You are on page 1of 27

PSV3113 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

TAJUK 1

Pengertian dan Konsep Pentaksiran PSV

SINOPSIS
Apabila pemahaman tentang konsep dapat didalami dengan betul, maka
fungsi

pengujian

dan

penilaian sebagai

indikator

pencapaian

atau

penguasaan pelajar dalam sesuatu kemahiran, akan memberi maklum balas


atau gambaran yang sebenar tentang keupayaan pelajar. Seterusnya dapat
meningkatkan lagi kualiti pengajaran guru itu sendiri.
Modul ini memperkenalkan konsep dan kaedah pengujian, pengukuran dan
penilaian di sekolah rendah. Modul ini juga meliputi ciri-ciri utama ujian, bentukbentuk penilaian dan membezakan di antara penilaian berasaskan norma dan
kriteria.

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir modul ini, peserta kursus akan dapat;
i.

Menjelaskan konsep dan matlamat pengujian, pengukuran dan penilaian


dalam pendidikan;

ii.

Menjelaskan

konsep

kesahan,

kebolehpercayaan,

keobjektifan,

kebolehtadbiran dan kemudahtafsiran;


iii.

Membezakan bentuk penilaian formatif, sumatif, pra kelayakan dan


diagnostik serta penilaian alternatif.

PSV3113 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

KERANGKA TAJUK-TAJUK

1.1.1 Pengertian dan Tujuan Pengajaran dan Penilaian


Penilaian memainkan peranan penting dalam pendidikan. Penilaian dilakukan
dalam semua aspek pendidikan bagi mengenal pasti status semasa dan
seterusnya bagi tujuan perancangan program penambahbaikan pendidikan.
Dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, penilaian dilakukan bagi
mengetahui sama ada guru mengajar dan pelajar belajar.
Justeru itu, penilaian pengajaran dan pembelajaran perlu dilakukan dengan
sempurna dan berkesan. Bukti-bukti 1empirikal tentang sesuatu pengajaran dan
pembelajaran yang diperoleh menggunakan pengukuran perlu dianalisis.
Memandangkan pengukuran di bilik darjah sering menggunakan ujian, pengujian
merupakan salah satu aspek utama dalam bidang penilaian pengajaran.
Seseorang guru biasanya 2merangka objektif dan kandungan pelajaran yang
hendak diajar sebelum merancang strategi dan kaedah pengajaran tajuk
berkenaan. Kemudian, beliau akan menyediakan soalan sama ada untuk kuiz,
1

Empirical bermaksud penemuan atau keputusann yang diperolehi daripada bukti-bukti pemerhatian sama ada
secara langsung atau diulangi.
2
Langkah-langkah menyediakan soalan

PSV3113 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

ujian atau peperiksaan. Dalam merancang dan membina soalan, adalah penting
agar soalan-soalan tersebut relevan, sesuai dan menepati objektif tajuk
pembelajaran yang dirancang serta kandungan yang diajar.
Seterusnya, kertas jawapan pelajar perlu diperiksa, diskor, dianalisis dan ditafsir
bukan sahaja untuk membuat penilaian yang adil terhadap penguasaan pelajar
dalam kursus yang diajar, malah bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan
soalan dan seterusnya pengajaran pensyarah. Justeru pemahaman terhadap
konsep penilaian, pengukuran dan pengujian, ciri-ciri utama soalan ujian,
matlamat mereka bentuk soalan formatif, sumatif, pra kelayakan dan diagnostik
serta norma dan kriteria sangat penting bagi seseorang pensyarah bagi
memastikan pengajaran dan penilaiannya bermutu dan adil.
1.1.2 Konsep Pentaksiran
Pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang
merangkumi aktiviti mengumpul, merekod, memberi skor, menginterpretasi,
menghurai maklumat tentang pembelajaran seseorang bagi tujuan tertentu.
1.1.2.1 Definisi Pentaksiran
Satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman
tentang produk sesuatu proses pendidikan.

1.1.2.2 Tujuan pentaksiran


i.

Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam


pembelajaran

ii.

Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran

iii.

Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan


pembelajaran
3

PSV3113 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

iv.

Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran

1.1.2.3 Prinsip Pentaksiran

1.1.2.4 Pentaksiran Dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)


I
Pentaksiran dibilik darjah penting bagi mengetahui tahap penguasaan
dan pemahaman murid tentang apa yang telah dipelajari. Pentaksiran boleh
dijalankan secara formatif dan sumatif. Maklumat yang diperolehi akan
membantu guru untuk menambah baik kaedah pengajaran dan hasil pentaksiran
dibilik darjah juga dapat memberi maklum balas awal kepada guru untuk
merancang tindakan susulan dan penyediaan RPI bagi meningkatkan lagi
penguasaan dan pemahaman murid.
Antara kaedah pentaksiran dalam bilik darjah yang boleh dijalankan termasuklah:
i.

