You are on page 1of 5

CARA-CARA MENJADI PENGGUNA YANG BIJAK

Penguna Bijak : *Membeli barangan berkualiti


*Membuat perbandingan harga
*Memilih perkhidmatan terbaik.
*Membuat pilihan yang tepat

Contoh karangan:Pada zaman alaf ekonomi baru ini banyak kalangan masyarakat merungut
dengan menyatakan bahawa barangan buatan Malaysia tidak berkualiti. Mereka
yang berpendapat sedemikian rupa sebenarnya tidak mempunyai semangat
patriotisme tanpa merujuk kepada perkembangan produk negara yang kini telah
diterimapakai oleh masyarakat antarabangsa. Tanpa berasa malu , golongan
masyarakat seperti ini terus menyangkal kualiti barangan negara dan paling
menyedihkan mereka lebih mengagungkan barangan hasilan luar negara tanpa
memikirkan sama ada pelaburan mereka lakukan untuk mendapatkan barangan
dan perkhidmatan itu berbaloi ataupun tidak. Sebagai penjelasan lanjut,
contohnya industri pembuatan kenderaan negara sendiri sudah menerima
pengkitrafan dunia, apabila kereta Preve keluaran PROTON telah diiktiraf sebagai
kereta bertaraf lima bintang oleh Program Penilaian Kereta Baru Australian
(ANCAP). Namun, sebagai penguna yang bijak, rakyat Malaysia perlu bijak dalam
menentukan barangan semasa membeli barangan keperluan dan bukan
bertindak menunding jari kepada pengeluar produk barangan tempatan yang
dianggap mengeluarkan barangan tidak berkualiti. Sikap seperti ini mempunyai
persamaan dengan maksud peribahasa, " kera di hutan disusukan anak di
rumah mati kelaparan" dan perlu dilempar dari kamus pemikiran
masyarakat untuk melihat industri pembuatan barangan negara berkembang
maju. Kita harus menanam semangat cinta akan barangan buatan negara
sebagai mana masyarakat Korea dan Jepun yang mengutamakan barangan
keluaran negara mereka sendiri sehinggakan negara tersebut mampu menyaingi
industri pembuatan negara maju Eropah. Persoalannya, bagaimanakan cara
untuk menjadi pengguna yang bijak?
Di bawah merupakan bagaimana pemeriksa membuat penilaian berdasarkan
pembacaan dengan menggunakan impression.
Takrifan penilaian: Pengolahan idea perenggan pengenalan amat baik
dan mengambarkan
kematangan pelajar dengan
fakta dan isu semasa yang tepat membuktikan pembacaan yang luas.
Pelajar juga menyelitkan frasa menarik. Impaknya, pemeriksa sudah
mulai kagum, dan membuat andaian awal bahawa karangan pelajar ini
dalam kategori cemerlang atas.

