You are on page 1of 33

1.

0 PENGENALAN
Kawasan Timur Tengah merupakan sebuah kawasan geopolitik yang menjadi wilayah
konflik yang berpanjangan. Wilayah ini yang mengandungi sumber mineral yang cukup
banyak dan telah menjadikan kawasan ini sebagai satu tempat yang sangat penting
kepada negara-negara besar untuk memiliki kepentingan sumber tersebut. Keadaan ini
dapat dilihat di negara Iraq yang mempunyai sumber bahan mentah yang banyak
khususnya sumber minyak. Negara Iraq juga merupakan antara pengeluar minyak dunia.
Selain itu, kawasan Timur Tengah merupakan kawasan berasalnya tiga agama Samawi,
iaitu Yahudi, Kristian, dan Islam (Lampiran 1). Ini menyebabkan kawasan tersebut
dianggap sebagai kawasan suci bagi ketiga agama. Faktor ini yang menjadi penyebab
kepada tercetusnya Perang Salib yang berlaku ratusan tahun dahulu.
Selepas perang dunia kedua, pelbagai konflik berlaku di wilayah ini, seperti Perang
Enam Hari atau yang dikenali sebagai Perang Arab-Israel, Perang Suez, dan konflik
Palestin-Israel. Peperangan demi peperangan yang berlaku telah meningkatkan lagi krisis
konflik Asia Barat. Namun apa yang jelas ialah krisis yang berlaku di Asia Barat adalah
dipengaruhi oleh pembentukan negara Israel pada tahun 1948. Bertitik tolak dengan
pembentukan negara Israel telah meyebabkan konflik Asia Barat semakin berpanjangan.
Umumnya, terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan berlakunya konflik di Asia Barat
yang boleh dilihat dari aspek politik, ekonomi dan sosial.
2.0 FAKTOR YANG MENYEBABKAN KONFLIK
2.1 FAKTOR POLITIK

2.1.1 Campur Tangan Kuasa Barat.


Campur tangan kuasa barat sangat memainkan peranan penting dalam konflik di Asia
Barat. Keadaan ini dapat dilihat sewaktu penubuhan negara Israel 1948. Pada 14 Mei
1948, Amerika Syarikat, di bawah Presiden Harry Truman, menjadi negara pertama di
dunia mengiktiraf kewujudan negara Israel. Truman telah mengistiharkan kewujudan
negara Israel hanya 11 minit selepas Israel diisytiharkan oleh David Ben Gurion
(Lampiran 2). Pengiktirafan rasmi telah diberikan pada 31 Januari 1949. Keadaan ini

memperlihatkan bahawa negara Amerika Syarikat menyokong penubuhan negara Israel


di negara Palestin walaupun penubuhan tersebut dianggap tidak sah oleh negaranegara Arab yang lain.
Apa yang sangat menyedihkan lagi apabila campur tangan dan sikap berat
sebelah PBB di Asia Barat tidak banyak membantu menyelesaikan masalah yang terjadi
di wilayah Palestin. Peranan PBB yang sepatutnya bertindak adil tidak dapat
dilaksanakan dengan berkesan apabila badan pengaman dunia Majlis Umum PBB, atau
lebih dikenal dengan UN Partition Plan telah bertindak memberikan 55% wilayah
Palestin untuk dijadikan negara Yahudi, dan 45% adalah untuk negara Arab. Walaupun
secara demografinya penduduk Yahudi hanyalah sekitar 7% dari seluruh penduduk
Palestin, dan 93% merupakan penduduk Arab. Pembahagian wilayah antara kedua
negara tersebut oleh PBB benar-benar memperlihatkan ketidakadilan terhadap
penduduk Palestin itu sendiri. Ini menyebabkan berlaku perasaan tidak puas hati
dikalangan penduduk Palestin mahupun negara Arab disekitarnya. Oleh itu masyarakat
Arab di Palestin telah bertindak melakukan penentangan terhadap Israel dan PBB.
Perang Suez yang berlaku pada 29 Oktober 1956 yang berlaku juga telah
menyebabkan berlakunya konflik Arab Israel. Perang ini bermula apabila Mesir yang
ketika itu berada di bawah pemerintahan Jamal Abdul Naser telah menjalinkan
hubungan diplomatik dengan Amerika Syarikat. Perkara ini telah menimbulkan
kebimbangan kepada Israel sehingga mereka bertindak untuk merancang serangan ke
atas Mesir bagi memastikan negara tersebut tidak menjadi ancaman kepada Israel
suatu hari nanti. Selain serangan dari pihak Israel, negara Britain, Perancis juga turut
tidak ketinggalan melakukan serangan. Serangan ini adalah akibat keputusan Mesir
pada 26 Julai 1956 untuk memilik-negarakan Terusan Suez selepas penarikan balik
tawaran oleh Britain dan Perancis bagi membiayai pembinaan Empangan Aswan.
Perang Suez tersebut telah menyebabkan Amerika Syarikat masuk campur
dengan memaksa Israel berundur dari Sinai dan sebagai pertukarannya ialah
pembukaan Teluk Aqaba kepada perkapalan Israel. Oleh hal yang demikian, tentera

Israel telah mengundurkan tentera sepenuhnya pada Jun 1957. 1 Dalam peperangan
tersebut, perikatan Britain, Perancis dan Israel telah memenangi perang tersebut.
Sebenarnya ketiga-tiga buah negara tersebut ingin menguasai terusan Suez disebabkan
oleh kepentingan bangsa-bangsa Eropah dari aspek ekonomi dan perdagangan di
terusan Suez. Oleh itu, ketiga-tiga negara tersebut bersepakat untuk memerangi negara
Mesir demi kepentingan mereka.
2.1.2 Sikap Pemimpin Arab.
Ketidakstabilan politik di kawasan Asia Barat juga dipengaruhi oleh sikap sebahagian
pemimpin Arab yang tidak bertanggungjawab dan tidak berkaliber. Ada di kalangan
pemimpin Arab yang tidak berani untuk mengutuk mahupun mengkritik tindakan kejam
Israel terhadap wilayah Palestin mahupun negara-negara Arab yang lain. Keadaan ini
dapat dilihat pada pemimpin Jordan iaitu Raja Abdullah II yang hanya berdiam diri
sahaja semasa negara Israel bertindak ganas terhadap wilayah Arab. Beliau berdiam diri
disebabkan oleh kuasa besar seperti negara Amerika Syarikat yang bertindak
menyokong negara Israel dalam apa-apa perkara sekalipun. Apa yang menyedihkan
ialah hanya sesetengah negara sahaja yang berani menggesa genjatan senjata
dilakukan dalam konflik Israel-Palestin. Antara negara tersebut ialah Libya, Iran dan
Syria yang memaksa PBB mengambil tindakan yang keras terhadap kekejaman Israel.
Selain pemimpin yang tidak berkaliber, sesetengah pemimpin Arab pula gemar
menghabiskan wang negara dengan berfoya-foya dan berkahwin ramai. Ini dapat dilihat
seperti Raja Abdul Aziz Al-Saud yang suka membuang masa dengan aktiviti-aktiviti yang
tidak berfaedah sehingga mengabaikan pentadbiran negara beliau iaitu negara Arab
Saudi (Lampiran 3). Semasa pemerintahan Raja Abdul Aziz Al-Saud, beliau seorang
pentingkan diri sendiri dengan bersikap boros dan gemar membelanjakan wang negara
demi kepentingan peribadi. Beliau juga membuat kekecohan politik yang antaranya
dikaitkan dengan cubaan pembunuhan Gamal Abdel Nasser, Presiden Mesir ketika itu.
Dia juga diketahui dengan sikapnya yang suka minum arak yang nyata merupakan
perkara yang dilarang dalam Islam.

