You are on page 1of 8

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN PIDATO
SK BULU SILOU, KENINGAU
KALI :1 /2012
PADA 28HB MAC 2012
PENDAHULUAN
Pertandingan Pidato Peringkat Sekolah Kebangsaan Bulu Silou merupakan aktiviti unit Kurikulum
di bawah Kendalian Panitia Bahasa Melayu yang dikhususkan untu murid-murid Tahap 2 SK Bulu
Silou.
Selari dengan perkembangan semasa yang semakin mencabar ini, kecemerlangan seseorang
pelajar tidak hanya bergantung kepada pencapaian akademik semata-mata bahkan para pelajar
juga perlu memiliki ciri-ciri kepimpinan yang mantap, berketrampilan, pekerti yang mulia, berdikari
dan berkebolehan menyesuaikan diri dengan era globalisasi selain terdedah kepada arus
perkembangan dan pemodenan tamadun manusia.
Ciri-ciri ini penting untuk dimiliki oleh setiap murid bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan
Negara. Semoga cita-cita dan hasrat murni ini akan difahami dan dihayati sepanjang lawatan ini.
Di samping itu, semua peserta perlu sentiasa menjunjung nilai permuafakatan dalam
melaksanakan setiap aktiviti yang dijalankan bagi mencapai kejayaan yang cemerlang, seperti
kata pepatah bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.
LATAR BELAKANG
Pertandingan Pidato Peringkat Sekolah ini diadakan pada julung kalinya bagi memberikan
pengetahuan, pengalaman serta peluang kepada murid-murid tahap dua untuk mengaplikasikan
kemahiran berbahasa Melayu dengan cara yang lebih berkesan. Ia juga merupakan satu inisiatif
dari pihak pentadbiran SK Bulu Silou untuk melahirkan kalangan murid yang bukan sahaja
berilmu tetapi mempunyai ketokohan dalam menyuarakan pendapat dengan lebih berkesan. .
OBJEKTIF
Melahirkan murid yang berdisiplin dan bersemangat juang untuk memastikan kecemerlangan
yang seimbang dalam bidang kokurikulum dan kurikulum.
Untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada semua murid tentang aspek Pidato secara
menyeluruh.
Untuk memupuk semangat kerjasama dan berdikari serta meningkatkan motivasi dan keyakinan
diri setiap peserta.
Untuk menggalakkan integrasi nasional, memahami kebudayaan dan kepercayaan yang pelbagai
serta menghormati pegangan masing-masing.
Membentuk murid yang bersyukur yang berwibawa dan berketrampilan dan bijak dalam
menyuarakan pendapat.
KONSEP PERTANDINGAN
Agihan Tahap Peserta

Pengagihan peserta mengikut kelas Tahun 5 dan Tahun 6


Guru-guru Bahasa Melayu melatih setiap peserta
Pelaksanaan Aktiviti
Aktiviti Sebelum
Taklimat Pertandingan
Edaran Borang
Perlantikan juri
Jemputan
Persiapan dewan
Penyediaan Hadiah dan Cenderahati
Aktiviti Semasa
Susunatur Pertandingan
Peruntukan Tugas
Aktiviti Selepas
Post-mortem
PELAKSANAAN
5.1 TARIKH
28hb Mac 2012 (Rabu)
5.2 TEMPAT
Dewan Terbuka SK Bulu Silou, Keningau
5.3 TEMA
Guru Penjana Generasi Gemilang
SENARAI JAWATANKUASA
6.1 JAWATANKUASA INDUK PERTANDINGAN PIDATO
Penaung : Encik Masly Wahip
Pegawai Pelajaran Daerah Keningau
Penasihat :Puan Suriaty Ramat (Guru Besar)
Pengerusi: Encik Petrus George Kampios (GPK1)

Timbalan Pengerusi:Puan Kija Lawasa (GPK Hem)


Puan Jailin Brasik (GPK Kokum)
Setiausaha : Liza Magdalene Pereira
Penolong Setiausaha:Farina Lilian
Urusetia: Semua Guru
6.2 JAWATAN KUASA KERJA PERTANDINGAN PIDATO
Penaung : Encik.Masly Wahip
Pegawai Pelajaran Daerah Keningau
Penasihat :Puan Suriaty Ramat (Guru Besar)
Pengerusi: Encik Petrus George Kampios (GPK1)
Timbalan Pengerusi:Puan Kija Lawasa (GPK Hem)
Puan Jailin Brasik (GPK Kokum)
Setiausaha : Puan Stella Stephen Galaut
Penolong Setiausaha:Puan Khamisa Binti Awang
Bendahari :Puan Safinie Jaafar
Urusetia Sekretariat dan Pendaftaran
Puan Farina Lilian
Makanan dan Sajian/SANITASI
Puan Haslinah Manang
Puan Salisah Rasimin
JURUACARA
Puan Rafidah Sius
Encik Khairoul Nashreeq Bin Jaafar
KESELAMATAN/TATATERTIB
En.Sargius Micheal
En. Jaini Intai
PERALATAN
En.Wajir Kapat A/K Sung Luking

En.Riseon Maloi
PENJAGA MASA
Cik Zurina Mustapa
Puan Haidah Pg.Mohiddin
Rakaman FOTO/vIdEo
En. Osman Said
En. Abdul Muein Bin Mohd. Noor
PERSIAPAN TEMPAT
En. Christopher Bede Anthonny Makinjal
Pn. Heldyana Francis
Hadiah dan Cenderamata
Puan Nurinah Sagudau
Puan Jorinah Sulah
7.SASARAN
Setiap kelas Tahun 5 dan Tahun 6 akan menghantar wakil yang berminat.
7.2 Kategori pemilihan peserta:
7.2.1 Peserta yang menyertai pertandingan ini mempunyai minat serta kecenderungan dalam
acara pidato.
8.TENTATIF
Rujuk lampiran (1)
9.ANGGARAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN
Rujuk Lampiran (2)
10.AKTIVITI
10.1Pertandingan PIDATO
10.1.1 Juara, Naib Juara, Tempat Ketiga
10.1.2 Peserta Terbaik
10.2PEMILIHAN JURI PERTANDINGAN
10.2.1 Sebanyak TIGA orang juri dipilih dari sekoleh menengah yang mempunyai pengalaman
serta kepakaran dalam acara pidato.

