You are on page 1of 8

Bencana Alam

Dewasa ini, kita sering dikejutkan dengan bencana alam yang berlaku di seluruh dunia. Berita-berita yang menyedihkan hati kita ini
terpampang di dada-dada akhbar dan dikongsi bersama-sama oleh manusia sejagat. Kesannya, bencana alam ini telah meragut
banyak nyawa yang tidak berdosa. Fenomena ini dibuktikan melalui kejadian tanah runtuh, banjir kilat, jerebu, tsunami, gempa bumi
dan letupan gunung berapi yang sering melanda dunia. Malangnya, tiada jalan penyelesaian untuk menghalang bencana alam ini
daripada berlaku. Hal ini demikian kerana sudah menjadi lumrah alam iaitu apabila tiba saat dan ketikanya, bencana alam ini pasti
akan terjadi. Tiada satu kuasapun yang mampu menghalang kuasa alam, namun kejadian bencana alam yang berpunca daripada
sikap manusia itu sendiri perlu diberikan perhatian agar nyawa manusia tidak terancam.

Aktiviti pembalakan memang merupakan salah satu penyumbang ekonomi negara, namun antara sedar ataupun tidak, aktiviti ini
menjadi faktor berlakunya bencana alam. Individu-individu yang terbabit dalam aktiviti pembalakan tidak memikirkan kesannya
sebelum menebang pokok kerana, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Kawasan hutan yang telah ditebang dan
jika tidak digantikan dengan anak pokok yang baharu, pasti akan terdedah kepada hujan dan menyebabkan hakisan tanah berlaku.
Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya kejadian tanah runtuh yang akan meragut nyawa dan menyebabkan kerosakan harta
benda. Oleh itu, perkara ini membuktikan bahawa masalah ini menjadi penyebab bencana alam berlaku.

Selain itu, terdapat segelintir manusia yang tidak bertanggungjawab yang suka melakukan pembakaran terbuka. Hal ini nampaknya
remeh kerana yang kelihatan hanyalah asap, namun asap inilah yang menyebabkan kejadian jerebu yang menyulitkan kehidupan
manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Jerebu ini pula boleh menyebabkan pesakit asma akan mengalami masalah pernaqfasan dan
menyebabkan penyakit mereka semakin kronik. Oleh itu, kita seharusnya sedar dan berhati-hati semasa melakukan sesuatu perkara
kerana pandang jauh dilayangkan, pandang dekat ditukikkan supaya tidak berlaku sebarang bencana. Hal ini secara tidak langsung
dapat membantu kita untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar dan membantu kita untuk menyelamatkan nyawa manusia yang
tidak berdosa.

Seterusnya, terdapat sesetengah anggota masyarakat yang tidak bertanggungjawab iaitu dengan membuang sampah ke dalam
longkang dan sungai dengan sesuka hati. Secara sedar atau tidak, golongan ini sebenarnya menganiayai masyarakat seperti kata
pepatah, kapak tak boleh membelah kayu, kalau bukan kayu pula yang menjadi hulunya. Hal ini demikian kerana sistem perparitan
akan tersumbat oleh sampah sarap yang dibuang ke dalam sungai dan longkang. Masalah sistem perparitan yang tersumbat ini pula
akan menyebabkan banjir kilat berlaku. Kejadian ini sudah pastinya akan menyusahkan banyak pihak yang tidak berdosa. Oleh itu,
perkara ini jelas membuktikan bahawa sikap angota masyarakat yang tidak bertanggungjawab menjadi punca becana alam berlaku.

Punca lain yang menyebabkan bencana alam ini berlaku kebiasaannya disebabkan oleh aktiviti pembangunan yang tidak terancang
di lereng-lereng bukit. Keadaan ini sudah tentu menimbulkan keadaan yang tidak selamat dan boleh menyebabkan tanah runtuh
berlaku. Sebagai contohnya, sebanyak 14 buah rumah banglo di Bukit Antarabangsa musnah akibat tanah runtuh dan mengorbankan
empat nyawa pada 6 Disember 2008 yang lalu. Hal ini disebabkan oleh pihak pemaju yang membangunkan kawasan tersebut tidak
mengambil langkah-langkah keselamatan untuk mengelakkan berlakunya kejadian tanah runtuh. Mereka tidak membuat sistem
perparitan yang sempurna untuk menyalurkan air atau membina tembok konkrit untuk mengelakkan kejadian tanah runtuh. Perkara ini
penting dilakukan kerana kebanyakan kejadian tanah runtuh berlaku akibat pergerakan air di dalam tanah yang menyebabkan tanah itu
longgar dan mudah runtuh.

