You are on page 1of 16

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

JANUARI 2015

HBEF2303
TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

MATRICULATION NO
IDENTITY CARD NO.

:
:

TELEPHONE NO.
E-MAIL

640110035016
:

640110035016001
0196903115

suryatimedon@oum.edu.my/
suryamedon@gmail.com

LEARNING CENTRE

NEGERI SEMBILAN

TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN (HBEF2303)

ISI KANDUNGAN
TAJUK
BAHAGIAN A : JADUAL GARIS MASA PERKEMBANGAN
TEKNOLOGI INTERNET
BAHAGIAN B : KERTAS CADANGAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI
MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
RUJUKAN

TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN (HBEF2303)

BAHAGIAN A :
JADUAL GARIS MASA
PERKEMBANGAN TEKNOLOGI
INTERNET

TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN (HBEF2303)

TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN (HBEF2303)

BAHAGIAN B :
KERTAS CADANGAN PENGGUNAAN
TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1.0

PENGENALAN

Tidak dapat dinafikan bahawa kepelbagaian kaedah penyampaian semasa proses


prengajaran dan pembelajaran berlangsung mampu memberikan motivasi tempatan
kepada pelajar terhadap pengajaran tersebut. Penggunaan kaedah tradisional iaitu
chalk and talk kini menjadi kurang relevan. Isu ini sering dijadikan bahan perbualan
dalam kalangan pentadbir pendidikan dalam usaha memartabatkan kualiti pengajaran
dan pembelajaran.

TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN (HBEF2303)

Dalam hal ini, penggunaaan instrument pengajaran dan pembelajaran juga


semakin meningkat. Ini kerana peranan komputer kini dikatakan mendominasi sistem
pengajaran dan pembelajaran. Mengapa berlaku demikian ? Ini semua disebabkan
oleh konsep komputer itu sendiri yang dpaat memberikan sangat pilihan kepada
penggunaannya seperti video, audio, grafik dan sebagainya.
Oleh itu, Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) telah
menjadi suatu perkara penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini
kerana penggunaan PPBK ini secara terancang akan menghasilkan pembelajaran yang
berkesan, aktif dan bermutu. Di sekolah-sekolah dalam negara kita, perisian PPBK ini
selalunya dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Bahagian
Teknologi

Pendidikan.

Menurut

Sander

(1987),

Pengajaran

Pembelajaran

Berbantukan Komputer merupakan suatau situasi pembelajaran iaitu pelajar


berinteraksi dan dibimbing komputer melalui satu proses pembelajaran yang
terancang untuk mencapai matlamat pembelajaran tertentu. Manakala Moursund
(1980) pula menyatakan PPBK ini adalah untuk menyampaikan pengajran kepada
pelajar iaittu berlakunya interaksi antara komputer dengan pelajar untuk membantu
mereka memahami tentang bahan yang dipelajari.
Secara umumnya, PPBK ini mengandungi nota, soalan dan ulangkaji.
Kebolehan komputer dalam mengintegrasikan unsur-unsur video, bunyi, teks dan
grafik untuk membentuk perisian ini. Ini sudah tentu membawa makna yang besar
dalam bidang pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam bidang pendidikan.
Dengan kata lain, Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer ini merujuk
kepada penggunaaan alat pengarangan yang mengabungkan media video, bunyi , teks,
animasi dan grafik bagi tujuan menyamapaikan makalumat melalui cara yang bermutu
serta berkesan sesuai denagn perkembangan globalisasi.

2.0

CADANGAN KAEDAH SISTEM PENYAMPAIAN KANDUNGAN


MELALUI INTERNET DARI SUDUT PPBK

TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN (HBEF2303)

Pengajaran pembelajaran berasaskan komputer merupakan kaedah pengajaran dan


pembelajaran pada masa kini yang popular dalam kalangan para pendidik.
Penggunaan kaedah PPBK adalah seiring dengan kemajuan pesat serta tuntutan
kerajaan dan celik IT dalam kalangan murid-murid. Oleh itu, terdapat cadangan
kaedah penyampaian kandungan melalui internet dari sudut PPBK iaitu pembelajaran
secara E-learning yang dapat membantu guru melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran dengan berkesan.
2.1