2.1.3 Penguasaan Wilayah.


Selepas terbentuknya negara Israel pada tahun 1948 telah menyebabkan orang Yahudi
menakluki wilayah yang dianggap mendatangkan kepentingan kepada mereka seperti
Tebing Barat dan Gaza. Israel telah bertindak mengikut kehendak mereka sendiri tanpa
memikirkan hak pribumi wilayah tersebut. Keadaan ini dapat dilihat sewaktu berlakunya
perang Arab-Israel pada tahun 1967. Perang ini juga dipanggil Perang Enam Hari yang
menyebabkan keseluruhan kawasan yang diletakkan di bawah mandat Palestin di Liga
Bangsa-bangsa disamping Bukit Golan dan Sinai berada di bawah pemerintahan Israel.
Penyerahan tanah Golan dan Sinai kepada pihak Yahudi Israel adalah akibat daripada
peristiwa perang yang berlaku antara negara Israel dengan beberapa negara-negara
Arab yang lain seperti Syria, Mesir dan beberapa buah negara lain lagi.
Dalam peperangan tersebut, pihak Arab telah mengalami kekalahan teruk
sehingga menyebabkan Bandar Qunaytra di Bukit Golan jatuh ke tangan Isarel pada 10
Jun 1967. Dalam peperangan tersebut, Israel juga telah berjanji untuk melakukan
genjatan senjata dan dalam masa lima hari sahaja Israel telah berjaya menguasai
kawasan yang tiga kali ganda lebih besar daripada keluasan negara asalnya. 2 Orang
Yahudi sangat gembira dengan rampasan tersebut kerana Baitulmaqdis dapat
memulihkan laluan ke Tembok Barat.
Pada akhir tahun 1982, penguasaan Israel di tebing Barat dan Semenanjung
Barat semakin kukuh apabila 104 penempatan di Tebing Barat dan 11 di Gaza telah
diasaskan dengan jumlah penduduk Yahudi seramai 25,000 orang. Hal ini menunjukkan
peningkatan jumlah penduduk Yahudi di Palestin semakin bertambah. Keadaan yang
sama juga dapat di lihat di wilayah Lubnan dimana Israel telah menakluki wilayah
bahagian selatan Lubnan untuk menyingkirkan penduduknya dan digantikan dengan
penduduk Israel.3
2.2 FAKTOR EKONOMI

2.2.1 KEPENTINGAN TERUSAN SUEZ.


Selain daripada faktor politik, faktor ekonomi juga merupakan penyebab kepada
berlakunya konflik di Asia Barat. Antaranya ialah kepentingan Terusan Suez yang
menjadi rebutan di antara Asia Barat dan kuasa Barat seperti Amerika dan Perancis.
Terusan Suez terkenal sebagai sebuah terusan buatan manusia yang terbesar dan
terletak antara Mesir dan Semenanjung Sinai dengan kepanjangan 163 kilometer atau
101 batu. Terusan Suez mempunyai kelebaran iaitu 300 meter atau 984 kaki dan
berfungsi antara pelabuhan Said di Laut Mediterranean dan Suez di Laut Merah
(Lampiran 4).
Terusan ini membenarkan laluan air secara dua hala, dan menjadi kepentingan
antara Eropah dan Asia tanpa mengelilingi benua Afrika. Sebelum pembukaan dalam
tahun 1869, barang dagangan dipunggah keluar dari kapal dan diangkut menggunakan
kenderaan darat antara dua laut tersebut.
Akibat kekhuatiran Israel terhadap Revolusi Mesir pada tahun 1952 dan
perhubungan persahabatan yang lebih erat dengan Amerika Syarikat yang cuba
diwujudkan oleh pemimpin baru Mesir Gamal Abdul Naseer. Israel bercadang
melancarkan perang tetapi tidak kesampaian kerana risau akan hubungan dengan
Amerika Syarikat. Pada bulan Julai pendedahan dibuat bahawa serangan beberapa bom
dan kebakaran di beberapa buah pawagam Kaherah pada musim panas sebelumnya
dikatakan pengkhianatan beberapa orang Yahudi Mesir adalah angkara hasutan Lavon
di Israel.
Ben Gurion yang menggantikan pemerintahan telah menyerang pusat Mesir di
Gaza pada 17 Februari 1955 menyebabkan hampir 40 orang Mesir terbunuh. Akibatnya,
Abdul Naseer yang tidak berpuashati walaupun pada dasarnya menerima perdamaian
kerana berfikiran betapa terdedahnya Mesir terhadap serangan Israel, beliau telah
mengambil langkah sendiri dengan memiliknegarakan Terusan Suez yang mempunyai
kepentingan yang besar terhadap Israel dan penyokong-penyokongnya.

Pemiliknegaraan Terusan Suez oleh Mesir melalui ucapan Gamal Abdul Naseer
yang memerintah Mesir pada ketika itu menyebabkan ketidakpuashatian beberapa
pihak yang mempunyai kepentingannya. Ekoran daripada itu, Israel telah melancarkan
serangannya ke atas Mesir yang menyebabkan konflik antara dua negara ini semakin
sengit. Ditambahkan lagi apabila terdapat pihak lain yang turut mengambil kesempatan
dalam hal tersebut. Hal ini disebabkan Israel mempunyai kepentingan ekonomi
terhadap Terusan Suez iaitu laluan untuk mengangkut senjata perang yang diimport
dari Perancis, menyebabkan mereka bertekad untuk menyekat kuasa Mesir di kawasan
tersebut dan keadaan ini menjadikan persengketaan antara Mesir dengan Israel
semakin rumit.
Perang Suez antara Mesir dengan pihak Israel yang mana dalam peperangan
tersebut Israel telah bersekongkol dengan Perancis dan Britain. Perang ini bermula
apabila Mesir yang ketika itu berada di bawah pemerintahan Gamal Abdul Naser telah
menjalinkan hubungan diplomatik dengan Amerika Syarikat. Perkara ini telah
menimbulkan kebimbangan kepada Israel sehingga mereka bertindak untuk merancang
serangan ke atas Mesir bagi memastikan negara tersebut tidak menjadi ancaman
kepada Israel suatu hari nanti. Pada tahun 1954, Israel telah melancarkan beberapa siri
serangan bom ke atas Mesir. Tindak balas Mesir selepas serangan tersebut ialah pada
Julai 1956, Gamal Abdul Naser mengumumkan bahawa Mesir akan memiliki Syarikat
Terusan Suez Inggeris-Perancis dan juga terusannya yang pembinaannya dibiayai
sendiri oleh rakyat Mesir manakala pemilik syarikat akan dibayar pampasan
sepenuhnya.
Oleh hal yang demikian, Britain dan Perancis telah merancang untuk
menggulingkan kerajaan Gamal Abdul Naser. Kedua-dua buah negara tersebut telah
mengadakan pakatan dengan Israel yang mana sangat-sangat mengharapkan agar
kerajaan Mesir jatuh. Melalui pakatan tersebut maka wujudlah kerjasama InggerisPerancis-Israel. Oleh hal yang demikian, Israel telah melancarkan serangan ke atas
Mesir pada 29 Oktober dan Israel telah menguasai Sinai dan memutuskannya dengan
Gaza yang dikuasai oleh Mesir. British dan Perancis pula bertindak dengan
memusnahkan keseluruhan angkatan udara Mesir dan menakluki Mesir. Tindak balas
Mesir terhadap penaklukan tersebut ialah dengan menyekat terusan tersebut manakala

