You are on page 1of 10

BAHAGIAN A (30 MARKAH)

Jawab semua soalan. Setiap soalan diikuti dengan empat pilihan jawapan A,
B, C dan D. Pilih satu jawapan yang betul.
1.

Manakah antara peralatan yang berikut tidak berkaitan dengan bahan yang ditunjukkan
dalam rajah?
A robot
C kereta mainan
B kereta kabel
D loceng elektrik
2.

Motor pada kit model kereta menerima bekalan elektrik daripada


A bateri
B syaf
C suis
D gear

3.

Apakah nama mata jahitan di atas?


A Jahitan silang pangkah.
B Jahitan sembat susup.
C Jahitan kia.
D Jahitan jelujur halus.
4.

5.

Manakah merupakan makanan rumusan bagi ikan hiasan?


I pellet
II emping
III jentik-jentik
IV moina
A I dan II
C I, II, dan IV
B II dan III
D I, III, dan IV
Apakah nama penyakit yang disebabkan oleh parasit yang melekat pada sisik ikan?
A Bintik putih
-1-

B Jangkitan kulat
C Jangkitan bakteria
D Stress
6.

Antara alatan berikut, yang manakah tidak menggunakan sistem takal?


A Mesin rumput
B Kereta kabel
C Mesin jahit
D Kasut roda

7.

Apakah tujuan promosi dilakukan?


A Memajukan perniagaan
B Melariskan sesuatu barang
C Menandingi peniaga yang lain
D Menyukarkan pembeli memilih barang

8.

Gear digunakan untuk


A Menggerakkan syaf supaya berputar
B Memindahkan tenaga elektrik kepada syaf
C Membekalkan tenaga elektrik kepada motor
D Memindahkan tenaga putaran kepada gear lain

9.

Alatan apakah yang digunakan untuk memotong lengkuk pada kepingan kayu nipis?
A Gergaji tangan
B Gergaji lengkung halus
C Gergaji puting
D Gergaji besi

10. Apakah tujuan poster dihasilkan?


A Promosi jualan
B Meluaskan perniagaan
C Mewujudkan persaingan
D Mengisi ruang papan iklan
11.

Apakah yang berlaku pada bahagian pakaian yang bertanda X?


A Kelim yang meretas.
B Kelepet yang meretas.
C Lapik yang meretas.
D Belah yang meretas.
12. Penyataan yang berikut adalah benar berkaitan perintang tetap, kecuali...
A perintang tetap mempunyai jalur-jalur berwarna pada badannya.
B perintang tetap mempunyai kaki yang perlu disambung mengikut kekutubannya yang
-2-

betul.
C perintang tetap digunakan untuk mengurangkan arus.
D perintang tetap mempunyai dua kaki yang dapat dibengkokkan.
13. Yang berikut merupakan bahagian yang perlu diminyakkan kecuali
A kerangka tingkap
B siling
C engsel
D selak
14. Tujuan kerja meminyakkan bahagian bangunan yang dapat digerakkan adalah untuk...
I mengilatkan bahagian bangunan.
II melicinkan pergerakan bahagian bangunan.
III mencegah karat.
IV membersihkan bahagian bangunan.
A I dan II
C I dan IV
B I dan III
D II dan III
15.

Alatan jahitan yang ditunjukkan dalam rajah di atas adalah...


A gunting kertas.
B gunting fabrik.
C penetas jahitan.
D gunting kuku.
16. Antara berikut, barang manakah yang dijual secara bergerai?
A Basikal
B Komputer
C Surat khabar
D Minyak wangi
17. Ikan hiasan dipelihara untuk tujuan-tujuan yang berikut, kecuali...
A menghayati keindahan alam akuatik.
B memberikan ketenangan perasaan.
C memupuk perasaan sayangkan binatang peliharaan.
D mengelakkan ikan daripada membiak.
18.

Bahagian yang bertanda X dalam rajah digunakan untuk...


-3-

A
B
C
D

mengawal arah pergerakan ikan ke atas dan ke bawah.


mengawal arah pergerakan ikan ke hadapan.
mengawal arah pergerakan ikan ke kiri atau ke kanan.
mengawal arah pergerakan ikan ke belakang.

19. Antara berikut, alatan tangan yang manakah digunakan untuk mengetuk paku kecil?
A Gandin getah
B Tukul warrington
C Tukul kuku kambing
D Sepana boleh laras
20. Antara berikut, bahan pembersih yang manakah yang sesuai digunakan untuk membersihkan
cermin tingkap yang kotor ?
A Bulu keluli
B Kertas las
C Minyak
D Sabun
21. Antara yang berikut yang manakah playar muncung tirus?

22. Apakah peranan telefon bimbit untuk mendapatkan pesanan?


A Internet
B Faksimile
C Borang pesanan
D Sistem pesanan ringkas
23. Antara berikut, barang yang manakah mudah rosak dan perlu dibeli terus dari kedai?
A Kek.
B Jam.
C Pensel.
D Mesin basuh.