Sebagai kesimpulannya, semua pihak haruslah bersama-sama dan berganding bahu dengan mengamalkan peribahasa seperti aur
dengan tebing untuk menangani masalah ini. Janganlah kita mengamalkan peribahasa seperti enau di dalam belukar, melepaskan
pucuk masing-masing. Jika perkara ini tidak dilakukan, sudah pastinya semua pihak terpaksa menanggung akibat buruk daripada
sikap kita sendiri. Oleh itu, anggota masyarakat perlulah sedar bahawa tanggungjawab untuk menjaga alam sekitar tidak terletak di
bahu kerajaan semata-mata. Kita harus sedar bahawa, sebenarnya Allah menganugerahkan alam ini kepada kita sebagai amanah
untuk dijaga. Mahukah kita hidup di dalam kawasan tanah runtuh, jerebu, banjir dan kemarau? Oleh hal yang demikian, tepuklah dada,
tanyalah selera sebelum bertindak agar kita tidak ditimpa oleh bencana alam akibat tindakan kita sendiri yang tidak bertanggungjawab.

KEPENTINGAN AKTIVITI REKREASI KEPADA MASYARAKAT


Padaeraglobalisasiini,masyarakatseakanterlalusibukmengejarkemewahanduniawilantassering
mengabaikanamalangayahidupsihatterutamanyaamalanberiadahataurekreasi.Halinidemikiankerana
merekaterlalumemandangenteng kepentinganaktivitirekreasi.Tanpamerekasedari,sebenarnyaterdapat
variakepentinganrekreasikepadamasyarakat.

Antaramaslahatrekreasikepadamasyarakatadalahmampumengeratkanhubungansamaadahubungan
dengankomunitisetempatmahupundenganahlikeluargasendiri.Halinidemikiankeranamelaluiaktiviti
rekreasi, individu akan bertegur sapa dengan individu lain di sekelilingnya, lantas mengeratkan hubungan
silaturahim. Contohnya, melalui amalan rekreasi, kita dapat berbual mesra dengan jiran tetangga. Jelaslah
bahawa,rekreasimampumengeratkanhubunganantaraindividudenganindividulain.

Selainitu,aktivitirekreasijugamampumemberiketenanganjiwakepadaanggotamasyarakat.Halini
demikiankeranamelaluiaktivitiriadah,masyarakatdapatmenghayatikeindahanalamsekitaryangsaujana
matamemandang.Contohnya,melaluiaktivitisenamansepertiberjoging,masyarakatakandapatmenghirup
danmenikmatianginsepoisepoibahasayangsegar,seterusnyamampumemberikedamaianjiwa.Olehhal
yangdemikian,aktivitirekreasidilihatmampumenjadilandasanutamamasyarakatbagimelapangkanfikiran.

Disampingitu,amalanrekreasiamatsignifikanbagi menyihatkanbadan.Amalanyangmenyihatkan
sepertiberjoging,berkhemahmahupunsukanekstremsepertiaktivititerjunanudaramampumeningkatkan
kadarkecergasandanmengelakkanpelbagaipenyakitkoronari.Contohnya,melaluiaktivititerutamanyasukan
ekstremyangmenjadikegilaanpemudapemudi,anggotamasyarakatdapatmeningkatkankadarmetabolisme
yang baik untuk tubuh. Sudah terang lagi bersuluh, amalan rekreasi mampu menyihatkan badan bagi
menjayakanvisiMalaysiaCergas.

Akhirsekali,aktivitirekreasimampumenggalakkanpertukaranideaataubuahfikirandalamkalangan
masyarakat. Hal ini demikian kerana, pertukaran idea yang bernas mampumematangkan tahap pemikiran
masyarakat. Misalnya, melalui diskusi ringkas dalam kalangan masyarakat, semangat individualisme dapat
dihapuskan dan semangat perpaduan yang ampuh dapat dilakar. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa
rekreasi mampu merangsang pertukaran idea dan mencegah sikapseperti enau dalam belukar, melepaskan
pucukmasingmasing.

