You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT KALI KEDUA 2013

PANITIA KEMAHIRAN HIDUP


SK JALAN HANG TUAH (2)
55200 KUALA LUMPUR
Tarikh
Masa
Tempat

Kehadiran

1.
2.
3.
4.

:
04 Julai 2013
1.30 Petang
:
Bengkel Kemahiran Hidup

En. Mohd Syahirman Abdullah


Pn. Haslina Ismail
En. Che Mustafa Che Yah
En. Mohd Fikri Zainuri

Agenda

:
1.
2.
3.
4.

Ucapan Pengerusi Majlis


Penutupan Bilik Kemahiran Hidup
Pembelian Alatan dan Bahan
Hal-hal lain

1. Ucapan Pengerusi Majlis


Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah. Pengerusi majlis mengalualukan kehadiran guru ke mesyuarat Panitia Kemahiran Hidup Kali Kedua
2013 dan memohon kerjasama semua untuk memajukan dan menjayakan
setiap perancangan yang akan dibuat oleh Panitia Kemahiran Hidup.
Pengerusi memaklumkan bahawa mulai semester kedua 2013, terdapat
perubahan besar terhadap pengurusan bilik dan proses PdP mata pelajaran
Kemahiran Hidup. Guru-guru diharapkan dapat menerima perubahan tersebut
secara positif dan berusaha untuk menjayakan setiap aktiviti PdP yang telah
dirancang sebelum ini.
2. Pengesahan Minit Mesyuarat
Pencadang :
En. Mohd Fikri Zainuri
Penyokong :
Ustaz Che Mustapha Che Ya
3. Penutupan Bilik Kemahiran Hidup
Bilik Kemahiran Hidup dengan rasminya akan ditutup penggunaannya mulai
awal Ogos 2013. Penutupan bilik kemahiran hidup ini adalah bertujuan untuk
memberi laluan kepada pengubahsuaian bilik tersebut kepada bilik mini
komputer. Pengerusi yang juga bertindak sebagai guru penyelaras ICT 2013
memaklumkan bahawa sekolah akan menerima 41 unit chrome book
bersama kelengkapannya dan surat pengesahan mengenainya telah
diterima.

Sehubungan dengan penutupan bilik kemahiran hidup ini, satu gotong-royong


untuk mengemaskan semua peralatan dan bahan dengan kerjasama semua
guru Sekolah Jalan Hang Tuah 2 akan diadakan. Tarikh gotong-royong yang
dicadangkan adalah pada 21 Julai 2013 iaitu pada hari Sabtu. Tarikh yang
dicadangkan akan dimajukan kepada Guru Besar untuk pengesahan dan
kelulusan.
Peralatan dan bahan yang dikemaskan akan disimpan di dalam almari. Almari
tersebut untuk sementaraini masih akan ditempatkan di bilik tersebut
sehingga
tempat baru diperolehi. Aktiviti PdP yang melibatkan
pembengkelan akan dijalankan secara kelas apungan iaitu dengan cara guru
membawa peralatan dan bahan ke bilik darjah. Setiap guru akan dibekalkan
dengan Tool Box sendiri yang proses pembeliannya telah dibuat. Guru
adalah disarankan menggunakan tool box ini secara berhemah dan
menjaganya sebaik mungkin. Sebarang masalah atau kesukaran yang timbul
akibat PdP secara kelas apungan hendaklah dimaklumkan kepada Ketua
Panitia untuk dimaklumkan kepada pihak pentadbir.
Tindakan : Guru Mata pelajaran
4. Pembelian Alatan dan Bahan Kemahiran Hidup
Berdasarkan mesyuarat JKS yang diadakan pada Jun 2013 yang lalu, didapati
masih terdapat RM 970.00 wang peruntukan Panitia Kemahiran Hidup (PCG)
yang belum digunakan. Sehubungan dengan ini ahli mesyuarat bersetuju
untuk membeli peralatan dan bahan-bahan berikut :
i.
ii.
iii.

2 unit almari besi untuk penyimpanan alatan dan bahan


Kit kerja kayu untuk setiap murid tahun 4, 5 dan 6
12 unit pisau bersama dengan blade

Nilai kos sebenar pembelian peralatan dan bahan di atas akan dimaklumkan
dalam mesyuarat selepas ini selepas mendapat kebenaran pembelian
daripada pentadbir. Walaupun keputusan pembelian ini telah pun ditetapkan,
guru adalah diharapkan untuk memaklumkan kepada Ketua Panitia sekiranya
masih terdapat peralatan atau bahan yang masih belum mencukupi. Proses
pembelian tambahan ini akan dibuat sekiranya masih terdapat lebihan
peruntukan.
Tindakan : Ketua Panitia
5. Hal-hal lain
5.1
Penggunaan buku stok adalah berjalan seperti biasa. Guru-guru
hendaklah merekodkan setiap keluaran stok terutama yang melibatkan
barang habis guna.
Tindakan : Guru mata pelajaran
5.2

Setiap peralatan yang rosak atau hilang masih perlu disenaraikan dan
direkodkan dalam buku laporan kerosakan. Guru Kemahiran Hidup
digalakkan untuk mengambil peluang semasa gotong-royong nanti

untuk mengenalpasti alatan yang rosak atau hilang dan memaklumkan


kepada Setiausaha untuk direkodkan.
Tindakan : Guru mata pelajaran dan Setiausaha
5.3

Untuk sementara sebarang urusan pinjaman alatan bengkel oleh lainlain panitia adalah dibekukan. Kebenaran pinjaman akan diberikan
semula sebaik sahaja semua urusan akibat penutupan bilik Kemahiran
Hidup ini selesai.
Tindakan : Ketua Panitia dan Guru mata pelajaran

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang.


Disediakan oleh :

..
Pn. Haslina Binti Ismail
Syahirman Abdullah
Setiausaha
Panitia Kemahiran Hidup
SK Jalan Hang Tuah (2)
(2)
55200 Kuala Lumpur
Lumpur

Disahkan oleh :

En.

Mohd

Ketua
Panitia Kemahiran Hidup
SK Jalan Hang Tuah
55200

Kuala

You might also like