Pemerhatian:
Kaedah ini sesuai untuk menilai individu dari aspek kemahiran, sikap dan
nilai murni. Pentaksiran secara pemerhatian hendaklah disertakan dengan
senarai semak.

ii.

Ujian/Kuiz:
Ujian ini boleh dijalankan dalam bentuk kertas, pensil atau lisan. Ujian
kertas pensel boleh disediakan dalam bentuk soalan objektif atau subjektif
manakala kuiz boleh dijalankan dalam bentuk lisan.

iii.

Persembahan secara lisan:

PSV3113 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Persembahan secara lisan adalah penting untuk menilai kemahiran


bertutur, keyakinan diri dan pengetahuan murid tentang konten yang
dipelajari.
iv.

Senarai semak:
kaedah ini merupakan laporan individu tentang penguasaan pengetahuan,
kemahiran , sikap dan nilai murni.

v.

Folio:
Folio adalah kompilasi hasil kerja murid secara individu atau kumpulan.
Contoh folio adalah buku skrap dan laporan.

vi.

Esei:
Esei mempamerkan tentang kemahiran murid untuk menyampaikan
maklumat secara saintifik.

1.1.3 Pengertian Pengujian


Pengujian merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk diselesaikan
supaya pemerhatian tepat dibuat tentang penguasaan pelajar dalam sesuatu
bidang atau mata pelajaran. Ujian adalah alat ukur. bagi mengukur penguasaan
pelajar dalam sesuatu kursus. Ujian mengandungi satu set tugasan (dalam
bentuk tugasan) yang berdasarkan sesuatu kursus bagi merangsang pelajar
untuk menunjukkan tahap penguasaan mereka dalam kursus berkenaan. Tahap
penguasaan pelajar biasanya dikuantifikasikan dengan memberi skor kepada
jawapan yang diberi.

Memandangkan ujian merupakan alat ukur yang sering digunakan untuk


mendapatkan bukti empirik bagi tujuan penilaian pengajaran dan pembelajaran
di sekolah, tumpuan perlu diberi bagi membina ujian yang bermutu, mentadbir
ujian berkenaan dengan betul dan mentafsir dapatannya dengan tepat. Kita perlu
memastikan penilaian terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
dapat dilakukan dengan sempurna dan boleh dipertahankan.
5

Satu daripada

PSV3113 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

cara-cara memastikan ini berlaku ialah dengan menjalankan pengujian yang


berkualiti.

1.1.3.1

Tujuan Pengujian Pengajaran dan Pembelajaran

Tujuan utama pengujian ialah untuk menghasilkan bukti yang boleh digunakan
bagi membuat penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran. Penilaian di
bilik darjah boleh membantu para guru menambah baik pengajaran mereka dan
pembelajaran pelajar. Selain matlamat diagnosis pengajaran dan pembelajaran,
skor ujian digunakan sebagai asas bagi pengredan, pemilihan, penempatan,
kaunseling dan bimbingan pelajar.
a. Diagnosis
Satu daripada tujuan pengujian ialah untuk mendiagnos kesukaran yang
dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran. Diagnosis pengajaran diperlukan
bagi mengesan sejauhmana pengajaran guru berkesan. Sekiranya berkesan,
guru akan lebih yakin untuk meneruskan strategi dan kaedah pengajarannya.
Sekiranya tidak berkesan, guru boleh menganalisis dan mengesan kelemahan
yang ada supaya strategi dan kaedah pengajaran guru boleh diubahsuai,
diperbaiki dan dipertingkatkan.

b. Pengredan
Pengujian juga dilakukan bagi tujuan pengredan pelajar. Guru boleh mengred
pencapaian pelajar kepada kategori lulus atau gagal, lemah, sederhana atau
cemerlang atau gred A, B C, D atau E. Melalui pengredan pelajar, kita
boleh memberitahu ibu bapa dan pihak berkaitan tentang prestasi akademik
pelajar khususnya berbanding dengan prestasi pelajar lain.
6

PSV3113 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Dengan adanya maklumat gred, guru dan ibu bapa boleh memainkan peranan
membantu dan seterusnya melibatkan diri dalam proses pendidikan pelajar.
Rangsangan luaran seperti penghargaan, nasihat, sokongan, bantuan dan
kerjasama dari pihak-pihak yang terbabit dengan pendidikan pelajar khususnya
ibu bapa sangat penting bagi meransang kemajuan dan pembangunan pelajar di
sekolah.