Kesimpulannya, aktiviti rekreasi dan riadah mempunyai banyak kepentingan tertentu yang dapat
dimanfaatkan oleh setiap anggota masyarakat. Oleh hal yang demikian, kita perlulah mengutamakan dan
mengamalkanaktivitiriadahdalamkehidupansehariankeranasesungguhnya,mindayangcerdasterletakpada
badanyangcergas.

FAEDAH MENYERTAI KEGIATAN KOKURIKULUM


Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti di luar bilik darjah. Terdapat tiga jenis kegiatan
kokurikulum di sekolah. Kegiatan tersebut termasuklah aktiviti badan beruniform, kelab
dan persatuan serta sukan dan permainan. Semua pelajar digalakkan menyertai
kegiatan kokurikulum kerana mendatangkan banyak faedah.
Salah satu faedah kegiatan kokurikulum ialah pelajar dapat memanfaatkan masa
lapang mereka dengan bijak. Dengan menyertai aktiviti kokurikulum, kita tidak akan
melakukan aktiviti-aktiviti yang tiada feadahnya seperti merokok, melepak, mencuri dan
lain-lain.Secara tidak langsung, pelajar akan dapat menghindari diri sendiri daripada
terjebak dengan gejala sosial dalam kalangan remaja. Contohnya, jika kita aktif dalam
bidang sukan, kita akan membuat latihan pada setiap petang dan akan mengisi masa
petang kita dengan melalukan perkara-perkara yang berfaedah. Oleh itu, kegiatan
kokurikulum dapat memenuhi masa lapang kita dengan perkara-perkara yang berfaedah.
Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih diri pelajar untuk menjadi
pemimpin. Ada berbagai-bagai jawatan dalam persatuan seperti pengerusi, setiausaha,
bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa. Apabila pelajar memegang sesuatu jawatan,
maka kita akan belajar menjadi ketua dan menguruskan aktiviti persatuan. Ahli biasa
juga boleh belajar daripada kawan-kawan yang ada jawatan. Oleh hal yang demikian,
dengan menyertai aktiviti kokurikulum, pelajar akan belajar menjadi seorang pemimpin.
Dengan adanya jawatan-jawatan seperti ini, ini akan membuat pelajar-pelajar lebih bijak
menguruskan sesuatu pekerjaan tanpa bantuan guru-guru mereka.Aktiviti kokurikulum
juga akan menambahkani keberanian dalam diri seorang pelajar itu.
Malahan, kegiatan kokurikulum akan mengukuhkan lagi perpaduan antara kaum.
Setiap persatuan dan kelab mempunyai banyak ahlinya. Ahli-ahli tersebut terdiri
daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dalam aktiviti yang
dijalankan, semua ahli akan berkumpul. Oleh itu, kita boleh berbincang atau bertukartukar pendapat serta bekerjasama dalam melakukan sesuatu aktiviti. Kita juga dapat
berkomunikasi dengan baik bersama mereka walaupun berlainan agama atau
kaum.Dengan ini, akan terjalinlah hubungan yang erat sesama kita.
Di samping itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum kita juga dapat membentuk
disiplin diri. Disiplin sangat penting untuk mencapai kejayaan. Pelajar yang tidak
berdisiplin susah untuk berjaya. Contohnya, kita akan dilatih menepati masa, berpakaian
kemas dan mematuhi peraturan sama ada peraturan perkhemahan, bersukan dan
sebagainya.Disiplin juga memainkan peranan yang penting dalam mencapai kejayaan.
Justeru, pelajar haruslah menyertai aktiviti kokurikulum untuk memantapkan lagi disiplin
mereka.
Kesimpulannya, terdapat banyak faedah apabila kita menyertai kegiatan kokurikulum.
Oleh itu, saya menyarankan kepada rakan-rakan agar memanfaatkan masa yang
terluang dengan menyertai aktiviti kokurikulum. Apalah gunanya mempunyai otak yang
pintar sekiranya tubuh badan kita tidak bermaya.Pihak sekolah juga hendaklah
mengadakan aktiviti yang menarik untuk menggalakkan lagi minat pelajar untuk
menyertainya. Ibu bapa pula haruslah menasihati anak-anak mereka supaya melibatkan
diri dengan kegiatan kokurikulum di sekolah. Dengan itu, sekolah dapat melahirkan
pelajar-pelajar yang cemerlang sama ada dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.

