You are on page 1of 4

SABK MAAHAD ISLAHIAH ADDINIAH

MESYUARAT JAWATAKUASA MAKLUMAT DAN


PENGKOMPUTERAN SEKOLAH (JMPS)
MINIT MESYUARAT KALI PERTAMA 01/2015

Tarikh

: 02 FEBRUARI 2015

Masa

: 11.00 PAGI

Tempat

: BILIK GERAKAN

Pengerusi

: USTAZ ABD. RAHMAN BIN RAMLI

Kehadiran(Bilangan)
Nama Yang Hadir
BIL.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.

: 16 ORANG
:

NAMA GURU
USTAZ ABD. RAHMAN BIN RAMLI (Pengetua)
USTAZ AHMAD SUHAIMI BIN KASIM ( PK HEM )
PN. RAFIDAH BT AHMAD ( PK KOKU )
PN. NOOR AZLINA BT SAID (Setiausaha JPMS / Guru Data)
PN. NOR AZLIZA BT SARIPDIN (KB Bahasa / Guru Biasiswa)
PN. SITI YUHANIS BT YUSOF ( KB Sains dan Matematik )
PN. ELMI BT MAT ISA ( KB Vokasional & Teknik/Penyelaras Tingkatan 5)
PN. ROSLIZA BT RAMLI ( KB Kemanusiaan/Penyelaras Tingkatan 1 & 2)
USTAZAH ROHANA BT MAZIR ( KB Agama/Guru SPBT/Penyelaras Tingkatan 3 )
PN. SUHAILA BT AHMAD ( Guru Perpustakaan / Media )
PN. JUARIAH BT ALI ( Kaunselor )
USTAZ RAMADHAN BIN MAT ABAS ( Guru Disiplin )
CIK SITI KHADIJAH BT FAKHRURRAZI ( Guru Jadual Waktu )
PN. NORSIAH BT ADALAN (Pembantu Tadbir)
PN. AIZOM BT IBRAHIM (Penyelia Asrama)
PN. NURUL HUDA BT ABDUL KARIM ( Setiausaha Kokurikulum )

1.0 Ucapan Pengerusi


1.1. Ustaz Abd. Rahman bin Ramli selaku Pengetua mengucapkan
terima kasih di atas kehadiran semua ajk yang terlibat. Ustaz Abd.
Rahman menjelaskan mesyuarat JMPS akan diadakan pada bulan
Januari, April, Jun dan Oktober atas arahan JPN. Mesyuarat ini

bertujuan untuk mengesahkan data seperti senarai guru serta staf


lantikan baru dan yang berpindah masuk, perjawatanan guru luar
norma, pembentangan dan pengesahan jadual waktu guru seperti
minggu pertama persekolahan, pengesahan rasmi guru data serta
pengesahan jadual waktu guru data yang mesti mematuhi Pekeliling
Ikhtisas bil 14/2007 dan kemaskini fail EMIS sekolah sehingga 31
Disember 2015.
1.2. Ustaz Abd. Rahman menyatakan bahawa hal-hal yang berkaitan
dengan data sekolah adalah amat penting dan perlu diperbincangkan di
peringkat jawatankuasa sebelum dihantar ke bahagian PPD. Ini amat
penting kerana data yang dihantar berhubungkait dengan peruntukan
kewangan sekolah dan pihak sekolah boleh dikenakan surcaj jika
terdapat kesalahan pada data sekolah. Beliau menyarankan agar data
yang perlu dihantar diperiksa berulang kali bagi memastikan
ketulenannya.
1.3. Ustaz Abd. Rahman menyatakan bahawa Pembantu Tadbir
dimasukkan ke dalam Jawatankuasa Maklumat dan Pengkomputeran
Sekolah atas arahan JPN bagi memastikan ketulenan data.
Tindakan : Makluman
2.0 Perbincangan dan pengesahan data
2.1. Senarai guru atau staf lantikan baru
Ustaz Abd. Rahman menjelaskan kepada semua AJK bahawa ada
seorang guru baru bertukar masuk ke SABK MIA iaitu Pn. Najwa bt
Md. Ramli dari Maahad Khir Lil Banat. Manakala, tiada staf lantikan
baru diterima masuk ke SABK Maahad Islahiah Addiniah.
Tindakan : Makluman
2.2. Ustaz Abd. Rahman menjelaskan bilangan terkini guru yang
berkhidmat di SABK Maahad Islahiah Addiniah adalah seramai 28
orang termasuk 4 orang guru kontrak lantikan KPM yang telah
dilantik semula. Mengikut waran yang dikeluarkan, guru layak diisi
adalah seramai 27 orang dan kekosongan jawatan PK Pentadbiran.