Syria pula meletupkan saluran paip bagi menyekat bekalan minyak Britain dan Perancis.
Perang Suez tersebut telah menyebabkan Amerika Syarikat masuk campur dengan
memaksa Israel berundur dari Sinai dan sebagai pertukarannya ialah pembukaan Teluk
Aqaba kepada perkapalan Israel. Oleh hal yang demikian, tentera Israel telah
mengundurkan tentera sepenuhnya pada Jun 1957. 4
2.2.2 Kepentingan Ekonomi.
Selain itu, kepentingan ekonomi di Asia Barat juga merupakan faktor ekonomi yang
mencetuskan kepada konflik di Asia Barat. Kepentingan ekonomi menyebabkan kuasa
barat seperti Amerika membuat campur tangan dalam hal-ehwal Negara-negara di Asia
Barat. Sebagai contoh Negara Asia Barat kaya dengan hasil minyak yang banyak. Hal ini
menyebabkan kuasa barat berusaha untuk memonopoli sumber tersebut dengan
menjadikan Israel sebagai orang tengah.
Malah, Israel juga telah membantu Amerika Syarikat untuk menghalang
pencerobohan Soviet Union ke atas Asia Barat. Hal ini kerana, kedua-dua pihak ini
khuatir akan penguasaan ekonomi yang akan dilakukan oleh pihak Soviet Union
sekiranya Israel dan Amerika tidak dapat menghalang pencerobohan Soviet Union.
Buktinya, Amerika Syarikat telah memberikan bantuan ekonomi dan ketenteraan
kepada Israel iaitu sebanyak US $92 bilion dan jet Phantom yang hebat.
2.3 FAKTOR SOSIAL
2.3.1 Isu Pelarian Palestin.
Diaspora Palestin ataupun pengusiran beramai-ramai penduduk Arab Palestin dari tanah
air mereka telah menjadi punca konflik Israel-Palestin dan Israel-Arab sejak 1948. Lebih
85% orang Arab Palestin yang menetap di 82% daripada wilayah yang membentuk
Israel pada hari diusir dari rumah mereka oleh tentera Zionis. Menandakan bermulanya
era yang menjadi punca Aparteid yang dicipta Israel. Rakyat Palestin yang telah dihalau
keluar dari tempat tumpah darah mereka telah hidup merempat di merata-rata tempat

seperti di Transjordan dan Mesir. Di Transjordan, rakyat Palestin telah membina


kehidupan mereka di kem-kem pelarian dan menerima sistem sosial yang sangat daif
berbanding dengan kehidupan asal mereka di Palestin. Rakyat Palestin yang terdapat di
Jordan sedikit bernasib baik kerana telah menerima bantuan sosial daripada kerajaan
Transjordan seperti perkhidmatan kesihatan, pendidikan, makanan, dan lain-lain
perkhidmatan sosial berbanding dengan rakyat Palestin yang berhijrah ke Mesir.
Perpindahan secara beramai-ramai rakyat Palestin dari negara mereka telah
menyebabkan rakyat Palestin telah kehilangan hak sebagai penduduk asal di bumi
Palestin setelah hampir 4,500 tahun hidup di negara tersebut.
Kewujudan ramai pelarian iaitu rakyat Paletin juga merupakan antara faktor-faktor yang
membawa kepada ketidakstabilan politik di Asia Barat akibat penubuhan negara Israel
pada tahun 1948. Antara negara yang mengalami ketidakstabilan politik ini ialah
Lubnan. Pelarian Palestin mula memasuki kawasan Lubnan sejak tahun 1948 apabila
mereka menghadapi tekanan rentetan daripada kemerdekaan Israel setelah sistem
mandat British di Palestin berakhir. Sejak dari tahun 1968 hingga 1982, terdapat lebih
300,000 pelarian Palestin telah memasuki kawasan Lubnan terutama di kawasan
selatan.5 Pelarian ini telah membentuk entiti sosial dan politik yang kuat di Lubnan
khususnya untuk berhadapan dengan Israel. Mereka telah melancarkan seranganserangan gerila dan roket ke atas Israel. Mereka juga telah membentuk pasukan
komando sendiri setelah kecewa terhadap sikap dan pendirian Arab yang semakin
melupakan masalah Palestin.
Kesan terhadap negara yang mempunyai pelarian Palestin ialah serangan berterusan
oleh negara Israel. Justeru, Lubnan merupakan negara yang sering diserang oleh
tentera Israel. Dianggarkan bahawa lebih 25,000 tentera Israel terlibat dalam serangan
ke atas Lubnan yang dilancarkan dari lima laluan yang berasingan dengan penumpuan
utama di Lubnan Tenggara.6 Serangan tentera Israel yang dahsyat ke atas kem pelarian

Palestin juga telah membawa kepada peristiwa penyembelihan di Kem Sabra dan
Shatila. Peristiwa penyembelihan tersebut yang berlaku pada September 1982 di Beirut,
Lubnan juga merupakan di bawah kawalan Israel. Menurut Yasser Arafat iaitu Perdana
Menteri Palestin pada ketika itu, dianggarkan bahawa lebih 3,000 rakyat Palestin yang
terbunuh walaupun jumlah sebenar tidak diketahui kerana kebanyakan mayat terkubur
dalam runtuhan rumah yang diranapkan oleh jentolak. 7 Kesimpulannya, isu pelarian
Palestin ini akan lebih menyemarakkan konflik yang berlaku di Asia Barat.
2.3.2 Pencabulan Hak Asasi.
Sejak penubuhan negara Israel dan penjajahan Israel ke atas Palestin, ramai antara
rakyat Palestin yang terpaksa menjadi pelarian di negara jiran mereka seperti di Jordan,
Lubnan dan ke Tebing Barat. Dianggarkan bahawa lebih kurang lapan juta rakyat
Palestin hidup dalam keadaan buangan dan terpaksa memegang status pelarian di bumi
mereka sendiri akibat tekanan daripada Israel. Manakala, sejuta rakyat Palestin yang
hidup di Gaza iaitu lebih tiga perempat daripada mereka merupakan pelarian. Begitu
juga di Tebing Barat yang mempunyai lebih 1.6 juta rakyat Palestin di sana dan 650 000
daripada mereka merupakan pelarian. 8
Rakyat Palestin mengalami pelbagai bentuk penindasan daripada Israel sejak dari
hari pertama penubuhannya. Kebanyakan daripada kawasan perkampungan yang
diduduki oleh warga Arab Palestin tidak mempunyai kemudahan asas seperti bekalan
elektrik mahupun bekalan air. Di samping itu, rakyat Palestin juga dinafikan dari
pelbagai jenis pekerjaan. Gaji yang diberikan juga tidak adil di mana purata gaji satu
jam bagi seorang Yahudi adalah 33% lebih tinggi daripada gaji seorang yang berbangsa
Arab Palestin. Penindasan dan penghinaan yang diterima oleh orang Palestin sangat

teruk di mana sebahagian besar orang-orang Israel melabel rakyat Arab Palestin
sebagai makhluk yang lebih lemah dan tidak berguna. Contohnya, Menachem Begin
iaitu Perdana Menteri Yahudi pada tahun 1980-an, pernah menyifatkan rakyat Palestin
sebagai binatang berkaki dua.9
Akibat daripada penafian hak mereka untuk kembali ke tanah air mereka,
pelarian Palestin kini telah bertambah menjadi lebih kurang lima juta orang. Mereka
hidup di luar Palestin kerana diusir dari tanah asal mereka. Sementara itu, hak
untuk pulang bagi orang-orang Yahudi di seluruh dunia tetap diperakui dengan
membenarkan mana-mana orang Yahudi dari seluruh dunia untuk menetap di
negara Israel dan memiliki kewarganegaraan yang sah. Tindakan orang-orang
Yahudi yang menafikan hak orang-orang Palestin untuk kembali semula ke Palestin
adalah kerana mereka bimbang pertambahan demografi penduduk Palestin yang
seterusnya akan menyebabkan penghapusan bilangan majoriti warga Yahudi di
bumi Palestin. Demi mengekalkan polisi rasisme mereka, Israel tidak membenarkan
rakyat Palestin untuk pulang ke negara asal mereka.