DEFINISI E-LEARNING

Definisi e-learning atau electronik learning ini seringkali berubah selaras dengan
kemajuan teknologi yang pesat. Secara umumnya, e-learning adalah pengajaran dan
pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik seperti LAN, WAN atau
internet untuk menyampaikan isi kandungan, interaksi atau pemudahcaraan. Kaedah
ini juga melibatkan internet, intranet, satelit, tape audio atau video, tv interaktif dan
CD ROM.
Pengajaran boleh dijalankan secara synchronously iaitu pada waktu yang
sama atau asynchronously iaitu pada waktu yang berbeza. Bahan pengajaran dan
pembelajaran boleh disampaikan melalui e-learning yang mempunyai ciri-ciri
multimedia seperti teks, grafik, animasi, simulasi, audio dan video. Kaedah ini juga
menyediakan kemudahan untuk discussion group serta membolehkan bimbingan
dijalankan dalam talian online.

2.2

PERKEMBANGAN E-LEARNING DI MALAYSIA

Perkembangan e-learning di Malaysia masih baru jika dibandingkan dengan negarnegara lain terutamanya barat. Kaedah ini hanya terarah kepada pembelajaran jarak
jauh dan online yang kebanyakkan ditawarkan pada peringkat universiti serta kolej
swasta di Malaysia.
Selain itu, agenda IT Kebangsaan (NITA) memberikan garis panduan iaitu
teknologi maklumat dan komunikasi, ICT dapat digunakan untuk menjadikan
6

TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN (HBEF2303)

Malaysia sebuah Negara maju selaras dengan wawasan 2020. Salah satu inisiatif awal
National IT Council (NITC) adalah mewujudkan Koridor Raya Multimedia. Strategi
yang telah dirancangkan oleh NITC ialah e-community, e-public service, e-learning,
e-economy dan e-sovereignty.
Kementerian Pendidikan Malaysia dan sector swasta seperti MIMOS dan
Kumpulan Utusan telah dipertanggungjawabkan untuk menjayakan e-learning.
Memetik ucapan YB Tan Sri Musa bin Mohamad, Menteri Pendidikan Malaysia
semasa perasmian Seminar Pembangunan Pendidikan 2001-2010 iaitu :
kepesatan

perkembangan

teknologi

maklumat

dan

komunikasi,

pembangunan pendidikan yang dirancang ini turut mengambil kira pembudayaan dan
penguasaan ICT dalam kalangan pelajar di Negara ini. Usaha ini juga untuk
merapatkan jurang digital terutamanya menyedia kemudahan komunikasi melalui
internet ke sekolah-sekolah di kawasan luar bandar. Ia melibatkan perubahan dasar
utama pendidikan Negara bagi menjana pengeluaran sumber tenaga manusia menjadi
Negara maju berasaskan sains dan teknologi tanpa mengabaikan kepentingan
pembangunan aspek rohani, jasmani dan emosi selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) untuk melahirkan warganegara yang progresif, dinamik, patriotik
dan bersatu padu.

2.3

PERBEZAAN ANTARA PEMBELAJARAN TRADISIONAL DAN ELEARNING

Dalam kelas tradisional, suasana pembelajaran adalah berpusatkan guru. Hal ini
kerana guru dianggap sebagai orang yang serba tahu untuk menyalurkan ilmu
pengetahuan kepada pelajar. Ini adalah terpulang kepada guru sama ada menggunakan
konsep suap, tipu sunat atau pelbagai teori telah dipelajarai dahulu seperti teori
kecergasan pelbagai. Modul pengajaran pula hanya bergantung kepada buku teks dan
pengetahuan pelajar sangat terhad iaitu setakat kandungan dalam buku teks sahaja.
7

TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN (HBEF2303)

Sekiranya pelajar tidak faham dalam kelas atau malu bertanya maka pelajar
tersebut tidak akan memahami isi pelajaran yang diajar. Perhatian guru kurang dapat
diberikan secara individu kerana bilangan pelajar adalah ramai. Jika kelas dipecahkan
maka bilangan guru perlu ditambah. Penyampaian isi pelajaran adlah bergantung
kepada

guru

untuk

mewujudkan

pesekitaran

belajar

yang

menarik

dan

menyeronokkan. Pengajaran dan pembelajaran hanya dijalankan secara formal iaitu


dalam bilik darjah.
Manakala, pembelajaran e-learning adalah berfokus kepada pelajar. Suasana
pembelajaran e-learning akan memaksa pelajar menjadi berdikari dan lebih aktif
dalam pembelajarannya kerana perancangan pelajaran dilakukan oleh pelajar itu
sendiri. Pelajar akan membuat perancangan dan mencari maklumat dengan daya
usaha dan inisiatif sendiri.
Pencarian maklumat adalah tidak terhad dan terkini kerana bahan pengajaran
boleh dipilih sendiri oleh pelajar sama ada dirasakan sesuai atau tidak. Pelajar tidak
perlu rasa malu untuk mengulangi tajuk pembelajaran yang sama untuk mencapai
tahap kepuasan pemahaman mereka sebelum beralih ke tajuk pelajaran yang lain.
Selain itu, masa lebih fleksibel dan kurang tekanan kerana ianya boleh dilakukan di
mana sahaja asalkan ada komputer dan internet.