c. Pemilihan dan Penempatan


Seringkali juga skor dan keputusan ujian digunakan sebagai asas bagi pemilihan
dan penempatan pelajar. Sebagai contoh pelajar yang cemerlang dalam sesuatu
mata pelajaran sains mungkin dipilih untuk mewakili sekolah. Skor dan
keputusan ujian juga digunakan bagi pemilihan pelajar untuk mengikuti kursus
tumpuan bidang tertentu.

d. Kaunseling dan Bimbingan


Keputusan dan skor ujian boleh digunakan untuk membantu pelajar supaya
berdaya maju. Berasaskan keputusan ujian, para guru dan kaunselor boleh
membantu pelajar mengenal pasti kelemahan dan kekuatan masing-masing
supaya program dan tindakan intervensi dilakukan bagi memperbaiki keadaan
pelajar. Keputusan ujian juga membantu para guru dan kaunselor untuk memberi
khidmat bimbingan misalnya bagi memandu pelajar menceburi bidang kerjaya
yang diminati.
1.1.4

Konsep Penilaian

PSV3113 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Penilaian merupakan satu proses memperolehi maklumat kuantitatif bagi


menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai.
1

Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran,


kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan kurikulum.

Dijalankan sebelum, semasa atau selepas satu sesi pengajaran guru


berdasarkan sesuatu pembelajaran spesifik atau keseluruhan kurikulum.

1.1.4.1

Tujuan Penilaian
i.

Mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang


sedia ada pada pelajar dalam perkara yang hendak diajar.

ii.

Menolong guru mengetahui sejauh manakah pelajar mereka telah


dapat

menguasai

atau

mempelajari

perkara

yang

telah

disampaikan.
iii.

Membandingkan

pencapaian

pelajar

dengan

teman-teman

sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah.


iv.

Menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan yang amat lemah


dalam pencapaian mereka.

PSV3113 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

v.

Membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah


pengajaran mereka.

vi.

Membolehkan pelajar mengetahui kelemahan-kelemahan mereka


dalam sesuatu kemahiran atau bidang dan mengambil tindakan
segera untuk memperbaikinya.

1.1.4.2

Jenis-Jenis Penilaian

Banyak cara kita boleh mengkelaskan penilaian. Penilaian yang dibuat


berasaskan tujuan dan masa boleh dikelaskan kepada penilaian formatif,
sumatif, pra kelayakan, diagnostik dan alternatif. Penilaian pengajaran juga boleh
dilakukan melalui pelbagai hasil pembelajaran pelajar seperti disertasi, projek,
kajian kes, portfolio, bengkel, seminar dan oral pelajar. Justeru ujian yang dibina
perlu mencerminkan tujuan dan masa sesuatu penilaian dilakukan. Terdapat dua
jenis penilaian berdasarkan kepada masa dan tujuan pelaksanaan penilaian iaitu
penilaian formatif dan sumatif.

a. Penilaian Formatif
Penilaian formatif digunakan untuk mengesan kemajuan yang dicapai oleh
pelajar dalam unit-unit pelajaran yang diajar. Penilaian formatif dilakukan bagi
memastikan pelajar telah menguasai setiap unit pelajaran sebelum mereka
diperkenalkan dengan unit pelajaran baharu seterusnya. Penilaian formatif
sangat berguna bagi tujuan diagnosis. melalui penilaian formatif punca-punca
kelemahan pelajar dapat dikesan.

Penilaian formatif dapat menentukan samada pelajar telah bersedia untuk


mengikuti pelajaran yang lebih tinggi dan rumit. Penilaian formatif juga boleh
meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar. Penggunaan penilaian formatif
sangat ditekankan di sekolah.
9

PSV3113 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Memandangkan laporan penilaian formatif adalah untuk tujuan diagnosis


kelemahan pelajar dalam unit-unit pelajaran, pelaporan penilaian formatif
amat sesuai dirumuskan sebagai menguasai atau tidak menguasai
sesuatu isi unit pelajaran. Pencapaian ujian formatif tidak sesuai
digredkan.

b.