Mari kita selongkar persoalan berkenaan menggunakan minda pelajar


kelas pertama dengan merujuk kepada kata kunci membeli barangan berkualiti.
Sebagai pengguna yang bijak, perkara utama yang perlu diutamakan semasa
membeli barangan adalah kualiti barangan yang hendak kita beli. Dalam era
komunikasi serba canggih sekarang, maklumat di hujung jari. Oleh sebab itu,
sebagai pengguna yang bijak, kita perlu mencari maklumat tentang barangan
yang hendak kita beli di internet. Hal ini kerana banyak maklumat barangan
yang kita peroleh di internet atau di media masa sebagai panduan sebelum kita
membuat pemilihan dalam membeli sesuatu barangan. Selain, maklumat
mengenai barangan berkenaan mudah kita peroleh, kita juga boleh mengetahui
perbandingan spesifikasi barangan tersebut berbanding dengan barangan yang
sama dikeluarkan oleh syarikat pengeluar barangan yang lain. Sebagai contoh,
sebelum pengguna membeli kereta contohnya, pengguna boleh melihat sejauh
mana keistimewaan yang ditawarkan oleh syarikat pengeluar kereta yang lain.
Pengguna akan mendapat info keistimewaan harga kereta, serta kelebihan
spesifikasi ditawarkan apabila membeli sesebuah kereta termasuk jaminan yang
ditawarkan apabila membeli kereta berkenaan. Harga kereta Preve buatan
negara contohnya lebih murah berbanding harga kereta seangkatan dengannya
seperti Vios dan Proton City. Sedangkan kereta Preve dilengkapi pelbagai
aksesori tambahan seperti sistem keselamatan beg udara, kuasa enjin, lampu
led, gps, sistem penyalaan enjin secara tekan, sistem kawalan elektrik dan
sebagainya. Walaupun pelbagai aksesori tambahan disediakan harga kereta
Preve hanya RM 78,500, sedangkan harga kereta Vios RM 88.827, dan Honda
City RM 90,986. Malah, dari segi kualiti, kereta Proton Preve telah dikkitraf
sebagai kereta bertaraf lima bintang oleh Program Penilaian Kereta Baru
Australian (ANCAP). Tegasnya, kereta Proton Preve banyak kelebihannya
berbanding kereta keluaran luar negara yang seangkatan dengannya. Menang
membeli, menang memakai. Oleh sebab itu, pengguna yang bijak perlu
membuat keputusan membeli barangan berkualiti untuk kegunaan mereka.
Penilaian pemeriksa:
Perenggan pertama isi di atas, amat menarik kerana pelajar
mengaplikasi setiap ayat mengikut kaedah deduktif, ayat huraian
mantap dengan penerangan isi jelas berkaitan membeli barangan
berkualiti. Selain itu, contoh mantap dengan bukti terkini
mengambarkan pembacaan pelajar luas sehingga isu antarabangsa.
Pelajar juga menyelitkan frasa menarik.
Seterusnya, mari kita teruskan perbincangan menggunakan minda
pelajar kelas pertama berkaitan langkah bijak seorang pengguna semasa
membeli sesuatu barangan iaitu dengan membuat perbandingan harga sesuatu
barangan sebelum membuat pembelian. Sebagai mana kita sedia maklum,
pengguna zaman sekarang sangat bertuah kerana di pelbagai tempat telah
didirikan gedung beli belah seperti Pasar Raya Tesco, Giant Hypermarket, Pasar
Raya Maidin, Cereefour, The Mall, Pasar Raya Jusco, Econsave, dan pelbagai
lagi. Kewujudan pelbagai pasar raya berkenaan membolehkan pengguna
membuat pemilihan barangan secara bijak dengan membandingkan harga
barangan ditawarkan di setiap pasar raya berkenaan. Sebagaimana kita sedia
maklum, setiap pasar raya seperti di atas membuat promosi harga barangan
terutama semasa perayaan atau hari pada cuti umum sebagai usaha menarik
kedatangan pengguna. Justeru, banyak kebaikan yang diterima oleh pengguna

dengan kewujudan pasar raya berkenaan kerana kuasa penawaran barangan


tidak akan dikuasai oleh pasar raya tertentu kerana masing-masing akan cuba
menarik pengguna untuk membeli di pasar raya mereka dengan menjual
barangan dengan harga yang lebih murah. Bahkan juga, setiap pasar raya
seperti di atas akan menawarkan harga barangan yang lebih murah kepada
pengguna yang menjadi ahli dengan tawaran mata ganjaran dan pengguna
boleh menebus mata ganjaran berkenaan untuk mendapatkan barangan yang
ditawarkan. Oelh sebab itu, pengguna yang bijak boleh melihat iklan sama ada
secara bercetak oleh setiap pasar raya atau melalui internet. Melalui
perbandingan harga yang ditawarkan oleh setiap pasar raya, pengguna boleh
merancang pembelian dengan membeli harga barangan tersebut ketika
harganya murah. Contohnya, pada tawaran harga murah harga pencuci kain
seperti Dynamo mungkin hanya RM 19,90 berbanding harga biasa RM 22.90 di
pasar raya tertentu, begitu juga dengan barangan yang lain. Justeru, pengguna
boleh merancang untuk membeli barangan berharga murah yang ditawarkan
oleh pasar raya yang ada di kawasan mereka. Kesimpulannya, pengguna yang
bijak akan mendapat rahmat daripada kewujudan pasar raya di penempatan
mereka jika mereka membandingkan harga barangan yang ditawarka oleh setiap
pasar raya sebelum membeli.
Penilaian pemeriksa:
Perenggan kedua isi di atas, amat menarik kerana pelajar mengaplikasi
setiap ayat mengikut kaedah deduktif, ayat huraian mantap dengan
penerangan isi jelas berkaitan membandingkan harga barangan di
pasaran sebeum membelinya. Selain itu, contoh mantap dengan bukti
terkini mengambarkan pembacaan pelajar luas sehingga isu
antarabangsa. Pelajar juga menyelitkan frasa menarik.