2.3 Perjawatanan guru luar norma


Ustaz Abd. Rahman menyatakan terdapat 5 perjawatanan guru luar
norma di SABK Maahad Islahiah Addiniah iaitu :
BIL.
1.
2.

NAMA GURU
Ustaz Abd. Rahman bin Ramli

3.

Ustaz Ahmad Suhaimi bin Kasim

4.

Pn. Rafidah bt Ahmad

5.
6.

Pn. Juariah bt Ali


Pn. Suhaila bt Ahmad

JAWATAN
Pengetua
Penolong Kanan
Pentadbiran
Penolong Kanan
HEM
Penolong Kanan
Kokurikulum
Kaunselor
Guru Perpustakaan
dan Media

7.
8.

Ustazah Awatif bt Kassim


Pn. Noor Azlina bt Said

Guru KKQ
Guru Data

2.4 Pembentangan dan pengesahan jadual waktu guru seperti minggu


pertama persekolahan.
2.5 Pengerusi meminta Guru Jadual Waktu, Cik Siti Khadijah untuk
mengesahkan semua guru telah menggunakan jadual waktu seperti
yang telah diedarkan pada 31 Disember 2015.
3.0 Pembentangan Enrolmen Murid ( berakhir Januari 2015 )
3.1 Pengerusi meminta PK HEM, Ustaz Ahmad Suhaimi untuk
menjelaskan bilangan murid dan kelas yang terkini. Bilangan kelas
yang terkini adalah sebanyak 10 buah kelas. Bilangan murid bagi setiap
tingkatan adalah seperti di bawah.
TINGKATAN
Tingkatan 1
Tingkatan 2
Tingkatan 3
Tingkatan 4
Tingkatan 5
JUMLAH

BIL. MURID
70
62
63
62
52
309

3.2. Ustaz Ahmad Suhaimi menjelaskan bilangan murid yatim yang


terkini adalah seperti berikut
KAUM
Melayu
JUMLAH

BIL.
4
4

3.3. Ustaz Ahmad Suhaimi menjelaskan bilangan pemegang Biasiswa


Persekutuan yang terkini adalah seramai 72 orang pelajar. Tiada
pelajar yang memegang Biasiswa Negeri.
3.4. Puan Aizom menjelaskan bilangan pelajar asrama yang terkini
adalah seramai 286 orang pelajar.
Tindakan : PK HEM
4.0 Kemaskini fail EMIS sekolah sehingga 31 Disember 2015
4.1. Pn. Noor Azlina menerangkan bahawa sistem EMIS ONLINE
masih lagi digunakan di peringkat Kementerian. Sistem Pengurusan
Sekolah ( SPS ) akan digantikan secara perlahan-lahan menggunakan
3 pengurusan Modul iaitu Modul Guru, Modul Murid dan Modul
Sekolah.
Tindakan : Makluman
4.2. Pn. Noor Azlina menyatakan bahawa JPN mengeluarkan arahan
supaya Pembantu Tadbir membantu guru data dalam mengisi borang
EMIS online.
Tindakan : Pembantu Tadbir
4.3. Ustaz Abd. Rahman meminta Guru Data untuk mengemaskini
data SPS.

Tindakan : Guru Data


5.0 Hal-hal lain
5.1. Ustaz Abdul Rahman menasihatkan kepada semua AJK dan Guru
Data untuk sentiasa memeriksa data-data yang dikutip bagi
memastikan ketulenen data sebelum di hantar ke pihak atasan.
5.2. Beliau juga menasihatkan semua AJK supaya mempunyai cara
kerja yang cemerlang. Penekanan juga diberikan kepada konsep
kerjasama dan bantu membantu di dalam organisasi, kerana kegagalan
seseorang individu akan memberi kesan yang besar terhadap organisasi
terbabit. PK dan Ketua-ketua Bidang juga diminta untuk memantau
guru-guru di bawah seliaan masing-masing supaya sistem sekolah
sentiasa berjalan dengan lancar.
Tindakan : Semua AJK JPMS

Ucapan Penangguhan
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.40 tengah hari

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

You might also like