Bangunan bersejarah di negara kita amat perlu dikekalkan demi generasi yang akan datang. Bincangkan langkah-langkah
yang dapat diambil untuk mengekalkan bangunan bersejarah tersebut.
Dalam era permodenan yang dihambat dengan pelbagai kemajuan, Malaysia masih mampu mengekalkan bangunanbangunan bersejarah sebagai warisan budaya yang unggul. Di kota raya Kuala Lumpur sahaja, tersergam indah bangunan Sultan
Abdul Samad yang menjadi mercu tanda kebanggaan penduduknya. Kerajaan turut mengorak langkah untuk mengekalkan bangunanbangunan bersejarah ini bagi memastikan bangunan tersebut terus utuh sebagai bangunan yang bakal menjadi kebanggaan generasi
akan datang. Pada masa yang sama, bangunan bersejarah yang memiliki seni bina yang unik ini dapat dijadikan satu tarikan kepada
para pelancong untuk berkunjung ke negara kita. Justeru, pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi memelihara dan memulihara
keunikan bangunan tersebut agar tidak pupus ditelan zaman.

Antara usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan ialah mengorak langkah bagi mewartakan bangunan bersejarah
ini sebagai satu warisan kebangsaan yang perlu dipelihara. Dengan pewartaan ini, bangunan-bangunan yang kebanyakannya dibina
pada era penjajah dan berusia ratusan tahun, dapat dijamin kewujudannya dan terhindar daripada sebarang usaha pemusnahan.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur umpamanya, telah meletakkan Bangunan Sultan Abdul Samad sebagai bangunan bersejarah yang
perlu dipertahankan dalam Pelan Induk Pembangunan Kuala Lumpur. Bagi memastikan bangunan tersebut terus kekal, usaha
mengindahkan semula bangunan ini telah dilaksanakan sejak tahun 2002 lagi. Kesannya, bangunan kebanggaan negara tersebut kini
tersergam indah menanti kunjungan pelancong sama ada dari dalam atau dari luar negara.

Bagi memenuhi impian seluruh masyarakat yang ingin melihat bangunan bersejarah di negara kita terus kekal, kerajaan
juga telah mengambil inisiatif bagi menjalankan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah di seluruh negara.
Kerajaan memperuntukkan sejumlah wang yang bukan kecil jumlahnya demi menjalankan usaha membaik pulih bangunan-bangunan
lama tetapi mempunyai nilai sejarah yang tinggi. Sebagai contohnya, usaha membaik pulih Bangunan Sultan Abdul Samad pada sekitar
tahun 2007 yang diselia oleh Jabatan Kerja Raya telah menelan belanja sebanyak RM20 juta. Hal ini meliputi kerja-kerja menambah
kemudahan asas di bangunan tersebut serta menambah baik struktur bangunan yang telah rosak. Perlu diingat bahawa segala kerja
baik pulih tersebut hanya melibatkan bahagian dalam bangunan sahaja, manakala struktur dan bentuk bahagian luar bangunan
tersebut masih dikekalkan dengan ciri-ciri lamanya. Maka, dengan usaha yang bersungguh-sungguh ini, hasrat masyarakat untuk
melihat bangunan bersejarah di negara kita terus kekal akan dapat dicapai.

Pada masa yang sama, malaksanakan usaha bagi mengindahkan kawasan persekitaran bangunan bersejarah yang
terdapat di negara kita dengan lanskap yang menarik. Antaranya adalah dengan mengindahkan taman-taman bunga daripada pelbagai
jenis flora yang terdapat di negara kita. Hal ini bertujuan untuk memastikan bangunan tersebut sentiasa mendapat kunjungan daripada
orang ramai. Kemudahan-kemudahan awam yang terdapat di bahagian dalam mahupun di bahagian persekitaran turut diperbaiki atau
ditambah nilai. Sebagai contohnya, Bangunan Sultan Abdul Samad turut dilengkapi dengan kemudahan lift, alat keselamatan serta
tempat meletak kenderaan kepada para pengunjung. Dengan usaha yang bersungguh-sungguh ini, bangunan-bangunan bersejarah
tersebut mampu menggamit kehadiran pengunjung sekali gus memperkenalkan budaya kita kepada masyarakat luar negara.