Penilaian Sumatif

Penilaian sumatif pula digunakan bagi menentukan tahap penguasaan pelajar


dalam keseluruhan kursus. Penilaian sumatif biasanya dilakukan pada akhir sesi
kursus. Contoh penilaian sumatif ialah ujian akhir semester. Memandangkan
penilaian sumatif dibuat pada akhir kursus, skor-skor dari penilaian sumatif
biasanya lebih berguna untuk tujuan melaporkan kemajuan pelajar daripada
memperbaiki kelemahan awal pengajaran pensyarah dan pembelajaran pelajar.
Skor penilaian sumatif banyak digunakan bagi tujuan pemilihan dan penempatan
pelajar ke alam pembelajaran yang lebih tinggi.

Latihan

Cuba
Cuba kenal
kenal pasti
pasti perbezaan
perbezaan antara
antara penilaian
penilaian formatif
formatif dengan
dengan
penilaian
penilaian sumatif.
sumatif. Pada
Pada pendapat
pendapat anda,
anda, apakah
apakah kekuatan
kekuatan
dan
dan kelemahan
kelemahan penilaian
penilaian formatif
formatif berbanding
berbanding dengan
dengan
penilaian
penilaian sumatif?
sumatif?
[Jawapan
[Jawapan anda
anda perlu
perlu didokumentasikan
didokumentasikan di
di dalam
dalam portfolio
portfolio
PSV3113]
PSV3113]

10

PSV3113 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

c. Penilaian Pra Kelayakan dan Diagnostik


Penilaian pra kelayakan digunakan sebagai petunjuk sama ada pelajar
berpotensi, bersedia dan mempunyai kecerdasan, bakat dan minat terhadap
sesuatu bidang yang ingin beliau ceburi. Penilaian diagnostik pula dilakukan
sebagai cara untuk mengesan sama ada pelajar sudah bersedia untuk mengikuti
pelajaran seterusnya. Sekiranya pelajar belum bersedia, guru dapat mengesan
kelemahan dan kekuatan pelajar agar pembetulan serta penambahbaikan yang
berkaitan boleh lakukan.

- Ujian Pencapaian
Ujian pencapaian mengukur secara khusus sejauh mana pelajar telah
menguasai

isi

sesuatu

kursus

yang

diajar.

Ujian

pencapaian

mempersoalkan apa yang pelajar telah belajar.Seringkali ujian pencapaian


merujuk kepada ujian bagi mengukur tingkah laku pengajaran dan
pembelajaran kognitif, afektif dan psikomotor.
- Ujian Kecerdasan
Ujian kecerdasan adalah ujian yang direka khusus untuk mensampel
secara

luas

pelbagai

fungsi

mental

(pemikiran)

supaya

dapat

menganggarkan tahap intelektual am seseorang individu.


- Ujian Prestasi
Ujian prestasi adalah ujian yang memerlukan pelajar menunjukkan
pemahaman dan kemahiran mereka dalam melakukan aktiviti atau siri
aktiviti seharian. Ujian prestasi memberi rangsangan kepada pelajar untuk
memperkenal dan mengembangkan aktiviti pemikiran dan penaakulan
mereka berasaskan kepada kurikulum yang diajar. Di antara teknik yang
digunakan dalam ujian prestasi ialah menghendaki pelajar merakam
sebahagian aktiviti, menemubual pelajar bagi mengesahkan kebolehan,
11

PSV3113 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

kefahaman dan pemikiran mereka. Teknik portfolio juga sering digunakan


bagi memeriksa hasil kerja pelajar. Melalui teknik portfolio guru boleh
menentukan sama ada kerja yang dilakukan memenuhi kehendak soalan
ujian.
d.

Penilaian Alternatif

Penilaian prestasi yang menegaskan bahawa kaedah penilaian ini memberi satu
alternatif kepada pengujian kertas dan pensil tradisional. Penilaian pengajaran di
sekolah sering melibatkan penilaian berdasarkan hasil pembelajaran yang
ditunjukkan oleh pelajar. Antara penilaian alternatif ini adalah penilaian terhadap
disertasi, projek, kajian kes, portfolio, seminar, bengkel dan oral pelajar.

PERKAITAN 3P

Berdasarkan rajah di atas, kita dapati ketiga-tiga konsep berkenaan mempunyai


perkaitan rapat dalam proses mendapatkan tahap keberkesanan sesuatu proses
pengajaran dan pembelajaran. Tujuan atau objektif sesuatu penghakiman produk
P&P membabitkan ketiga-tiga aspek bekenaan.

12

PSV3113 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Mengumpul Maklumat

Berdasarkan kepada pengalaman anda, cuba kenalpasti satu


contoh ujian pencapaian, ujian kecerdasan, ujian prestasi, dan
ujian alternatif.

