dan beliau pernah diberitahu sebelum
kemangkatan Sultan Awang Kuyoh, baginda memegang sebilah keris kebesaran

kerajaannya. Keris tersebut juga mempunyai pertalian dengan


kesultanan Borneo suatu ketika dahulu.
Salah satu senjata yang sehingga kini masih menjadi misteri ialah keris
emas yang merupakan senjata sulit Sultan Awang Koyoh bin Sultan Muhammad
Shah. Selain itu, andiban emas juga merupakan senjata penting bagi
mempertahankan diri daripada musuh. Ini merupakan fakta yang menjelaskan
tentang tradisi bangsa Bisaya yang memiliki andiban sebagai senjata warisan
keluarga.

You might also like