You are on page 1of 7

LOMPAT JAUH GAYA KAYUH

Peraturan 185
Lompat Jauh
Disediakan oleh :
SITI NAJWA BINTI ZULKIFLI

PERTANDINGAN
Seseorang peserta itu gagal sekiranya beliau:
Menyentuh tanah selepas garisan lonjak dan mana
badannya, sama ada membuat larian tanpa melompat
atau sedang membuat lompatan.
Melonjak dari luar hujung papan lonjak, sama ada
selepas atau sebelum garisan lonjak.
Menyentuh bumi antara garisan lonjak dan kawasan
mendarat.
Melakukan apa jua jenis balik kuang semasa membuat
larian atau semasa melompat.
Semasa mendarat, menyentuh bumi di luar kawasan
mendarat yang lebih hampir ke garisan lonjak daripada
kesan jatuh di kawasan mendarat.

Apabila meninggalkan kawasan mendarat,


kontak pertama dengan luar kawasan mendarat
adalah lebih hampir ke garisan lonjak daripada
kesan jatuh di kawasan mendarat.
Tidak dikira faul sekiranya peserta itu berlari
diluar garisan putih yang menandakan landas
lari.
Tidak juga dikira faul sekiranya peserta itu
berjalan balik di atas kawasan mendarat setelah
meninggalkan kawasan mendarat dengan cara
betul.
Tidak dikira faul sekiranya peserta itu mula
melompat sebelum sampai ke papan lonjak.

Seseorang peserta dikira melakukan kesalahan dalam situasi berikut :


a. Kaki peserta menyentuh tanah melebihi papan melonjak yang
disediakan dengan mana-mana bahagian tubuhnya sebelum
lompatan dibuat. Untuk membantu pegawai menentukan kesilapan
ini, penanda plastesin diletakkan pada bahagian hadapan papan
melonjak itu.
b. Ketika membuat lompatan, kaki peserta memijak atau menyentuh
kawasan di luar papan melonjak, iaitu di mana-mana sisi.
c. Menyentuh kawasan pendaratan semasa mendarat pada titik
dibelakang tapak kaki.
d. Berundur melalui kawasan pendaratan selepas membuat lompatan.
e. Peserta menggunakan cara atau kaedah lompatan yang tidak
dibenarkan oleh undang-undang.

f. Peserta menggunakan sebarang alat bantuan atau sokongan lompatan.


g. Jika peserta membuat lompatan dari kawasan di belakang papan
melonjak, bukanlah dianggap kesalahan.
h. Ketika pertandingan berlangsung, peserta tidak dibenarkan menggunakan
lorong lompat jauh untuk membuat percubaan atau latihan.
i. Ukuran jarak lompatan hendaklah dibuat pada titik sentuhan atau
pendaratan paling dekat dengan garisan atau papan melonjak, tanpa
mengira sama ada titik itu diperoleh menerusi pendaratan kaki atau manamana anggota tubuh peserta.
j. Bagi memastikan supaya setiap lompatan diukur dengan betul dan tepat,
permukaan pasir di kawasan pendaratan hendaklah sama aras dengan
permukaan yang melonjak.
k. Peserta hendaklah membuat larian dalam lorong larian yang disediakan.
l. Peserta hendaklah membuat lompatan setelah isyarat diberikan oleh
pegawai pertandingan.

GARISAN LONJAK
i. Jarak antara garisan lonjak dengan
hujung kawasan mendarat hendaklah
sekurang-kurangnya 10m.
ii. Garisan lonjak hendaklah
diletakkan antara 1m dan 3m
dengan pangkal permulaan kawasan
mendarat.

You might also like