2.4

APLIKASI

E-LEARNING

DALAM

PENGAJARAN

DAN

PEMBELAJARAN
E-learning membolehkan pembelajaran kendiri dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Bahan pengajaran dan pembelajaran e-learning yang dirancang serta disediakan
secara professional dan baik. Kaedah e-learning menggunakan ciri-ciri multimedia
untuk menyampaikan isi pelajaran dengan berkesan dan menarik. Pelajar boleh
memilih masa, kandungan serta mengikut kesesuaian mereka. Pelajar tidak perlu rasa
malu untuk bertanya dan berpeluang belajar tajuk yang susah secara berulang kali
sehingga pemahaman mereka tercapai.

TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN (HBEF2303)

Pertanyaaan boleh dibuat dalam talian. Perbincangan kumpulan yang lebih


terancang dan teratur juga boleh dicapai dengan menggunakan teknologi yang sedia
ada. E-learning yang diuruskan dengan baik dapat menyimpan rekod pembelajaran
yang berkesan dan sistematik untuk rujukan pelajar, guru, mentor atau fasilitator.
Penggunaan sumber ICT yang terancang, menarik dan isi pelajaran yang
berkesan akan menghasilkan pelajar yang mempunyai ciri-ciri yang berikut :
1.
2.
3.

pelajar yang bertanggungjawab terhadap pelajaran.


Pelajar yang dapat menentukan keperluan bahan untuk pembelajaran.
Pelajar yang bebas melakukan pencarian maklumat mengikut keperluan,

4.

tahap pencapaian dan pengetahuan.


Pelajar yang dapat membina pengetahuan baru melalui pencarian
maklumat, komunikasi dua hala serta penemuan kendiri.
Ciri-ciri yang menarik yang ada pada e-learning serta minat pelajar terhadap

fungsi-fungsi dalam internet, maka sudah tiba masanya ia digunakan dengan


meluas bagi tujuab pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula, agenda elearning kebangsaan (NITA) banyak bergantung kepada pelaksanaan ICT di
sekolah. Jika pelajar dapat dibimbing untuk menggunakan e-learning dengan
cara berfaedah maka ia dapat mengurangkan penggunaan elemen negative yang
lain.
2.5

STRATEGI

PERLAKSANAAN

PENGAJARAN

DAN

PEMBELAJARAN E-LEARNING.
Empat model dicadangkan untuk pelaksanaan e-learning di sekolah di Malaysia.
Setiap model yang dicadangkan mempunyai kelebihan dan kelemahan masingmasing. Pemilihan bergantung kepada infrastruktur telekomunikasi dan perkakasan
yang sedia ada di sekolah. Model-model tersebut ialah :
a)

Selective Model
Jika bilangan komputer sangat terhad, tetapi bahan e-learning berkualiti.
Model ini hanya dapat ditunjukkan kepasa pelajar sebagai bahan
demonstrasi sahaja. Jika ada beberapa komputer, pelajar diberi peluang
untuk mendapatkan sedikit pengalaman hands-on.

TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN (HBEF2303)

b)

Sequential Model
Jika bilangan komputer sedikit. Guru mempunyai beberapa sumber yang
berbeza untuk mencapai objektif pengajaran yang sama. Bahan elearning digunakan oleh beberapa kumpulan pelajar manakala pelajar lain
menggunakan sumber lain untuk capai objektif pelajaran yang sama.

c)

Static Station Model


Jika bilangan komputer sedikit. Guru mempunyai beberapa sumbaer
berbeza untuk mencapai objektif pengajaran yang sama. Bahan elearning digunakan oleh beberapa kumpulan pelajar manakala pelajar lain
menggunakan sumber lain untuk capai objektif pelajaran yang sama.

d)

Laboratory Model
Jika bilangan komputer mencukupi untuk semua pelajar, maka bahan elearning dapat digunakan oleh semua pelajar sebagai bahan pengajaran
kendiri. Model ini boleh digunakan jika sekolah mempunyai makmal
komputer yang dilengkapi dengan talian internet.

