You are on page 1of 4

Nyatakan persoalan yang terdapat dalam Novel Melunas Rindu dan Kabus Di Perbukitan.

Novel yang saya kaji ialah NOVEL MELUNAS RINDU karya Hartini Hamzah dan Novel
Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah. Terdapat banyak persoalan dalam
kedua-dua buah novel tersebut.
Dalam Novel Melunas Rindu, terdapat persoalan tanggungjawab sebagai
seorang pendidik. Persoalan ini jelas melalui bukti bahawa Fuad tetap menjalankan
tanggungjawab sebagai seorang pendidik dengan baik walaupun dia hanya guru
sementara. Persoalan ketabahan menghadapi cabaran dalam kehidupan juga
digambarkan dalam novel Melunas Rindu ini. Buktinya, Fuad tabah menghadapi pelbagai
cabaran dalam usaha mencari ibu kandungnya. Selain itu, Persoalan kasih sayang
sesama ahli keluarga juga ada dalam novel Melunas Rindu ini. Walaupun Fuad hanya
anak saudara kepada Peter Lim dan Swee Lan, namun mereka tetap menyayangi Fuad
seperti anak kandung. Dalam novel Melunas Rindu ini, Persoalan tentang kehilangan
seseorang yang disayangi amat memeritkan jelas tergambar. Contohnya Mak
Salmah terasa sunyi setelah kehilangan anak angkatnya Sofia. Fuad pula hilang tempat
bermanja apabila dari kecil lagi kehilangan ibu dan bapanya. Selain itum dalam novel ini
ada persoalan perbezaan agama tidak akan memutuskan pertalian darah.
Contohnya walaupun Fuad seorang Islam namun dia tetap diterima oleh ibu dan bapa
saudaranya yang tidak seagama dengannya. Akhirnya, persoalan sifat keibuan
melebihi segala-galanya ada dalam novel tersebut. Contohnya sifat keibuan yang ada
pada Mak Salmah menyebabkan dia tidak dapat menerima hakikat kematian Sofia. Selain
itu Mariana tetap mengingati Abdul Halim atau Fuad yang hilang sejak kecil.
Manakala dalam Novel Kabus Di Perbukitan, persoalan yang digambarkan
ialah persoalan ikatan kekeluargaan yang erat. Persoalan ini digambarkan melalui
Faridah dan Rahayu yang merupakan pasangan kembar tetapi dibesarkan secara
berasingan oleh ibu bapa mereka. Hal ini demikian kerana Rahayu dijaga oleh ayah dan
ibu tirinya, manakala Faridah dibela oleh ibunya sendiri. Namun demikian Rahayu
sentiasa merindui kakaknya, Faridah. Persoalan perpisahan ibu bapa menyebabkan
anak-anak menjadi mangsa juga digambarkan dalam Novel Kabus di Perbukitan ini,
Perkara ini dipaparkan melalui tindakan Kamarudin meninggalkan Salmah tetapi
membawa bersama-samanya Rahayu ke Indonesia menyebabkan pasangan kembar
tersebut terpisah dan merindui satu sama lain. Persoalan kecintaan terhadap alam
sekitar. Persoalan ini digambarkan melalui watak Azrul yang aktif dalam programprogram pemeliharaan alam sekitar. Persoalan kasih sayang juga turut dipaparkan
dalam Novel Kabus di Perbukitan ini. Persoalan ini digambarkan antara ibu dengan
anaknya, iaitu kasih sayang Salmah terhadap anaknya Rahayu yang telah meninggal
dunia. Akibat terlalu rindu, ibu ini menderita sehingga menemui ajalnya. Persoalan
kasih sayang antara isteri dan suami pula tergambar melalui tindakan Melina yang
berusaha dengan pelbagai cara mencari suaminya, Benny yang tidak pulang ke rumah.
Akhirnya terdapatpersoalan tentang sikap berdikari golongan siswazah. Golongan
ini tidak seharusnya menunggu tawaran kerja yang diberikan oleh pihak kerajaan atau
swasta. Sebagai contoh, Azrul bertekad untuk menjadi penternak kambing dan hasratnya
itu dipersetujui oleh bapanya.

Soalan 4 : Novel
( 15 markah )
Jawapan mestilah berdasarkan satu daripada novel-novel berikut:
(i) PAPA(akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof
(ii) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah
(iii) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah
(iv) Renyah karya Gunawan mahmood
(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain
(vi) Kembara Amira karya Amer Hamzah l. Kadir
(vii) Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah
(viii) Sutera dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan

(a) Cerita dalam novel sememangnya memaparkan latar masyarakat sezaman. Nyatakan
tiga latar masyarakat yang terdapat dalam novel yang telah anda baca.

(b) Klimaks merupakan unsur utama dalam plot sesebuah cerita. Daripada novel yang
telah anda baca, jelaskan persitiwa yang menjadi klimaks dalam novel tersebut.