-4-

24.

Apakah fungsi S?
A Membekalkan sumber elektrik kepada litar.
B Menyambung dan memutuskan bekalan elektrik kepada litar.
C Mengawal nilai elektrik.
D Mengawal bunyi.
25. Yang berikut merupakan bahagian kelepet pada pakaian kecuali
I Bawah skirt
II Bahagian rusuk pada baju
III Bahagian tepi seluar
IV Hujung kaki seluar
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
26. Manakah antara yang berikut merupakan bahan penggilap?
A Gris
B Minyak pelincir
C Lilin
D Detergen
27. Antara susunan yang berikut, yang manakah menunjukkan cara menyediakan akuarium yang
betul?
A memasukkan pasir memasukkan air membersihkan akuarium menanam
tumbuhan akuatik memasukkan batu atau kayu
B membersihkan akuarium memasukkan pasir memasukkan batu dan kayu
menanam tumbuhan akuatik memasukkan air
C memasukkan batu dan kayu membersih akuarium memasukkan air
memasukkan pasir menanam tumbuhan akuatik
D membersihkan akuarium memasukkan pasir memasukkan batu dan kayu
memasukkan air menanam tumbuhan akuatik
28. Proses meminyak dilakukan untuk mengurangkan kadar________ pada bahagian alatan
-5-

yang bergerak.
A kekotoran
B pergerakan
C geseran
D kerosakan
29. Antara berikut, yang manakah cara untuk menghasilkan sendiri barang jualan?
I Menganyam tikar
II Menternak binatang
III Menanam sayur-sayuran
IV Menghasilkan keropok lekor
A I, II dan III
B I, III dan IV
C II, III dan IV
D I,II, III dan IV
30. Apakah ciri peniaga yang TIDAK baik?
A Sentiasa tersenyum
B Menghormati hak pembeli
C Sentiasa melayan pelanggan
D Menjual dengan harga yang mahal

-6-

BAHAGIAN B (30 MARKAH)


1
. Jarum tangan
Benang

Pita ukur

Gunting

Penetas jahitan

(5 Markah)

2. Padankan komponen dengan fungsi komponen


.
a) Tempat untuk meletakkan bateri
1. Kerangka

b) Menggerakkan gear pada kit model

2. Gear
3. Pemegang
bateri
4. Suis
5. Motor

c)

Menukar kelajuan atau arah


pergerakan

d) Tapak untuk memasang motor, gear,


pemegang bateri dan komponen lain
e)

Menyambung atau memutuskan arus


elektrik
(5 Markah)

-7-

3. Tandakan ( ) pada keterangan yang betul dan ( ) pada keterangan yang


salah.
a.

Cara menjual secara bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain
ialah berjaja.

b.

Keropok merupakan contoh barang yang diubahsuai.

c.

Contoh urus niaga melalui internet ialah Kawanku@yahoo.com.my.

d.

Tujuan sesuatu barang dibungkus ialah untuk mengurangkan kos.

e.

Borang yang digunakan untuk memesan barang ialah borang pembelian.

f.

Murid-murid digalakkan menggunakan topeng muka semasa kerja-kerja


menyembur dijalankan.

g.

Kuih tepung pelita TIDAK sesuai dibeli secara pesanan melalui faksimile.

h.

Kain rentang adalah antara bahan yang sesuai untuk membuat poster.

i.

Nama ahli perniagaan TIDAK perlu ada pada sesebuah poster.

j.

Tempat yang sesuai untuk menampal poster ialah hadapan pintu rumah.

-8-

(10 Markah)

4. Isi ruang kosong di bawah ini dengan jawapan yang sesuai dan betul.

engsel

wayar

idea

lukisan

simbol

kayu

suhu

besi

dihubungkan

cantuman

1.

Bahan-bahan yang dibuat daripada ____________________ mudah berkarat.

2.

____________________ air di dalam akuarium yang terlalu rendah atau terlalu tinggi
akan menyebabkan penyakit pada ikan.

3.

Gunakan penjalur ____________________ untuk menanggalkan penebat wayar.

4.

Rekaan projek perlu dilakar terlebih dahulu sebagai ____________________ kerja.

5.

Takal ____________________ dengan takal yang lain menggunakan tali sawat.

6.

Cat ialah sejenis bahan penyudah atau kemasan bagi ____________________ atau
besi.

7.

Kelim adalah ____________________ dua atau lebih kepingan fabrik.

8.

Buku ____________________ adalah sebuah buku catatan yang berisi maklumat


berkaitan projek yang dibina.

9.

____________________ ialah bahagian pada pintu yang perlu diminyakkan.


-9-

10. Setiap komponen elektronik mempunyai nama, ____________________ dan


fungsinya.

(10 Markah)

- 10 -

You might also like