Nasib pelarian Palestin di negara jiran mereka seperti Jordan dan Lubnan juga
menerima nasib yang sama. Di Lubnan misalnya, pelarian-pelarian Palestin ini tidak
diberikan status warganegara tetapi setakat penduduk tetap sahaja. Tanpa status
kewarganegaraan Lubnan, hal ini bermakna pelarian Palestin tidak dapat menikmati
banyak

keistimewaan

dan

mengalami

banyak

kesengsaraan.

Mereka

tidak

dibenarkan memiliki hartanah dan hanya tinggal di kem-kem pelarian. Peluang


pekerjaan yang ditawarkan juga sangat terhad sehingga menyebabkan ramai rakyat
Palestin terpaksa bekerja secara haram. Pergerakan mereka juga sangat terbatas
kerana mereka terpaksa mendapatkan permit perjalanan yang sah untuk tempoh
setahun.10

10

2.3.3 Peperangan Arab Israel 1967.


Perang Enam Hari terjadi pada tahun 1967 antara Israel di satu pihak yang menghadapi
gabungan tiga negara Arab, iaitu Mesir, Jordan, dan Syria. Ketiga-ketiganya pihak lawan
Israel mendapat bantuan aktif daripada Iraq, Kuwait, Arab Saudi, Sudan dan Aljazair.
Perang tersebut berlangsung selama 132 jam 30 minit (kurang dari enam hari). Hanya
di kawasan Syria sahaja perang berlangsung enam hari yang penuh. Perang ini bermula
apabila Israel menganggap bahawa pihak Syria bertanggungjawab terhadap serangan
gerila yang dilakukan oleh kumpulan Palestin terhadap Israel. Pada tahun 1966, Israel
telah melaksanakan serangan terhadap Syria dan berhasrat untuk menakluki Syria. 11
Satu rampasan kuasa yang melibatkan golongan sayap kiri telah berlaku di Syria yang
mengakibatkan Mesir mengadakan satu perikatan tentera bagi berdepan dengan
Israel.12
Kita melihat dengan terperinci mengenai kesan Perang Enam Hari ke atas
geografi di Asia Barat. Perang yang berlangsung pada 5 Jun 1967 yang dilancarkan oleh
pihak Israel ke atas kawasan-kawasan persekitaran Arab dan menjadi pencetus
perubahan geografi Asia Barat apabila Israel menang dalam perang dan berjaya
menguasai kawasan Mesir, Syria dan Jordan. Israel berjaya meluaskan pengaruh apabila
berjaya memperolehi kawasan lawan mereka selepas perang Enam Hari 1967. Rentetan
hal ini, menyebabkan wilayah pengaruh Arab semakin mengecil. Antara kawasan yang
jatuh ketangan Israel adalah wilayah Gaza, Semenanjung Sinai, Tebing Barat dan Bukit
Golan. Disamping itu, Wilayah bahagian Timur Jerusalem turut dirampas oleh pihak

11

Israel.13 Selain itu, perang ini juga telah memberi kesan ke atas kawasan penting di
dalam sejarah. Hal ini terbukti apabila Israel berjaya menawan dua wilayah Palestin
yang penting iaitu Tebing Barat dan Semenanjung Gaza (Lampiran 5). Rampasan Tebing
Barat dan Semenanjung Gaza ini telah menyebabkan wujudnya pelarian Palestin di
wilayah tersebut dan mereka hidup dalam keadaan tertindas. 14 Sebelum akhir tahun
perang 1967 diantara Arab-Israel, wilayah Tebing Barat tertakluk dibawah kuasa Jordan.
Tebing Barat merupakan sebuah daerah di Timur Tengah yang merangkumi kawasan di
Barat Sungai Jordan. Namun kemudian wilayah ini jatuh ketangan Israel pada 1967
kesan daripada perang tersebut.15 Hal ini menyebabkan wilayah Arab semakin kecil.
Disamping itu, ia lebih dikenali sebagai Semenanjung Gaza dan merupakan sebuah
daerah kecil di sebelah barat daya Israel. Wilayah ini berada dibawah kuasa Mesir
sebelum tercetusnya perang enam hari 1967. Namun setelah kekalahan Mesir, wilayah
ini jatuh ketangan Israel.16
Selepas pihak Israel melancarkan perang sengit selama tiga hari. Israel berjaya
memperolehi kemenangan daripada Perang tersebut. Pihak Arab telah kalah dan
terpaksa menerima hakikat kehilangan sebuah lagi wilayah yang penting iaitu
Baitulmuqaddis. Pada 10 Jun, Bandar Qunaytra di Bukit Golan juga menjadi milik tentera
Israel. Rentetan rampasan ini menyebabkan wilayah Israel bertambah tiga kali ganda
daripada keluasan kawasan asal negaranya. 17

12

Perang ini bukan sahaja menyebabkan perubahan ke atas geopolitik Arab.


Malah kekalahan tentera Arab juga memberi kesan ke atas kedudukan rakyat
Palestin yang terus tertindas. Keadaan ini dapat dilihat apabila ianya telah
mewujudkan antara 150 000 hingga 200 000 orang pelarian baru Palestin yang
melarikan diri dari tebing Barat bagi mencari perlindungan di Jordan. Sekitar 100
000 orang rakyat Syria meninggalkan Bukit Golan manakala 300 000 orang rakyat
Mesir dipindahkan dari Sinai dan Bandar-bandar terusan.

18

Selain itu, kesan perang

juga melibatkan aspek agama tempat-tempat suci untuk orang Kristian ( seperti
Bethlehem, Sungai Jordan, Qumran, Jericho dan Baitulmuqaddis) dan untuk orang
Islam (Masjid Al-Aqsa dan Kubah al-Sakhra serta kubur-kubur Nabi-nabi di Khalil) kini
berada di bawah penguasaan orang Yahudi.
2.3.4 British dan Resolusi 242, 1967.
Perang Arab-Israel yang bermula pada 5 Jun telah berakhir pada 11 Jun 1967 kesan
rentetan persetujuan untuk melakukan gencatan senjata antara negara Arab dan Israel
berdasarkan kepada resolusi 233, 234 dan 235. Namun begitu, pada 17 Jun 1967 satu
mesyuarat tergempar telah diadakan di Majlis Keselamatan PBB berikutan bantahan
Syria bahawa Israel telah mencabul gencatan senjata yang dipersetujui serta bertindak
kejam terhadap para pelarian Arab.
Kesan daripada pencabulan gencatan senjata tersebut pada 5 Julai 1967, Pejabat
Luar British telah mengadakan satu mesyuarat sulit untuk menghadapi perbahasan dan
pengundian di PBB berhubung proses damai Asia Barat. Langkah British ini adalah
sebagai persediaan untuk melobi proses damai di Asia barat daripada jatuh ke tangan
kuasa atau blok yang lain. Ini adalah disebabkan agar kepentingan mereka di negara
Arab tidak akan terjejas sebagaimana kenyataan Pihak Luar British, we need to do all
we can to improve Anglo-Arab relations to avoid further damage to British interests and
in order to get the Canal (Suez) open and the oil flow.19