Perbincangan diteruskan lagi dengan memperkatakan cara


pengguna membuat pemilihan perkhidmatan terbaik dalam kehidupan seharian.
Sebagai mana yang kita sedia maklum, banyak agensi menawarkan
perkhidmatan dalam kehidupan kita seharian seperti kemudahan penerbangan,
perbankan, komunikasi jalur lebar, dan sebagainya. Setiap agensi yang
menawarkan perkhidmatan mereka mempunyai kelebihan dan kelemahan. Oleh
sebab itu, sebagai pengguna yang bijak mereka boleh menilai syarikat yang
menawarkan perkhidmatan yang baik sebagai pilihan utama. Fokus
perbincangan kita tumpukan kepada perkhidmatan penerbangan. Di Malaysia,
terdapat beberapa syarikat yang mengendalikan perkhidmatan penerbangan
seperti Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), Air Asia, Firefly, dan sebagainya.
Sebagai sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan penerbangan kepada
pelanggan sama ada secara domestik mahupun peringkat penerbangan ke luar
negara, setiap syarikat berkenaan cuba menambat hati pengguna dengan
menawarkan harga berpatutan dengan perkhidmatan terbaik sebelum, semasa
dan selepas penerbangan. Justeru, di Malaysia syarikat penerbangan yang
berkembang maju ialah Syarikat Penerbangan Air Asia. Hal ini kerana selain
menumpukan kepada keuntungan syarikat ini juga menawarkan harga
perkhidmatan berdasarkan kemampuan pengguna atau tambang murah
sehingga 50% berbanding dengan tambang perkhidmatan syarikat penerbangan
lain. Bahkan juga, syarikat penerbangan Air Asia mengadakan penerbangan yang

lebih kerap ke sesuatu destinasi yang menyebabkan pengguna boleh pergi ke


destinasi mereka dengan lebih mudah pada setiap masa. Tambahan pula, bukan
semua pengguna dalam kalangan orang berada dan ini menyebabkan pengguna
yang bijak akan memilih syarikat penerbangan seperti itu untuk menuju ke
destinasi mereka tanpa perlu mengeluarkan wang yang banyak atas
perkhidmatan yang diterima.Secara langsung juga, melalui perkhidmatan yang
murah seperti ini aktiviti pelancongan domestik akan meningkat kerana bak kata
pepatah Melayu, jauh perjalanan, luas pandangan. Tegasnya di sini,
pengguna yang bijak akan memilih perkhidmatan terbaik tanpa perlu
mengeluarkan wang yang banyak.
Penilaian pemeriksa:
Perenggan ketiga isi di atas, amat menarik kerana pelajar mengaplikasi
setiap ayat mengikut kaedah deduktif, ayat huraian mantap dengan
penerangan isi jelas berkaitan membandingkan harga barangan di
pasaran sebeum membelinya. Selain itu, contoh mantap dengan bukti
terkini mengambarkan pembacaan pelajar luas sehingga isu
antarabangsa. Pelajar juga menyelitkan frasa menarik.

