You are on page 1of 3

Karangan : Usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh ibu bapa bagi membentuk

keluarga bahagia.
Soalan : keruntuhan institusi keluargaan pada hari ini dikaitkan dengan kegagalan
ahli keluarga menjalinkan hubungan secara harmoni. Jelaskan usaha-usaha yang
perlu dilakukan oleh ibu bapa bagi menbentuk keluarga bahagia.
Sudah terang lagi bersuluh, dalam era pasca perindustrian dan pasca
globalisasi ini , negara kita semakin menghampiri ambang 2020 yang menentukan
Wawasan Negara akan menjadi realiti atau hanya fantasi. Keadaan ini menandakan
titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat. Hal ini
menuntut anak watan Malaysia menyatakan aspirasi untuk menjulang negara ke
puncak jagat supaya Malaysia boleh mendabik dada kerana berjaya menjayakan
dan mereleasasikan keunggulan dalam pelbagai sektor maka negara kita dapat
duduk sebaris dengan negara-negara maju di persada antarabangsa , bak kata
pepatah duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi . Namun di sebaliknya
itu, kebelakangan ini terdapat satu isu yang sering meniti dari bibir rakyat iaitu
keruntuhan institusi keluarga. Memang tidak dapat dinafikan bahawa sebuah
negara dibentuk daripada ramai keluarga. Seandainya situasi keluarga tidak
harmoni , keamanan negara akan dijejaskan. Demi menyelesaikan masalah ini, para
intelektual dan intelegensia bermasyawarah untuk mencari pendekatan. Selain itu,
kerajaan juga menyebarkan slogan Rumahku , Syurgaku!. Kita dapat melihat atau
mendengar slogan ini bukan sahaja di corong-corong radio, kaca-kaca televisyen
tetapi juga di dada-dada akhbar. Namun begitu, usaha-usaha kerajaan menjadi siasia sahaja kerana hanya hangat-hangat tahi ayam.
Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa ibu bapa memainkan peranan
penting dalam intitusi keluarga. Mereka juga bertanggungjawab untuk menyara
keluarga kerana mereka merupakan tiang ekonomi keluarga. Dalam isu kerunuhan
institusi keluarga, mereka harus mencari penyelesaian untuk menjalinkan hubungan
ahli keluarga. Oleh itu, apakah usaha-usaha yang proaktif perlu diimplementasikan
oleh ibu bapa bagi membentuk keluarga bahagia ?
Ibu bapa merupakan guru pertama terhadap anak-anak mereka, Ibu bapa
haruslah mengawal tingkah laku anak mereka. Hal ini kerana ibu bapa merupakan
orang yang paling dekat dengan anak mereka. Ibu bapa dapat membetulkan
perangai dan sikap anak yang buruk. Sebagai contoh, ibu bapa patut mengingatkan
anak mereka dengan segera sekiranya mendapati mereka melakukan sesuatu
perkara yang negatif seperti merokok dan menghisap dadah. Hal ini kerana
perlakuan tersebut akan menjatuhkan maruah diri dan maruah keluarga. Inilah
batu api yang akan mengakibatkan keruntuhan hubungan keluarga. Selain itu, ibu
bapa janganlah mengajar anak seperti peribahasa melayu Ketam mengajar anak
berjalan betul. Sebagai contoh, ibu bapa melakukan perkara yang negatif ,
seperti merokok dan berjudi di hadapan anak mereka akan menyebabkan anakanak mengikut perlakuan ibu bapa. Ibu bapa haruslah menjadi teladan yang baik
kepada anak-anak mereka. Sebagai tamsilan, ibu bapa haruslan menyayangi ahli

keluarga. Hal ini kerana anak-anak akan mengikut jejak ibu bapa , seperti
peribahasa melayu bagaimana acuan , begitulah kuihnya. Dengan ini, anakanak memahami cara menyayangi ahli keluarga dan mengeratkan hubungan
dengan anggota keluarga.
Selain itu, ibu bapa diwajibkan untuk memberi didikan agama yang betul
kepada anak-anak mereka sejak kecil-kecil lagi, seperti peribahasa melayu
menlentur buluh,biarlah dari rebungnya. Hal ini demikian lantaran anak
merupakan sebutir permata yang belum digilap. Ibu bapalah yang mencanai dan
menggilap mereka hingga menjadi sebutir berlian yang indah. Seperti yang kita
sedia maklum bahawa agama merupakan santapan jiwa yang perlu diamalkan oleh
semua golongan lapisan masyarakat. Jika seorang tidak menpunyai agama, dia
akan hilang petunjuk kehidupan seperti kapal tanpa nakhoda. Oleh itu, didikan
agama merupakan benteng penting dalam pembangunan sahsiah seseorang.
Sebagai guru pertama kepada anak, ibu bapa patut memberi didikan agama kepada
anak. Dengan didikan agama, anak-anak akan mengetahui dan membahagikan apa
merupakan betul atau salah. Sebagai contoh, belia boleh berfikir dengan rasional
dan matang berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan mengambil tindakan
berasaskan pertimbangan yang wajar. Tambahan pula, remaja akan enggan
melakukan perkara buruk atau perkara yang akan meruntuhkan ikatan silaturahim
kerana hal ini membawa keburukkan. Hubungan keluarga juga dapat dijalinkan
semasaa ibu bapa memberi didikan dan ajaran agama kepada anak-anak mereka.
Pokoknya, didikan agama harus diberi oleh ibu bapa kepada anak supaya
mengeratkan hubungan ahli keluarga.
Di samping itu, ibu bapa juga pastilah meluangkan masa untuk menemani
anak-anak mereka. Kita dapat mengetahui bahawa keruntuhan institusi keluarga
pada hari ini dikaitkan dengan kegagalan ahli keluarga menjalinkan hubungan
secara harmoni. Hal ini demikian kerana dalam masyarakat yang modenisasi,
semua orang menitikberatkan kebendaan dan materialistik. Hal ini menyebabkan
ibu bapa mengabaikan dan menganaktirikan anak-anak mereka. Remaja akan
berasa ibu bapa tidak lagi menyayangi mereka. Perasaan tersebut akan
menyebabkan gejala sosial berlaku. Oleh itu, ibu bapa haruslah meluangkan masa
untuk menemani anak mereka walaupun ibu bapa sibuk bekerja. Ibu bapa harus
menjaga anak mereka seperti menatang minyak dengan penuh. Contohnya, ibu
bapa boleh selalu berbual-bual dengan anak mereka dan memahami perasaan
anak. Sekiranya mendapati anak menghadapi masalah, ibu bapa patut mencari
pendekatan yang sesuai. Perbuatan ini akan mengakibatkan anak berasa gembira
kerana ibu bapa mereka masih menyayangi mereka.
Ulasan dan kupasan yang terperinci dan mendalami sudah sampai ke hujung
mata pena, sebagai akhirul kalam, saya ingin membuat rumusan bahawa ibu bapa
memainkan peranan yang penting dalam isu keruntuhan institusi keluarga. Oleh itu,
ibu bapa haruslah mengatasi masalah ini dengan cara-cara yang baik. Selain itu,
segenap pihak masyarakat juaga bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah.

Sekiranya semua pihak bekerjasama dan menggembleng tenaga, fenomena


tersebut berjaya diselesaikan, bak kata pepatah berat sama dipikul , ringan
sama dijunjung

You might also like