You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT PANITIA GEOGRAFI

KALI PERTAMA 2014


Tarikh: 30 Disember 2013

Masa : 8.30 Pagi

Hari : Isnin

Tempat : Bilik Mesyuarat II

KEHADIRAN:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

Pn Rabiah Binti Hj Mat Rejab


Subachanna A/P Ahchinna
Pn Aslina Binti Husain
En Mat Rosdi Bin Mat Nawi
Pn Zainab Binti Abu Hassan
En Ragunathan A/L Murugappan
Pn Norhaizan Binti Othman
Pn Noraida Binti Hashim
Pn Hjh Mek Som Binti Yaakob

(Pengerusi)
(Pencatat)

(Guru Kanan Kemanusiaan)

CATATAN MESYUARAT
1.0
1.1

UCAPAN PENGERUSI
Pengerusi mengucapkan salam dan terima kasih atas kehadiran guru-guru dalam

1.2

mesyuarat panitia Geografi kali pertama bagi tahun 2014.


Lantikan pencatat minit mesyuarat kali pertama ialah Pn Subachanna A/P Ahchinna.
Tindakan : Guru yang terlibat

2.0
2.1

PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


Pengerusi meminta semua guru membaca dan meneliti minit mesyuarat terakhir bagi
tahun 2013.
Cadangan
Sokongan

: Pn. Subachanna A/P Ahchinna


: Pn. Nor Haizan Binti Othman
Tindakan : Semua guru

3.0

PERKARA BERBANGKIT
Pengerusi memaklumkan bahawa kedudukan pelajar-pelajar tingkatan 1 hingga
tingkatan 3 bagi tahun 2014 telah disaring berdasarkan keputusan peperiksaan akhir
tahun 2013.

4.0

ANALISIS PMR 2013


Analisis keputusan PMR 2013
A

BEZA

4.1

13

12

13

12

13

12

13

12

13

12

2012

2013

27

15

31

34

102

116

89

104

43

34

88.8

85.3

-3.5

Pengerusi membentangkan keputusan peperiksaan PMR 2013 dari segi kuantiti dan
kualiti untuk subjek Geografi.

4.2

Beliau mengucapkan tahniah kepada guru geografi PMR yang telah berusaha
bersungguh-sungguh bagi mencapai keputusan tersebut.

4.3

Pengerusi menegaskan bahawa walaupun peratus PMR menurun sebanyak 3.5%


tetapi dari segi kualiti meningkat.

4.4

Pn Mek Som menegaskan bahawa pelajar yang gagal (9 orang) adalah pelajar yang
telah melaksanakan KKG tetapi tidak hadir untuk peperiksaan . pelajar-pelajar ini
tetap dikira sebagai calon . Ini merupakan salah satu punca peratus Geografi menurun.

4.5

Pn Subachanna juga memaklumkan bahawa kebanyakkan pelajar yang gagal ialah


pelajar yang kurang faham bahasa melayu.

4.6

En Ragunathan mencadangkan supaya guru kenalpasti pelajar-pelajar hardcore


selepas peperiksaan pertenggahan tahun dan bagi bimbingan kepada mereka.

4.7

Pn Mek Som juga memberi pandangan kepada guru-guru supaya menggunakan


kaedah P&P dalam bentuk perbincangan soalan.
Tindakan : Semua guru

5.0

ANALISIS KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2013


Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2013
Tingkatan
1
2
4

5.1

Peratus Lulus (%)


60.28
55.04
82.93

Pengerusi membentangkan keputusan peperiksaan akhir tahun 2013 dari segi kuantiti
dan kualiti untuk subjek geografi.
2

Tindakan : Semua guru


6.0

PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK (SPM DAN PMR)

6.1

Pengerusi telah mencadangkan beberapa program untuk meningkatkan prestasi bagi


matapelajaran Geografi iaitu:
i)

Teknik menjawab soalan spm (En. Abdul Rani)

ii)

Program pecutan spm dan pmr (soalan percubaan negeri-negeri lain)

iii)

Kelas tambahan

iv)

Banyakkan latihan kepada pelajar

v)

Edarkan buku kerja yang lama kepada pelajar sebagai latihan tambahan
Tindakan : Semua guru

7.0

DASAR KURIKULUM 2014


Pengerusi membentangkan dasar-dasar kurikulum SMK Bakti Bagi tahun 2014:

7.1

Mesyuarat kurikulum dan mesyuarat panitia Geografi akan diadakan 4 kali setahun.

7.2

Penyedia kertas peperiksaan dan ujian akan ditetapkan oleh panitia. Berikut adalah
jadual penyediaan kertas peperiksaan:

Ujian 1
Pep.
Pertenggahan
Tahun
Pep. Akhir
Tahun
7.3

Ting 1
Pn Nor
Haizan
Pn
Subachanna

Ting 2
Pn Noraida

Ting 3
Ting 4
Pn Subachanna Pn Subachanna

Ting 5
En Mat
Rosdi

Pn Zainab

Pn Aslina

En Mat
Rosdi

Pn Mek Som

Pn Rabiah

En Ragunathan Pn Subachanna

Pn Subachanna

En Mat
Rosdi
Pengerusi mengingatkan guru-guru supaya menyediakan soalan berdasarkan JSU dan
menyediakan soalan peperiksaan lebih awal supaya tidak berlaku masalah semasa
percetakan dilakukan.

