You are on page 1of 5

https://www.scribd.

com/doc/49855023/Seni-Kraf-Tradisional-Persamaan-Perbezaan
Pengenalan

Apabila kita bercakap tentang seni, ramai yang akan berfikir tentang seni muzik, seni
lakonan, seni suara dan seni lukis. Ini adalah kerana bidang-bidang tersebut selalu didedahkan
kepada masyarakat dan menjadi kebiasaan pada generasi muda dalam mengingati istilah seni.
Kita lupa bahawa seni itu itu mempunyai pelbagai bidang atau cabang tertentu. Antara bidang
seni yang biasa lupa pada generasi masyarakat kita ialah seni kraf tradisional, seni bina dan seni
khat. Dalam bicara kita pada ruangan ini adalah Seni Kraf Tradisional iaitu batik, tenunan,
anyaman atau ukiran. Penilaian kita hanya bertumpu kepada dua bidang sahaja iaitu Seni Batik
dan Seni Ukiran. Sejarah perkembangan batik di negara kita menunjukkan batik dipelajari dari
Jawa dan bermula dari Kota Bahru, Kelantan pada tahun 1914. Batik diperkenalkan melalui
penerapan menggunakan blok kayu dan diikuti dengan penggunaan blok logam. Pada awalnya
penghasilan batik adalah dalam bentuk sarang. Batik gulung atau batik ela diperkenalkan bagi
memperlihatkan ciptaan rupa bentuk pada awal tahun 70-an. Di Malaysia dua jenis batik yang
paling terkenal ialah batik canting/lukis dan batik blok /terap. Ada satu lagi teknik iaitu batik
skrin.
Seni Ukiran ada dua jenis yang terkenal iaitu ukiran kayu dan ukiran logam. Seni ukiran kayu
adalah seni kraftangan yang telah lama wujud di kalangan masyarakat Malaysia terutama bagi
masyarakat Melayu, masyarakat etnik Sabah dan Sarawak serta masyarakat Orang Asli. Seni
ukiran yang dipersembahkan melalui bahan kayu ini sama seperti seni ukiran yang lain cuma
berbeza dari segi cara dan teknik pengukirannya. Seni ini begitu berkembang luas kerana
Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai hasil kayu-kayan yang banyak di mana
terdapat kira-kira 3000 spesis kayu-kayan di negara kita. Di samping itu juga, kayu adalah bahan
alam yang sangat sesuai untuk diukir dan boleh dipelbagaikan kegunaannya. Dalam bidang ini,
fokus akan ditumpukan kepada seni ukiran masyarakat Melayu, masyarakat etnik Sarawak dan
masyarakat Orang Asli. Sejarah Ukiran Kayu Melayu Tradisional Ukiran merupakan hasil seni
rupa tradisi Melayu yang terulung. Sejarah seni ukir di Tanah Melayu banyak terdapat dalam

catatan-catatan sejarah iaitu dalam Sejarah Melayu di mana dikatakan seni ukiran Melayu tradisi
telah ada sejak lebih 500 tahun dahulu. Pada ketika itu, orang-orang Melayu sudah memberi
perhatian yang istimewa terhadap seni ukiran pada bangunan seperti istana dan rumah kediaman.
Raja-raja Melayu pada zaman dahulu memainkan peranan penting dalam memperkembang dan
menghidupkan suasana seni ukiran. Hingga kini peninggalan istana-istana lama memperlihatkan
betapa indah dan uniknya ukiran-ukiran yang diterapkan pada istana-istana tersebut. Di
Semenanjung Malaysia, kekayaan seni ukiran kayu orang Melayu paling ketara pada binaan
rumah tradisional terutama di Kelantan, Melaka dan Negeri Sembilan. Teknik dan Gaya.Ukiran
kayu dapat dilaksanakan dengan berbagai-bagai teknik dan penggunaan satu-satu teknik itu
banyak bergantung pada kebolehan dan kemahiran pandai kayu. Dua teknik utama dan gaya di
dalam seni ukiran Melayu ialah ( i ) tebuk terus ( ii ) tebuk timbul. Dalam kedua-dua cabang seni
ini, ianya mempunyai persamaan dan perbezaan tersendiri dari segi motif, fungsi, stuktur
susunan motif dan sebagainya. Dalam penerangan nanti akan dinyatakan secara terperinci
elemen-elemen tersebut dan juga contoh-contoh seni batik dan ukiran kayu. Seni Ukiran logam
bermula dari kepandaian menggunakan bahan logam di zaman purba. Ini adalah sesuatu yang
sangat menarik kerana logam adalah bahan yang tidak boleh dipecah-pecahkan untuk
menghasilkan sesuatu alat seperti alat-alat yang diperbuat daripada batu. Penggunaan alat-alat
daripada logam yang berukir berterusan hingga kini. Orang-orang Melayu juga banyak sekali
menghasilkan beraneka jenis alat-alat yang diperbuat daripada logam. Seni ukiran pada alat-alat
logam yang dihasilkan oleh tukang-tukang Melayu dapat kita lihat pada senjata-senjata
tradisional, peralatan rumah, perhiasan diri serta barangan - barangan lain.