Selain itu, salah satu elemen penting yang mendasari usaha pemuliharaan bangunan bersejarah di negara kita adalah

keterlibatan semua agensi yang berkaitan dengan kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan. Jabatan Arkitek Malaysia dan Jabatan
Kerja Raya sebagai contohnya sentiasa memantau perkembangan usaha-usaha pengekalan bangunan-bangunan bersejarah di seluruh
negara. Hal ini adalah bagi tujuan memastikan agar semua bangunan yang telah diwartakan sebagai warisan kebangsaan sentiasa
terpelihara dan selamat dikunjungi. Tida cukup dengan usaha tersebut, beberapa buah universiti di tanah air kita sering kali
menjalankan penyelidikan bagi mengenal pasti struktur dan reka bentuk bangunan ini menepati ciri-ciri yang diharapkan oleh
masyarakat Malaysia. Usaha ini turut ditanamkan dalam jiwa kalangan pelajar yang mengambil mata pelajaran sejarah di mana mereka
turut menjalankan kajian tentang bangunan-bangunan bersejarah di negara kita. Penyelidikan yang berterusan ini mampu
menanamkan sikap cinta akan warisan budaya kita sesuai dengan matlamat kerajaan membangunkan nilai patriotism dalam jiwa
remaja kita hari ini.

...Bagi menyempurnakan cita-cita luhur untuk mengekalkan bangunan-bangunan bersejarah di negara kita, kerajaan turut
bertindak memperkenalkan bangunan warisan tersebut kepada pelancong dari seluruh dunia. Usaha ini didepani oleh Kementerian
Pelancongan dan juga Lembaga Penggalak Pelancongan Malaysia yang sentiasa merintis jalan bagi memperkenalkan tempat-tempat
menarik di Malaysia. Melalui usaha ini, bangunan-bangunan bersejarah dijadikan sebagai tempat lawatan wajib bagi pelancong yang
mengikuti pakej anjuran Kementerian Pelancongan. Langkah memperkenalkan bangunan bersejarah seperti Bangunan Sultan Abdul
Samad, Kota A famosa, Istana Jugra dan sebagainya mampu merealisasikan hasrat kita bagi mengekalkan bangunan bersejarah
tersebut agar terus kekal di persada dunia. Pada masa yang sama, pemeliharaan bangunan bersejarah ini dapat mengekalkan faktafakta yang lebih jelas tentang budaya masyarakat kita yang hidup dan berkembang dalam lingkungannya yang begitu unik.

Intiharnya, kewujudan bangunan bersejarah di negara kita yang wujud sejak abad ke dua puluh lagi, mengambarkan
kepelbagaian corak hidup masyarakat dahulu kala. Justeru, usaha untuk mengekalkan bangunan tersebut bagi tatapan generasi akan
datang adalah amat perlu dilaksanakan demi kesinambungan budaya masyarakat kita. Budaya silam adalah cerminan masyarakat kita
hari ini kerana budaya menunjukkan bangsa. Lantas, tanggungjawab kita adalah perlunya memberi kerjasama kepada pihak yang
terbabit agar usaha memelihara dan memulihara bangunan bersejarah tersebut akan terus kekal padu dan berpanjangan.