2.0

CADANGAN PERKAKASAN DAN BAJET UNTUK E-LEARNING

Perkakasan asas yang diperlukan untuk pembelajaran e-learning ialah komputer, CD


ROM Interaktif dan rangkaian internet. Perkakasan ini perlu ada bagi membantu
kelancaran pembelajaran e-learning agar berkesan kepada pelajar.
Bajet perbelanjaan untuk pembelajaran ini memakan kos yang tinggi kerana
melibatkan barang elektronik. Seperti yang diketahui, barang elektronik kebiasaanya
dijual denga harga yang mahal dan hanya orang yang berkemampuan sahaja mampu
membelinya. Jadi, pembelian perkakasan pembelajaran e-learning berdasarkan
keperluan pelajar dan peruntukan yang diberikan oleh kerajaan kepada sekolah.
Antara perkakasan pembelajaran e-learning ialah :
i.

Komputer

10

TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN (HBEF2303)

Komputer adalah alat atau mesin automatik yang boleh menerima arahan
dari pengguna kemudian memproses dan menyimpan maklumat untuk
kegunaan kemudian. Fungsi utama komputer adalah untuk memproses
data menjadi maklumat. Penggunaan komputer membolehkan pelajar
berkongsi maklumat dengan rakan yang lain. Selain itu, komputer
membolehkan bahan pembelajaran dari internet dimuat turun serta
disimpan dalam data komputer untuk jangka masa yang lama. Belajar
menggunakan komputer akan menjadi aktiviti pembelajaran lebih menarik
dan menyeronokkan. Hal ini kerana setiap pelajar berasa seronok dan ingin
melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran secara aktif.
Komputer yang lengkap ini boleh didapati di pasaran dengan harga
yang berpatutan dan biasanya berharga dalam lingkungan RM 2,000.00.
Pembelian komputer biasanya mengikut keperluan sekolah dan peruntukan
oleh kerajaan. Jadi, guru boleh mengaplikasikan model pembelajaran elearning mengikut bilangan komputer yang disediakan dalam makmal
komputer atau bilik darjah.
ii.

Perisian Internet
Internet ialah jaringan komputer yang saling terhubung secara global yang
membolehkan pengguna internet saling bertukar maklumat dan data
melalui jaringan internet. Internet adalah sistem komunikasi data berskala
global, suatu infrastruktur yang terdiri dari hardware dan software yang
menghubungkan

komputer

yang

berada

di

jaringannya.

Untuk

mendapatkan sambungan internet, pengguna memerlukan kelengkapan


seperti komputer yang dilengkapi WAP (Wireless Application Protocol).
Selain itu, penggunaan internet membolehkan perkongsian maklumat
antara pelajar. Projek Jaringan Pendidikan (JP) dibawah kelolaan
Kementerian Pelajaran dan MIMOS merupakan salah satu aktiviti dalam
program komputer dalam pendidikan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Disamping itu, bahan pembelajaran e-learning yang berkualiti dapat
diperolehi secara percuma dari internet. Internet boleh digunakan sebagai
bahan bantu mengajar di dalam bilik darjah. Internet mempunyai
11

TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN (HBEF2303)

komponen pengajaran seperti grafik, animasi atau audio visual. Dengan


adanya kepelbagaian komponen dalam internet, sesi pengajaran dan
pembelajaran akan menjadi lebih seronok dan mampu meningkatkan minat
pelajar. Anggaran perbelanjaan untuk rangkaian internet adalah bergantung
kepada keperluan guru dan murid semasa pengajaran dan perbelanjaan.
Sekarang, sekolah sudah disediakan rangkaian internet secara percuma
oleh pihak kerajaan untuk memudahkan urusan pengajaran dan
pembelajaran. Biasanya, rangkaian internet untuk 10 gb berharga dalam
lingkungan RM 150.00.
iii.