1.2

JENIS-JENIS PENTAKSIRAN
SINOPSIS
Pembelajaran pendidikan seni secara umumnya

adalah untuk membina

keupayaan bagi menghargai dan mendiskriminsi apa yang dilihat oleh mata.
Literasi visual ini juga meliputi keupayaan menghargai dan memanipulasi bahasa
tampak yang memerlukan seseorang itu berkeupayaan untuk membaca imejimej visual. Di samping keupayaan ini menerusi pendidikan seni juga pelajar
diberi peluang untuk membina kemahiran psikomotor dalam berbagai-bagai
bidang kemahiran. Begitu juga dengan pembinaan berbagai nilai bagi
menyuburkan

domain

afektifnya.

Ini

adalah

teras kepada

pembelajaran

Pendidikan Seni. Pendidikan Seni perlu memenuhi keperluan pelajar-pelajarnya


untuk mendapatkan keupayaan dan kemahiran tersebut.
Sejauhmanakah pencapaian pelajar-pelajar dalam membina keupayaan,
kemahiran dan memupuk nilai tersebut dicapai? Sejauhmanakah pencapaian
dan berkesannya pengajaran dalam mata pelajaran ini? Untuk menjawab
persoalan ini, satu proses penilaian perlu dilakukan. Penilaian pendidikan seni
13

PSV3113 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

boleh dijadikan sebagai petunjuk untuk membuat diagnosis bagi membantu


pelajar yang bermasalah. Mekanisma untuk mendapatkan maklumat tersebut
adalah dengan mengadakan pengukuran, pengujian atau penilaian.

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir modul ini, peserta kursus akan dapat;
i.

Menjelaskan jenis-jenis pentaksiran yang boleh dijalankan oleh pihak


penilai;

ii.

Menjelaskan konsep pentaksiran yang pelbagai;

iii.

Membezakan bentuk bentuk pentaksiran.

Konsep Pentaksiran
Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu kaedah dalam proses
pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod,
memberi skor dan menginterpretasikan maklumat tentang hasil pembelajaran
seseorang pelajar bagi tujuan tertentu.
carta di bawah;

14

Pentakiran dapat dirumuskan seperti

PSV3113 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Tujuan Pentaksiran
i.

Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam

ii.
iii.

pembelajaran
Mengapa
Pendidikan
Seni?
Mengapa
perlu
penilaian
dalam
Pendidikan
Seni?
Menilai
aktivitiperlu
yangpenilaian
dijalankandalam
semasa
pengajaran
dan pembelajaran
Merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk
Berikan
Berikan pendapat
pendapat anda
anda berdasarkan
berdasarkan tiga
tiga domain
domain iaitu;
iaitu;
menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran

iv.

juga
bertujuan untuk memberi maklumat tentang pencapaian akademik,
Domain
Domain kognitif
kognitif
kemahiran
atau sikap
Domain
Domain afektif
afektif
Merangkumi aspek penilaian, pengujian dan pengukuran.
Domain
Domain psikomotor
psikomotor
Maklumat
Maklumat anda
anda perlu
perlu dipersembahkan
dipersembahkan dalam
dalam bentuk
bentuk peta
peta
Memikirkan
minda
Atas
minda dan
dan dimasukkan
dimasukkan ke
ke dalam
dalam porfolio.
porfolio.
Atas
persetujuan
persetujuan bersama
bersama anda
anda juga
juga boleh
boleh emailkan
emailkan kepada
kepada
15
pensyarah
pensyarah untuk
untuk tujuan
tujuan semakan.
semakan.

PSV3113 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

1.2.1 Jenis Pentaksiran


1.2.1.1 Pentaksiran autentik
Pentaksiran authentik bermaksud mengevaluasi pengetahuan atau keahlian
pelajar dalam konteks yang mendekati dunia sebenar atau kehidupan nyata
sedekat mungkin.
adalah

proses

Mengikut Rudner & Boston (1994) Pentaksiran autentik


yang

memerlukan

kanak-kanak

mendemonstrasikan

pengetahuan, kemahiran dan strategi dengan memberi maklum balas dan atau
hasilan

dalam

konteks

atau

realiti

yang

bermakna.Pentaksiran

autentik digunakan seperti yang disebut oleh Hills (1993) bahawa pentaksiran
autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi pengetahuan
pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap
terhadap persekitaran, dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar. Dalam erti
16

PSV3113 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

kata lain, pentaksiran autentik ini juga merupakan suatu proses yang melibatkan
pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh mengimbas kembali tahap
pembelajaran, kejayaan, motivasi dan sikap pelajar pada aktiviti yang releven.
Menurut Grace (1992), menjelaskan bahawa penilaian autentik ini merupakan
amalan yang membabitkan kanak-kanak secara realistik dalam menilai kemajuan
mereka sendiri. Ia juga melibatkan pentaksiran yang dilakukan secara
berterusan. Realistik dan bermakna merupakan terma yang sering digunakan
dalam

pentaksiran

autentik.