Motif Batik
Apa itu motif dalam seni ? Motif adalah sesuatu yang hendak disampaikan samada dalam
bentuk corak atau rekacipta yang berilhamkan persekitaran suasana alam serta mesej yang
hendak disampaikan. Antara motif tersebut ialah manusia, haiwan, tumbuhan dan alam yang
lebih luas. Motif lain batik dipanggil Motif Organik dan Motif Geometrik. Dalam bidang batik,
corak dan rekaan pencipta banyak berkisar motif tumbuhan (flora). Ada juga batik menggunakan
motif haiwan serta corak abstrak bagi batik moden. Batik corak Malaysia lebih kepada alam flora
dan fauna. Ada motif gabungan dan motif isen. Ianya digunakan sebagai latar belakang kain

supaya menghasilakan corak yang lebih menarik. Antara batik Malaysia yang terkenal dan
digemari orang ramai ialah batik kain sutera . Batik kain sutera mempunyai nilai kualiti bermutu
tetapi mempunyai nilai kos yang tinggi.
Motif Ukiran
Motif Ukiran pula juga mempunyai persamaan dengan motif batik. Rekaan dan corak ukiran
yang banyak terdapat di Malaysia ialah motif alam iaitu flora dan fauna. Sekarang motif
berunsurkan Islam seperti ayat al Quran juga terdapat pada ukiran samada ukiran kayu atau
logam. Diantara contoh motif ukiran ada dipaparkan di bawah.
Dalam motif samada batik dan ukiran, ianya mempunyai banyak persamaannya. motif alam.
(flora dan fauna), haiwan, abstrak , motif organik dan geometrik. Dalam batik, motif manusia
atau orang jarang kelihatan dan sukar untuk mencarinya. Tetapi dalam seni ukiran motif manusia
banyak terutamanya motif budaya, pahlawan dan adat. Perbezaan bagi motif kedua-dua seni ini
batik maupun ukiran tidaklah terlalu jauh. Ini kerana unsur budaya alam melayu atau nusantara
adalah sama. Sekarang unsur motif batik Malaysia melalui zaman perubahan selari dengan arus
kemodenan. Unsur-uinsur motif abstrak seperti batik 1 Malaysia mempunyai motif kenegaraan
dan perpaduan.

Fungsi-fungsi
Apa itu fungsi ? Di zaman moden, perkembangan seni semakin tidak dapat dipisahkan
dari kehidupan manusia. Seni telah disedari kewujudannya. Sehingga perkembangan manusia
dalam menciptakan dan menggunakan seni semakin dapat dirasakan. Pada perkembangan
seterusnya, manusia telah menciptakan karya seni yang berdaya saing dalam kehidupan mereka.
Bahkan seni menduduki fungsi-fungsi tertentu dalam kehidupan manusia. Fungsi seni terdapat
dalam dua kategori utama iaitu fungsi individual dan fungsi sosial. Kata lain bagi fungsi juga
boleh disebutkan tujuan kegunaannya. Dalam fungsi individual ianya lebih kepada keinginan
dari segi emosi, fizikal, ekspresi diri, estetik dan kerohanian manakala fungsi sosial pula ialah
lebih kepada kebudayaan bangsa/ karyawan, komunikasi, keagamaan dan pendidikan. Dalam
bidang kraf tradisional iaitu batik terdapat kedua-dua fungsi tersebut. Corak batik tradisional