10.3SURAT MENYURAT
10.3.1Surat menyurat menggunakan kepala surat SEKOLAH KEBANGSAAN BULU SILOU
digunakan.
Rujuk Lampiran (3)
11.PAKAIAN DAN KETRAMPILAN PERSERTA
10.1 PESERTA: Baju seragam sekolah
10.2 KASUT:Berwarna putih atau hitam sahaja
12. PETI KECEMASAN
Dua peti pertolongan cemas disediakan oleh pihak penganjur.
13. SURAT KEBENARAN DAN STATUS KESIHATAN
Setiap guru kelas perlu menyediakan surat kebenaran ibu bapa / penjaga untuk setiap peserta
yang menyertai pertandingan seperti dalam LAMPIRAN.
12.2 Pihak Penganjur perlu memastikan setiap peserta mempunyai tahap kesihatan yang baik
dan bebas daripada sebarang penyakit kronik.
14.PENUTUP
Adalah diharapkan agar program ini mendapat sokongan serta galakan oleh semua pihak, demi
mencapai hasrat murni guru-guru SK Bulu Silou, Keningau di dalam mengembangkan lagi
potensi setiap murid dan seterusnya memberikan motivasi kepada semua murid untuk lebih
berjaya dan tidak hanya bertakuk di bawah tempurung.
Disediakan oleh,Disemak oleh,
..
Puan Safinie JaafarEncik Petrous George Kampious
Bendahari,Pengerusi,
Pertandingan PidatoPertandingan Pidato SK Bulu Silou
SK Bulu Silou, KeningauKeningau
Disahkan oleh,

Puan Suriaty Ramat


Guru Besar,
SK Bulu Silou, Keningau
(Lampiran 1)

TENTATIF
28 Mac 2012 [Rabu]
7.00-7.30Pendaftaran peserta
7.30- 7.35Nyanyian Lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku
7.40- 9.30Pertandingan pidato
9.30- 10.00Persembahan Tarian daripada para pelajar
10.00 11.30-Majlis Perasmian dan penutupan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Keningau
Penyampaian Cenderahati kepada Guru Besar dan
juga para juri
Penyampaian hadiah
12.00Jamuan dan bersurai
(Lampiran 2)
ANGGARAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN
PERTANDINGAN PIDATO
SEKOLAH KEBANGSAAN BULU SILOU, KENINGAU
PENDAPATAN
Sumbangan PIBGRM 200
Panitia Bahasa MelayuRM 200
PERBELANJAAN
JamuanRM 200
Hadiah
Juara [ Sijil,piala dan hamper ]RM 50
Naib Juara [ Sijil,piala dan hamper ]RM 40
Ketiga [ Sijil, piala dan hamper]RM 30
Peserta Terbaik [ Sijil, piala dan hamper]RM 30
3.Cenderahati perasmi dan pengadil pertandinganRM 50
======RM 200
JUMLAH KESELURUHANRM 400

Disediakan oleh, Disemak oleh,


..
Puan Safinie JaafarEncik Petrous George Kampious
Bendahari Pertandingan PidatoPengerusi Pertandingan Pidato
SK Bulu Silou, KeningauSK Bulu Silou, Keningau
Disahkan oleh,

Puan Suriaty Ramat


Guru Besar,
SK Bulu Silou, Keningau
Lampiran 3
SEKOLAH KEBANGSAAN BULU SILOU,
PETI SURAT 404,
89007 KENINGAU,
SABAH
1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
Pengerusi Persatuan Ibubapa dan Guru,
Sekolah Kebangsaan Bulu Silou,
Peti Surat 404, 89007 Keningau,
Sabah.20hb Mac 2012
Tuan,
Memohon Sumbangan PIBG Bagi Pertandingan Pidato Peringkat Sekolah
Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Bulu Silou akan
menganjurkan pertandingan pidato di peringkat sekolah bagi murid tahap II sempena sambutan
Hari Guru. Pertandingan seperti ketetapan berikut:
Tarikh:28hb Mac, 2012 (Rabu)
Tempat:Dewan Sekolah Kebangsaan Bulu Silou
Masa:8:00 pagi
2.Sehubungan dengan itu, pihak sekolah memohon sumbangan kewangan dari pihak PIBG

sebanyak RM200 bagi tujuan pembelian hadiah, cenderahati dan jamuan sempena pertandingan
tersebut.
3.Berikut disertakan lampiran jenis dan anggaran harga hadiah serta cenderahati yang akan
diberikan.
4.Kerjasama dan perhatian tuan dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Yang menurut perintah,
_____________________
(PUAN SURIATY RAMAT)
Guru Besar,
SK Bulu Silou, Keningau.
skfail
SEKOLAH KEBANGSAAN BULU SILOU,
PETI SURAT 404,
89007 KENINGAU,
SABAH
1Malaysia: Rakyat Didahu

You might also like