(Sumber:

Buku Educational

Assessment

of

Students).

Umumnya pentaksiran autentik merupakan satu sistem penilaian yang sesuai


untuk

dicadangkan sebagai satu sistem yang bermakna dalam bidang

Pendidikan Seni Visual dengan rasional lain seperti yang berikut:


a) Perlu ada sistem yang mentaksir secara autentik atau bermakna untuk
perkembangan kanak-kanak:

Eisner (1980) kanak-kanak membuat pengamatan, membuat tafsiran dan


tanggapan seterusnya melahirkan konsep.

Brown (1980) mendapati bahawa pengalaman kanak-kanak dalam


memerhati ketika melukis atau membuat lakaran mengembangkan
pemikiran yang kritis.

b) Perlu diperkenalkan sistem pentaksiran yang telus untuk ibu bapa dan
kanak-kanak
c)

Perlu ada program jalinan kolaborasi antara sekolah dengan jabatan


pendidikan negeri dan memastikan ada kesinambungan subjek.
17

PSV3113 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Ciri-ciri Pentaksiran Autentik


Pentaksiran autentik adalah untuk pemahaman yang lebih jelas dalam
menganalisis keperluan kaedah penilaian ini dalam bidang pendidikan awal
kanak-kanak.
Antara ciri-cirinya ialah:
i.

Menilai pemahaman melalui penampilan tugasan yang


dilaksanakan.

ii.

Indikator profisensi melalui aktiviti melakukannya.

iii.

Subjek menganalisis, mensintesis dan mengaplikasi.

iv.

Subjek membina maksud yang tersirat.

v.

Berpusatkan kanak-kanak.

Contoh-contoh pentaksiran autentik;


Persembahan tarian
Mempersembahkan karya tulis asli kepada rakan- rakan sebaya
Mendemostrasikan hasil karya dalam pameran seperti Science fair
(pameran Sains) atau Art show ( pertunjukan Seni)
Menunjukkan keterampilan yang dimiliki dalam bentuk pengumpulan
portfolio.

Kebaikan kaedah penilaian autentik ini kepada pelajar ;


Dapat mengungkapkan secara total seberapa baik pemahaman akademik
mereka.
18

PSV3113 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Menghubungkan pembelajaran dengan pengalaman mereka sendiri, dunia


mereka dan masyarakat luas.
Mengungkapkan dan memperkuatkan penguasaan kompetensi mereka.
Menangani teknologi dan berfikir sistematik.

Kesimpulan Pentaksiran Autentik


Pentaksiran autentik yang disarankan dapat mengukur kemajuan kanak-kanak
dari pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak. Kaedah pentaksiran ini juga
akan dapat memperbaiki kesediaan guru dalam proses pernbelajaran dan
perkembangan kanak-kanak untuk kesediaan ke alam persekolahan yang lebih
tinggi.
1.2.1.2

Pentaksiran Hasil Pembelajaran

Definisi kepada pentaksiran hasil pembelajaran adalah proses pengumpulan


data yang memberitahu sama ada aktiviti atau pengalaman yang disediakan
telah memberi kesan kepada mereka yang terlibat atau dalam kata lain, adakah
hasil yang dipelajari mampu memberi perubahan kepada individu yang terlibat?
Sekolah adalah pihak yang terlibat dalam menentukan hasil pembelajaran yang
diharapkan.

Tidak hanya memilih matapelajaran yang tertentu sahaja.

Keputusan yang diperolehi mestilah berdasarkan nilai keberkesanan aktiviti yang


dijalankan

bukan

kepada

seseorang

individu

sahaja.

Pihak

sekolah

menggunakan maklumat yang diperoleh untuk menentukan kaedah yang terbaik


untuk membantu menangani masalah yang dirasakan perlu.

Penilaian yang

diadakan mestilah bersifat berterusan. Pihak penilai mestilah berakauntabiliti dan


berkepimpinan dalam menjalankan penilaian.

19

PSV3113 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Berikut adalah pendekatan yang yang dikemukan oleh MONTGOMERY tentang


pentaksiran berasaskan hasil pembelajaran;

Student Learning Outcomes (SLO)

Jangkaan hasil pembelajaran yang


diperoleh dengan memberi penekanan
kepada pertambahan ilmu pengetahuan ,
kemahiran dan sikap.