Kabus di Perbukitan
Sesebuah cerita dalam novel sebenarnya menceritakan kisah masyarakat. Ciri-ciri masyarakat dapat
dikesan melalui tindakan dan sifat watak itu sendiri. Dalam novel Kabus di Perbukitan juga terdapat
beberapa latar masyarakat yang dapat dikesan oleh pembaca.
Pembaca dengan jelas dapat mengesan kewujudan masyarakat Inggeris dalam novel ini. Masyarakat
ini terbahagi kepada dua golongan iaitu masyarakat Inggeris yang terdiri daripada orang British yang
diwakili oleh Tuan Cecil Renking. Golongan ini hadir dalam novel melalui halusinasi Faridah semasa
dia sesat di dalam hutan. Golongan ini datang dan menjajah serta mentadbir negara ini. Selain
daripada itu mereka mengambil hasil bumi seperti bijih timah. Golongan kedua pula ialah
masyarakat Inggeris yang tinggal di New Zealand. Golongan ini diwakili oleh Soleh Johnsons, suami
kepada Faridah. Sebahagian mereka beragama Islam termasuk Soleh Johnsons. Dia mengusahakan
lading ternak biri-biri dan membekalkan daging halal untuk dieksport.
Selain daripada itu pembaca mendapat gambaran tentang masyarakat yang penyayang kepada
keluarga. Bermula daripada Faridah yang sayangkan ibunya sehingga tidak mahu berpisah walaupun
telah bersuami. Suaminya Ghazali terpaksa berulang-alik dua atau tiga hari sekali dari tempat
kerjanya ke rumah ibu Faridah. Salmah juga sayang kepada adik kembar kepada Faridah sehingga
dia bergitu sedih dengan kematian Rahayu. Tambahan pula Rahayu telah berpisah dengannya sejak
umur tujuh tahun. Manakala Mejar (B) Kamarudin juga sayangkan anak-anaknya termasuk Faridah
yang telah lama ditinggalkan bersama Salmah. Dia berusaha mencari Faridah setelah usaha pihak
pencari dan penyelamat gagal. Dia telah meredah hutan bersama Buyung sehingga menemui Faridak
di perkampungan orang Asli.
Novel ini juga menggambarkan masyarakat yang tabah dalam menempuh dugaan hidup. Salmah

hidup dengan tabah dalam keadaan yang sukar di kampung setelah ditinggalkan oleh suaminya
Mejar (B) Kamarudin. Faridah melalui kehidupannya berasama ibu dengan mengerjakan sawah
untuk menyara hidup mereka. Dia juga tabah menjaga ibunya yang semakin uzur sehingga ibunya
meninggal. Dia juga tabah menerima kematian suaminya Ghazali akibat kemalangan jalan raya.
Demikian juga dengan Melina. Dia tabah menghadapi dugaan apabila suaminya Benny hilang. Pada
masa yang sama dia memandu sendiri dalam keadaan sarat mengandung untuk berjumpa dengan
ibunya di Cameron Highland.
Kesimpulannya dapatlah dikatakan gambaran masyarakat dalam novel Kabus di Perbukitan
dipaparkan dengan jelas oleh pengarang. Paparan yang jelas ini membolehkan cerita yang
disampaikan lebih hidup dan berkesan kepada pembaca.

(b)
Kabus di Perbukitan
Plot terdiri daripada empat unsur utama. Salah satu unsur plot yang penting ialah klimaks. Pada
peringkat ini, perkembangan plot sesebuah cerita memuncak. Ia digambarkan dengan peristiwa
pertentangan antara dua watak atau antara watak dengan dirinya sendiri.
Peristiwa yang menjadi klimaks dalam novel Kabus di Perbukitan terdapat pada bab 13 dan bab 14.
Salmah masih ke sawah walaupun Faridah sudah bekerja. Faridah tinggal bersama ibunya kerana
tidak sanggup meninggalkan ibunya yang sedang sakit. Ghazali, suami Faridah bertugas di Kelang
dan pulang dua atau tiga hari sekali. Perasaan Salmah semakin tertekan kerana teringatkan Ayu. Dia
pergi ke kubur Ayu sehingga dua kali sehari. Minah, jiran Salmah menenangkan perasaan rindu
Salmah. Salmah semakin sedih mengenangkan penderitaan Rahayu semasa Mejas (B) Kamarudin
menghantar Rahayu pulang. Salmah begitu sedih dengan penderitaan yang dialami oleh Ayu
berbanding dengan dirinya.
Faridah bermimpi Ayu datang menggamit ibunya pergi. Dia tersedar dan menunaikan solat tahajud.
Kemudian dia memasak nasi lemak untuk memenuhi selera ibunya Salmah. Selesai memasak dia
menyedari ibunya belum bangun dan sembahyang subuh walaupun sudah agak lewat dan waktu
sudah menunjukkan pukul 6.30 pagi. Dia mengejutkan ibunya untuk menunaikan solat Subuh.
Namun dia mendapati ibunya sudah meninggal.
Konflik perasaan Faridah sampai ke kemuncak apabila suaminya Ghazali meninggal dunia setelah
terlibat dengan kemalangan jalan raya. Faridah telah hilang semua tempat bergantung dan hilang
semua orang yang disayangi. Tekanan perasaan itu menyebabkan dia membawa diri ke New
Zealand.

You might also like