13

Pada 12 Julai 1967, sesi perbahasan untuk mendengar draf Pelan Damai telah
berlangsung dengan dimulai oleh Yugoslavia. Namun begitu draf ini gagal mendapat
undian majoriti di Majlis Keselamatan PBB kerana British telah melobi beberapa negara
untuk menolak draf tersebut antaranya Austria, Thailand dan Malta yang mana pada
ketika itu bertindak sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB. Hal ini secara
nyata telah mengembirakan British dan sekutunya Amerika Syarikat kerana peluang
mereka untuk mempertahankan kepentingan mereka di wilayah Arab masih terbuka.
Selepas itu 14 hingga 15 September 1967, satu lagi mesyuarat antara Jabatan Negara
Amerika dan Pejabat Luar British berhubung pelan damai Asia Barat diteruskan di
London. Kedua-dua pihak bersependapat bahawa proses damai damai Asia Barat mesti
disegerakan dan diterajui oleh Amerika dan British bagi mengekang pengaruh Soviet di
negara-negara Arab.
Majlis Keselamatan PBB telah mengadakan tujuh mesyuarat bagi membahaskan
draf resolusi bagi pelan damai di Asia Barat mulai 9 hingga 22 November 1967.
Terdapat lima draf yang telah diusulkan daripada pelbagai blok dan negara untuk
diperdebatkan dalam sesi ini. Draf pertama telah dikemukakan oleh Mali dan Nigeria.
Draf kedua datangnya dari negara-negara Amerika Latin sendiri. Draf yang ketiga pula
datangnya dari Amerika Syarikat. Draf keempat ialah dari Soviet. Manakala draf yang
terakhir ialah draf British.
Namun begitu, draf yang dibentangkan oleh Lord Caradon telah menimbulkan
beberapa isu kontroversi sekaligus mendedahkan matlamat sebenar British dalam
menaja proses damai Asia Barat. Beberapa frasa yang digunakan dalam draf ini telah
menimbulkan perdebatan sengit kerana kesamarannya dalam memberikan justifikasi
yang adil dan seimbang terhadap proses damai ini.
Yang pertama, misalnya dalam isu pelarian Palestin, ia hanya menyebut bahawa
affirm further the necessity for achieving a just settlement of the refugee problem.20

14

Sewajarnya dalam draf tersebut perlu dinyatakan betapa perlunya pelarian Palestin ini
diberikan hak untuk memperolehi semula tanahair mereka yang ditakluki oleh Israel
ketika perang, atau hak untuk menubuhkan sebuah negara Palestin yang berdaulat dan
merdeka. Maka tidak hairanlah draf British ini ditolak oleh Syria dan Pertubuhan
Pembebasan Palestin (PLO).
Kedua ialah berkenaan isu status Baitul Maqdis yang tidak dimasukkan dalam
draf British. Sedangkan draf yang dibentangkan oleh negara Amerika Latin dan
Carribean menyatakan secara jelas tuntutan agar isu Baitul Maqdis diputuskan segera
sebagai sebahagian pelan damai. Kegagalan British untuk memasukkan isu Baitul
Maqdis Timur dalam draf pelan damai tersebut agak menghairankan kerana isu Baitul
Maqdis yang didalamnya terletak Masjid Al-Aqsa ini merupakan isu paling penting dalam
proses pelan damai Asia Barat.
Walaupun draf pelan damai tajaan British ini mendapat banyak kritikan dan
ternyata berat sebelah tetapi pada 22 November 1967, draf British telah diterima
sebagai resolusi 242 PBB tanpa pindaan setelah kesemua 15 ahli Majlis Keselamatan
PBB mengundi menyokong draf ini. Dengan lulusnya resolusi ini maka dasar
imperialisme Israel seolah-olah telah diperakui oleh undang-undang antarabangsa.
3.0 IMPAK KE ATAS WILAYAH ASIA BARAT
3.1 IMPAK POLITIK
3.1.1 Perebutan Tanah.
Keadaan geo-politik yang tidak stabil antara orang Yahudi dengan orang Palestin,
penaklukan orang Yahudi ke atas Palestin dan ditambah pula dengan kekalahan di
pihak Palestin dalam perebutan kawasan yang dirampas oleh pihak Yahudi telah
menyebabkan berlakunya penaklukan bumi Palestin oleh orang Yahudi iaitu sebanyak
78% berjaya ditakluk oleh orang Yahudi. Penaklukan tersebut telah menjadikan
penduduk Palestin kehilangan tanah air mereka sendiri dan hidup dalam keadaan
merempat di tempat asal mereka. Sekitar 70,000 warga Palestin terpaksa berkongsi
wilayah namun penduduk Yahudi telah menguasai wilayah yang sangat luas. Perjanjian

15

serta genjatan senjata tidak sedikitpun mempengaruhi orang Yahudi dalam tindakan
agresif mereka untuk menguasai wilayah-wilayah di Palestin dan negara-negara di
sekitarnya.
Selain itu kesan politik akibat konflik Arab-Israel menyebakan berlakunya
peperangan diantara orang Arab Palestin dengan orang Israel. Peristiwa yang
menyebabkan berlakunya peperangan tersebut adalah disebabkan oleh pengundian
bagi pembahagian Palestin yang dijalankan pada 29 November 1947. Orang Yahudi
menerima pengiktirafan antarabangsa penubuhan sebuah negara Yahudi tetapi orang
Arab Palestin telah menentang cadangan tersebut. Contohnya peperangan Enam Hari
yang berlaku pada tahun 1967. Peperangan kali ini melibatkan negara-negara jiran
Palestin seperti Syiria, Lubnan dan Jordan serta beberapa buah negara Arab yang lain
bagi menghalang Israel ataupun Zionis daripada berleluasa di rantau Asia Barat. 21
3.1.2 Sekatan Ke Atas Kebebasan Orang Palestin.
Pengisytiharan kemerdekaan Israel pada tahun 1948 juga telah meletakkan penduduk
Arab Palestin berada dibawah penguasaan pemerintahan tentera dan tertakluk kepada
peraturan pertahanan darurat yang pernah digunakan oleh Inggeris ke atas bumi
Palestin pada tahun 1945. Ini bermakna setiap pergerakan orang Arab adalah terbatas
kerana mereka terpaksa membawa surat kebenaran dan tidak boleh bergerak dari satu
tempat ke tempat lain. Sekiranya perbuatan mereka kelihatan agak mencurigakan pada
pandangan pihak tentera Yahudi maka meraka akan ditangkap dan diperiksa serta
ditahan dengan sewenang-wenangnya tanpa melibatkan pendakwaan dan juga
perbicaraan oleh pihak tentera Yahudi.22 Malah pemimpin-pemimpin mereka juga akan
ditahan dan dibuang negeri serta diletakkan di bawah kawalan pihak Yahudi. Keadaan

