You are on page 1of 2

PROGRAM INTERVENSI LIMA LANGKAH (PILL) BAGI UPSR (Tahun 6)

1. Bidang keutamaan : Bahasa Melayu


a) Matapelajaran : Bahasa Melayu Penulisan UPSR
2. Plan Intervensi : Projek Y & Power 30
a) Meningkatkan bilangan calon A dalam Bahasa Melayu Penulisan UPSR
b) Persediaan awal untuk sistem berpusatkan peperiksaan
c) Memberi kemahiran dan teknik menguasai A dalam Bahasa Melayu Penulisan UPSR

3. Sasaran : Murid tahun 6 seramai 2 orang.


Bil

Nama murid

Jantina

Markah

Gred

1.

Sharvin Raj A/L Asokan

45

2.

Thavaseelan A/L Sivaguru

42

Jadual 1 : Markah pencapaian murid dalam matapelajaran Bahasa Melayu penulisan pada
tahun 5 pada tahun 2013
4. Plan Tindakan :
a) Mesyuarat penyelarasan program ( 20.01.2014) (seperti di lampiran)
b) Penyediaan kertas konsep program (23.01.2014 hingga 27.01.2014) (seperti di lampiran)
c) Penyediaan kertas-kertas soalan tahun lepas UPSR (2005 hingga 2013)
(27.01.2014 hingga 29.01.2014)
d) Jadual Waktu kelas dibina (dari jam 7.30pg hingga 4.30ptg) (seperti di lampiran)
d) Pelaksanaan program (bulan March hingga bulan September)
Fasa Pertama (Projek Y)
Kertas soalan Pra UPSR yang telah dinilai kualiti peperiksaan sebenar
digunakan dalam fasa ini.
Tujuh kemahiran digabungjalinkan, iaitu :1. Bacaan
2. Menyoal
3. Menerang
4. Berbincang
5. Fahaman
6. Menghafal

7. Drilling (latih tubi)


Pada sejam pertama,guru akan membincang kesemua 20 soalan yang telah
dijawab oleh murid pada hari sebelumnya. Pada jam kedua pula guru
mengaplikasikan teknik tujuh kemahiran melalui perbincangan jawapan
murid.
Fasa Kedua (Power 30)
Kertas soalan UPSR tahun tahun lepas digunakan dalam fasa ini.
Berikut adalah aliran pelaksanaan Power 30 dalam masa 90 minit.
1. 15 minit jawab soalan Bahagian A ( Bina Ayat ) ; perbincangan jawapan
oleh guru dengan murid selama 15 minit.
2. 15 minit perbincangan isi karangan, 25 minit menjawab soalan Bahagian B
( karangan ) ; guru akan menyemak karangan dan akan membimbing murid
secara individu dan secara kelas pada 15 minit seterusnya.
3. Murid akan menjawab soalan Bahagian C ( Nilai Murni ) pada 20 minit
pertama dan perbincangan jawapan dengan guru selama 10 minit.
5. Guru Bertanggungjawab :
a) Cik.Saanthini a/p Vijayan (Guru matapelajaran Bahasa Melayu Tahun 6)

6. Tarikh Perlaksanaan : Bulan March hingga September 2014

7. Jumlah Kos : Rm100.00

8. Kajian Impak Program :


a) Murid dapat memahami teknik penulisan yang betul dan memberi keputusan yang
baik pada peperiksaan UPSR 2014.
b) Pemantauan akan dilaksana dari semasa ke semasa oleh Guru Penolong Kanan
kurikulum Cik Kohilavani A/P Narayasamy dan Guru Besar SJKT Ladang Selborne
En.Kumarasamy A/L Rajagopal.
c) Skor pencapaian murid akan catat di dalam buku markah yang telah disediakan.
d) Refleksi PdP dicacat untuk melihat keberkesanan pelan tindakan yang dirancang dan
ini akan dipantau oleh Guru Penolong Kanan Kurikulum Cik.Kohilavani A/P
Narayasamy dan Guru Besar SJKT Ladang Selborne En.Kumarasamy A/L Rajagopal.

You might also like