banyak mempunyai fungsi sosial iaitu kebudayaan sesuatu bangsa. Corak rekaan menunjukkan
seni reka tradisional berunsurkan kebudayaan. Selain itu fungsi keagamaan turut dicipta dalam
agama kuno atau kebudayaan Hindu. Sejarah batik Malaysia di ambil dari batik Jawa dan corak
serta bentuk pada mulanya menunjukkan fungsi sosial iaitu kebudayaan dan keagamaan. Fungsi
kain batik juga untuk kegunaan pakaian harian, pakaian untuk majlis tertentu, pakaian basahan
seperti kain sarung, kain lilit kepala dan kelubung wanita serta kain cenderamata,perhiasan diri,
kain penutup mayat dana kaian buaian bagi masyarakat melayu. Dalam zaman reka batik
sekarang, ianya telah berubah sejajar dengan peredaran zaman moden. Fungsi lebih terarah
kepada fungsi individual (individu). Banyak reka bentuk yang dicipta berfungsi melambangkan
ekspresi, fizikal atau bentuk, emosi dan estetik. Rekaan batik bercorak sebegini memang menjadi
pilihan orang ramai kerana penggunaannya melambangkan keperibadian si pemakai. Sekarang
kerajaan kita menetapkan kakitangan kerajaan menggunakan baju batik sekali dalam seminggu
dan ini kita dapat lihat pelbagai corak rekaan batik Malaysia. Banyak corak dan rekaan
menunjukkan fungsi individu seperti estetika, keindahan dan ada juga yang fizikal serta abstrak.
Selera manusia yang pelbagai pada zaman ini menyebabkan elemen-elemen keperibadian diri
seperti fungsi estetika lebih menguasai rekaan selain daripada jenis kain dan lebih-lebih lagi kain
sutera. Rekaan bercorak abstrak juga melambangkan atau berfungsi sebagai luahan emosi. Era
kemodenan telah mempengaruhi rekaan corak batik.
Dalam kraf tradisional ukiran pula, mengandungi fungsi individu dan sosial. Ukiran kayu
dan ukiran logam banyak mengambarkan kebudayaan atau keagamaaan. Fungsi kebudayaan dan
keagamaan menjadi minat orang ramai kerana selain daripada unik ianya menunjukkan
keindahan yang tersendiri. Ukiran khat menunjukkan fungsi keagamaan. Pengaruh keagamaan
Islam yang berkembang pada zaman dahulu mengpengaruhi pengukir-pengukir seni ini
mengadaptasikannya pada ukiran seperti pintu-pintu, dinding rumah, dan peralatan perabot serta
hiasan dinding. Ukiran berunsur 3 dimensi pula seperti manusia, haiwan dan tumbuhan juga
banyak dibuat berdasarkan fungsi kebudayaan. Ianya juga digunakan sebagai hiasan rumah,
tempat-tempat perhotelan dan sebagainya. Ukiran logam juga menunjukkan fungsi individu
seperti estetika, emosi, kebudayaan dan keagamaan. Biasa ukiran logam agak mahal kerana
proses pembuatannya sangat sukar serta menelan kos yang tinggi. Terdapat empat jenis mengukir
yang terkenal iaitu ukiran layang, ukiran bunga timbul, ukiran tebuk tembus dan ukiran larik.

Struktur atau Susunan Motif Corak

Struktur atau susunan corak adalah cara pembuatan rekaan corak. Setiap rekaan seni kraf
tradisional mempunyai susunan yang tertentu bergantung kepada bentuk reka cipta dan
pembuatnya. Ada juga susunan mengikut kehendak pelanggan yang menempah. Antara susunan
bagi motif seni batik ialah berdiri, melintang, selang-seli, serong, berjalur, menyeluruh, batu-bata
dan tompok-tompok atau bertabur-tabur.
Susunan struktur dan motif yang pelbagai bagi corak batik telah menambahkan nilai estetika. Ini
sekaligus menggalakkan persaingan perusahaan batik serta warna kontra yang timbul
menambahkan lagi kecantikannya. Walaupun teknik pembuatan batik yang berlainan seperti
canting, blok, skrin dan pelangi, susunan struktur tetap sama Cuma masa penyiapan yang
membezakannya.
Susunan corak motif ukiran pula mempunyai pelbagai teknik. Corak ukiran kayu
tradisional di panggil Awan Larat iaitu reka corak atau ragam hiasan berdasarkan bentuk motif
berikut.

You might also like