16

ini menunjukkan betapa kejamnya layanan Israel terhadap penduduk Arab pada waktu
tersebut.
3.1.3 Kebergantungan Negara-negara Arab kepada Negara-negara Barat.
Keadaan ekonomi di negara-negara Arab yang agak sedikit daif telah menyebabkan
kebanyakan pemimpin-pemimpin Arab terpaksa bergantung kepada negara-negara
Barat untuk meneruskan kelangsungan hidup. Kebanyakan negara-negara Arab takut
akan kuasa Israel yang semakin besar dan mendapat sokongan daripada negara-negara
di Eropah, Oleh itu, negara-negara Arab terpaksa bergantung kepada negara Eropah
kerana mereka sedar sekiranya mereka menentang Israel bermakna mereka terpaksa
berhadapan dengan kuasa-kuasa besar yang mempunyai kekuatan tentera yang sangat
kuat berbanding dengan jumlah kekuatan tentera yang dimiliki mereka.
Kebergantungan dapat dilihat melalui usaha damai antara negara Arab dengan Israel
masih menggunakan kuasa Barat sebagai orang tengah. Contohnya semasa berlakunya
krisis Suez di Mesir, Amerika Syarikat melalui presiden Eisenwer telah menyatakan
sokongan bagi mencari penyelesaian diplomatik terhadap perasaan tidak puas hati
Inggeris, Perancis dengan menentang tindakan mereka merampas terusan Suez yang
dikuasai Mesir sebelum ini.
3.2 KESAN EKONOMI
3.2.1 Bergantung Kepada Sumber Pertanian.
Bagi sebahagian besar penduduk Arab yang tinggal di negara Israel terutamanya bagi
rakyat yang tinggal di kawasan perkampungan, ekonomi seharian mereka adalah
bergantung kepada sumber pertanian semata-mata. Mereka mendapati bahawa mereka
tertakluk kepada peraturan pertahanan darurat yang diperkenalkan oleh pihak Inggeris
atas bumi Palestin pada tahun 1945. Orang Arab telah memprotes tindakan yang
dikenakan ke atas mereka semasa Kongres Antarabangsa Pertama Peguam dan Juri
Yahudi. Salah seorang Arab Israel yang lantang bersuara ketika kongres tersebut telah
mengemukakan rayuan supaya mengenakan tekanan kepada kerajaan bagi
menggantung peraturan-peraturan yang masih dikekalkan ke atas mereka sedangkan
negara tersebut telah merdeka. Namun begitu, seperti yang telah dijangka, pihak

17

kerajaan Israel tidak mahu dan tidak bersetuju serta enggan menimbangkan rayuan
yang dibuat oleh orang Arab. 23
Penduduk Palestin juga terpaksa melakukan penggabungan ekonomi dengan
orang Yahudi. Hal ini demikian kerana, penduduk Palestin terpaksa bertransformasi
dengan menjadi golongan pekerja yang bergantung kepada ekonomi Israel. Belia-belia
yang tinggal di Tebing Barat yang tidak mempunyai tanah kerana telah dirampas oleh
kerajaan Israel terpaksa mencari pekerjaan di Israel sebagai satu cara untuk
memperbaiki taraf hidup mereka. Rakyat Palestin terpaksa bekerja dengan majikanmajikan dari kalangan orang Yahudi Israel kerana majikan di Tebing Barat tidak mampu
untuk membayar upah yang tinggi sepertimana yang dibayar oleh majikan di Israel. 24
Walaupun mereka terpaksa bergabung ekonomi dengan Israel tetapi itu tidak bermakna
mereka telah menyetujui semua perkara yang dilakukan oleh orang Yahudi Israel ke
atas negara mereka.
3.2.2 Kehilangan Harta Benda.
Selain daripada sekatan peribadi yang dikenakan ke atas penduduk Arab Israel,
kehidupan mereka semakin buruk setelah kehilangan tanah dan rumah. Mereka telah
kehilangan tanah dan rumah akibat daripada perampasan harta melalui UndangUndang Harta Ketidakhadiran Tahun 1950 dan Undang-Undang Pengambilan Tanah.
Melalui Undang-Undang Ketidakhadiran Tahun 1950, orang Yahudi telah merampas
tanah penduduk Arab yang ketika itu tidak berada di Palestin kerana kebanyakan
penduduk Arab telah melarikan diri sewaktu Perang Palestin pertama pada tahun 1948.
Mereka telah menggunakan alasan ketidakhadiran di tanah tersebut untuk mengambil
tanah-tanah penduduk Arab ketika itu. Keadaan orang Arab bertambah buruk apabila
pada tahun 1958 kerajaan Israel telah memperkenalkan peraturan baru yang
memerlukan peladang-peladang Arab membuktikan bahawa mereka telah pun bercucuk

18

tanam di atas tanah mereka antara tahun 1928 hingga 1943. Akibatnya tanah yang
dimiliki oleh orang Arab merosot menjelang pertengahan tahun 1970-an. Dengan cara
sedemikian, amat senang bagi kerajaan Israel untuk mendapatkan tanah yang banyak
dari penduduk Arab bagi meluaskan harta dan ekonomi mereka. Manakala nasib yang
semakin buruk pula menimpa orang Arab kerana mereka telah kehilangan punca
ekonomi mereka.25
Keadaan yang huru hara yang ditimbulkan oleh penduduk Yahudi yang datang
dari seluruh pelosok negara terutamanya dari negara-negara di Eropah telah
menyebabkan keadaan menjadi bertambah sengit dan kacau bilau kerana ketika itu,
negara-negara di rantau Asia Barat baru sahaja melalui Perang Dunia Kedua. Keadaan
yang baru sahaja tenteram telah dirosakkan dengan kehadiran penduduk Yahudi yang
ingin membina sebuah negara bangsa di Tanah Arab. Keadaan yang huru-hara banyak
berlaku dalam negara-negara di rantau Asia Barat sehingga menyebabkan pemimpinpemimpin Arab terpaksa bergantung kepada negara-negara Barat untuk meredakan
ketegangan yang berlaku di negara masing-masing.
Pihak Barat yang sudah lama menunggu peluang untuk campur tangan dalam
masalah dalaman negara-negara rantau Asia Barat telah menghulurkan bantuan
perlindungan mereka kepada negara-negara tersebut. Habuan daripada perlindungan
yang diberikan ialah pemimpin-pemimpin tempatan hendaklah memberi habuan
ekonomi kepada mereka terutamanya sumber minyak. Hal ini demikian kerana, negaranegara di rantau Asia Barat sangat kaya dengan sumber minyak dan sekiranya sumber
minyak tersebut dapat dikuasai oleh pihak Barat, maka akan bertambah kayalah
negara-negara Barat. Oleh hal yang demikian, perlindungan yang diminta oleh
pemimpin-pemimpin Arab telah menyebabkan sumber ekonomi utama negara-negara di
rantau Asia Barat telah dikuasai oleh pihak penjajah.
3.2.3 Harta Orang Arab Dirampas.

19

Di samping itu, pihak kerajaan Israel juga telah mengambil harta orang Arab melalui
Tabung Kebangsaan Yahudi yang ditubuhkan oleh orang Yahudi setelah mereka mula
mendirikan sebuah negara di sana. Tabung Kebangsaan Yahudi ini telah mengambil alih
3 juta dunun tanah dan harta milik orang Arab melalui undang-undang yang
membolehkan orang Yahudi Israel mengambil alih harta tersebut disebabkan oleh
ketiadaan pemilik asalnya. Malahan perniagaan, ladang sitrus, padang ragut, dan juga
rumah-rumah orang Arab telah dijadikan harta milik orang Yahudi Israel. Tindakan yang
begitu melampau ialah apabila tanah orang Arab yang masih berada dalam negara
Israel turut diisytiharkan kosong disebabkan pemiliknya buat sementara waktu
melarikan diri ke bahagian lain negara tersebut. 26 Kebanyakan penduduk melarikan diri
dari kawasan tempat tinggal mereka adalah disebabkan oleh berlakunya perang antara
penduduk Arab dengan orang Yahudi Israel dan disebabkan takut nyawa mereka
terancam, maka mereka terpaksa melarikan diri ke bahagian yang lebih selamat.
Perampasan harta yang dilakukan oleh orang Yahudi Israel telah menyebabkan keadaan
ekonomi orang Arab terancam dan mereka telah kehilangan punca pendapatan utama
mereka sehingga menyebabkan kehidupan mereka semakin mundur dan daif. Tekanan
hidup di tempat sendiri telah menyebabkan mereka mula keluar dari tanah air mereka
dan berhijrah ke negara lain yang boleh meningkatkan taraf hidup mereka.
3.3 IMPAK SOSIAL
3.3.1 Usaha Damai Sukar Dicapai.
Contohnya selepas Perang Arab-Israel, gencatan senjata telah ditandatangani pada 11
Jun 1967. Namun begitu, pada 17 Jun 1967, satu mesyuarat tergempar telah diadakan
di Majlis Keselamatan PBB berikutan bantahan Syria bahawa Israel telah mencabul
gencatan senjata yang telah dipersetujui. Selain itu, draf plan damai yang ditaja oleh
British yang telah dipersetujui oleh PBB pada 22 November 1967 (Resolusi 242)
mengandungi terma-terma yang tidak jelas dan tersirat yang menyebabkan pelbagai
pihak tidak berpuas hati lantas menyukarkan lagi untuk menamatkan proses damai.