Berdasarkan novel yang telah saya pelajari iaitu Konserto Terakhir, karya nukilan Abdullah Hussain, terdapat bukti-bukti
yang menunjukkan bahawa watak Hilmi adalah seorang yang mengamalkan nilai kegigihan.Contohnya, Hilmi gigih
menghadapi penghinaan daripada Datin Salmah ketika bekerja sebagai tukang kebun di rumah Datuk Johari. Penghinaan
ini berlaku disebabkan beliau hanya seorang pemuda kampung dan berpendidikan rendah.
Selain itu, Hilmi gigih mempelajari muzik daripada Encik Bakar walaupun pada masa yang sama terpaksa membahagikan
masanya untuk bekerja di sebagai pembantu di stesen minyak sehingga menjadi seorang pemuzik dan pencipta lagu
yang terkenal.
Di samping itu, Hilmi gigih menghadapi masalah rumah tangganya walaupun akhirnya terpaksa berpisah dengan isterinya
disebabkan sikap Azizah yang mementingkan kekayaan.
Hilmi gigih berusaha bagi memastikan kejayaan konsert perdananya walaupun terpaksa mengabaikan kesihatan dirinya
sendiri.
Ketua Pengarah RTM berusaha dengan gigih mencari Hilmi pada malam Pertunjukan Orkes Perdana. Setelah gagal, dia
berusaha pula mencari pengganti Hilmi.
LATAR MASYARAKAT .
Antara latar masyarakat yang terkandung dalam novel ini termasuklah masyarakat yang memiliki kesantunan dan budi
bahasa yang tinggi dengan sesiapa sahaja. Gambaran masyarakat yang berbudi bahasa dengan sesiapa sahaja dapat
dilihat daripada perwatakan Hilmi yang lemah lembut apabila berhadapan dengan Datuk Johari dan Datin Salmah. Hilmi
menghormati mereka dengan bersalaman dengan mereka apabila bertemu. Hilmi kemudian menyampaikan salam yang
dikirimkan oleh keluarganya di kampung kepada Datuk Johari dan Datin Salmah.
Selain itu, latar masyarakat yang senantiasa beribadat kepada Tuhan juga terkandung dalam novel ini. Latar
masyarakat ini dapat dilihat apabila Hilmi tidak pernah meninggalkan sembahyang dan sentiasa beribadat kepada Allah
apabila tiba masanya. Walaupun terlalu sibuk, Hilmi masih mendirikan sembahyang. Ketika bekerja di rumah Datuk
Johari, Hilmi senantiasa menunaikan sembahyang. Buktinya ialah Hilmi berhenti melakukan kerja perkebunan di
belakang rumah Datuk Johari apabila hari sudah lewat petang untuk menunaikan sembahyang Asar.
Di samping itu, terdapat juga latar masyarakat yang mengamalkan budaya morning coffee. Latar masyarakat ini
dapat dilihat pada watak Datin Salmah dan rakan-rakannya seperti Datin Faridah, Datin Mariam dan lain-lain. Buktinya,
Datin Salmah pergi ke rumah Datin Faridah kerana morning coffee di sana apabila Hilmi mula tiba di rumah mereka.
Dalam pertemuan secara tidak rasmi ini, isteri orang-orang besar ini membincangkan pelbagai hal, sama ada hal-ehwal
semasa atau tentang diri dan keluarga masing-masing. Misalnya, Datin Mariam yang gemuk seperti tong dan suka
mengunyah sirih selalu menceritakan hal-hal dukun.
Latar Masyarakat Papa:
1) Masyarakat pelajar - Intan Julia belajar di tingkatan empat dan lima di Sekolah Seri Gading iaitu tempat ibunya
mengajar - Rasylan dan Intan Julia telah menyambung pelajaran dan menjadi seorang siswa dan siswi di pusat
Matrikulasi UIA
2) Masyarakat yang penyayang Intan Julia anak amat sayang akan ibunya, Intan Maliana serta bapanya, Jeffri. Jeffri
juga amat sayang kepada isterinya Maliana. Jeffri juga amat sayang kepada anaknya Intan Julia, tambahan lagi Intan
Julian merupakan anak tunggalnya. Dia mengambil berat tentang pelajaran Intan Julia. Malah, pada saat dia ingin ke
majlis akad nikahnya, Jeffri sanggup membatalkan pernikahan itu jika Intan Julia tidak membenarkannya.
3) Masyarakat yang bertanggungjawab terhadap keluarga - Jeffri memberikan sokongan moral kepada isterinya semasa
isterinya mengandung dan saat melahirkan anak. Semasa isterinya koma, dia sentiasa pergi ke hospital untuk melawat
isterinya. Malah, dia telah membawa isterinya pulang ke rumah supaya dia dapat selalu menjaga dan memerhatikan
isterinya. Selama isterinya koma, dia menjalankan tanggungjawab untuk menghantar dan mengambil anaknya Intan Julia
dari sekolah selain daripada mengambil tahu perkembangan pelajaran Intan Julia sehinggalah Intan Julia belajar di UIA.

You might also like