You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN YAACOB LATIF 2

JALAN PEEL, 55100 KUALA LUMPUR


MINIT MESYUARAT KEJOHANAN PADANG DAN BAPALAN KALI KE-22
BIL 1 / TAHUN 2015
Tarikh

: 30 MAC 2015 (ISNIN)

Masa

: 1:30 PETANG

Tempat

: BILIK GERAKAN

Pengerusi

: PUAN ROHANIDA BINTI JOHARI


(GPK KOKURIKULUM)

Kehadiran :
1. Puan Rohanida binti Johari (GPK Kokurikulum)
2. Encik Azrul Izzat bin Mokhtar (Setiausaha Sukan)
3. Puan Ziana Asfalinda binti Othman
4. Puan Ruzana binti Ahmad
5. Encik Mohamad Maulidi bin Abdullah
6. Puan Ainna Izwah binti Nasfuddin
7. Encik Mohamad Zakee Isham bin Abd. Ghani
8. Encik Mohd Nadzri bin A. Razak
9. Puan Aslinawati binti Asmone
10. Puan Siti Fazilah binti Nasir
11. Puan Fatimah binti Othman
12. Puan Safwan binti Ismail
13. Cik Nurzufika binti Che Rosdi
14. Cik Ernytha Bungin
15. Cik Nuridayu binti Josely
16. Cik Nurliyana binti Raanin
1. UCAPAN PENGERUSI
1.1. Puan Rohanida binti Johari selaku pengerusi mengucapkan terima kasih di
atas kehadiran guru-guru ke mesyuarat pertama Kejohanan Padang dan
Bapalan Kali Ke-22 ini.
2. PERKARA YANG DIBINCANGKAN
2.1. Pengerusi memaklumkan tarikh-tarikh yang terlibat sepanjang Kejohanan
Padang dan Bapalan berlangsung. Sukantara akan dijalankan pada 13 April
2015, manakala Pra Sukan pula akan dilaksanakan pada 14 April 2015. Acara
raptai dan menghias padang sekolah akan dilaksanakan pada 16 dan 17 April
2015. Acara kemuncak Kejohanan Padang dan Bapalan Kali Ke-22 akan
dijalankan pada 18 April 2015. Semua acara akan dilaksanakan di padang SK
Yaacob Latif 2.
1

2.2. Pengerusi mengingatkan para guru untuk memastikan agar Pra Sukan dapat
dilaksanakan mengikut masa yang ditetapkan bagi memberi laluan kepada
murid-murid yang terlibat dengan program Pendidikan Lalu Lintas serta muridmurid yang terlibat bagi mewakili sekolah dalam perlawanan bola sepak
peringkat zon.
2.3. Pengerusi turut mengingatkan supaya guru-guru dapat memastikan muridmurid memakai pakaian sukan sepanjang program berlangsung.
Makluman
3. ACARA YANG DIPERTANDINGKAN
3.1. Acara Sukantara yang dipertandingkan adalah seperti berikut:
Acara
Larian 50 meter
Larian 70 meter
Lontar Peluru
Lompat Jauh
Lompat Tinggi

Kelas
3
1 dan 2
1 dan 2
1, 2 dan 3
1, 2 dan 3

3.2. Acara yang dipertandingkan bagi Kejohanan Padang dan Balapan Kali Ke-22
adalah seperti berikut:
Acara
Larian 50 meter
Larian 100 meter
Larian 4x100 meter
Lontar Peluru
Lompat Jauh
Lompat Tinggi
Sukaneka murid
Sukaneka Ibu bapa dan guru

Kelas/ peserta
3
1 dan 2
Terbuka
1 dan 2
1, 2 dan 3
1, 2 dan 3
Tahap 1 dan tahap 2
Ibu bapa yang hadir dan guru

3.3. Jumlah pingat yang dipertandingkan adalah seperti yang dilampirkan. (sila
rujuk lampiran)
3.4. Pengerusi meningatkan kepada para guru untuk melaksanakan acara
Sukantara dalam masa satu hari sahaja tanpa perlu dilengah-lengahkan untuk
melancarkan perjalanan program.
3.5. Pengerusi juga turut mengingatkan kepada para guru yang terlibat dengan
setiap acara Sukantara, Pra Sukan dan Kejohanan Padang dan Balapan untuk
mendapatkan borang daripada setiausaha sukan.
Makluman
4. AHLI JAWATANKUASA BAGI SUKANTARA, PRA SUKAN DAN KEJOHANAN
PADANG DAN BALAPAN.
4.1. Ahli jawatankuasa bagi Sukantara, Pra Sukan dan Kejohanan Padang dan
Balapan adalah seperi yang dilampirkan. (Sila rujuk lampiran)
4.2. Terdapat perubahan dalam jawatankuasa di mana guru-guru lelaki akan
bertanggungjawab bagi urusan khemah, manakala guru-guru perempuan pula
akan bertanggungjawab bagi urusan kebersihan di padang.
Tindakan: Setiausaha sukan dan semua guru
2

5. ATURCARA PROGRAM
5.1. Aturcara program bagi Sukantara, Pra Sukan dan Kejohanan Padang dan
Balapan adalah seperti yang dilampirkan. (Sila rujuk lampiran)
Makluman
6. ANGGARAN PERBELANJAAN
6.1. Anggaran perbelanjaan adalah seperti yang dilampirkan. (Sila rujuk lampiran)
6.2. Pengerusi mengingatkan bahawa jamuan makan pagi bagi guru, murid dan ibu
bapa akan diadakan di kantin.
Makluman
7. HAL-HAL LAIN
7.1. Pengerusi mengingatkan agar ahli jawatankuasa keselamatan untuk
mengemas kini bahan di dalam peti kecemasan dan sentiasa menyediakannya
sepanjang program berlangsung.
Makluman
8. UCAPAN PENANGGUHAN
8.1. Pengerusi mengharapkan agar kejohanan pada tahun ini dapat dijalankan
dengan lebih lancar dan sistematik berbanding tahun lepas. Mesyuarat
ditangguhkan pada pukul 2.30 petang.

Disediakan oleh:

Disahkan oleh:

..
(ENCIK AZRUL IZZAT BIN MOKHTAR)
Setiausaha Sukan 2015
SK Yaacob Latif 2

..
(
)

Tarikh: 31 Mac 2015

You might also like