20

Kegagalan proses damai tersebut adalah disebabkan oleh tindakan British dan Amerika
Syarikat yang lebih mementingkan kepentingan peribadi daripada kepentingan sejagat.
Maka tidak hairanlah usaha proses damai yang dilakukanm selepas itu menemui jalan
buntu. Antaranya ialah Perjanjian Damai Oslo, Camp David dan sebagainya.
3.3.2 Pencabulan Hak Asasi.
Penghinaan orang Yahudi terhadap orang Palestin jelas diluahkan oleh Fawaz Turki
dalam memorinya Kehilangan Warisan: Jurnal seorang Palestin dalam buangan (The
Disinherited: Journal of a Palestinian Exile) yang menyatakan bahawa rakyat Palestin
sering dipandang hina oleh Isreal dan sesetengah negara Arab yang lain. Turki juga
merasakan bahawa rakyat Palestin masih dipandang hina oleh pemimpin-pemimpin
Arab lain dan Isreal walaupun mendapat kesempatan daripada peluang pendidikan yang
disediakan oleh United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees (U.N.W.R.A).27
Pada masa yang sama, pemimpin-pemimpin ini memberikan layanan yang amat buruk
kepada rakyat Palestin. Malah, rakyat Palestin tidak pernah dianggap sebagai
sebahagian daripada negara Israel. Kenyataan ini disuarakan oleh pemimpin Israel
sendiri apabila beliau secara terbuka menafikan kewujudan masyarakat Palestin.
Akhirnya, keadaan ini telah mendorong rasa terpisah yang semakin berkembang dalam
kalangan rakyat Palestin sama ada secara serantau mahupun antarabangsa.
Ketidakmampuan rakyat Palestin untuk menangkis penghinaan ini melalui tindakan
hanya dapat disampaikan melalui penulisan-penulisan yang dihasilkan dalam kalangan
mereka sendiri. Antara penyair Palestin adalah seperti Muhamad Darwish, Tawafiq,
Zayyad dan Salma al-Jayyusi yang menyatakan kerinduan mereka terhadap negara
Palestin yang terpendam dan ditunjukkan secara terbuka oleh rakyat Palestin dalam
diaspora. Penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin turut dirasai oleh beberapa
masyarakat lain seperti dalam penulisan Halim Barakat, seorang novelis dan ahli
sosiologi berketurunan Lubnan-Syria, dalam bukunya Hari-Hari Debu (Days of Dust)
menceritakan tentang seorang Profesor di Beirut yang kelihatan tidak boleh mengambil
keputusan yang tegas dan berkata bahawa perkataan merupakan satu-satunya senjata

21

yang mereka mahir untuk menggunakannya. Dengan erti kata lain, rakyat Palestin
hanya mampu menggunakan penulisan untuk menangkis tohmahan masyarakat lain
terhadap bangsa mereka.
Akibat daripada itu, rakyat Palestin yang berada dalam diaspora meningkatkan lagi
semangat mereka sebagai tindak balas terhadap dunia yang meletakkan status mereka
sebagai pelarian yang berkeliaran. Malah, rakyat Palestin juga terpaksa berhadapan
dengan rakan berbangsa Arab lain yang langsung tidak menunjukkan kemampuan
untuk mencari penyelesaian terhadap dilema kebangsaan mereka. Oleh yang demikian,
mereka menjadikan diri mereka sebagai orang yang bebas dan gerakan perjuangan
mereka turut berkisar dalam dunia berbahasa Arab yang mengambil sikap menentang
beberapa pemimpin Arab sama seperti penentangan mereka terhadap Israel. 28
3.3.3 Kekejaman Yang Tidak Berperikemanusiaan.
Selain daripada penindasan dan penafian terhadap hak, rakyat Palestin turut mengalami
kezaliman dan kekejaman. Regim Zionis yang berusaha untuk menakluki keseluruhan
bumi Palestin sentiasa melakukan keganasan dan penyeksaan di rantau Asia Barat
terutamanya terhadap orang-orang Palestin bagi menghalau dan melenyapkan mereka
terus dari muka bumi ini. Antara tragedi yang paling signifikan ialah peristiwa
pembunuhan beramai-ramai di Kem Sabra-Shatila. Di samping itu, pelarian Palestin
yang ditangkap dan ditahan oleh Regim Zionis juga telah mengalami penyeksaan yang
berterusan. Selain pelarian Palestin, negara-negara Arab yang lain turut berada dalam
keadaan ketakutan akibat serangan tentera Israel yang terus memburu dan
menghapuskan pelarian-pelarian Palestin tidak kira di mana sahaja mereka berada.
Pembunuhan beramai-ramai di Kem Sabra dan Shatila berlaku pada 16
September 1982 (Lampiran 6). Peristiwa tersebut merupakan rentetan daripada
keganasan pihak Israel terhadap masyarakat Arab Israel. Tiada siapa yang dapat
menafikan bahawa pihak Israellah yang melakukan jenayah itu dengan kerjasama

22

kumpulan radikal Kristian Meronite dan kumpulan militan Kristian al-Hadad. 29


Mereka melakukan pembunuhan dengan sewenang-wenangnya atas alasan untuk
menghapuskan pengganas yang bersembunyi di kem-kem pelarian tersebut.
Mangsa dibunuh dengan cara ditembak dan untuk memastikan bahagian khemah
lain tidak sedar dengan apa yang sedang berlaku, sesetengah pelarian Palestin
telah dibunuh dengan menggunakan pisau, kapak dan beliung sementara leher
mereka pula dikelar dan perut mereka dirabak. 30
Peristiwa ini menyaksikan pembunuhan lebih 3,000 orang awam rakyat Palestin
yang mendiami kem pelarian Sabra dan Shatila (merupakan laporan rasmi oleh
Amon Kapeliouk, seorang wartawan Israel yang terkenal. Namun, pihak tentera
Israel hanya melaporkan pembunuhan 700 hingga 800 nyawa sahaja. Laporan
rasmi Palang Merah Antarabangsa pada 22 September 1982 pula menyebut
kehilangan 2,400 nyawa). Tindakan ini merupakan satu keganasan yang sepatutnya
tidak pernah wujud dalam jangkauan pemikiran seorang manusia yang berakal
malah jauh sekali oleh sesebuah kerajaan. 31 Jumlah sebenar mangsa yang terkorban
tidak dapat dipastikan akibat tindakan tentera Israel yang menimbus mayat ke
dalam sebuah parit yang digali.32