7.4

Peperiksaan akan diadakan 3 kali setahun iaitu:


- UP 1

4 hingga 6 Mac

- PPT

5 hingga 21 Mei

- Percubaan PMR

18 hingga 29 Ogos

- Percubaan SPM

9 hingga 30 September

-PAT

29 Sept hingga 16 Oktober


3

7.5

Setiap program panitia perlu ada kertas kerja dan didokumentasikan selepas program.

7.6

Guru-guru yang telah menghadiri kursus luar perlu membuat kursus dalaman dan
menyediakan laporan supaya maklumat yang diperolehi dikongsi bersama dengan
guru-guru lain.

7.7

Pencerapan akan dilakukan mengikut takwim yang telah disediakan.

7.8

Semakan buku latihan pelajar-pelajar 2 kali setahun.

7.9

Buku rekod mengajar perlukan dihantar pada minggu ke dua. Buku rekod yang
lengkap sepenuhnya perlu dihantar pada 31/01/2014.

7.10

Guru-guru diminta menggunakan buku teks semasa P & P dan soalan-soalan dalam
peperiksaan mesti ada soalan KEBAT.

7.11

Guru-guru yang menghadiri kursus dan tinggalkan kelas perlu mengganti semula
dengan mengadakan kelas tambahan (MMI)

7.12

sekiranya guru-guru mempunyai masa free, guru-guru dikehendaki menggunakan


masa tersebut untuk menanda buku dan menyediakan bahan bantu mengajar.
Tindakan : Semua guru

8.0

PENGURUSAN P&P

8.1

Pengerusi mengingatkan guru-guru melengkapkan buku rekod mengajar dengan


sukatan pelajaran dan rancangan tahunan.

8.2

pengerusi juga memaklumkan kepada guru-guru bahawa sukatan pelajarn tingkatan 3


perluk dihabiskan hujung bulan Julai manakala sukatan pelajaran tingkatan 5 perlu
dihabiskan hujung bulan Ogos.

8.3

Pengerusi memberitahu guru-guru supaya meminta pelajar-pelajar yang berada di


kelas hadapan menyediakan buku latihan dan buku nota manakala pelajar yang berada
di kelas akhir menggabungkan latihan dan nota dalam satu buku yang sama.

8.4

Pengerusi juga meminta guru-guru memaksimumkan penggunaan buku teks iaitu


menggunakan latihan-latihan yang ada dalam buku teks dan guru-guru juga
digalakkan menggunakan buku pintas buku untuk memahirkan topic peta.

8.5

Guru-guru diingatkan supaya melengkapkan buku rekod mengajar dengan senarai


nama pelajar-pelajar, TOV dan Refleksi selepas P&P.

8.6

Guru-guru akan dimaklumkan kemudian bila Sistem SPPBS akan beroperasi semula
untuk memasukkan prestasi pelajar tahun 2013, dijangka SPPBS akan dibuka pada
bulan April.

8.7

Guru-guru dimaklumkan bahawa Latihan Dalam Perkhidmatan tingkatan 3 akan


diadakan 2 kali selepas sekolah. Tarikh akan diberitahu kemudian.
4

8.8

Pengerusi memberitahu guru-guru bahawa panitia telah membeli buku PBS tingkatan
1, 2 dan 3 serta meminta guru-guru mengutip RM3 dari pelajar-pelajar untuk
menampung

kos pembelian buku.

9.0

KEWANGAN

9.1

Pengerusi memberitahu guru-guru mengisi nota minta terlebih dahulu sekiranya ingin
membeli sebarang benda.

9.2

Panitia memberitahu bahawa panitia telah membeli jangka sudut besar untuk
kegunaan guru-guru dan juga telah membeli benang untuk digunakan oleh pelajarpelajar untuk mengukur jarak.

10.0

HAL-HAL LAIN

10.1

Guru-guru diminta untuk datang ke sekolah pada 31/12/13 untuk membuat persediaan
bagi memulakan hari persekolahan.

10.2

Guru-guru dimaklumkan bahawa hari pertama sekolah tiada perhimpunan dan guruguru perlu memastikan buku rekod lengkap dengan rancangan harian hari pertama
persekolahan.

11.0

PENUTUP

9.1

Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli yang hadir dan
berharap

komitmen

yang

diberikan

oleh

ahli

panitia

dapat

membantu

mempertingkatkan prestasi mata pelajaran Geografi bagi setiap tingkatan dengan lebih
baik.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.00 pagi.
Disediakan oleh,
Setiausaha Panitia Geografi SMK Bakti

You might also like