You are on page 1of 3

Jaringan laman sosial merupakan satu laman web yang menyediakan platform

untuk masyarakat yang mempunyai minat yang sama untuk berkomunikasi serta
berkongsi pendapat dan pengetahuan mereka. Penggunaan laman web sosial pada
tahun kebelakangan ini menunjukkan peningkatan yang begitu ketara. Antara laman
web sosial popular di kalangan rakyat negara ini ialah Facebook, Twitter, MySpace,
Friendster , dan Tagged. Laman web sosial membolehkan perhubungan seseorang
individu dengan individu yang lain baik dalam negara ataupun luar negara dengan kos
yang rendah. Laman web sosial mampu memberi impak yang berbeza kepada individu,
masyarakat, dan negara.
Kewujudan laman web sosial membolehkan kita bertemu dengan sahabat baru,
mengekalkan hubungan silaturahim dengan sahabat lama, membolehkan kita bertemu
dengan sahabat yang terpisah, mengikuti perkembangan aktiviti pemimpin, dan
mengetahui keadaan sahabat-sahabat yang terkini. Pengguna laman web sosial bukan
sahaja berkomunikasi dalam talian, malah mereka juga menunjukkan penglibatkan diri
dalam aktiviti lain seperti perkongsian foto, mikroblog, muat naik video dan sebagainya.
Pengguna juga menggunakan laman web sosial sebagai platform perniagaan.
Laman web sosial membolehkan mereka mempromosikan sesuatu barang dengan kos
yang rendah dan membawa pulangan yang tinggi dan lumayan. Laman web sosial juga
membolehkan pengguna memulakan perniagaan dengan modal yang kecil. Dengan
adanya laman web sosial, mereka dapat mempromosikan barangan dan tidak perlu
menanggung perbelanjaan iklan di televisyen yang tinggi. Selain itu, promosi di laman
web sosial mampu meningkatkan populariti barangan mereka dan seterusnya
meningkatkan nama kedai mereka dalam masa yang pendek.
Selain itu, laman web sosial mampu mendekatkan pemimpin dengan rakyat. Laman
web sosial adalah pendekatan paling berkesan untuk berhubung dengan rakyat
Malaysia kerana rakyat Malaysia banyak menghabiskan masa dalam melayari laman
web sosial. Di samping itu, laman web sosial mampu merapatkan jurang politik antara
generasi baru dan lama. Sebagai contoh, Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Razak
juga gemar melayari laman web sosial seperti Facebook dan Twitter untuk menjawab
sebarang pertanyaan dan cadangan yang dikemukan dalam kedua-dua laman sosial
berkenaan.
Tetapi tidak dinafikan terdapat penyalahgunaannya oleh segelintir masyarakat.
Laman web sosial seperti Facebook menyediakan pelbagai aplikasi dan permainan
menarik kepada penggunanya. Aplikasi ini menyebabkan pengguna sanggup melayari
Facebook 24 jam dan sanggup untuk tidak tidur pada waktu malam. Hal ini akan
menyebabkan mereka merasa mengantuk pada keesokan hari dan menjejaskan rutin

mereka. Emosi mereka mudah terganggu dan mereka mudah berasa tertekan. Mereka
yang ketagih kepada aplikasi ini tidak akan mendapat kepuasan mereka atau lebih
biasa disebut gian apabila mereka tidak bermain. Pelbagai kes tragik yang berlaku
gara-gara dengan aplikasi ini. Sebagai contoh, kes yang berlaku di Korea Selatan,
pasangan muda suami-isteri membiarkan bayi mereka mati kelaparan. Lebih
mengejutkan masyarakat ialah pada saat itu mereka sibuk dengan permainan
membesarkan bayi virtual di internet.
Melayari laman web dengan masa yang panjang akan menyebabkan pergaulan
secara realiti terhakis. Menurut kajian yang dijalankan, pengguna yang banyak
menghabiskan masa di laman web sosial lebih cenderong untuk memencilkan diri dan
menghadapi masalah pergaulan dengan orang lain. Hubungan sesama ahli keluarga
dan jiran semakin renggang kerana mereka sibuk dengan permainan online mereka.
Mereka lebih selesa berkomunikasi dan berinteraksi dengan komuniti online dari
komuniti sebenar.
Selain itu, melayari laman web dengan tidak terkawal akan berlakunya kegilaan
terhadap laman sosial sehingga sukar untuk berengang darinya. Pengguna yang tidak
dikawal dalam melayari laman web mudah melupakan diri dan sanggup tahan
kelaparan dan keletihan. Sebagai contoh, kes yang berlaku di Taiwan, seorang lelaki
bernama Chen Rong-yu berusia 23 tahun dilaporkan mati selepas bermain permainan
computer selama 23 jam terus-menerus di sebuah kafe Internet.
Jaringan laman sosial seperti Facebook, Twitter dan blog telah disalahgunakan
sebagai platform utama yang menyumbang kepada penularan seks songsang di negara
ini. Menurut tinjauan Utusan Malaysia mendapati golongan lesbian, gay, biseksual dan
transgender (LGBT) menggunakan medium dalam talian itu untuk mencari pasangan
sejenis. Di laman social Facebook sahaja, berpuluh-puluh kumpulan itu dikesan secara
terang-terangan mendedahkan identity songsang mereka dan bertindak mengumpul
ahli-ahli baharu. Lebih mengejutkan, terdapat kumpulan itu yang menerima sambutan
cukup menggalakkan berdasarkan jumlah Like menerusi laman Facebook yang
mencecah antara 3,000 hingga 8,000 penyertaan menurut tinjauan Utusan Malaysia.
Pada kesimpulannya, laman web sosial mempunyai kebaikan dan pada masa yang
sama ia juga membawa keburukan kepada masyarakat. Pendek kata, kematangan
fikiran pengguna adalah paling penting dalam segalanya. Kita sebagai pengguna
perlulah berhati-hati, cermat dan bertanggungjawab ke atas segala perlakuan,
pertuturan dan tingkah laku kita.

Rujukan:
Chong, G. T. (2011, Jun 12). Laman Web Sosial. Retrieved Mac 16, 2012, from Wordpress.com:
http://goaypastpm.wordpress.com/2011/06/12/karangan-a-laman-web-sosial/
Hamzah, S. (2011, Mac 26). Twitter, Facebook dekatkan pemimpin dengan rakyat. Retrieved
Mac 16, 2012, from Berita Harian Online:
http://www.bharian.com.my/articles/Twitter_Facebookdekatkanpemimpindenganrakyat/Article/p
rint_html
Siti Ezaleila, & Azizah Hamzah (2010). Media Sosial: Tinjauan Terhadap Laman Jaringan Sosial
dalam Talian Tempatan. Jurnal Pengajian Media Malaysia Jilid 12 , 37-52.
Utusan Malaysia (2011, Mac 11). Laman sosial 'sarang' penularan seks songsang. Utusan
Malaysia, p.7

You might also like