You are on page 1of 4

(Nama & Alamat Sekolah)

KERTAS CADANGAN
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT PANITIA SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
TEMA HIDUP BERMASYARAKAT
PROJEK
PENJAGAAN & PENINGKATAN IMEJ SEKOLAH
MENGECAT BILIK TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 2
&
PROJEK GRAFITTI BERMOTIVASI
01 NOVEMBER 2014 20 NOVEMBER 2014

PROGRAM ANJURAN:
PANITIA SIVIK & KEWARGANEGARAAN 2014
DENGAN KERJASAMA UNIT KOKURIKULUM SMK xxx

1.0 PENGENALAN
Program Khidmat Masyarakat Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan dengan
tema hidup bermasyarakat telah merancang dua buah projek mega 2014. Projek
penjagaan & peningkatan imej sekolah mengecat blok tingkatan 1 dan tingkatan 2
merupakan program khidmat masyarakat. Ia bertujuan memupuk semangat memberi
sumbangan dalam kalangan murid tingkatan 1 dan tingkatan 2 sesi 2014. Program ini
juga dinilai dari aspek kerjasama dan usaha murni murid dalam memberi sumbangan
kepada sekolah seiring dengan tema P&P Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan iaitu
Tema ke-5 : Penjagaan & Peningkatan Imej Sekolah.
Projek Grafitti Bermotivasi pula cuba mendekatkan minat murid terhadap komik
kepada pengaruh yang positif. Program ini juga menonjolkan kreativiti pelajar disamping
dapat memupuk semangat cintakan sekolah
2.0 RASIONAL
Kebersihan, kesihatan dan keselamatan merupakan tiga aspek yang penting
dalam sesebuah sekolah. Oleh itu, projek ini dijalankan bagi menjadikan sekolah
sebagai organisasi pendidikan yang mempunyai persekitaran pembelajaran yang ceria
dan berseri. Persekitaran yang bersih dan ceria akan merangsang suasana pengajaran
dan pembelajaran yang kondusif dan berkesan.
3.0 MATLAMAT
3.1 Mewujudkan dan menyediakan persekitaran pembelajaran yang menarik
secara tidak langsung di sekolah.
3.2 Menarik minat murid untuk sayang sekolah dan memberi sumbangan kepada
sekolah.
4.0 OBJEKTIF
4.1 Menjadikan kawasan persekitaran sekolah sebagai kawasan yang cantik dan
indah.
4.2 Merancang dan melaksanakan projek yang dipersetujui oleh pihak sekolah.
4.3 Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan
4.4 Mewujudkan kerjasama dan persefahaman antara warga sekolah.
4.5 Memupuk kesedaran sivik tentang pentingnya penjagaan imej sekolah
dalam kalangan murid tingkatan 1 dan tingkatan 2.
5.0 NAMA PROGRAM & PENGLIBATAN

Program khidmat masyarakat panitia sivik dan kewarganegaraan tema


hidup bermasyarakat.
Projek Keceriaan Bangunan Tingkatan 1 dan 2
Grafitti Bermotivasi Tingkatan 4
Semua pelajar PSK Tingkatan 1,2 dan 4
2

6.0 ANJURAN
Panitia Sivik & Kewarganegaraan 2014 dengan kerjasama Unit Kokurikulum.
7.0 TARIKH
1 November 2014 hingga 20 November 2014.
8.0 TEMPAT
Blok dan bangunan kelas Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 dan dinding utama sekolah.
9.0 ORGANISASI
Penasihat

Pengerusi I
Pengerusi II

:
:

Guru Penasihat

Pelaksana

10.0

Semua guru PSK Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan


Tingkatan 4
Murid-murid Tingkatan 1
Murid-murid Tingkatan 2
Murid-murid Tingkatan 4

SUMBER KEWANGAN

Panitia Sivik & Kewarganegaraan & Unit Kokurikulum SMK BPJ (A)
11.0

ANGGARAN BELANJAWAN
BIL.
1.
2.

12.0

PERKARA

UNIT

Cat kapur
24
Spray warna
100
JUMLAH KESELURUHAN

HARGA
SEUNIT (RM)
100.00
10.00

JUMLAH (RM)
2400.00
1000.00
3400.00

PENUTUP
3

Adalah menjadi harapan kami agar projek ini dapat diterima dan akan berjalan
seperti yang telah dirancang. Semoga projek ini memberi manfaat kepada semua pihak.

Disediakan oleh :

...........
(Nama)
Setiausaha Panitia Sivik & Kewarganegaraan 2014

Disemak :

Disahkan oleh :

..

You might also like