You are on page 1of 2

Hadirin yang dimuliakan, majlis akan bermula sebentar lagi, untuk itu tuan-tuan dan puan-puan diminta

mengambil tempat di dalam dewan.


Bagi melancarkan perjalanan majlis saya bagi pihak majlis sekolah meminta kerjasama tuan-tuan dan puanpuan supaya mematikan telefon bimbit atau menetapkannya kepada mod senyap. Terima kasih atas
kerjasama semua.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.
Kuntum melati tumbuh melata
Burung merbah di pohon cemara
Assalamualaikum pembuka bicara
Selamat datang untuk semua
Yang Dihormati YDP PIBG SKJG 2, _____________________________
Yang Berusaha GPK 1, _________________________________
GPK Hem, ________________________________
GPK Koku, _______________________________
Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah dan anak-anak tahun 6 yang dikasihi sekalian.
Selamat datang ke Bicara Akademik Bersama Ibu Bapa Tahun 6.
Sarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri
Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurniaNya maka
kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi ini untuk menjayakan program ini.
Hadirin yang dimuliakan,
Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan
mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh: Al Fadil Ustaz _____________________. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.
************(Doa)
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Al Fadil Ustaz
__________________ atas bacaan doa itu tadi.
Sekapur sirih tiada berharta,
Buat santapan untuk pahlawan;
Tampillah tuan kami meminta,
Madah ucapan kata aluan.
Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha GPK 1 SKJG2, _____________ untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan, sekaligus membentangkan laporan peperiksaan pertengahan tahun dan
program juara. Dipersilakan.

************(Ucapan)
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada __________________ atas ucapan tersebut.
Kini, majlis memberi ruang kepada untuk sesi soal jawab. Mana-mana ibu bapa yang mempunyai soalan
bolehlah mengemukakan soalan anda.
Terima kasih kepada Tuan/Puan yang bertanya.
Sekarang, tiba pula masanya untuk majlis penyampaian anugerah kecemerlangan.

Penutup
Hadirin yang dihormati, selesai sudah kita pada hari ini.
Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.
Sekian sahaja untuk kali ini. Mohon maaf dari saya sekiranya ada terkasar bahasa, terlanjur bicara sepanjang
mengendalikan majlis sebentar tadi. Sesungguhnya, yang terbaik itu datangnya daripada Allah s.w.t. yang
kekurangan itu adalah kelemahan saya.
Di atas dahan burung tempua,
Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
Di lain masa bersua lagi.
Sekian, tarima kasih.....
Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

You might also like