Student Progress Outcomes (SPO)

Berterusan iaitu murid dapat melakukan


perubahan yang lebih baik dalam peringkat
yang seterusnya.

Penilaian tidak dilakukan pada satu tahap


semata- mata.

Pembelajaran bersifat berterusan maka

pentaksiran juga bersifat berterusan.

Kebaikan kaedah pentaksiran hasil pembelajaran ini boleh dikategorikan kepada


3 bahagian;
20

PSV3113 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Kesimpulan
Pentaksiran ini mempertingkatkan pembelajaran berdasarkan penilaian yang
sistematik.

Murid akan cuba menguasai hasil pembelajaran yang spesifik.

Pentaksiran ini memacu sekolah ke arah yang lebih cemerlang. Pembelajaran


yang berterusan akan berlaku kerana penilaian bersifat berterusan. Pentaksiran
lebih terarah kepada program yang afektif bukan berbentuk individu.

1.2.1.3

Pentaksiran Performance Based


21

PSV3113 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Definisi

kepada

Pentasiran

Performaced

Based

ialah

proses

yang

menggunakan subjek penglibatan murid dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan.


Kaedah ini mengkhendaki

pelajar menggunakan pengetahuan dengan

bermakna dan mahir menggunakan pelbagai kemahiran (contohnya, penulisan,


penyelidikan, perdebatan, kemahiran komunikasi dan kemahiran berfikir secara
kritis).Memberi

pelajar

peluang

untuk

memperbaiki

dan

melakukan

penambahbaikan melalui pemikiran kritis dari semasa ke semasa dalam


memperoleh kejayaan pada masa hadapan. Merangsang pelajar menggunakan
kombinasi kemahiran, pengetahuan, kemampuan yang ada dalam dunia
sebenar.
Jenis- jenis Pentaksiran Performanced Based:
1. Portfolio (dapatan hasil kerja)
Kaedah ini selalu digunakan untuk menilai pencapaian individu murid dari
semasa ke semasa. Ianya juga suatu cara yang membolehkan penilaian
terhadap murid dibuat secara keseluruhannya.
2. Kaedah pentaksiran berpusat (simulasi berdasarkan situasi
sebenar).
Pentaksiran akan dibuat berdasarkan kepada penglibatan murid dan
keberkesanan penyelesaian masalah dalam sesuatu situasi yang
diberikan.

3. Mengukur berdasarkan keupayaan.

22

PSV3113 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Pentaksiran ini dapat dinilaikan melalui bahan contoh daripada murid


seperti :-

1.2.1.4

Bahan penulisan

Persembahan

Gerak kerja projek

Pentaksiran dan Motivasi

Suatu variabel perantara yang digunakan untuk menerangkan faktor-faktor


dalam diri individu, yang dapat membangkitkan, mempertahankan dan
menyalurkan tingkah laku ke arah suatu tujuan tertentu. Motivasi tidak dapat
terlihat dari luar. Motivasi dapat menggerakkan manusia untuk menampilkan
suatu tingkah laku kearah pencapaian suatu tujuan.
Motivasi berkait rapat dengan kekuatan (dorongan) yang berada di dalam diri
manusia. Tingkah laku dapat dilandasi oleh berbagai macam motivasi;

Sesuatu yang menggerak dan mengarahtuju seseorang dalam

tindakannya sama ada secara negatif atau positif


Pengarah Tuju dan Penggerak Tindakan
Darjah Kesungguhan
Stimulator / semangat

Tiga Kategori Motivasi


i. Motif Primer :

Dibawa sejak lahir & bukan hasil proses belajar


Faali/psikologis
Keinginan untuk makan & minum

ii. Motif Umum:

Dibawa sejak lahir & bukan hasil proses belajar


23

PSV3113 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Tidak berhubungan dengan proses faali tubuh manusia


Keperluan kasih sayang, rasa ingin tahu dan diperhatikan

iii. Motif Sekunder:

1.2.1.5

Tumbuh sebagai hasil proses belajar


Tidak berhubungan dengan proses faali
Keperluan berprestasi & berkuasa
Pentaksiran Konsep kendiri

Konsep kendiri merupakan penilaian seseorang terhadap dirinya atau cara dia
menganggap tentang dirinya secara positif atau negatif. Untuk membina konsep
kendiri seseorang juga menerima penilaian daripada orang lain. Hal ini meliputi
persepsi tentang diri dan alam sekelilingnya melalui dirinya dan juga perasaan
tentang kebolehannya meliputi keyakinan dan harga dirinya.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar merupakan penilai terbaik
terhadap pembelajaran guru. Guru tidak mungkin akan mengetahui apa yang
pelajar benar-benar tahu atau berupaya mengetahui. Namun, kadang-kadang
pelajar sendiri juga tidak mengenal keupayaan sendiri tanpa membuat refleksi,
pertimbangan dan penilaian.
Penilaian kendiri membolehkan pelajar menilai, dan seterusnya mengenal diri
sendiri.