CD ROM Interaktif
CD ROM Interaktif merupakan sebuah media yang menegaskan sebuah
format multimedia dapat dikemas dalam sebuah CD (Compact Disk)
dengan tujuan aplikasi interaktif dalamnya. CD ROM (Read Only
Memory) merupakan satu-satunya menggabungkan suara, video teks
program untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.
Kelebihan CD ROM Interaktif ialah kandungan pelajaran mempunyai
ciri multimedia yang menggabungkan grafik, video, audio, bunyi dan
sebagainya untuk menjadikan pembelajaran seronok dan menarik
perhatian pelajar. Selain itu, nota yang ringkas dan padat, beranimasi,
warna yang menarik dan mempunyai solan pengukuhan beserta jawapan
penyelesaian bagi setiap topik. Anggaran perbelanjaan CD ROM
pembelajaran e-learning yang original untuk satu mata pelajaran ialah
RM 39.90.

4.0

KESIMPULAN

Pengintegrasi pembelajaran e-learning di Malaysia masih lagi berada di tahap


permulaan. Namun, kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi telah memberi
desakan ke atas penggunaan aplikasi ini sebagai medium pengajaran dan
pembelajaran

di sekolah. Oleh

mempertingkatkan

kemahiran

yang

dengan

demikian, golongan pendidik


mengasah

bakat

bagi

perlu

merealisasikan

penggunaan e-learning sebagai kaedah penyampaian kandungan pembelajaran


terkini melalui internet dari sudut PPBK. Menjayakannya adalah satu cabaran . maka,
12

TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN (HBEF2303)

semua pihak perlu berkerjasama dengan memastikan kejayaan penggunaan


pembelajaran e-learning pada masa kan datang.
Perlaksanaan penggunaan e-learning diharapkan dapat mempertingkatkan
lagi kesediaan guru mengintegrasi teknologi maklumat dan komunikasai dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini, penghasilan guru adalah sejajar dengan
abad-21 dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Pelajar juga memperoleh manfaat menerusi pembelajaran menggunakan elearning. Pelajar mempunyai ruang, masa dan pilihan sendiri dalam menentukan
pembelajaran mereka. Adalah penting bagai para pendidik bagi membantu pelajar
memahami segala maklumat yang mereka peroleh dengan memberi mereka masa dan
peluang menggambarkan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh semasa proses
pembelajaran.
Perbezaan kebolehan dalam memahami ilmu pengetahuan yang disampaikan
oleh guru kepada pelajar menyebabkan mereka mempunyai cara yang berbeza dalam
memahami ilmu semasa proses pembelajaran. Adalah tidak wajar sekiranya kita
menganggap kesemua pelajar memperoleh ilmu dalam masa yang sama melalui cara
pengajaran yang sama. Penggunaan pembelajaran e-learning sememangnya
berlainan dengan kaedah penyampaian yang lain. Penggunaan visual, audio. Grafik
dan kepantasan teknologi simulasi telah memberikan impak signifikan kepada pelajar.
Hasilnya, pelajar semakin memerlukan proses pengajaran dan pembelajaran yang
interaktif terkini.
Oleh yang demikian, semua pihak harus memberikan komitmen penuh dalam
merealisasikan penggunaan e-learning dalam pengajaran dan pembelajaran bagi
mencapai kejayaan yang lebih gemilang selaras dengan Wawasan 2020.

13

TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN (HBEF2303)

RUJUKAN
Chua Siwe Geok. 2002. Pembinaan PBBK perkakasan komputer bagi subjek
pendidikan komputer. Projek Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia,
Bangi.
Shaifol Bahary Sulaiman. 2004. Pembangunan Dan Penilaian Perisian Multimedia
Bagi Kursus Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran Kursus Sekolah Bestari. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Buletin
Board
(2001).
[Dalam
http://www.ppk.kpm.my/wwwboard/multipageboard.htm [001, June 13

Talian]

Clarke A (1992) The Principles of Screen Design for Computer-based Learning


Materials Sheffield: Dept. for Education and Employment
http://www.E-Learning Distance Education for Oregon K-12 Schools - Oregon
Department of Education.htm
http://www.E-Learning (elearning) Guru 100's of Articles & White papers &
Tools.htm
Learnframe
(2001).
[Dalam
Talian]
http://www.elearningshowcase.com/elearnfaq [2001, May 31]
Media Asia (1999). Cue. Volume 26, Number 3, 176
14

TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN (HBEF2303)

National Information Technology Council, NITC


http://www.nitc.org.my/nita/index.html [2001, Jun 15]

(2001).

[Dalam

Talian]

Portal Pendidikan [Dalam Talian] www.tutor.com.my


Prosiding Seminar Pembangunan Pendidikan 2001-2010 : Perancangan Bersepadu
Penjana Kecemerlangan Pendidikan : Kementerian Pendidikan Malaysia: [2001, MS
10]

15

You might also like