You are on page 1of 2

https://prezi.

com/-u-qonyxmpow/guru-biasa-boleh-membantu-guru-gurubimbingan-dan-kaunseling/
ANALISIS SWOT
1. Lebih banyak meluangkan masa
- Banyak masa diluangkan berbanding guru bimbingan dan kaunseling
sekaligus dapat mengenalpasti murid yang bermasalah dan masalah yang
dihadapinya.
- Peka perubahan diri murid.
2. Mengenali murid
- Guru biasa lebih mengenali latar belakang murid, contohnya : guru kelas.
- Dapat mencari punca masalah yang dihadapi oleh murid.
3. Keselesaan murid
- Murid lebih selesa untuk menceritakan sebarang masalah yang wujud
kepada guru biasa berbanding guru bimbingan dan kaunseling.
4. Hubungan repo dengan murid
- Hubungan baik yang dibina memberi ruang kepada murid untuk
menerima sebarang nasihat atau cadangan yang diberikan oleh guru atas
dasar kepercayaan.
5. Penerapan dalam konteks pembelajaran
- Tindakan untuk mengatasi atau memperbaiki masalah yang dihadapi
oleh murid boleh dilakukan dalam sesi P&P.

Peranan yang boleh dimainkan oleh guru.


- Membantu murid membuat penyesuaian dalam peribadi, sosial, emosi,
akademik, perkembangan mental dan akhlak.
- Membantu murid dalam konteks pembelajaran.
- Membantu murid membuat keputusan yang rasional.

https://prezi.com/-u-qonyxmpow/guru-biasa-boleh-membantu-guru-gurubimbingan-dan-kaunseling/
- Bekerjasama dengan ibu bapa dalam mengawasi perkembangan murid.
- Bekerjasama dengan guru bimbingan dan kaunseling.

You might also like