Carl Rogers (1950), mendefinisikan konsep kendiri sebagai suatu

gambaran persepsi seseorang tentang ciri-ciri dan kebolehannya, persepsi dan


konsep kendiri berbanding dengan orang lain dan persekitarannya. Terdapat juga
kajian yang dilakukan mengenai cara memahami konsep kendiri.

Dari segi psikologi, Hall dan Landsay seperti yang dipetik oleh Staats (1963),
berpendapat konsep kendiri boleh dilihat dalam 2 cara, iaitu:

tanggapan diri seseorang individu

proses yang menentukan tingkah laku seseorang individu

24

PSV3113 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Syarifah Alawiah (1987), pula menyatakan kendiri merupakan suatu organisasi,


peribadi bagi seseorang individu yang unik dan dinamik lahir daripada
interaksinya dengan persekitaran. Hal tersebut seterusnya akan menentukan ciri
tingkah laku perasaan dan fikiran.

Fungsi
Dalam pembelajaran, baik di dalam mahupun di luar bilik darjah, penilaian kendiri
berfungsi ;

membolehkan pelajar secara individu, mengukur dan membuat refleksi


terhadap kekuatan dan kelemahan kendiri dalam penguasaan sesuatu
kemahiran atau disiplin ilmu;

memberi panduan kepada pelajar tentang dari mana dia harus


memulakan perancangan bagi pembelajaran seterusnya;

memberi keyakinan kepada pelajar tentang peranannya dalam menilai


perkembangan diri dan pencapaiannya;

mengurangkan kebergantungan pelajar pada guru dalam kelebihan dan


kekurangan/kekuatan

dan

kelemahannya

dalam

sesuatu

bidang/kemahiran, dan

membolehkan pelajar sentiasa bersikap kritis terhadap kerjanya.

Kaedah:
1.

Bagi memastikan penilaian kendiri dilaksanakan dengan berkesan dan


menepati matlamatnya guru hendaklah;
meyakinkan pelajar tentang kepentingan penilaian kendiri dalam proses
pembelajaran.
mengemukakan soalan-soalan yang boleh membantu pelajar membuat
penilaian kendiri.

25

PSV3113 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

melatih pelajar menilai setiap langkah atau pembelajaran mereka


berpandukan instrumen seperti senarai semak atau alat rubrik.
membimbing pelajar melaporkan dapatan penilaian masing-masing, dan
kesannya terhadap proses pembelajaran seterusnya.
2.

Penialian kendiri boleh juga dibuat dengan pelajar yang berkenaan


menstruktur sendiri segala butiran yang hendak dinilai dan kriteria yang
hendak dicapai, sama ada dalam bentuk senarai semak atau sebagainya,
kemudian meminta kerjasama rakan sebayanya (individu/kumpulan)
membuat penilaian terhadap dirinya. Dapatan itu kemudian dikumpul dan
dianalisis sendiri oleh pelajar tersebut.

Proses menganalisis dan membuat refleksi terhadap penilaian mengenai dirinya


sendiri itulah menjadi penilaian kendiri

Konsep Kendiri Positif

Seseorang itu percaya dan yakin kepada diri sendiri secara lebih sihat,
mempunyai minat yang baik dan objektif serta tidak terlalu sensitif. Ia juga
meliputi sikap terbuka dan memberi pendangan jika wujud keadaan yang tidak
baik dan stabil.

Ciri-ciri Konsep Kendiri Positif

Menghargai

Memuji orang lain

Puas hati dengan pencapaian

Murah hati
26

PSV3113 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Mudah berkawan

Puas hati dengan dirinya

Berpuas hati dengan bahan-bahan kepunyaannya

Peramah

Ciri-ciri Konsep Kendiri Negatif

Cenderung untuk merasa salah

Takut kepada kegagalan

Sering merasa bimbang

Cepat berkecil hati walaupun melibatkah masalah kecil

Pencapaian akademik yang rendah

Tidak gemar kerja mencabar

Kurang keyakinan pada diri sendiri

Kurang berminat untuk mendapatkan maklum balas

Melihat diri sebagai kurang menarik dari segi personalit

27