23

4.0 PENILAIAN
Berdasarkan penilaian yang dibuat, konflik Asia Barat merupakan satu konflik terpanjang
dalam sejarah peradaban manusia. Konflik yang berlangsung ini juga ibarat tidak
mempunyai kesudahan dan telah berlarutan sehingga ke hari ini. Contohnya konflik
antara Palestin dan Israel tidak menemui sebarang jalan penyelesaian yang berkesan. Jika
kita lihat hari ini, kedua-dua negara sering menyerang antara satu dengan yang lain bagi
mempertahankan negara mereka. Bagi pihak Israel pula mereka beralasan untuk
mempertahankan diri dari serangan pejuang Palestin dan tentara Hamas, sedangkan
pihak Palestin pula ingin mempertahankan wilayah mereka yang semakin hari semakin
kecil akibat dirampas oleh Israel. Kedua-dua faktor ingin telah menyukarkan rundingan
damai antara Israel dan Palestin.
Sikap kuasa-kuasa barat seperti Amerika Syarikat dan Perancis juga sangat memainkan
peranan yang besar dalam berlakunya konflik di Asia Barat. Ini disebabkan mereka ingin
mendapatkan kepentingan masing-masing di Asia Barat contohnya sumber minyak yang
terkenal di Timur Tengah. Jika kita dalam konteks moden, pelbagai alasan yang digunakan
barat untuk menguasai sumber ekonomi khususnya minyak. Contoh yang paling jelas
ialah serangan di negara Iraq oleh Amerika Syarikat pada tahun 2002 yang sebenarnya
adalah untuk mendapatkan kepentingan ekonomi khususnya sumber minyak di negara
tersebut. Oleh itu mereka menggunakan alasan bahawa negara Iraq mempunyai senjata
nuklear yang pada hakikatnya tidak ada langsung.
Oleh itu, negara-negara Arab perlulah berkerjasama antara satu dengan yang lain supaya
konflik di Asia Barat dapat diselesaikan dengan segera. Dengan kerjasama antara
masyarakat Islam di negara Arab akan dapat mengelakkan Asia Barat terus ditindas oleh
penjajah asing yang ingin melihat kehancuran negara Arab khususnya masyarakat Islam.

24

5.0 KESIMPULAN
Secara tuntasnya dapat disimpulkan bahawa konflik Israel dan Palestin ini merupakan
satu konflik yang berpanjangan sejak dahulu lagi. Hal ini disebabkan oleh pelbagai faktor
terbabit yang mempengaruhi kemunculan gerakan zionisme dan penubuhan negara
Israel. Keadaan ini telah membangkitkan konflik di antara dua negara ini dengan kuasakuasa besar berada di belakang konflik ini walaupun negara-negara Barat berusaha
mencari jalan pendamaian di antara Israel dan Palestin. Namun begitu sehingga
sekarang, usaha damai yang dianjurkan oleh pihak Barat selalunya mengalami jalan
buntu dek kerana niat sebenar bukan atas dasar kepentingan dunia sejagat tapi
kepentingan peribadi. Oleh itu, kita mengharapkan agar suatu hari nanti akan ada jalan
penyelesaian kepada konflik Israel dan Palestin demi keamanan dan kelestarian bersama.

25

BIBLIOGRAFI

Rujukan Buku dan Jurnal

Alijah Gordon. 2003. Rakyat Palestin Bersuara. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.

26

Albert Hourani. 1991. A History of The Arab People. London : Faber and Faber Limited.

Arthur Goldshmidt Jr. 1999. A Concise History of The Middle East. United Kingdom :
Pennstate University.

Ellis Marc H. 2002. Israel and Palestine Out of The Ashes : The Search for Jewish Identity
in The Twenty First Century. London : Pluto Press.

Lois A. Arorian, Richard P. Mitchell, terjemahan Muhammad Redzuan Othman. 1991.


Timur Tengah
dan Afrika Utara Moden. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Mazlee Malik. 2007. Peluru lawan Batu : Konflik Palestin dan Israel. Petaling Jaya : Karya
Bestari
Sdn. Bhd.

Micheal C. Hudson. 2008. The Middle East Journal: The Palestinian Factor in the
Lebanese Civil
War, United States: Middle East Institutes, Vol.32(3).

27

Muhammad Hasrul Zakaria. 2007. British dan Resolusi 242 1967 : Pengajaran
Sejarah untuk
Pelan Damai di Asia Barat. Jurnal Kemanusiaan, bil. 10.

Paul Findley, terjemahan Rahmani Astusi. 2006. Diplomasi Munafik Zionis-Israel :


Mengungkap
Fakta Hubungan AS-Israel. Bandung: PT Mizan pustaka.

Peter Mansfield. 1973. The Ottoman and Its Successors. New York : The MacMillan
Press.

Prof Madya Fadhullah Jamil. 2000. Islam Di Asia Barat Moden : Sejarah Penjajahan Dan
Pergolakan.
Selangor : Thinkers Librarys.
William L. Cleveland. 1994. A History of Modern Middle East. San Franscisco: Westview
Press.
Rujukan Internet
http://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_Yom_Kippur
http://ms.wikipedia.org/wiki/Gaza
http://marcovilla.instablogs.com/entry/us-joint-chiefs-of-staff-opposed-recognition-ofisrael/

28

http://panitiasejarahsmtsm.blogspot.com/2009/01/terusan-suez.html

LAMPIRAN 1

29

Rajah 1.0 : Peta Timur Tengah


LAMPIRAN 2

Rajah 2.0 : Presiden Harry Truman bersama dengan David Ben Gurion

LAMPIRAN 3

30

RAJAH 3.0 : Raja Abdul Aziz Al-Saud


LAMPIRAN 4

Rajah 4 : Terusan Suez

LAMPIRAN 5

31

Rajah 5.1 : Tebing Barat

Rajah 5.2 : Semenanjung Gaza

LAMPIRAN 6

Rajah 6.0 : Pembunuhan di Kem Sabra dan Shatila

32

ISI KANDUNGAN
PERKARA
1.0
2.0

PENGENALAN
1
FAKTOR YANG MENYEBABKAN KONFLIK
2.1
FAKTOR POLITIK
2.1.1 CAMPUR TANGAN KUASA BARAT

2.2
2.3

3.0

HALAMAN

1
2.1.2 SIKAP PEMIMPIN ARAB
2.1.3 PENGUASAAN WILAYAH
FAKTOR EKONOMI
2.2.1 KEPENTINGAN TERUSAN SUEZ
2.2.2 KEPENTINGAN EKONOMI
FAKTOR SOSIAL
2.3.1 ISU PELARIAN PALESTIN
2.3.2 PENCABULAN HAK ASASI
2.3.3 PEPERANGAN ARAB-ISRAEL 1967

9
2.3.4 BRITISH & RESOLUSI 242, 1967
IMPAK KE ATAS WILAYAH ASIA BARAT
3.1
IMPAK POLITIK
3.1.1 PEREBUTAN TANAH

3
3
4
6
7
8

11

13
3.1.2 SEKATAN KE ATAS KEBEBASAN ORANG PALESTIN
14
3.1.3 KEBERGANTUNGAN KEPADA BARAT
3.2

14
IMPAK EKONOMI
3.2.1 BERGANTUNG KEPADA PERTANIAN
15
3.2.2 KEHILANGAN HARTA BENDA
16
3.2.3 HARTA ORANG ARAB DI RAMPAS

17
IMPAK SOSIAL
3.3.1 USAHA DAMAI SUKAR DICAPAI
3.3.2 PENCABULAN HAK ASASI
3.3.3 KEKEJAMAN TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN
PENILAIAN
KESIMPULAN
3.3

4.0
5.0

18
18
19
21

22
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN

33

You might also like