You are on page 1of 2

12.

Galurkan peristiwa yang menyebabkan muncul pemerintahan raja


berperlembagaan di England semasa pemerintahan raja-raja dari Dinasti Stuart.
(20m)
Selepas Zaman Pertengahan, telah berlaku kemerosotan sistem feudalisme di
Eropah. Keadaan ini telah membolehkan raja-raja mengumpul kekayaan dan
mengukuhkan kedudukannya. Ini telah membawa kepada penubuhan negara
bangsa iaitu sebuah negara yang bebas daripada konsep dunia empayar dan di
bawah kedaulatan raja berkuasa mutlak. Negara bangsa di Eropah terbentuk melalui
dinasti, keluarga baharu, perkahwinan diraja dan konsep empayar. Perkembangan ini berlaku di
negara England pada abad ke-15 dan England berada di bawah pemerintahan beraja mutlak hampir
2 abad iaitu bermula pada 1485 setelah berakhirnya Perang Bunga Ros. Sistem pemerintahan ini
diasaskan oleh Raja Henry VII dari Dinasti Tudor yang memerintah England dan berakhir pada tahun
1603 semasa pemerintahan Ratu Elizabeth I. Mengikut sistem raja berkuasa mutlak, seseorang
pemerintah (raja) berkuasa sepenuhnya untuk menggubal dan melaksanakan segala dasar dan
kedudukannya adalah mengatasi undang-undang negara. Sepanjang pemerintahan Dinasti Tudor,
England mempunyai kerajaan yang stabil dan mendapat sokongan daripada rakyat. Kerajaan ini
menghormati prinsip perbatasan kuasa pemerintah seperti mana yang terdapat dalam Magna Carta
dan tidak membelakangkan parlimen. Dasar-dasar pemerintahan raja berkuasa mutlak di England
seperti keagamaan, luar negeri dan perdagangan yang dijalankan oleh Raja Henry VII, Raja Henry
VIII dan Ratu Elizabeth I diterima oleh rakyat. Namun demikian semasa pemerintahan Dinasti Stuart
(1603-1688), sistem pemerintahan beraja mutlak semakin diperkasakan oleh Raja James I dan Raja
Charles I sebelum bertukar kepada raja berpelembagaan.
Sistem pemerintahan raja berkuasa mutlak telah digantikan dengan raja berperlembagaan
selepas berakhirnya Revolusi Cemerlang yang berlaku secara aman dan memberi impak yang
besar terhadap perubahan landskap politik England selepas 1688. Raja Charles II telah ditabal
sebagai raja England selepas Richard Cromwell meletak jawatannya dan mesti mengamalkan sistem
beraja berperlembagaan. Sistem pemerintahan raja berperlembagaan juga membawa kepada
perkembangan politik kepartian apabila wujud dua buah parti iaitu Parti Whig dan Parti Torries yang
sebahagian besarnya dikuasai oleh golongan aristokrat, gentry dan bourjuis.
Golongan rakyat atau kelas bawahan masih tidak diberikan ruang untuk terlibat secara
langsung dalam politik di England ketika itu. Selepas Raja Charles II meninggal dunia pada tahun
1685, diganti pula oleh Raja James II yang lebih cenderung untuk memulihkan kembali doktrin kuasa
suci raja. Oleh itu Raja James II telah disingkirkan dan kemudiannya Marry II dan Raja William of
Orange telah ditabal sebagai raja England yang baharu selepas berlakunya Revolusi Cemerlang
(1698) tanpa berlaku pertumpahan darah.
Parlimen meluluskan Toleration Act dan Bill of Right pada 1699. Raja berperlembagaanadalah
sejenis kerajaan yang ditubuhkan di bawah sistem berperlembagaan yang mengiktiraf raja sebagai
ketua negara. Toleration Act bertujuan mewujudkan kebebasan beragama bagi penganut Kristian
yang bermazhab Protestan di England. Manakala Bill of Right pula mengemukakan beberapa
peruntukan berhubung dengan bidang kuasa raja dalam soal undang-undang dan pencukaian serta
keadilan dan hak untuk mengecapi kebebasan.
Raja berperlembagaan di England memerintah berdasarkan peruntukan yang diluluskan
oleh parlimen dan tidak lagi mempunyai kuasa autokratik. Raja tidak boleh memansuhkan
undang-undang yang telah diluluskan oleh parlimen. Raja tidak dibenarkan untuk campur tangan
dalam urusan mahkamah dalam aspek penguatkuasaan undang-undang.
Kedudukan parlimen menjadi semakin kuat apabila Act of Settlement diluluskan pada
1701 yang menetapkan hanya raja yang bermazhab protestan sahaja yang layak menjadi raja. Raja
juga bertanggungjawab kepada parlimen sebagai institusi yang mewakili rakyat dan mempunyai
keutuhan dalam soal legislatif dan eksekutif. Sistem pemerintahan beraja mutlak di England juga
telah menghapuskan pergeseran antara raja dengan parlimen dalam soal-soal dasar pemerintahan
dan keadaan ini secara langsung telah memperkukuhkan perpaduan dalam politik negara tersebut.

Raja boleh menghadapi Petition of Right yang dikemukakan oleh rakyat dan mempertahankan
kedudukannya berdasarkan undang-undang. Dalam menjalankan pemerintahan, raja tertakluk
kepada perlembagaan dan juga dibatasi oleh undang-undang bagi membenarkan sesuatu tindakan
yang diambil oleh raja. Oleh yang demikian pada 1689 bermula sistem pemerintahan raja
berpelembagaan di England dan kekal sehingga hari.

You might also like