You are on page 1of 2

19.

Huraikan sistem ekonomi kapitalisme Amerika Syarikat pada abad ke-18


hingga 19. (20m)

Perkembangan Ekonomi Kapitalisme di Amerika Syarikat bermula selepas


tamat perang Amerika Syarikat dengan Britain (1812) dan Perang Saudara
(1861-1865). Kestabilan politik menyebabkan golongan kapitalis melaburkan
modal dalam sektor perindustrian. Perkembangan ini menyebabkan bermula
Revolusi Perindustrian di Amerika Syarikat mulai (1860-an hingga 1914)
Pertengahan abad ke-19, sistem ekonomi kapitalisme berkembang pesat di
Amerika Syarikat. Perkembangan sistem ekonomi ini menyebabkan berlaku
pertumbuhan pesat dalam Sektor perindustrian. Antaranya KEKAYAAN SUMBER
ASLI. Amerika Syarikat ialah negara yang luas dan mempunyai banyak sumber
kekayaan seperti arang batu, besi, keluli, dan minyak. Menjelang tahun 1913,
Amerika Syarikat menjadi pengeluar utama arang batu dunia. Sebahagian besar
daripada pengeluaran arang batu di Amerika Syarikat disumbangkan
Pennslyvania.
Amerika Syarikat juga mempunyai bekalan tenaga buruh yang ramai. Tenaga
buruh yang ramai meransang pertumbuhan sektor perindustrian yang
memerlukan pekerja yang ramai. Bekalan tenaga buruh yang ramai telah
menyediakan permintaan untuk hasil keluaran negara. Kekayaan sumber asli
merupakan faktor utama yang mendorong perkembangan kapitalisme di Amerika
Syarikat.
Kehadiran buruh dari luar negara dan perpindahan buruh dalam negara
menyediakan bekalan tenaga buruh yang mencukupi. Undang-undang Buruh
Kontrak 1864 menggalakkan kedatangan buruh Amerika Syarikat.Undangundang ini menyebabkan kemasukan ramai buruh dari China yang terlibat dalam
pembinaan landasan kereta api.Pertumbuhan bandar-bandar menyebabkan
penduduk berpindah dari luar bandar ke kawasan bandar.Perkembangan ini
menyebabkan berlaku pertambahan penduduk di bandar-bandar pelabuhan
seperti New York , Chicago , dan Boston.
Kemajuan dalam bidang teknologi menyebabkan banyak ciptaan baharu
muncul di AmerikaSyarikat. Perkembangan ini telah menyebabkan muncul
pencipta-pencipta terkenal di Amerika Syarikat. Antara pencipta dan hasil
ciptaan ialah Samuel F. B . Morse yang mencipta Telegraf , Graham Bell yang
mencipta Telefon, Thomas Alva Edison yang mencipta Elektrik, Henry Ford yang
mencipta Kereta, Wilbur dan Orville Wright yang mencipta Kapal Terbang.
Sehingga akhir abad ke-19, syarikat-syarikat di Amerika syarikat telah
mengeluarkan 40 000 buah kereta. Selain itu muncul kaedah baharu untuk
menghasilkan besi dan keluli secara besar-besaran.
Selepas itu, muncul teknik pemasaran baharu, iaitu barangan dihantar
melalui pos. Antara syarikat penghantaran yang terkenal ialah Roebuck and
Company dan Montgomery Ward yang diasaskan pada tahun 1872.Dimajukan
kerana kemajuan Sistem pos dan landasan kereta api. Barangan dapat dihantar
dengan cepat dan diterima oleh penduduk di bandar dan luar bandar. Seteleah
itu, muncul gedung-gedung perniagaan besar yang menawarkan pelbagai jenis
barangan dan perkhidmatan di bawah satu bumbung, Antara gedung yang
terkenal ialah Macy (New York), Filene (boston), Marshall Field (Chicago), dan

Wannamaker (Philadelphia). Pada masa yang sama, sistem pengiklanan juga


wujud. Mengadakan Ekspo Perdagangan untuk memasarkan barangan yang di
hasilkan oleh kilang,sebagai contoh Ekspo Antarabangsa Columbia yang
diadakan di Chicago pada tahun 1893 menarik 27 juta pengunjung.
Sungai merupakan jalan pengangkutan utama untuk menggerakkan
barangan. Pengenalan kapal Wap telah merancakkan perkembangan ekonomi
Amerika Syarikat. Pada tahun 1807, kapal wap Robert Fulton yang dinamakan
Clermont melakukan pelayaran pertama di Sungai Hudson. Kapal wap boleh
mengangkut barangan dan manusia dengan cepat dan cekap. Terusan telah
muncul sebagai kaedah pengangkutan utama kepada penduduk Amerikat
Syarikat. Terusan didapati lebih cekap untuk menggerakkan barangan berat
berbanding dengan jalan raya. Antara Terusan yang terkemuka di Amerika
Syarikat ialah Terusan Erie di New York. Berkeluasan 40 kaki dan 360 batu
panjang. Terusan ini mengurangkan kos untuk menggerakkan barangan dan
mengurangkan jarak perjalanan daripada 20 hari kepada enam hari.Menjadi
sebuah pelabuhan terkemuka di Amerika Syarikat. Negeri-negeri lain seperti
Pennslyvania, Ohio, dan Indiana juga melabur dalam pembiaan terusan.
Perkembangan sistem ekonomi kapitalisme di Amerika Syarikat bermula
selepas tamat perang amerika dengan England dan Perang Saudara.
Perkembangan sistem ekonomi kapitalisme menyaksikan pertumbuhan sektor
perindustrian dan perniagaan besar. Dalam pada itu, perkembangan pesat dalam
ekonomi berlaku di Amerika Syarikat selepas negara tersebut mencapai
kemerdekaan dari Britain pada tahun 1776. Kestabilan politik dalam negara
meletakkan asas bagi perkembangan sistem ekonomi kapitalisme di negara
tersebut.

You might also like