Fokus perbincangan terakhir tertumpu kepada kata kunci pengguna


yang bijak mestilah membuat pemilihan yang tepat. Sebagai pengguna yang
bijak mereka perlu menyedari bahawa kos kehidupan semasa bertambah
meningkat dari semasa ke semasa. Oleh sebab itu, setiap wang yang mereka
gunakan perlu secara terancang terutama apabila melakukan pembelian
barangan atau perkhidmatan. Sebagai seorang pengguna yang bijak
perancangan sebelum membeli barangan adalah perlu kerana apabila pengguna
membeli barangan tanpa perancangan boleh menyebabkan mereka mengalami
kerugian atau berlakunya unsur boros semasa berbelanja. Sebagai pengguna
yang bijak, mereka perlu mempunyai buku atau catatan sepanjang berbelanja.
Dengan adanya buku berkenaan pengguna bukan sahaja tahu jumlah
perbelanjaan sebulan, mahupun setahun dan ini akan membolehkan mereka
merancang budjet pembelian dalam setiap bulan agar tidak berlaku sebarang
pembaziran semasa berbelanja. Antara keutamaan semasa merancang
perbelanjaan iaitu menumpukan barang yang perlu terlebih dahulu semasa
berbelanja.Secara langsung, pengguna yang bijak dapat membuat perbandingan
perbelanjaan setiap bulan. Sebagai contoh, catatan barangan keperluan yang
perlu dibeli boleh menjurus kepada barang dapur seperti gula, susu, beras, dan
barang keperluan lain. Oleh sebab itu, keperluan yang tidak utama seperti baju,
seluar, barang kemas yang tidak menjadi keutamaan dalam meneruskan
kelangsungan hidup perlu diketepikan buat sementara waktu. Amalan
merancang perbelanjaan juga akan membudayakan pengguna untuk
menambung kerana malang tidak berbau dan dengan menabung, sedikitsedikit, lama-lama jadi bukit. Justeru, wang tabungan lebih berbelanja boleh
digunakan pada waktu kecemasan seperti apabila pengguna terlibat dengan
kemalangan, atau perbelanjaan untuk melanjutkan pelajaran sama pengguna
sendiri mahupun kaum keluarga. Kesimpulannya, pengguna yang bijak mestilah
membuat pemilihan sebelum atau sewaktu membeli belah kerana jika tidak

dirancang pengguna akan rambang mata dan membeli barangan tanpa kawalan.
Boros itu amalan syaitan.
Penilaian pemeriksa:
Perenggan keempat isi di atas, amat menarik kerana pelajar
mengaplikasi setiap ayat mengikut kaedah deduktif, ayat huraian
mantap dengan penerangan isi jelas berkaitan membandingkan harga
barangan di pasaran sebeum membelinya. Selain itu, contoh mantap
dengan bukti terkini mengambarkan pembacaan pelajar luas sehingga
isu antarabangsa. Pelajar juga menyelitkan frasa menarik.
Konklusinya, sebagai seorang pengguna yang bijak amalan
berbelanja secara berhemat perlu menjadi keutamaan iaitu mereka perlu
membeli barangan berkualiti sahaja, membuat perbandingan semasa berbelanja,
memilih perkhidmatan terbaik, dan membuat pemilihan barangan yang tepat
semasa berebelanja. Justeru, pengguna perlu mengelakkan sikap boros
berbelanja dan memilih barangan yang perlu sahaja semasa berbelanja. Bahkan
juga, pengguna juga perlu memastikan barangan yang dibeli merupakan
barangan atau pekhidmatan yang murah tetapi berkualiti serta memastikan
waktu berbelanja pada ketika harga barangan murah atau kata lain semasa
promosi jualan yang diadakan oleh pasar raya yang ada di kawasan mereka. Hal
ini kerana harga barangan di pasaran bukan semakin turun tetapi semakin
meningkat dan kebijaksaan pengguna akan menentukan mereka antara
golongan insan yang bijak dan mendapat keuntungan semasa berbelanja.
Penutup karangan juga baik.

You might also like